Monday, October 10, 2005

Hati dan Perasaan


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi iamengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam diri seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yangtelah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

* copy dari email seorang teman..

18 comments:

kuchaiz^iman said...

ohhh copy erkk??

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan.

aha tullah...sebab tu kita kena cari org yang mencintai kita...kalo kita aja yang dok cinta kat dia..hmm ampeh le.. abih2 kita juga makan ati..hmm
ngak gitu kak masy? :p

Deanz said...

Salam..

Sememangnya peluang hanya datang sekali tetapi peluang untuk memilih perlu berkali-kali...

Masy said...

iman,
ye betul....tp yg paling x best bile kite x suke org tu tp dia dok sibuuuuukkkkk ngeko kite..huh!

deanz,
peluang memilih mmg berkali2 smpi kadang2 terfikir - ada lagi ke peluang utk memilih dgn tepat lps ni??

Noushy Syah said...

emmm seakan2 balada cinta romeo....
jika kita dicintai walaupun kita tidak mencintai org itu..emm susah sbb lama2 dia akan jd mcm stalker!!!!...

izwan said...

jiwang yer..

Masy said...

noush,
hehehhe..mintak2 jgn aa..

izwan,
jiwang x brape jiwang aa..hhehehe..

kari said...

hati? hmm buat goreng berempah sedap ni..
perasaan? bila mkn hati goreng rempah.. hmm yummyy.. nak tambah nasik pls..

BURn said...

BIle aku bacE eNtry ko NIe terasa Teruja PLak...

MUNGkin Ada BetulNya dan MUNgkin ADa kURangnyE..

APA pun IANYA teRPULang PADa diri KIta UNtuk MEnilai.. TApi KADAng2 PEnilaiAn kita PULa yanG Silap..

JAdi APa yang perLU kita LAkukan?
YA.. Kembalilah KAmu KEpada-NYa..

lady said...

salamm lalingss..
cinta..subjektif..
terpulang pada individu itu sendiri menilai apa definasi cinta..
kalau bahagia..bahagialah..kalau derita..deritalah..
ikut mampu kitalah nak corakkan macamana..

~kekadang menyusahkan!!

Masy said...

kari,
dia ni ske merepek tau!

burn,
apepun kite dah berusaha, keputusan terletak di tanganNya..

laling,
cinta tu macam2 kisah..bahagia,derita, still..kite perlukannya..rite?

benmadi said...

love........
aku pun xtau nak komen....
yang pasti ia cantik n menawan...
mcm ko masy....(wuekkkkkkkkkkkk)...
selamat berpuasa masy...
jgn marah...kurang pahala tu...
aku xper...xposa...haaaaaaa

Resmanc13 said...

Wah...indahnya bahasa kawan awak tu masy...by da way , memang mudah untuk kita menyintai seseorang , tetapi bukan senang untuk membuatkan orang yang kita cinta itu menyintai diri kita . Kan ?
Anyway , all da best la kat kawan awak tu , kalau itu adalah suara hatinya la , life must goes on , and dont try to make it short...

Masy said...

madi,
hehehheeh..nk puji tu puji je laa..hahahha..

manc,
yes u rite..btw, email tu dia main 4ward je..so original author tu mmg bagus ye..bjaya transform apa yg kite sume fikirkan ke dalam tulisan.. :)

sKa said...

terdetik sebentar jam biologi jantung ku terpana dek keindahan kata-kata dari entry mu.."jiwang kah?"..bukan..."berkhayal kah?"..bukan.... "mengabiskan masa tulih panjang2 sementara menunggu bilal memanggil umat Islam berbuka dikala maghrib kah?"..yaa!!! tepat sekali...hatiku terdetik..jantung kembali bekerja seperti rutinnya...

Masy said...

ska,
hatiku merungut2 melihat kata2mu yg bagaikan span besar, ku pikir padat rupenye lompong..kekekkekee..
mcm2 la ko ni!

noorlara said...

tu le paseinye kata org kalau tak dapat apa yg kita sayang maka sayangilah apa yg kita hade

faisal said...

baris awal tu memang betul2 kena kat akula, aku suka sangat phase tu..:)

Masy said...

kak noor,
ya betul..tp..err..susahlaa.. ehhehehe..

faisal,
aku suke sume...sumenye terkena kat hidungku yg mancung2 buah ni.. ;)thanks k!