Tuesday, August 30, 2005

You Asked For It!



Al kisahnya, kawan baik aku tu terbuka hatinya nak masuk ke blog aku hari ni..and guest wut..dia komplen gambar dia takde! wakakakka..
Jadi demi memuaskan hati dia (ye la....orang tengah mengandung, kang kempunan pulak), aku tempelkan gambar kitorang berdua masa zaman student kanak-kanak ribena. Masa gambar tu disnap, kitorang berusia 20 tahun...Maaflah, ini je gambar kita yang ada dalam PC aku, Odah uiii....
Amacam Odah, puas ati tak? Aku kena edit cenggitu sebab...err..hehhehe..Hope u enjoy it, bebeh! ;)

Tuesday, August 23, 2005

Terima Kasih!

Aku baru je open sesame street blog aku ni semalam, dan alhamdulillah...ada jugak yang sudi jenguk dan tinggalkan tapak seleman..eh...jejak kat sini. Terima kasih banyak-banyak pada semua, terutama sekali pada Kak Maya yang bersusah payah membantu aku menghasilkan blog yang cantik habis ni :) Jasamu dikenang selagi orang hidup dan tak nyanyuk, insyaallah..!

Harap-harap laman ni dijadikan ruang untuk kita semua berbicara yang indah-indah, memanjangkan silaturrahim dan bukan medan peperangan mulut dan jari-jemari yang mendidihkan darah.

Untuk semua, TERIMA KASIIIIHHHH!! (versi Alleycats)

~ macam ucapan pembukaan majlis plak eks?~