Wednesday, September 28, 2005

Kotak Hujan - Exists



Jam 3 malam
Ku dikejutkan
Mimpi paling seram
Puas ku selam
Lautan fikir dan khayalan

Kau kirimkan bingkisan
Sebuah kotak hujan
Kau melepaskan dendam
Tanpa amaran

Jam 7 pagi
Berkerut dahi
Masihku tercari
Apakah erti
Balik tragedi akhir ini

Kau kirimkan bingkisan
Sebuah kotak hujan
Kau melepaskan dendam
Tanpa amaran

Kau tak percaya
Ku faham ku boleh terima
Jangan kau susah
Kau nak pergi ke mana
Ke hujung dunia
Sekali pun ke angkasa
Ku tak pernah kisah
Asal kau tak lupa
Diri sebenar

Kalendar cinta
Berpangkah merah
Penyesalanku
Tak pernah duga
Kau kan bertukar arah

Kau tinggalkan kenangan
Bingkisan kotak hujan
Kau melepaskan cengkam
Tanpa kasihan



*lagu rasmi blog aku..hehehe..enjoy beb! majulah Exists untuk negara!!

Wednesday, September 21, 2005

Soalnya Hati


Kecil hati.
Orang kecil hati dengan kita. Kita kecil hati dengan orang. Kecil hati, kata lain untuk tersinggung, terasa, tersentuh perasaan.
Kadang-kadang kita tak menyangka, sepatah perkataan lelucon atau pendapat yang dilafazkan mampu melukai rasa, membuatkan orang yang menadah pendengaran berkecil hati dengan kita. Dan mereka juga kadang-kadang kurang sensitif, luahan berbaris kata mereka mampu merobek perasaan kita, walau seupayanya kita cuba berlagak tenang.

Mengapa kecil hati?
Salahkah? Mungkin ada masanya perasaan itu tidak perlukan tempat – tanpa kata-kata nista, rasa itu hadir jua. Entah kenapa, naluri mudah benar terguris, sentuhan kata yang lembut rasanya bak tamparan yang memijarkan wajah. Tetapi sayangnya, kita yang sedang melayan rasa terluka, tidak sedar, perilaku kita lebih memilukan hati orang-orang yang kita sayang – orang-orang yang memaut lengan saat kita kejatuhan, yang menyeka airmata tika gundah menghenyak rasa, yang memeluk tubuh kita waktu kedinginan, yang mengetuk pintu saat kita keseorangan. Berbaloikah mengorbankan persahabatan bertahun-tahun demi ayat yang sesaat?

Mudahnya meruntuh dari membina, mudah memusnah dari memelihara, mudah jua mematahkan dahan persahabatan dari menyemai benih perkenalan. Alangkah ruginya, kerana kata nan sepatah, tua usia persahabatan mudah sahaja dipinggirkan. Hinakah andai kemaafan diluahkan? Akan miskinkah harga diri dengan ucapan maaf?

Namun hati tetap hati. Berkecil hati, berbesar hati, terpulang pada si pemegang hati. Andai enggan hati tercalar, jangan sewenangnya mencalar hati orang. Andai sukar menghulur kemaafan, usah angankan kemaafan dari yang lain. Kau juga punya rasa, pasti amat mengerti rasa insan lain. Aku juga punya jiwa, dan sedayanya cuba pula menimbang jiwa orang lain. Jika aku bersalah, bukankah aku juga mudah memohon ampun. Mengapa kau tidak mahu begitu, dia juga sahabatmu – sahabat kita. Dia bersalah, kau juga sama. Mengapa masih mahu membakar, sedangkan api itu perlu kita padam bersama?

Alangkah ruginya....

Tuesday, September 20, 2005

Gua Ajaib

Pada satu hari Temah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke KLCC...Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung... Jalan punya jalan, akhirnya Temah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia...." Pak, itu amenda pak?"Bapak menjawab," Entah lah nak....bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh...."Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut.....lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup.....tidak lama kemudian lif terbuka...TINGGGG!!!!!keluarlah seorang minah, punyalah cun cam Wardina...lantas berkatalah si bapak kepada Temah..."NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KE MARI, KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH....CEPAT !!"

Friday, September 16, 2005

La La La La La Love Song - Kubota Toshinobu


Maware maware merry go round
Mou keshite tomaranai youni
Ugoki dashita melody
La La La La La Love Song…
Wanna Make A Love
Wanna Make A Love Song, Hey Baby ......

Dosha buri no gogo wo matte machi ni tobi dasou
Kokoro ni furu ame ni kasa wo kureta kimi to
"Mappira!" to yoko muite honne wa urahara
Demo sonomama de ii otagai sama dakara
Meguri aeta kiseki ga
You make me feel brand new
Namida no iro wo kaeta
And I wanna love that’s brand new

Iki ga tomaru kurai no amai kuchizuke wo shiyou yo
Hitogoto mo iranai sa tobikiri no ima wo
Yuuki wo kureta kimi ni tereteru baai janai kara
Kotoba yori mo hon’ki na
La La La La La Love Song…
Wanna Make A Love
Wanna Make A Love Song, Hey Baby ......

Shiranu ma ni otoshiteta chiisa na kakera wo
Sukima naku dakiyose hada deta shikame au
Uchuu no mienai yoru
You are my shinin’ star
Kamawanai kimi ga mieru
And I wanna be your shinin’ star

Maware maware merrygoround
Mou keshite tomaranai youni
Ugoki dashita melodi
La La La La La Love Song…
Tomedonaku tanoshikute yarusenai hodo setsunakute
Son’na asa ni umareru boku nari no love song

Tameiki no mae ni koko ni oideyo
Iki ga tomaru kurai no amai kuchizuke wo shiyou yo
Hitogoto mo iranai sa tobikiri no ima wo
Yuuki wo kureta kimi ni tereteru baai janai kara
Kotoba yori mo hon’ki na
La La La La La Love Song…
Wanna Make Love
Wanna Make Love Song, Hey Baby......

Thursday, September 08, 2005

Everybody's Changing - Keane


You say you wander your own land
But when I think about it
I don’t see how you can
You’re aching, you’re breaking
And I can see the pain in your eyes
Says everybody’s changing
And I don’t know why

So little time
Try to understand that I’m
Trying to make a move just to stay in the game
I try to stay awake and remember my name
But everybody’s changing
And I don’t feel the same

Youre gone from here, soon you will disappear
Fading into beautiful light
Cause everybody’s changing
And I don’t feel right

So little time
Try to understand that I’m
Trying to make a move just to stay in the game
I try to stay awake and remember my name
But everybody’s changing
And I don’t feel the same

Oh everybody’s changing and I don’t feel the same ......


Masih bz lagik..so, nyanyi la kengkawan..! ;)