Friday, October 28, 2005

Salam Syawal!



Assalamualaikum semua..

Hari ni hari terakhir aku bekerja dalam bulan ramadhan nih. Kalau ikut bos aku, lepas pukul 12 tu dah stop keje, kene kemas opis sebelum kitorang merambuskan diri memasing ke desa tercinta (macamlah aku nak pulang ke desa..huahaha..). Aku akan pulang ke tanah tumpahnya darahku, Melaka Bandaraya Bersejarah sama ada hari ni ataupun subuh2 adam esok dan kembali bertugas pada pagi isnin, 14 November 2005. Haaaa... lama tak aku cuti?? Tu pun ada belen cuti lagik 13.5 hari, takde sape pun nak beli, mungkin aku hangkut sumenya bawak ke tahun depan (kalau bos aku bagi - mesti dia bagi lah!). \(^_^)/
Sebelum aku buat ucapan hari raya, aku nak ucapkan berbanyak2 terima kasih pada kawan-kawan yang hantar kad raya untuk aku - sama ada yang virtual ataupun yang mampu dipegang dek tangan mulus aku ni. Maaflah bagi pengirim kad di alam nyata ni, kad2 korang sampai di kala aku ketandusan ringgit. Aku akan balas nanti, insyaallah.. kalau tak sempat tahun ni, tahun depan aku balas (kalau ada umur lagilaa..).
Kepada anda yang sedang membaca tulisan aku ni - tak kira sama ada sahabat ataupun tidak, aku nak mintak maap dari ujung tudung sampai ujung kasut kalau entry2 aku dalam ni yang menyentuh sensitiviti korang. Aku tak berniat begitu, sekadar bercerita dan berkongsi rasa. Kalau ada gurauan aku yang korang takleh terima, pulangkanlah balik.. hehehhehe.. gurauu jeee... Ampun banyak-banyak, settle 0-0 ok?
Oklah... selamat berhari raya semua. Raya, raya jugak... sembahyang raya jangan lupa. Sembahyang fardhu pun jangan buat2 hilang ingatan plak! Kalau ada yang nak buat open house ke, open table ke yang memerlukan kehadiran aku, bagitau laa ye! Insyaallah kalau takde aral melintang pukang, aku sampailah ke lokasi makan2 tu.. hehehehehe..
Lama aku cuti nih.. so sape yang cuti tak lama tu dan nak coretkan kerinduan korang kat aku (pasan!), sila2kan menulis kat area komen tu ek! Boleh aku baca nanti :) Sape2 yang hati cinderella tu, tolonglah jagakan kotak kesayangan aku ni ye.. (dah macam wasiat plak ni apehal??).
Salam Syawal buat sume.. Enjoy!!

Monday, October 24, 2005

Financial Problem: The Issue and The Solution

Dalam beberapa minggu ni, aku merasa satu pengalaman yang amat-amat jarang aku rasa – sengkek tahap pengemis jalanan. Selalunya, sebelum dapat gaji, belen gaji aku bulan lepas mesti ada dalam RM200 ke RM300. Tetiba je bulan ni, belum pun tengah bulan, belen gaji aku adalah dalam RM100 je! Nak mampus ke hapa ni?? Huhuhuhu…aku dah pikir-pikir..ada beberapa sebab kenapa aku tetiba jadik kedana tak hagak-hagak:

Over budget
- Ada satu ketika tu, aku terbelanja banyak atas sebab-sebab darurat. Kalau nak cite ni, panjang sangat kisahnya.
- Over budget masa wat scaling gigi. Aku bajet RM50 je, tetiba doktor tu soh aku tampal skali. Tak pasal-pasal kene spent RM100. Sibbaik aku kata tampal satu je, kalau tampal dua gigi, kene RM150….mampuihhh..
- Pasal baju. Aku ada beli dua pasang kain yang cantik pada pandangan mata aku. Dan dua-dua aku gi hantar tempah sebelum raya. Haaa…tu pun blom bayau lagi tuh!
- Pasal baju lagi. Aku dah beli baju raya sesiap sebelum puasa aritu, siap dengan tudung sedondon. Giler aaaa regenyeee….nak menyesal ke tak nak nih??


Miscellaneous
- Duit claim tak masuk-masuk!
- Ada sesetengah perkara yang aku terpaksa dulukan duit aku.
- Kete aku…..!! Uwaaaaaaaaa..!!!!
- Haaa..sebenarnya aku rasa sebab ni laaaa… dah lama tak baca ayat 1000 dinar.

Dah sebulan aku tak baca ayat 1000 dinar, inilah hasilnya :/ Seingat aku, sejak aku hafal dan amalkan membaca ayat ni sebelum tidur dari zaman aku sekolah menengah, aku belum pernah lagi rasa kekurangan duit yang kronik. Siap boleh bagi orang pinjam lagik – bukan sorang pulak tu, berorang-orang. Bukan sehengget dua, berhengget-hengget. Kalau orang lain terpaksa ikat perut masa study dulu, aku tak pulak merasa situasi macam tu. Pastu sekarang ni, walaupun kena balik Melaka tetiap minggu (ni masa bulan Ogos aritu), aku still boleh survive. Alhamdulillah…

Bila aku da mendetect punca kedaifan kewangan aku nih, aku pun baca laa balik ayat tu. Beberapa hari kendian, aku mimpi dapat duit. Baaaaaaaaaaanyaaaaaakkk tau! Mimpi sebelum sahur plak tu! Aku ni kalau bab mimpi, memang konservatif sket. Tak lah semua mimpi aku percaya, tapi ada jugak mimpi-mimpi ni boleh bagi petunjuk tau… Pagi tu masa aku on d way nak pegi meeting, aku dapat sms dari member aku, dia mintak no. akaun sebab nak bayar utang! Yahhhuuuuuu….!! Gumbira sampai nak nangis rasanya..wakakakakakaka…

Pastu semalam, rezeki lagi. Aku dapat cek..banyak tak banyak pun, duit jugak tu..huishhh..ni betulla rezeki yang tak disangka-sangka. Masih terharu lagi ni…dan hari ni, boss aku bank-in kan gaji kitorang. Syukur……

Jadik rerakan…ni aku letakkan ayat 1000 dinar tu, in case korang nak hafal kan. Ilmu ni baiklah aku kongsi walaupun mungkin ada antara korang yang dah tau mende ni. Kalaupun korang tak percaya khasiat ayat ni, aku tetap rasa tak salah menghafal ayat ni. Ape pun, ia tetap satu dari ayat-ayat Al-Quran kan? Tapi janganlah pulak korang dok baca je ayat ni, tapi keje malas! Mengulau sampai ulau pun resign. Usaha tetap kena ada jugak…kalau dok menonggok mengabehkan bogheh, tak guna laaa walaupun korang gantung ayat tu kat leher. Sekian tazkirah untuk hari ni. Mekasih!


Monday, October 17, 2005

Work Anniversary! ~ade ke?~

Semalam ialah ulangtahun kedua aku bekerja kat opis aku ni *tepok amai-amai*. Walaupun gaji yang aku terima lebih rendah (rendah sikit la..) berbanding tempat kerja lama, tapi aku selesa (setakat ni) berkhidmat untuk syarikat yang tak berapa besar ni. Aku ingat lagi, dua bulan pertama aku kerja kat sini, aku memang stress gila-gila. Bukan sebab kerja banyak… tapi masa tu macam-macam problem menghempuk kepala aku yang sedang-sedang je besarnya ni. Yelah.. aku kan baru tukar kerja, pindah rumah pulak, tak ada sape-sape yang kenal siapa sebenarnya Masy masa tu, semuanya orang baru – dan masa tu jugak si dia mula menjauhkan diri. Kalau masa duduk rumah lama, at least aku boleh bercerita pada member aku, tapi lepas dah pindah rumah, aku nak cerita dengan sape? Dapat pulak bilik single, lagilaa… dalam seminggu, adalah 2 - 3 kali aku dok menangis sensorang dalam bilik sebelum tidur.

Kat opis pulak masa tu, ada la sorang staff ni yang nampaknya tak senang dengan kehadiran aku dalam komuniti dorang ni. Aku memang sedar diri, dan aku dah bagitau boss aku masa interview yang skill aku dalam bidang planning ni almost gone sebab dah dua tahun aku tak bergelumang dalam hal-hal planning ni. Tapi bos aku masih lagi sudi ambik aku bekerja (alhamdulillah). Aku sedih sangat bila staff tu (biarlah aku namakan dia M) cakap “alah..dia ni nak manage diri sendiri pon tak boleh lagi.. depan aku! Siapa dia nak judge aku camtu?? *mementang la ko ada degree...* Dan bertambah-tambah sakit jiwa, sebab orang yang biasanya aku hubungi kalau ada apa-apa hal, buat endah tak endah. Sampai satu tahap, aku terpaksa minta cuti untuk tenangkan diri aku yang dah jadik mengong-mengong buah masa tu.

Aku perasan satu perkara, si M ni kalau dengan orang lain, even staff yang masuk lepas aku, boleh je nak berborak, bergurau, ketawa mengilai macam kuntilanak, tapi kalau ada aku dalam kelompok tu, semuanya jadik semacam – tawar hambar, sunyi, senyap – macam aku ni dipulaukan tanpa sedar (dia je laa.. orang lain ok je). Masa tu, aku tanamkan tekad dan selalu ingatkan diri aku – aku bukan bekerja untuk dia, bukan dia yang bayar gaji aku, jadi lantaklah apa yang dia nak buat. Aku buat kerja aku macam biasa, dan bila dia mintak tolong, aku tolong macam aku tolong orang lain jugak.

Bila PA boss aku berhenti kerja, automatically aku kena pegang semua kerja PA – merangkumi hal-hal administrative, secretarial matter dan juga account di samping kerja-kerja asal aku dalam bahagian teknikal. Dan masa itulah, si M ni mula berbaik-baik dengan aku. Yelah… nak mintak tolong, takkan nak kutuk-kutuk aku lagi kot. Aku buat macam biasa je la.. kalau aku layankan rasa hati, alamatnya lantak ko laa…gi la buat sendiri..! Lagipun mengenangkan yang kami ni rakan sekerja, aku seboleh-bolehnya tak nak ada unsur negatif menyelinap dalam ruang lingkup opis aku. Sampai saatnya dia berhenti kerja, respon aku biasa-biasa aja. Suka tidak, sedih pun tidak…

Apa pun…. mekasih kat boss aku sebab masih simpan aku kat opis ni (bak kata dia – kalau u berenti, matilah i ..wakakakakak). Aku tak tahu sampai bila aku akan stay kat sini, sebab ada jugak member yang berulang kali mengajak aku bekerja di tempat dia (of course laa opis dia lagi grand) tapi aku belum buat apa-apa keputusan lagi. Only God knows why…and time will tell..!

Thursday, October 13, 2005

Petua Petui

Malam tadi, ada sorang housemate aku mengadu asyik nak terbuang angin (baca: kentut) masa nak sembahyang. Memang masalah bila ada rasa cenggitu khususnya bila kita tengah sembahyang terawih di Masjid Shah Alam sebab jarak antara tempat sembahyang perempuan dengan bilik air..wah..wah..jauhnyaa..silap-silap masa on da way nak ke tempat sembahyang, kena patah balik sebab dah terbatal lagi wudhu'..kekekekekeke..
Jadi di sini aku perturunkan ilmu mengontrol kentut yang aku perolehi dari ustaz yang mengajar bahasa arab masa aku sekolah menengah dulu. Caranya ialah..
- Memula pastikan masa tu korang berdiri ye..kalau posisi sujud atau rukuk, dibimbangi akan melawaskan kentut pulak jadiknye...
- Setelah mengenalpasti posisi yang betul, mulakan dengan aktiviti menahan nafas..
- Take your time, ok.. masa tu korang akan rasa angin yang nak terkeluar tu akan masuk balik dalam perut korang..
- Bila dah betul-betul konfiden yang angin-angin sekelian dah berkumpul di ruang legar perut korang, lepaskan nafas perlahan-lahan. Dan sila ambil perhatian, lepaskan nafas melalui mulut, bukan hidung ye..
- Perlahan-lahan lepaskan ~slow-slow~...1....... 2....... 3...... 4...... 5....... ok..?
Nah...sekarang korang dah bebas dari cengkaman dan desakan dari pihak bawahan. Teruskan sembahyang dengan penuh khusyuk dan bersemangat. Kalau tak percaya, tryla malam ni, korang akan kagum dengan keberkesanannya, insyaallah. Sebagai penutup, aku ingin menyatakan, segala yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari...errr...sape ek?? Ntahlah. Sekian.

Wednesday, October 12, 2005

Ramadhan - Terawih & Berbuka

Dah seminggu puasa ye! Dan dah seminggu jugak aku berterawih di Masjid Negeri ni. Alhamdulillah..tahun ni masjid ni dah pasang air-cond, jadik takdelah aku resah je masa tengah sembahyang sebab kepanasan. Dengar cerita, ada seorang Hamba Allah dah dermakan RM2.5 juta untuk pemasangan air-cond ni. Moga Allah murahkan rezeki dia dan berikan dia pahala yang bukan main banyak! Syukur jugak dengan kehadiran Fahrin dalam hidup aku, memudahkan aku untuk ke masjid dan insyaallah..kalau bukan sebab-sebab woman’s biological problem, aku akan terus berterawih hingga ke malam terakhir aku kat Shah Alam. Sepanjang waktu aku berterawih ni, ada macam-macam yang hal terbentang depan mata. Antaranya tentang bilangan jemaah yang semakin lama semakin berkurang. Kalau dua hari pertama tu, pantang lambat sikit, alamat susahlah aku nak cari parking, pastu nak keluar pun susah sebab Fahrin kena block. Tapi bila dah beberapa hari berpuasa, kalau aku lambat sikit pun masih lagi boleh parking depan masjid, nak keluar pun tak berapa susah. Hehehhee…biasalah tu…

Pak imam pun macam-macam jenis. Dari imam yang baca surah panjang-panjang sampai ketar lutut aku, pastu baca kan main lambat - sampailah imam yang baca surah tak berapa panjang, baca kan main laju sampai semput-semput aku nak ‘mengejar’. Huhuhuhu…. Erkkk..ada satu soklan laa..ni untuk orang yang pernah sembahyang kat masjid ni, korang perasan tak ada satu benda macam TV kat tempat imam tu? Amende tu ekk?? Aku agak itu adalah Al-Quran digital, tapi macam besar pulak. Pastu kalau betullah mende tu Al-Quran digital, takkan pak imam tu (kadang-kadang laa..) tergagap-gagap, lupa surah?? Huh..musykilah kabirah ni..sape-sape yang tahu tu tolong jawap ye..mekasih in advance!

Malam tadi, ada insan aneh sembahyang sebelah aku. Huhuhuhuh…Lepas sembahyang Isyak, aku ingat nak salam dia, tapi dia langsung tak pandang aku pun. Tu takpelah..tapi lepas tu aku nampak dia macam jeling-jeling aku. Bila aku pandang depan, aku perasan dia dok tenuuuuuuuuuuung je aku. Huhuhuhuhuhu…apa salah saya, kak?? Kalau saya tertindih telekung akak, tu bukan kemahuan saya. Saya dah mengelak dah, tapi angin dari kipas besau tu kencang kan? Saya bukan sengaja…Pastu aku dah tak berani aaa nak pandang akak tu, kot-kot dia jerit kat telinga aku, tak ke pitam aku sat lagi..

Bulan puasa ni, aku kurang makan nasik. Entah kenapa, macam tak selera sangat nak makan nasik. Cakap pasal makan, apa la aku nak makan arinie untuk berbuka ye?? Dah dua hari aku dan kawan aku ni kena tawaf pasar ramadhan sampai dua kali baru terbuka hati nak beli. Hari ni..ermmm…tunggu jelah petang karang..

Monday, October 10, 2005

Hati dan Perasaan


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi iamengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam diri seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yangtelah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

* copy dari email seorang teman..

Thursday, October 06, 2005

Panas


Sedutan perbualan aku dengan seorang kawan..

Kawan : Apsal bunyik macam resah je tu?
Aku : Panas aaa kat sini..
Kawan : Laa..pe susah..bukak la baju..
Aku : (siutt tol dak ni) Amboih..amboih…!!
Kawan : Betul la..tu la untung jadik lelaki, kitorang kalau panas, selambe je bukak baju..hehe..
Aku : Kitorang pompuan pun bukak gak kalau panas..
Kawan : Ye ke?? (suara excited+gatal) Bukak ape ekk??
Aku : Bukak kipas!

Huhahahahahaha…..!!

Wednesday, October 05, 2005

Jujur - Radja


Duhai kekasih pujaan hatiku
Dapatkah kau memberiku satu arti
Sedikit rasa yang bisa kumengerti
Bukan sumpah atau janji

Buktikanlah bila kau ada cinta
Setulus hatimu bisa menerima
Sebatas kejujuran yang kau miliki
Bukan sekedar bersama

Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkanlah aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku

O... Ho... O... Ho...

Jujurlah padaku bila kau tak lagi suka
Tinggalkanlah aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
Selamanya...

Tuesday, October 04, 2005

'SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK'


Persediaan kita menyambut Ramadhan Al Mubarak 1426 Hijrah
Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan diturunkan Al Quran dan disebut ‘syahru ramadhana’
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan
4) Bulan di mana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Dipilih untuk ibadat puasa.
7) Dipilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan dinaungi Ramadhan (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari seksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
10 hari pertengahan - pengampunan,
10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10)Sahur di waktu akhir
11)Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12)Mandi Janabat sebelum Imsak
13)Kurangkan tidur
14)Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15)Tunaikan Solat sunat Dhuha
16)Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17)Tunaikan solat Rawatib
18)Jaga pancaindera
19)Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20)Hadiri majlis ilmu
21)Buat baik pd ibubapa
22)Isteri hendaklah taat pd suami
23)Banyakkan bersedekah
24)Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25)Berbuka bersama org tua
26)Jemput tetamu berbuka
27)Kurangkan berat badan
28)Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29)Baiki hubungan suami isteri
30)Baiki hubungan jiran
31)Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32)Elakkan berbelanja berlebihan
33)Kuatkan kesabaran
34)Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35)Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36)Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37)Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38)Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39)Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40)Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41)Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42)Melazimkan solat waktu
43)Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44)Elakkan banyak berhutang
45)Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46)Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
1) Kepada orang tua yang lemah, cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau,ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
- Baca ayat akhir surah Al Baqarah
- Baca ayat Kursi - Baca surah Yaasin
- Baca surah Al Zalazah
- Baca surah Al Qafirun
- Baca surah Al Ikhlas

3)Bagi orang yamg kuat dan cergas
- Bangunkan isteri dan anak
- Mandi
- Solat malam
- Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran


NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
- Tarikh turunnya Al Quran
- Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

Cara Sambut Hari Raya
Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan. Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal (sudah mati) menangis kerana peluang untuk berehat telah berakhir. Adalah dicadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni.Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita.

Takbir Di Malam Raya
Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya digali parit (Khandak), di akhirnya peperangan ini diberi pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir. Kesimpulannya Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesam manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.

*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin.... Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah cuba amalkan. Wallahua'llam. .. Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..