Saturday, January 21, 2006

Misteri Rumah Kosong


Keanehan yang menyelinap di kawasan sekitar kediamanku telah aku rasai sejak empat lima bulan yang lalu. Bukan rumahku yang bermasalah, tetapi rumah jiranku - selang dua pintu dari rumahku. Sebelum ia ditinggalkan kosong, rumah itu didiami oleh sebuah keluarga India yang amat bahagia pada pandangan mata kasarku. Manakan tidak, setiap malam ketika aku dan rakan-rakan sibuk di dapur, pasti telinga kami akan disajikan dengan dendangan lagu-lagu Hindustan - ada yang biasa aku dengar, dan kebanyakannya, tidak pernah. Walaupun agak bingit, tetapi kami tetap terhibur :) Perpindahan mereka sekeluarga hanya aku sedari tatkala sebuah lori datang untuk memunggah barang-barang, dan kemudiannya aku tersedar dek kesunyian kerana tiada lagi alunan muzik Bangra menemani kami di dapur.

Apabila aku telah memiliki kereta, di hadapan rumah kosong itulah aku pakirkan keretaku memandangkan ruang letak kereta di rumahku telah sarat dengan sebuah kereta dan juga sebuah motorsikal milik rakan serumah. Apapun, aku rasa sangat selesa dan lapang hati kerana tidak perlu bersusah payah memikirkan tentang 'saman' dari pihak pengurusan kawasan kediamanku. Sebelum ini, aku senang memakir kereta di bawah pokok depan rumahku dan telah dua surat saman berjaya aku miliki dalam jangkamasa tersebut.

Namun begitu, naluriku menangkap aura negatif apabila suatu hari, aku terdengar bunyi bising dari dalam rumah kosong tersebut. Kebetulan pula pada ketika itu, aku kerap pulang lewat malam akibat himpitan tugas yang bertimbun di pejabat. Apa yang sering aku dengar, adalah bunyi pergaduhan yang amat bingit setiap kali aku pulang. Tetapi aku tetap tegar meletakkan keretaku di hadapan rumah itu tanpa ada sedikitpun keinginan untuk mencari kawasan alternatif lain. Lantaklah, asalkan tidak mengganggu aku, kenapa aku perlu takut?

Bagaimanapun, hatiku tergerak juga untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi di dalam rumah itu. Adakah kerana bunyi-bunyian tersebut yang telah memaksa penghuni asal kediaman itu berpindah? Malah setelah beberapa bulan, rumah itu masih kosong dan tiada iklan mencari penyewa dinaikkan di depan rumah tersebut. Sesuatu yang janggal pada pandanganku. Sementelah rakan serumah juga telah membisikkan rasa kurang senang dengan bunyi-bunyian tersebut, aku mula merancang sesuatu. Kerap juga pada tengah malam, aku terjaga akibat suara pergaduhan serta bunyi derapan kaki di bahagian bumbung rumah, dan apabila aku jenguk ke luar, tiada apa yang aku lihat. Aku semakin yakin, bahawa dari rumah itulah datangnya suara-suara tersebut.

Ditakdirkan, suatu hari datang peluang bagiku untuk merungkai segala persoalan yang berselirat di dalam benak kami serumah. Malam itu aku pulang lewat lagi, sendirian. Kali ini lebih lewat berbanding hari-hari sebelumnya, hampir ke jam 12 malam. Dan seperti hari-hari sebelumnya, di hadapan rumah itu aku tamatkan perjalananku untuk hari tersebut. Kali ini aku nekad dalam gentar, aku akan pecahkan misteri itu malam ini juga! Ya, demi kesejahteraan kami semua, aku sanggup lakukan apa saja!

Setelah meletakkan keretaku dalam posisi yang selesa di hadapan rumah tersebut, aku terus menunggu di dalam kereta tanpa mematikan enjin dan aku biarkan sahaja lampu keretaku terpasang terang. Entah bagaimana, penglihatanku menangkap bayangan suatu objek di bahagian bawah tangga rumah tersebut. Ada sekujur tubuh yang terbaring di situ. Mata ku besarkan, cuba menfokus - dan cuba berkali-kali untuk mengklasifikasikan jenis makhluk tersebut. Hati tertanya-tanya, hidupkah dia? Matikah? Terkesan rasa debar di dadaku, namun aku terus-terusan mengamati makhluk tersebut untuk memenuhi desakan rasa ingin tahu. Terfikir juga untuk aku membunyikan hon untuk melihat reaksinya, tetapi tidak wajar rasanya perbuatanku memandangkan semua jiranku sedang lena diulit mimpi, maka aku matikan sahaja niatku.

Sesaat kemudian, terdengar suara-suara pertengkaran. Makin lama makin kuat dan bertambah tegang nada suaranya. Entah berapa ramai makhluk tersebut di atas, sukar untukku teka. Terlalu bising, bingit dan menyakitkan deria pendengaran. Getar di dada semakin pantas, tanganku mula sejuk. Peluh dingin merenek di dahi, entahkan takut, entahkan panas, aku pun tak pasti. Tiba-tiba mataku mengesan derap kaki makhluk tersebut berlari anak menuruni tangga. Tindakanku yang cuba menyembunyikan diri di sebalik stereng nampaknya kurang pintar dan kurang pantas. Dia menoleh memandangku dan pandangan kami bertaut. Untuk beberapa saat renungan bersatu, dan aku tetap kuatkan semangat untuk terus-terusan memandangnya. Degup jantungku bertambah kencang. Kalaulah aku menghidap sakit jantung, pasti aku telah lama diusung ke wad kecemasan! Kilauan renungannya bagai mengunci segala tindakan dan rancanganku sebelum ini. Dan sebelum dia meneruskan perjalanan menuruni tangga (dan mungkin ada cadangan untuk menghampiriku), langkahnya dimatikan dengan suara garang dari tingkat atas. Dengan pandangan seolah berkata 'tunggu, kau takkan terlepas!' padaku, dia kembali memanjat tangga. Pergaduhan tercetus, lama kelamaan semakin hebat, diiringi dengan bunyi cakaran, sepakan dan jeritan yang mengilukan. Jelas di pendengaranku, mereka seolah bergumpal dan saling terhenyak ke dinding, diiringi bunyi barang-barang kaca berderaian ke lantai. Makhluk yang terbaring di bawah tangga tadi ku lihat tidak terusik langsung dengan kebisingan tersebut. Sah! Itu adalah mayat! Entah berapa lama agaknya ia berada di situ? Aku tak tahu!!

Tidak sanggup rasanya aku hendak berlama-lama lagi. Enjin kereta ku matikan dan tanpa berlengah lagi, aku berlari ke rumahku. Tercungap-cungap, namun aku puas kerana dapat menyelesaikan persoalan yang bermain-main di minda. Perlukah aku ceritakan pada rakan-rakanku? Sanggupkah mereka mendengarnya? Adakah mereka akan mempercayaiku? Bagaimana pula reaksi mereka nanti? Aku perlukan masa untuk berfikir. Nantilah..

Esoknya aku kembali semula ke rumah tersebut. Kembali menjengah, sekadar ingin memastikan adakah mayat yang aku nampak malam tadi sekadar ilusi ataupun realiti. Nampaknya mayat itu masih di tempat yang sama, dalam posisi yang sama. Aku memberitahu rakanku, tetapi dia tidak ingin langsung memandangnya. Takut! Itu sahaja yang mampu dia katakan apabila aku terus mendesaknya. Dan aku tidak lagi memujuknya, biarlah..

Baru-baru ini, iklan untuk menyewakan rumah itu dinaikkan. Anehnya, mayat itu masih lagi di situ. Langsung tak terusik. Langsung tak dialihkan. Adakah orang yang ingin menyewa rumah seperti ini? Mungkinkah? Dan aku masih lagi memakir keretaku di situ selagi rumah itu belum ada penyewanya. Andai ada yang ingin menyewa rumah tersebut, apa lagi yang mampu aku katakan?....................

....
....
....

Nasib ko aaa kene kemaskan bangkai kucing tu! Ntah-ntah kat tingkat atas tu dah jadik toilet dorang dah agaknye..!

:p

26 comments:

Sham said...

macam citer horror laaa

Masy said...

horror x horror sgt laa..huhu

Wirawan Terulung said...

hahahaha...

hengatkan hape lar tadi. ni sejak bila plak bercita2 nak jadi 'seekers' ni??? :p

Masy said...

wira,
semenjak dua menjak ni aaa..ehehhe..

arianna said...

masy,
ampesss tul.. tipah tetipu!

*esok de presentation. wish me gud luck...;p

arianna said...

..silap

~ wish me luck.. hehe..

Masy said...

arianna,
as u wish..GUDLAK BEBEH! ;)

Deanz said...

Salam...
Tak tahap koma la aku baca story ni...

Masy said...

Salam Deanz,
mmg xde niat nk wat sape2 koma pon, stret noktah je :p

Ani said...

kak masy,
ani aser nak g cakar-cakar akak laa skang :P

Masy said...

ani,
nape laakk..ape salahku??huhuhuhu.. ;p

kurekure said...

brrr

anak_abah said...

wawawa..kn tipu ngan akak!!! buntang mate2 bace..hampeh rerupanyer kn tipu..argh!!!! Kak MasY!!!!!!

Masy said...

kekura,
brrr balik :p

anak_abah,
woittt..akak x tipu arr..ni kisah benar,tp ditokok tambah je spaya nmpk thrill...hahahhahaha..sabar..sabar..

izwan said...

hampes...

bagush betulla buat citer lawak mcm ni..walaupun dah boleh agak kesudahan citer ni..tapi ayat² tu buatkan nak baca sampai abih..

tak nak tukar keje jadi novelis seram ke?

Masy said...

izwan,
novelis seram ek?ok gak kan..tp idea dtg kekadang je..

insyaallah klu diizinkanNya,nk gak..

noorlara said...

masy nak dapat idea serem kene dok bertapa kat kuburan, berani ke, heiheiheihei

meera said...

apakah bangkai kucen tu masih di situ?... hmmmm takde ke yg baik hati nak mengebumikan bangkai kucen tu?????....

*itulah nasib seekor kucen, bila hidup dibelai, bila mati dah jd bangkai dibiarkan*

Masy said...

kak noor,
eeerrr..kuburan ke?huhuhhuhuhu..

kak maya,
still xde org yg wat pape kat kocen tu since xde org tau,lgpun pintu bkonci kan...*i thought org yg gantung iklan tu akan pasan tp x nmpk gak kot*

kak lin said...

wa... berani aar Masy nih.. tabik spring.. toing!!!! toing!!!

zaida ismail said...

woitttt aku dah caya dah memula bila kuar bangkai kucing tu aku rasa nak picit picit muka ska hahahahaa

Ani said...

kak masy,
rasa nak cakar2 sbb buat ani sungguh lah berdebar membaca..upernyer..kucing!..ceit:P....cakar-cakar kak masy,besh nii..:P

Masy said...

kak lin,
berani ek? hehehhehe..

zaida,
ahaaa..aku sokong!g aa picit muke ska...ahahahha..massage gtu ;)

ani,
yelah..yelah..cakar laaa (sambel cakar2 blkg dak ani)

sKa said...

jap...jap...kenapa tetiba muka aku yg jadik mangsa?!! huuu? ke org lain yg korg maksudkan??

Masy said...

ska,
hahaha..tu aku x tau..klu dak zaida yg sebot, ko la tu..apa motif?g tanya dia..wakakaka

GRuNGe said...

Cheh, mayat kucing rupanya. Ingat citer horror ke apa. Ampes.