Friday, February 10, 2006

Hujan!


Hujan. Ada orang mengaitkan hujan dengan kesedihan – lambang curahan airmata, kemendungan, panahan petir yang menggetar. Ada yang berpendapat, hujan adalah lambang kegembiraan – imbasan zaman kanak-kanak, kedinginan, keriangan.

Aku sendiri. Kedua-duanya. Aku suka hujan (bukan banjirnya). Nyaman, segar, petanda rahmat Allah masih membasahi daerah kita. Petanda Tuhan masih mengendahkan kita, makhlukNya. Aku sukakan hujan. Baunya. Suasananya. Rintiknya. Deruan dan detapnya yang menghempas bumbung. Aku suka!

Teringat zaman sekolah menengah dulu. Aku ni nama je Ahli Jawatankuasa Asrama, nakal mengalahkan budak-budak junior. Masa tu selalu hujan turun hari Jumaat. Aku yang kat sekolah masa tu dah gedik-gedik nak balik, siap dah ada plan nak buat apa nanti. Balik dari sekolah, baling beg, capai baldi terus lari ke surau. Dah cop tempat basuh baju, terus berlari kat padang depan surau, mandi hujan!! Tapi selalunya mandi hujan kat area ampaian sebab tak bagi budak-budak junior nampak. Nanti jadik isu plak (nape AJK leh mandi hujan, kitorang tak boleh? : Sebab korang tu budak,tengeng! Demam sikit dah sibuk nak balik rumah!). Kadang-kadang bukan setakat mandi je, siap syampu rambut segala..hehehehe.Pernah kantoi sekali dengan warden, tapi dia nak marah pon tak dapat sebab aku jenis yang susah nak demam (gastrik selalu aaa).Setakat warning je la, aku angguk je, pastu bila hujan, buat lagi!

Ada juga sejarah duka berkait dengan hujan. Pernikahannya di sana, di kawasanku hujan lebat. Kekadang saat hati menangis, alam di luar juga menangisi – menderu keras.

Dalam kesuraman, ada kegembiraan. Tak semestinya yang mendung hanya menghampar duka, tapi sebaliknya ada juga bahagia. Itu hukum alam. Itu janji, ketentuan Ilahi.

Selepas hujan, ada pelanginya.

Oh yeee..ada jugak ‘hujan’ yang hensem. Tak percaya?



Rain = hujan kan? ;)

16 comments:

noorlara said...

masy,
hakak tingat lagu "hujan" dendangan allahyarham Sudirman.

"Hujan yang turun bagaikan mutiara... (tolong abishkan, akak nak sambung koje ni)

Masy said...

kak noor,
ni haa lagunya:

Hujan by Sudirman

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

mekasiiiiiiiiihhhh!!!

Noushy Syah said...

kak masy..n0ushy suka hujan jugak...semalam n0ushy main ujan dgn syah campai hakkkkk chummm..tehehhehehhe..I"ll do the walking in the rain!!!

Bumi perlukan hujan untuk mensucikan pollution yang ade, dan human being perlukan hujan dari segi airmata untuk meluahkan rasa--samade airmata sedih atau gembira...and hujan yang turun mmg bagikan mutiara sebab ianya menyirami tanaman2 yg menghasilkan sumber rezeki petani2 ..bla bla bla..hujannn turun lagiiiiiiiiiii..

aipp kak masy suka hujan sebab apa?*wink*

Masy said...

noush,
akak suke ujan sebab:

1. sejuuuuukkk!! trtrtrrrrrrr
2. bila da sejuk, terus rasa ngantuk, tidooo bestnye!
3. klu dating,terperangkap dlm ujan,leh lama2 sket spend time dgn si dia...huahaha..
4. kete bersih sket (kes mls basuh kete)
5. masa xde kete dulu, leh masuk opis lmbt. alasan: hujan..! ;p

i love the rainbow after d rain..!

meera said...

best woooo mandi hujan.... tapi tak penah demam pun...

Masy said...

kak meera,
best kan?yahhhhhooooo..!!
ada org yg sensitip tokleh mandi ujan. ni kes x bilas balik lps mandi ujan tu..klu jenis cepat demam tu, kene mandi air panas baru le ngam hoo...! ;)

Deanz said...

Salam..

Hujan rintik-rintik
Dingin-dingin sepoi angin
Seorang gadis yang bersendiri
Tak hiraukan badannya menggigil
Di tengah deras hujan
sambil menatap "Rain"
dengan tangis sayu pilu...

Cheeewah....!! :D

kari said...

masyy...
angkat jemurannnnn..ari dah ujannn...

Masy said...

Salam..

Hujan rintik-rintik
Air bergelombang
Emak sangat cantik
bla..blaa..
Emak bagi seposen
Ayah bagi seposen
bla..bla..

x ingat dah :)

Masy said...

kak kari,
baeeeekkk!!! ;)

Ani said...

Kak masy,
airain = love rain :)

ani suka hujan..sbb ani suka,masa saat pertama hujan turun..ada satu bau yg best..

ani suka klo hujan dipg weekend,ani mesti tak tdo dah lepas subuh.bukak tingkap sket..pastu termenung dlm hujan yg turun...pastu..dtg smgt nak study..

:)

jed1 said...

kat kl ni takleh main hujan..hujan asid :D

anak_abah said...

huhuhu. Rindu kat blakang umah(port mandi ujan). Lame tak buang tebiat mandi ujan neh. Akak, jom mandi!!!!!!

saya said...

masy... kenapa ek... makin saya cuba melupakan... rindu ni makin mendalam... makin cuba saya lari... terasa makin hampir ia datang... Tambah bila hujan lebat... makin tak dapat saya lupakan.. kerana ada memori pada hujan itu... Betapa lebatnya hujan masa kali pertama kita berjumpa dulu... Saya betul-betul igt yang saya dapat melupakan perasaan saya pada awak ni... tapi nampaknya... saya silap sama sekali....Dah bermacam cara saya cuba... saya tak tau nak buat macam mana lagi... katakanlah yang awak telah berpunya.... katakanlah yang awak tak suka berkawan dengan saya.. katakanlah yang awak benci saya... mungkin dengan itu saya boleh pergi....

Masy said...

ani,
klu akak laa kan..masa time2 skolah dulu, bile ujan dtg jugak semangat..bkn semangat nk studi,tp semangat nk mandi..yahhuuuuu!!

jed1,
KL je kot..shah alam ni bole lg x agaknya2?

anak_abah,
pelagi..jooooooooommmmmmmmmmm!!! :D

saya,
errr..

GRuNGe said...

Hujan yang hensem.

Kumpulan Hujan dengan lagu Bila Aku Sudah Tiada.