Wednesday, March 01, 2006

Review Album: Exists Special Edition


Ini merupakan album repackage Paragon. Kesemua lagu-lagu di dalam album Paragon telah diberikan nafas baru di mana terdapat beberapa perubahan untuk menarik lebih ramai peminat untuk mendengar.

Di dalam album ini juga terdapat 3 lagu baru dan 1 lagu lama yang disusun semula untuk peminat Exists.

Lagu baru
Buat kita (Kasih Seharum Mawar)
Onaji Mamade
Ushinatta Ano Omoide

Lagu lama disusun semula
Mengintai Dari Tirai Kamar

Review Lagu

Buat kita (Kasih Seharum Mawar)
Ulasan:
Lagu ciptaan Tam Spider ini benar-benar bagus dan boleh bikin 'feeling'. Tempo yang perlahan pada permulaan dan rancak pada pertengahan lagu memang membuatkan lagu ini istimewa dan 'best'. Suara Ezad juga sesuai untuk lagu ini. Lirik yang puitis dan jiwang dari Loloq memang membuatkan lagu ini bertambah istimewa. Terima kasih kepada Tam dan Loloq.

Ulasan lagu² lain:
Mengintai Dari Tirai Kamar
Lagu hits Exists dari album Jangan Gentar ini benar-benar diberikan nafas baru daripada Exists. Keseluruhan lagu ini diolah semula tetapi masih mengikut melodi lagu asal. Bagi peminat lagu asal ini, jangan bandingkan antara yang disusun semula dengan yang lama. Ini kerana Exists cuba untuk menjadikan lagu ini mengikut aliran muzik sekarang.

Lagu-lagu asal album Paragon:
Untuk lagu Penisilin Exists merancakkan lagi lagu ini dengan menjelaskan lagi bunyi drum dan gitar yang lebih raw. Lagu Bergelutan yang sedia rancak dirancakkan lagi menjadikan lagu ini lebih cathcy. Hilang Dalam Ramai hanya sedikit perubahan iaitu bunyi gitar yang lebih raw di bahagian corus lagu. Untuk lagu Revelasi, lagu ini kedengaran lebih raw dan boleh bikin head banging kerana muziknya yang lebih keras dari yang asal. Lagu Dosa Pada Dinda hanya sedikit perubahan. Manakala lagu Pada 31 yang dinyanyikan oleh Along dijelaskan suara Along tidak seperti lagu asal, dan lagu Dengar Ella Menyanyi pula dijadikan lebih rancak. Lagu-lagu lain tiada banyak perubahan yang dilakukan.

Lagu Jepun:
Yang paling istimewa di dalam album ini ialah dengan 2 lagu Exists yang dialih bahasa ke bahasa Jepun iaitu Lagu Onaji Mamade (Seperti Dulu) dan Ushinatta Ano Omoide (Hilang Dalam Ramai). Lagu ini merupakan lagu bonus buat peminat Exists untuk mendengar buat pertama kali nyanyian Exists dalam bahasa Jepun. Terima kasih kepada Nadia & Brothers dan juga En Hajime Yamashita.

~ Review di'cilok' dari blog portal Exists~


***************************

Secara peribadi, aku memang suka album ni (ala..semua album dorang aku suke gak!). Lagu yang betul-betul aku suke giler dalam album ni ialah Onaji Mamade (Seperti Dulu) selain daripada Buat Kita (Kasih Seharum Mawar). Hari-hari aku dengar tau CD neh! Hohooo.. Untuk anda yang rasa-rasa macam peminat Exists tu, bersedialah untuk menyerang apek-apek penjual CD yang ORI berhampiran anda dan dapatkanlah album dorang ni, ok!



Ni bukan promosi diri ke ape ek. Cuma aku nak bagitau dunia ini bahawasanya aku rasa terharu and honoured bila tengok situasi kat atas ni *tacing jap*. Untuk orang lain memang itu bukannya apa-apa, tapi bagi aku ia adalah sesuatu. Dan jujurnya, apa yang aku buat selama ini bukan menagih balasan apatah lagi menagih syabu atau menagih kasih, tetapi ikhlas dari hati aku yang tulus murni. Apapun, aku tetap support dorang walaupun tanpa penghargaan seperti kat atas tu.


Errr.. Izwan, memang saya ni web administrator ek? Bukan forum moderator ek? Hehe..

24 comments:

Masy said...

wslm izwan *aik..x panggey akak ke arinie?ekekeekkeke*

mmg best aa lagu tu. 1st time dgr masa Azmi mmskan lagu tu (masa Ezad tgh recording). sukeee sgt! insyaallah bole hits..

betul ek?heheheh...mekasih la ek! ;)

izwan said...

assalamualaikum masy..

bestkan lagu Buat Kita tu.. mmg syok melodi tu..Tam mmg pandai buat lagu.. gerenti hits lagu ni tak lama lagi..teruskan promo bebanyak lagu ni ok..

alah masy..diorang dah letak web administrator tu dah betullah tu.awak kan sebahagian dari kami dan keluarga ADA EXISTS..

Deanz said...

Kalau Aflin tidak meletakkan harga pada albumnya sebagai strategi mempromosi, exist bole tak buat perkara yg sama? (satu pertanyaan)

*How to pronounce that name web Administrator? Mesi=Masy or how?*

Masy said...

Itu kene tanya pihak pengurusan Exists. 4 me, itu strategi pemasaran Afdlin (lpd tensen giler dgn album distributornye yg mcm x wat keje, right?), takkan kite nk tiru kot? ;)

*sile rujuk entry yg lps. klu x sure, ingat perkataan MASYHUR..buang 3 huruf terakhir*

meera said...

meh lah bagi pree cd exist 1 kat akak ni... dari dulu masy kata nak banjer akak... banje cd exist la :P

*kim salam rindu kat ezad... sora dia buat akak angau 1 saat hehehe*

Masy said...

kak maya,
camne nk bagi akak tu..org pon dpt pree ni ha..tp ada kemungkinan org dpt 1 lg (bkn dr Exists lg ek..org len). klu ada org bg laa ek..

*1 saat tu bkn angau namenye kak..itu langau...huahaha*

Kak Lady said...

Bestnya dpt album free...akak ni kalau nak membeli tu takde lah...nantu hubby akak mesti heran kenapa akak nak beli cd ni bebenor...sebab memang jarang beli cd....nantilah tunggu hubby pegi jeddah ...nak gi carik cd...

Minat kat Ezad...suara & rupa dia...tak jemu mata memandang...biar pun aper yang diorang gossipkan tentang dia..kak lady tetap minat kat dia..kem salam ezad untuk akak ye...hehhe...amboi!! bukan main kakak sorang ni...

Masy said...

kak lady,
aikk..tunggu hubby g jeddah baru g bli ke?abeh nanti dia balik akak nk jawab ape?huhuhuuh..

kemslm je ke kak?nasik2 xde..hehehhe..insyaallah akan disampaikan :)

darkz05 said...

Salam Masy a.ka. Web Administrator Exists......

Teruskan promote Exists-Sp!

p/s: Pasni Masy Recording Lagu "Dua Insan" dgn Bro Ezad, versi MASY lak.
Terus ada album sendiri.. hehe..

Noushy Syah said...

wahh kak masy Is a fanatic fan of exist? Emm siapa Exist nih?Indon group ke kak masy?

Masy said...

darkz05,
errr...recording dgn Ezad?takpe laa..kang sama2 tokleh carik mkn laks..ehehhee..

noush,
am a BIG fan!diorg artis malaysia la yang..da lebih kurang 14 thn jadik artis..akak peminat dorg since their 1st album :)

MiLd said...

Hi!! I like this post. Can you go to this http://makeyourblogmoney.blogspot.com/ and read the 2nd post (for now...) and read comments for it also... :) TITLE: THIS WEEKS RENTER: Just Say So

Thanks...

Masy said...

err..i will..

Wirawan Terulung said...

perghh fanatik erkk si masy ni kalo pasal exist...

rasa2nya kalo bercinta pun, lebey kurang cam tu kan???

:p`

Masy said...

wirawan,
fanatik x fanatik gak lah..hahaha..

bercinta?err..kene tanya org yg penah bcinta dgn den aaa..hehe

penah ke bcinta?

arianna adrizal said...

masy,
mekasihhhhhhhh! cutenyer besday present tu. hehe.

Masy said...

arianna,
suke ek?hehehe..bli last menet smlm..hehe..kite pki bracelet awk kasik smlm tu..hehehhe..
thanks 2 u 2!

arianna adrizal said...

masy,
no sweat!! hahahaa.. yeke. wah, lip-lap2 laa arini ek!

Masy said...

arianna,
anoookk mami :D

hajime said...

salam masy. exists minta saya tulis makna lirik Onajimamade sekali dengan back ground story. sebenarnya saya tak pandai sangat dengan bahasa buku. masy boleh tak re-writing? kalau boleh izwan tau contact saya.
cerita belakang tu panjang sikit. hari itu sembang dengan ezad dia kata boleh buat drama.

Masy said...

hajime,
nanti sy contact izwan ok!

hajime said...

ok. saya ada buat kita poly ringtone. nak MMS? bagi tau izwan ye.

Masy said...

poly ringtone? lagu ape tu hajime? sy ada lagu Seperti Dulu (donlod kat Samsung)

Alif Haidi said...

Saya peminat exists.. lagu seperti dulu jadik igauan.. bru je semalam terjumpa onaji mamade.. mnx tolong sangat.. nak lirik ngn maksud lagu tuh boleh... and background cerita lagu tuh... Please. ...