Sunday, April 16, 2006

Kisah Petang Jumaat

Hari Jumaat lepas, lebih kurang pukul 6 petang. Aku dan Kak Lina on da way nak balik ke Shah Alam lepas meeting kat DBKL. Hujan petus. Jalan jem. Pandangan kabur dan terhad. Kak Lina cuak, sebab minyak kereta dia dah nak abis. Nak cari petrol pum yang terdekat, tapi kami bukan expert jalan KL. Mr. Boss baru je sms; hati-hati drive, jalan licin, kete byk.

Niat menghala ke NKVE. Pandang depan, trafik bergerak lancar. Pandang kiri, signal kiri. Aku pun pandang kiri, bagi bantuan pada Kak Lina sebab side mirror dah kurang berperanan. Kemudian aku pandang depan. ”Akak!!!!” dan .............

Pukul 6 lebih. Hujan makin lebat. Dua kereta mangsa kemalangan tersadai di tengah kesesakan lalulintas. Aku pegang kepala, sakit tapi tak cedera. Pegang kaki, sakit jugak tapi tak patah. Kak Lina dah pucat. ”Akak ok?”, kata aku sambil pegang badan dan kaki dia. ”Tak pape. Mas.... camne nih?”. Aku terdiam. Takde pengalaman. Camne ek? Pemandu dan penumpang kereta depan dah keluar. Dua-dua perempuan, Melayu. Dah basah dek hujan. Kak Lina mula mendail nombor telefon Mr. Boss. Aku keluar. Menuju ke arah kedua-dua mangsa tabrakan kereta Kak Lina. Minta maaf, sungguh-sungguh. Abis tu, macamana? Pemandunya bersuara. Jap eh kak, kawan saya tengah wat phone call. Kak Lina keluar dari kereta, hulur handphone. Mr. Boss nak cakap, kata dia. Bercakap dengan dia, terima arahan. Habis berbual, aku cakap dengan Kak Lina, alihkan kereta ke tepi.

Tak lama kemudian, ada lelaki bermotor tiba. Entah siapa. Hulur kad, oh.. budak kerja bengkel kereta. Nanti dululah ye, kata aku. Si budak setia menanti dalam hujan, basah kuyup bersama-sama kami. Malang sungguh, aku dan Kak Lina kekeringan kredit. Kredit aku tinggal 28 sen, dan hanya seorang sahaja yang mampu aku beritahu. Hanya seorang.

Kemudian Mr. Boss telefon lagi, kejap lagi my friend, Encik L akan sampai. Dia dah panggil tow truck, u tunggu sampai dia datang. Ok. Budak lelaki tu ada lagi? Ada. Ignore him. Biar Encik L bincang dengan dia. Ok, mekasih bebanyak Mr. Boss. It’s ok. Jaga diri. Mangsa tabrakan yang berdua mahu pulang. Tukar nombor telefon. Aku salin nombor plat kereta dia dalam handphone aku. Mintak maaf kak.. pape nanti kita cakap dalam telefon ye. Kelisa yang hampir rebah bumpernya bergerak pergi meredah hujan lebat. Tinggallah kami berdua kebasahan tepi jalan. Ops..bertiga, termasuk budak lelaki tadi yang nampaknya tidak putus asa lagi.

Akhirnya. Encik L tiba. Belek-belek kereta, kita jalan sikitlah. Tak bagus stay kat sini, sesak. Kita park kat Shell depan tu. Boleh ke kereta ni gerak lagi? Boleh, tapi awak bawak slow-slow, ikut belakang kereta saya. Kalau jarum temperature nak dekat sampai H, awak tekan lampu emergency ok! Nanti kita berhenti. Ok. Kak Lina pandang aku, Mas bawaklah. Ha? Ok lah..

Dalam setengah kilometer perjalanan, temperature kereta dah naik. Aku high beam Encik L, pasang lampu emergency. Terus berhenti. Matikan enjin! Ok..ok. Tow truck on da way dari Subang. Kita tunggulah. Masuk kereta saya, sian u all dah basah kuyup nih. Dan si budak lelaki akhirnya mengalah lalu pergi. Kami? Masuk kereta. Sembang-sembang. Sejam kemudian baru tow truck tiba. Dihantar pulang ke rumah oleh Encik L. Mintak maaf sangat-sangat Encik L, menyusahkan je. Takpe.. hari ni saya tolong awak, nanti dah tua nanti kot-kot saya nak lintas jalan, ada orang lain tolong saya pulak. Mungkin anak kami. Hee...

Masuk rumah, mandi. Dan kemudiannya baru perasan beberapa perkara. Kami tak makan lagi dari tengahari rupanya, maghrib pun dah habis, kepala semacam retak, dan tulang betis terasa sakit. Kaki yang memang sedia sakit, bertambah-tambah deritanya. Aduh...

Apapun, syukur kami selamat. Seperti mana kata Mr. Boss pada Kak Lina, ini berkat u dengan Mas gi sembahyang asar sebelum balik tadi.

Terima kasih, Tuhan....

15 comments:

Deanz said...

Salam..
Boleh la claim dgn boss atas segala kesulitan, trauma, kecederaan dan kebasah kuyupan...

Masy said...

Salam..
Claim?Rasanya x payah kot..dah cukup baik dia tolong callkan kwn dia tu..

terhutang budi tu!

kak lin said...

sedihnya Masy.. xciden ek? Masy ok? Tak trauma? Hati-hati k lain kali, wpon bkn Masy yang bawak.. Ada hikmah tu Allah bagi ujian camtu.. :'(

Masy said...

kak lin,
sy ok je..trauma?erm..x jgk, still bole drive..

insyaallah kak..btl tu, ada hikmahnya... :)

faisal said...

kak, org tumpang simpati...hope tak berulang lagi..dan sumenya dah settle dgn baik...nasib dapat bos baik kak..

nasib akk ngan kwn akk tu tak apa2..:)

mesti cermin kenari tu kabur time hujankan..tu yang tak nampak..sy ada cadangan...beli miror protection yg skrang ni byk kat pasaran...

if pepagi or hujan or malam mmg tak de kabus langsung kat cermin tu...lagipun dia protect cermin kete tu dari air..so, air tak melekat kat cermin..

peling murah rm2.50 sebotol...akk tryla..supaya time2 hujan bleh mengurangkan risiko kemalangan camtu...

hati2 tau kak..nasib tak sengsorang...:)

Masy said...

acai,
kete kancil laa dik...hehee..

bkn psl bkabus, tp sbb masing2 x pandang dpn. ni la akibatnya klu dlm kepala dah estimate kete depan x berhenti..apepun, alhamdulillah kitorang selamat..

thanks utk tips acai tu. nanti akak try carik, ubuh kat kete akak lak. x pun mintak je laa acai punye, bole x? ;)

rissa said...

askum,

laaa..kesiannya masy . nasib baik tak apa-apa. wpun dah berhati2, kalau dah nak jadi, jadi juga. Apapun, semuanya ok. Terkezut cikit je ek?


Pagi tadi nak pegi opis ada 2 accident.
hati -hati dgn runner, kadang2 punyala samseng.Kat penang ni banyak mcm tu.
Tahun lepas keta rissa kena langgar dgn moto, alih-alih kita lak kena bayar kat dia..bengang betoi. Keta kita, kita jugaakkk yg bayar sendiri :(

Take care n slmt makan t/hari cik masy
chow.

ita... said...

hi masy...
alhamdulilah, masy tak apa2.... jaga diri dek....

Masy said...

wslm rissa,
ermm...terkejut jap (sy mmg lambat sket nk panik..hehe). alhamdulillah x langgar org yg byk songeh, jd keadaan terkawal..
awk pon hati2 lah, org pompuan ni klu x kuat masa kejadian, mmg senang je kene buli.
thanks n take care ok!

kak ita,
alhamdulillah kak..mekasih ye! ;)

ND said...

Alhamdulillah everything is fine...asalkan awk dgn akak tu ok cukup...eheh..

Semua ni adalah utk menyedarkan kita bahawa perkara paling hampir dgn kita adalah maut...:)

Masy said...

ND,
syukur..betul tu, yg penting kitorang x apa2..

kiranya ni satu peristiwa utk mengejutkan kita dr 'tidur'..leka sgt..

NBK466 said...

Banyak juga rakan2 bloggers kemalangan musim2 begini. Syukur semuanya selamat.. kena extra careful musim2 hujan nie bila memandu-manda.
Emm...radiator dah kena lah temp naik tuh... Kalau 1st experience mmg mengelabah sikit apatah lagi org p'puan.

Masy said...

nbk466,
radiator mmg pecah pon..pastu ade minyak kaler merah pun kuar gak, minyak brek kot ek?
tu lah kan..syukurlah slmt..gelabah x gelabah jgklaa..hehehe..

arianna adrizal said...

kak,
sib baek pasan temp naik. lau tak... eee..*kecut perut*

Masy said...

arianna,
klu x, meletop arr kete ek?sblm bwk, mmg En L tu da ckp, so akak asek pandang je kat tempt meter tu...ermmm..