Thursday, November 30, 2006

Hukum Li'an

PENGERTIAN LI‘AN

  • Li‘an berlaku apabila terjadinya qazaf iaitu suami menuduh isterinya berlaku zina atau menafikan anak yang dikandungkan oleh isterinya sebagai anak.
  • Li‘an ialah sumpah seorang suami apabila dia menuduh isterinya berzina tanpa mempunyai empat orang saksi kecuali dirinya sahaja, maka hendaklah dia bersumpah empat kali “bahawa dia adalah orang yang benar” dan pada kali kelimanya “bahawa dia akan dilaknati Allah jika dia berdusta”.
  • Sekiranya isteri menolak tuduhan tersebut, maka hendaklah dia bersumpah sebanyak empat kali “bahawa suaminya itu berdusta” dan pada kali kelimanya “bahawa dia akan dilaknati Allah jika suaminya benar”.
  • Firman Allah subhanahu wata‘ala:

“Adapun orang yang menuduh isterinya berzina sedangkan mereka tidak ada saksi (empat orang) kecuali hanya dirinya sahaja maka persaksian bagi orang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah sebanyak empat kali bahawa sesungguhnya dia adalah orang yang benar. Dan sumpahan yang kelima bahawa laknat Allah akan menimpanya jika dia berdusta. Dan untuk menghindarkan seksa terhadap isteri yang tertuduh itu hendaklah si isteri bersumpah dengan nama Allah sebanyak empat kali bahawa sumpahan yang kelima hendaklah dia berkata kemungkaran Allah akan menimpa dirinya.”
(Surah An-Nur, 24:6-9)


KESAN LI‘AN

  • ·Berdasarkan Seksyen 51 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 menegaskan bahawa:

“Jika pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan telah mengangkat sumpah dengan cara li‘an mengikut hukum syara‘ di hadapan seorang hakim syar‘i, atas penghakiman, maka hakim syar‘i itu hendaklah memerintahkan mereka difaraqkan dan dipisahkan dan hidup berasingan selama-lamanya.”

  • Mengikut peruntukan hukum syara‘, sekiranya yang menuduh (suami) enggan bersumpah, maka dia akan dikenakan hukuman qazaf dengan sebatan sebanyak 80 kali rotan. Manakala jika isteri yang dituduh pula tidak menolak tuduhan suaminya, maka dia akan dikenakan hukuman sebagaimana orang yang berzina kecuali kedua-dua mereka bersumpah dan melakukan li‘an.
  • Apabila kedua-duanya bersumpah dan melakukan li‘an, maka ikatan perkahwinan mereka suami isteri akan terputus sama sekali dan mereka diharamkan berkahwin semula buat selama-lamanya.
  • Ibnu ‘Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:

“Suami isteri yang melakukan li‘an apabila mereka berdua berpisah, kedua-dua mereka tidak boleh berkumpul (berkahwin) untuk selama-lamanya.
(Riwayat Daruqutni)

*Sumber: http://www.al-azim.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Zaman sekolah dulu, subjek Syariah laaa subjek feberet aku senornye. Dan salah satu tajuk yang ada dalam silibus masa tu ialah hukum li'an. Sayangnya akibat kesuntukan masa, ustaz aku tu tak sempat nak mengajar bahagian ni. Dat time, bila ada masa je aku akan khatamkan buku teks Syariah tu. Waaa suka sangat!


Bestnya bila dalam kelas. Ustaz aku kadang-kadang pening paler ngajar sebab ade jugek kawan aku yang jenis blur² sket (hehe aku tak kutuk laa). Ctah, ko paham tak? Aku angguk. Haa ko explainlah, penat aku cite tak paham² pulak dak ni. Hehe sesekali jadik assistant ustaz ni best gak, tapi takleh aaa slalu sangat, takut salah le pulak. Selalunye dah explain, aku pandang ustaz, betul ke ustaz? Dia angguk semedang.

Rindu zaman skolah. Tapi skip bahagian belajar Bahasa Arab, Matematik dengan exam. Baru best!


* Fotopages updated!

6 comments:

Sham said...

ustaz?? hehehe

Masy said...

sham,
ustaz kat skolah laa :p

Sham said...

hehehe.. ye le.. ye le..*sambil buat muka gussip

5 MAIMUNAH '97 said...

gussip..?
haku amleh sebab aku xleh tgk chatbox lagi grrr!!!!!
~azerlma~

arianna adrizal said...

owh... bab syariah ni tak bape nok reti. ni br tau bab lian. memula bc telan liur gak. sbb org de citer psl ni tp maleh nk citer sbb nnti 3kurun pun blm tentu abih. hehehe...

hmm.. rindu sekolah jugak :)

Masy said...

sham,
:p

anji,
alaaa...xde gusip mendenye pon. apsal laa DELL ko ni..cikai tau! grrr jugek!

anne,
hohoho panjang je bunyik cite ittew?3 kurun?? hehehhehe

meh rindu berjemaah~