Saturday, January 21, 2006

Misteri Rumah Kosong


Keanehan yang menyelinap di kawasan sekitar kediamanku telah aku rasai sejak empat lima bulan yang lalu. Bukan rumahku yang bermasalah, tetapi rumah jiranku - selang dua pintu dari rumahku. Sebelum ia ditinggalkan kosong, rumah itu didiami oleh sebuah keluarga India yang amat bahagia pada pandangan mata kasarku. Manakan tidak, setiap malam ketika aku dan rakan-rakan sibuk di dapur, pasti telinga kami akan disajikan dengan dendangan lagu-lagu Hindustan - ada yang biasa aku dengar, dan kebanyakannya, tidak pernah. Walaupun agak bingit, tetapi kami tetap terhibur :) Perpindahan mereka sekeluarga hanya aku sedari tatkala sebuah lori datang untuk memunggah barang-barang, dan kemudiannya aku tersedar dek kesunyian kerana tiada lagi alunan muzik Bangra menemani kami di dapur.

Apabila aku telah memiliki kereta, di hadapan rumah kosong itulah aku pakirkan keretaku memandangkan ruang letak kereta di rumahku telah sarat dengan sebuah kereta dan juga sebuah motorsikal milik rakan serumah. Apapun, aku rasa sangat selesa dan lapang hati kerana tidak perlu bersusah payah memikirkan tentang 'saman' dari pihak pengurusan kawasan kediamanku. Sebelum ini, aku senang memakir kereta di bawah pokok depan rumahku dan telah dua surat saman berjaya aku miliki dalam jangkamasa tersebut.

Namun begitu, naluriku menangkap aura negatif apabila suatu hari, aku terdengar bunyi bising dari dalam rumah kosong tersebut. Kebetulan pula pada ketika itu, aku kerap pulang lewat malam akibat himpitan tugas yang bertimbun di pejabat. Apa yang sering aku dengar, adalah bunyi pergaduhan yang amat bingit setiap kali aku pulang. Tetapi aku tetap tegar meletakkan keretaku di hadapan rumah itu tanpa ada sedikitpun keinginan untuk mencari kawasan alternatif lain. Lantaklah, asalkan tidak mengganggu aku, kenapa aku perlu takut?

Bagaimanapun, hatiku tergerak juga untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi di dalam rumah itu. Adakah kerana bunyi-bunyian tersebut yang telah memaksa penghuni asal kediaman itu berpindah? Malah setelah beberapa bulan, rumah itu masih kosong dan tiada iklan mencari penyewa dinaikkan di depan rumah tersebut. Sesuatu yang janggal pada pandanganku. Sementelah rakan serumah juga telah membisikkan rasa kurang senang dengan bunyi-bunyian tersebut, aku mula merancang sesuatu. Kerap juga pada tengah malam, aku terjaga akibat suara pergaduhan serta bunyi derapan kaki di bahagian bumbung rumah, dan apabila aku jenguk ke luar, tiada apa yang aku lihat. Aku semakin yakin, bahawa dari rumah itulah datangnya suara-suara tersebut.

Ditakdirkan, suatu hari datang peluang bagiku untuk merungkai segala persoalan yang berselirat di dalam benak kami serumah. Malam itu aku pulang lewat lagi, sendirian. Kali ini lebih lewat berbanding hari-hari sebelumnya, hampir ke jam 12 malam. Dan seperti hari-hari sebelumnya, di hadapan rumah itu aku tamatkan perjalananku untuk hari tersebut. Kali ini aku nekad dalam gentar, aku akan pecahkan misteri itu malam ini juga! Ya, demi kesejahteraan kami semua, aku sanggup lakukan apa saja!

Setelah meletakkan keretaku dalam posisi yang selesa di hadapan rumah tersebut, aku terus menunggu di dalam kereta tanpa mematikan enjin dan aku biarkan sahaja lampu keretaku terpasang terang. Entah bagaimana, penglihatanku menangkap bayangan suatu objek di bahagian bawah tangga rumah tersebut. Ada sekujur tubuh yang terbaring di situ. Mata ku besarkan, cuba menfokus - dan cuba berkali-kali untuk mengklasifikasikan jenis makhluk tersebut. Hati tertanya-tanya, hidupkah dia? Matikah? Terkesan rasa debar di dadaku, namun aku terus-terusan mengamati makhluk tersebut untuk memenuhi desakan rasa ingin tahu. Terfikir juga untuk aku membunyikan hon untuk melihat reaksinya, tetapi tidak wajar rasanya perbuatanku memandangkan semua jiranku sedang lena diulit mimpi, maka aku matikan sahaja niatku.

Sesaat kemudian, terdengar suara-suara pertengkaran. Makin lama makin kuat dan bertambah tegang nada suaranya. Entah berapa ramai makhluk tersebut di atas, sukar untukku teka. Terlalu bising, bingit dan menyakitkan deria pendengaran. Getar di dada semakin pantas, tanganku mula sejuk. Peluh dingin merenek di dahi, entahkan takut, entahkan panas, aku pun tak pasti. Tiba-tiba mataku mengesan derap kaki makhluk tersebut berlari anak menuruni tangga. Tindakanku yang cuba menyembunyikan diri di sebalik stereng nampaknya kurang pintar dan kurang pantas. Dia menoleh memandangku dan pandangan kami bertaut. Untuk beberapa saat renungan bersatu, dan aku tetap kuatkan semangat untuk terus-terusan memandangnya. Degup jantungku bertambah kencang. Kalaulah aku menghidap sakit jantung, pasti aku telah lama diusung ke wad kecemasan! Kilauan renungannya bagai mengunci segala tindakan dan rancanganku sebelum ini. Dan sebelum dia meneruskan perjalanan menuruni tangga (dan mungkin ada cadangan untuk menghampiriku), langkahnya dimatikan dengan suara garang dari tingkat atas. Dengan pandangan seolah berkata 'tunggu, kau takkan terlepas!' padaku, dia kembali memanjat tangga. Pergaduhan tercetus, lama kelamaan semakin hebat, diiringi dengan bunyi cakaran, sepakan dan jeritan yang mengilukan. Jelas di pendengaranku, mereka seolah bergumpal dan saling terhenyak ke dinding, diiringi bunyi barang-barang kaca berderaian ke lantai. Makhluk yang terbaring di bawah tangga tadi ku lihat tidak terusik langsung dengan kebisingan tersebut. Sah! Itu adalah mayat! Entah berapa lama agaknya ia berada di situ? Aku tak tahu!!

Tidak sanggup rasanya aku hendak berlama-lama lagi. Enjin kereta ku matikan dan tanpa berlengah lagi, aku berlari ke rumahku. Tercungap-cungap, namun aku puas kerana dapat menyelesaikan persoalan yang bermain-main di minda. Perlukah aku ceritakan pada rakan-rakanku? Sanggupkah mereka mendengarnya? Adakah mereka akan mempercayaiku? Bagaimana pula reaksi mereka nanti? Aku perlukan masa untuk berfikir. Nantilah..

Esoknya aku kembali semula ke rumah tersebut. Kembali menjengah, sekadar ingin memastikan adakah mayat yang aku nampak malam tadi sekadar ilusi ataupun realiti. Nampaknya mayat itu masih di tempat yang sama, dalam posisi yang sama. Aku memberitahu rakanku, tetapi dia tidak ingin langsung memandangnya. Takut! Itu sahaja yang mampu dia katakan apabila aku terus mendesaknya. Dan aku tidak lagi memujuknya, biarlah..

Baru-baru ini, iklan untuk menyewakan rumah itu dinaikkan. Anehnya, mayat itu masih lagi di situ. Langsung tak terusik. Langsung tak dialihkan. Adakah orang yang ingin menyewa rumah seperti ini? Mungkinkah? Dan aku masih lagi memakir keretaku di situ selagi rumah itu belum ada penyewanya. Andai ada yang ingin menyewa rumah tersebut, apa lagi yang mampu aku katakan?....................

....
....
....

Nasib ko aaa kene kemaskan bangkai kucing tu! Ntah-ntah kat tingkat atas tu dah jadik toilet dorang dah agaknye..!

:p

Thursday, January 05, 2006

26 Tahun!! \(^o^)/

Semalam birthday aku, yey!!! Dah 26 tahun rupanya aku hidup..huhuhuhu..

4 Januari yang ceria. 4 Januari yang gembira, penuh warna-warni, ala-ala pelangi gitu.

Bermula 1 Januari 2006 sebenarnya aku dah pun menerima ucapan dan hadiah untuk harijadi aku ni. Menjelang 12 tengah malam 4 Januari, bertali arus ucapan selamat menerusi sms dan VoiceSMS. Pemenang bagi kategori penghantar SMS pertama untuk tahun ini jatuh kepada Kak Ita! ;) Tahniah..tahniah..hehehheh.. Untuk kategori panggilan telefon, mak aku masih di tempat pertama..ehehehee... Dan malam tu aku asyik terjaga akibat SMS yang datang sampai pukul 1.45 pagi. Penghantarnya, dari sedekat-dekat manusia (budak rumah aku) hinggalah sejauh-jauh kenalan dari Indonesia. Mintak maaf banyak-banyak pada anda yang SMSnya aku tak balas malam tu, aku baca tapi nak balas tu aku dah takde kudrat. VoiceSMS tu pon aku tak balas, kang teruja plak kawan aku tu dengar suara aku yang seksi time tu…muahahahah…Mekasih jugak pada yang memberi ucapan dalam chatbox, dalam komen kat entry kat bawah ni, email, fax (hah?), secara rakaman mahupun live, mekasih laa… Yang susah-susah antar bunga bersama hadiah tu, aku nak cakap apa lagi? Aku sukeeeeeeee giler hadiah tu!! Suke sangat!! Sangat suke!!

Petang semalam, aku dan geng – Odah, Fiera dan Peah - telah meramboskan diri ke Mid Valley, nak nonton Baik Punya Cilok. Punyalah banyak pancaroba kitorang nak mendapatkan tiket, alhamdulillah dapat jugak…semalam memang hari yang baik, sebaik orang yang menyambut birthdaynya semalam…ekekekkekeke… Aku gerak dari Shah Alam pukul 5.45 petang dan sampai kat Mid Valley dalam pukul 6.20 petang. Cepat kan? Tak berapa jam semalam. Parking pun senang je dapat. Sementara menunggu Fiera dan Peah tiba (aneh tak? aku yang dari Shah Alam dah tiba dulu, dorang kat KL tu tak tiba-tiba lagi..hoho), aku dan Odah dok melepak kat surau. Aku dah siap-siap amek air sembahyang dari rumah lagi, so bila dah kompem masuk waktu, terus le sembahyang. Masuk panggung, cite belum start lagi..yeyeyeyyeyeyyeyeyey…!!! Giler best aaa cite tu!! Gelak sampai nak putus napas aku dibuatnya!! Gelak resakse!! MUAHAHAHAHHAHAHAHHHAHAHAAA!!!!!! Nak tahu, kena gi tengok sendiri laa ek! Makan malam ditaja oleh Cik Fiera kita, aku dengan malu-malu buah pun amek la Fettuccine Italian Sausage. Macam kuey tiaw bak kata Odah, hampeh je..ehehehhe..

Lepas hantar Fiera balik rumah kat Klang, aku pun balik laa umah aku. Membuka bungkusan-bungkusan hadiah sambil menikmatinya..dengan pandangan mata, deria bau dan sentuhan tangan, eceh!

Sampai malam tadi, aku dah terima:

  • CD player (Fahrin punye). Ni Angah yang kasik, cayalah!! Mekasih Angah!!
  • Dua jambak bunga, lain-lain spesis
  • Dua ketol teddy bear, lom ada nama lagi. Tapi rasa-rasanya salah satu akan bernama Pakcik Kordi. Yang mana satu, nanti aku pikir.
  • Sebotol comel perfume Flowers
  • Voucher Thai Spa. Ntah bila nak pegi. Ada sapa-sapa nak ikot?
  • Note holder bentuk bunga matahari
  • Sekeping kad ucapan
  • Sehiris kek coklat..nyum..

Ada lagi tu hadiah on da way. Setakat yang aku tahu, satu tu CD Harry Porter (wink wink kat orang tu) dengan CD Full House. Yahhuuu!!!!!

Apapun, aku gembira betul tahun ni. Ramai yang ingat, ada jugak yang lupa (takpelah, aku bukannya artis yang sume orang ingat birthdaynya). Aku gembira bukan sebab hadiah, errr…hadiah tu satu sebab jugaklah aku happy, tapi apa yang paling menggembirakan adalah bila aku dapat bersama-sama dengan 3 orang kekawan aku malam tadi. Happy sungguh!

Dan aku masih gembira lagi hari ini, kerana anda semua.. terima kasih banyak-banyak!

* Gambar-gambar yang berkenaan akan dimasukkan dalam fotopages bila ada masa. Tungguuuu…..!!