Wednesday, February 22, 2006

Persoalan Kematian / Menghadapi Kematian


1) Betulkan akhlak di dalam menghadapi kematian.

Bersesuaian dengan hadith riwayat Aisyah r.a.,"Nabi Muhammad S.A.W. semasa menghadapi kematiannya telah mencelupkan tangannya ke dalam bekas berisi air yang diletak sisinya dan menyapu kepala dan muka dengan air tersebut dan mengatakan , sesungguhnya untuk mati itu ada sakitnya".

Menurut para ulama , sakit yang dirasai oleh orang yang menghadapi kematian bukan tertujuan untuk mengurangkan martabat manusia itu. Jadi kita tidak boleh menghukum orang yang menghadapi kematian dengan mengatakan orang itu mati terseksa, dan akan masuk neraka. Nabi Muhammad S.A.W. sendiri berpeluh badannya semasa menghadapi kematian.

Menurut para ulama, untuk orang2 mukmin, sakit yang ditambah semasa kematian bertujuan untuk menambah pahala dan ganjaran kepada mereka dan bukan bererti menghukum. Jadi yang hidup harus menjaga akhlak dan tertib bila menziarah orang2 yang sakit dan menghadapi kematian (nazak).

Saiyidina Abu Bakar r.a. sendiri pernah berkata,"Walau kaki kananku akan menjejak syurga tetapi jika kaki kiri masih belum masuk ke syurga, belum tentu aku rasa diriku berada di syurga”.

Sesetengah ulama berpendapat, ada baiknya sakit dahulu sebelum kematian agar yang ditinggalkan tidak merasa terkejut, tetapi ada juga ulama yang berpendapat ada juga eloknya mati secara tiba-tiba (wallahualam).

Ada hadith dari Jabir ibn Abdullah mengatakan, "Janganlah mati melainkan bersangka baik dengan Allah". Contohnya, seorang lelaki mati meninggalkan seorang isteri yang sedang mengandung dan 3 orang anak yang masih kecil. Kita tidak boleh mengatakan kasihan melihat nasib isteri dan anak2 yang masih keci , siapa nak jaga makan minum dan sebagainya kerana Allah lebih mengasihani mereka dari kita. Kita mesti bersangka baik dengan Allah yang mana Allah Maha Mengetahui segala hal di dalam dunia ini. Umat Islam amat digalakkan berfikiran positif untuk kebaikan diri sendiri.

Ada satu riwayat semasa Nabi Muhammad s.a.w. melawat seorang sahabat yang sedang nazak dan Nabi s.a.w. bertanyakan kepadanya tentang perasaannya ketika itu. Sahabat itu mengatakan dia begitu takut memikirkan saat kematian itu dan memikirkan dosa-dosa yang telah dilakukannya dahulu. Lalu Nabi s.a.w. mengatakan ada 2 perkara berkenaan hati yang Allah akan perkenankan pada mukmin di saat kematiannya;

a) Allah akan memberikan apa kehendaknya

b) Allah akan amankan hatinya dan memberi dia ketenangan

Berkenaan sahabat Nabi s.a.w. ini, maka kita digalakkan untuk terus menerus berdoa di saat menghadapi kematian dan dia telah diberikan ketenangan oleh Allah semasa menghadapi kematiannya.

2) Menziarah orang sakit.

Bila menziarah orang sakit, bersangka baiklah dengan Allah. Kalau hampir nazak, ambil air dan sapukan pada bibirnya, ucapkan kalimah "Laailahaillallah" pada telinga agar dia mengikut sama kerana semasa itu segala 'flashback' hidupnya akan disaksikannya dan Iblis juga akan datang menggoda .Jangan menangis tak tentu hala dan bercakap kuat2 tentang benda2 dunia kerana itu mengganggu konsentrasi si pesakit.

3) Menziarah si mati.

Adab menziarah si mati - bacalah Qur'an, berzikir dan berselawat, tolong mandikan jenazah, solat jenazah. Jangan bercerita soal2 dunia, jangan berkumpul dekat2 mayat semasa mayat dikafankan terutamanya jika yang meninggal bukan bersaudara (mahram/muhrim) dengan kita. Aurat masih perlu dijaga walaupun sudah mati.

4) Talkin untuk si mati.

Ada 2 pendapat. Satu pendapat mengatakan tidak perlu membaca talkin kerana talkin untuk si mati dan apa gunanya mengajar si mati menjawab soalan di dalam kubur kerana sudah terlambat untuk diajar.

Pendapat kedua mengatakan talkin itu amat digalakkan kerana walaupun jasad yang mati tetapi masih boleh berhubung. Ini dikuatkan oleh satu peristiwa semasa perang Badar (if not mistaken) yang mana mayat2 telah dimasukkan ke dalam perigi dan Nabi s.a.w. telah menyebut nama2 setiap mereka yang telah mati di dalam perigi itu. Juga ada hadith yang mengatakan, selepas selesai talkin dan manusia berangkat pulang, selepas langkah ke 3, si mati tahu bahawa dia akan ditinggalkan oleh orang ramai.

Pernah satu ketika kekecohan di Kedah berlaku kerana ada pertandingan membaca talkin dianjurkan. Talkin itu sebenarnya amat penting kerana kita melepaskan mayat pergi dan pada masa yang sama amat kritikal kerana memberi ingatan dan pengajaran kepada mereka yang masih hidup.

Note : mengajar membaca 2 kalimah syahadah juga dianggap sebagai sebahagian dari talkin.
Note : Wanita tak boleh bertalkin di kubur selagi ada kaum lelaki. Istimewanya wanita ialah mayat harus berbintikan ibunya ketika ditalkinkan.

5) Menangisi si mati.

Dari Abdullah bin Mas'ud , Nabi Muhammad s.a.w. menziarah seorang sahabat yang telah mati dan Nabi s.a.w. telah menangis semasa menziarah mayat tersebut. Sahabat bertanya kenapa Nabi s.a.w. menangis lalu Nabi s.a.w. mengatakan bahawa Allah tidak mengazab seseorang jika orang menangis dan bersedih. Cuma bezanya, jangan menangis kuat2 dan mengoyak baju dan pakaian seperti tidak meredhai pemergian si mati. Boleh bersedih tetapi mulut jangan meraung-raung macam orang dirasuk.

Note : Fahaman yang mengatakan gambar dan cermin di rumah harus ditutup dengan kain ditakuti mayat akan bangkit adalah satu kepercayaan karut yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.

6) Mengucup mayat.

Kadang-kadang kita selalu mendengar orang berkata,"Jangan kafankan lagi mayat, saya masih dalam perjalanan". Lalu keluarga si mati akan menunggu kepulangan orang ini semata-mata untuk mengucup mayat tersebut. Ada pendapat mengatakan bahawa isteri tidak boleh mengucup mayat si suami, ditakuti batal air sembahyang - soalnya batal air sembahyang siapa? Air sembahyang yang ada pada mayat itu bukan dia yang ambil sendiri, malah diambilkan oleh orang lain untuknya jadi tidak timbul soal batal air sembahyang mayat. Saiyidina Abu Bakar r.a. sendiri mengucup mayat baginda Rasulullah S.A.W. dengan diikuti oleh sahabat2 yang lain.

7) Menghantar mayat ke kubur.

Ada pendapat mengatakan tidak digalakkan isteri mengikut menghantar mayat suami ke kubur, kerana bila suami meninggal iddahnya sudah bermula. Tetapi ada hadith Nabi s.a.w. yang menyuruh menziarah walaupun dulu baginda melarang. Maksudnya, hadith terdahulu melarang tetapi selepas itu ada hadith yang membolehkan asalkan wanita mengawal perasaan mereka di tanah perkuburan.

8) Sedekah pada si mati / kenduri.

Sedekah wang ringgit dibolehkan, diberi pada si mati tidak berguna lagi tetapi sedekahlah pada yang masih hidup agar dapat digunakan untuk kebajikan. Boleh digunakan untuk kenduri asal saja itu kehendak waris yang tinggal dan bukan dimestikan (ditakuti waris tidak mempunyai kemampuan tetapi dipaksa untuk membuat kenduri) . Biasa amalan orang Melayu membuat kenduri 3 hari, 7 hari, 40 hari dan 100 hari. Ini tidak dimestikan membebankan keluarga yang tinggal.

Kalau tuan rumah berkehendak membuat kenduri untuk arwah, maka kita digalakkan menghadirkan diri. Masyarakat Melayu yang beria-ia bila kenduri dengan segala macam makanan, sedangkan orang Arab biasanya kenduri dengan air dan tamar sahaja.

Dalam satu hadith mengatakan, jika bertembung 2 situasi - satu kenduri kahwin dan satu kematian, maka digalakkan pergi menjenguk si mati kerana itu lebih bermakna untuk menimbulkan keinsafan kepada kita.

9) Masalah berkabung.

Hukum berkabung adalah wajib. Wajib berkabung pada isteri yang kematian suami dan mereka yang diceraikan talak 3. Talak 1 dan 2 tidak perlu berkabung. Jangkamasa berkabung pada isteri kematian suami adalah 4 bulan dan 10 hari dan 3 hari pada yang lain2. Satu riwayat mengatakan Ummu Habibah kematian ayah/saudara, maka dia telah berkabung selama 3 hari sahaja. Hujjah berkabung 4 bulan 10 hari kerana perkahwinan satu nikmat, jadi bila suami mati, nikmat itu ditarik, perlulah berkabung untuk menunjukkan kesedihan.

Berkabung bermakna meninggalkan perhiasan seperti minyak wangi, minyak rambut, inai, celak, lipstik, mekap dan sebagainya. Pakaian seperti sutera juga tidak boleh dipakai. Emas dan perak juga tak boleh pakai. Kalau teringin sangat nak pakai barang kemas, buat sendiri gelang dari rantai tasbih ka, batu karang ka, atau apa-apa saja (Datuk Dr. Mashitah buat joke la ni). Bertunang dan kahwin pun tak boleh. Hint-hint nak kahwin pun tak boleh, in other words kalau ada orang minat, jangan ghairah bertanya pula.

Keluar rumah mengikut Imam Shafie pun tidak boleh, kecuali perlu seperti membeli barang keperluan rumah. Darurat seperti perempuan bekerja - boleh keluar rumah. Keluar pun hari siang saja. Keluar untuk mengaji /solat di masjid juga tidak dibenarkan. Ziarah kubur juga tidak dibenarkan. Berkabung mestilah di rumah suami dan bukan di rumah anak2. Bergantunglah kepada Allah dalam tempoh berkabung dengan membaca Qur'an, muhasabah diri kepadaNya.

10) Asal-usul batu nisan.

Mengikut hadith, asal batu nisan itu dibuat tanda pada kubur, selagi batu nisan itu basah dengan air, maka batu nisan itu akan bertasbih dan berzikir untuk arwah di dalam kubur. Sama seperti bila kita menanam pokok pada kubur, maka pokok itu selagi dia membesar, pokok itu bertasbih dan berzikir menolong mengurangkan kepedihan azab seksa kubur pada arwah. Tetapi sekarang masalahnya, kubur seperti satu pertandingan batu nisan siapa lebih cantik dan adakala pelawat meletak potpourri di kubur. Potpourri itu bunga kering jadi macamana nak bertasbih dan berzikir untuk arwah??

11) Bersedekah untuk si mati.

Jika kita membaca surah2 di dalam Qur'an dan berniat untuk disedekahkan kepada arwah, maka pahalanya pada yang membaca dan pada si arwah. Mengikut satu hadith, apabila seseorang itu meninggal dunia, yang menghubungkan dia dengan yang hidup ini adalah Qur'an. Jika kita berniat membaca Qur'an untuk yang telah pulang ke rahmatullah, maka itu adalah lebih baik untuk yang bersedekah dan yang menerima sedekah.

12) Korban untuk si mati.

Ibadah korban yang biasa dilakukan pada Hari Raya Haji adalah satu ibadah yang dikhususkan untuk orang2 yang masih hidup. Tidak dibolehkan membuat korban binatang ternakan untuk mereka yang telah meninggal dunia. Jika tidak tahu dan sudah melakukannya, tidak apa tetapi tidak boleh diulang lagi. Jika berhajat, maka sedekah duit untuk amal jariah seperti derma anak2 yatim dan orang2 miskin, derma pada masjid dan lain2 kebajikan - maka itu adalah lebih baik.

Friday, February 10, 2006

Hujan!


Hujan. Ada orang mengaitkan hujan dengan kesedihan – lambang curahan airmata, kemendungan, panahan petir yang menggetar. Ada yang berpendapat, hujan adalah lambang kegembiraan – imbasan zaman kanak-kanak, kedinginan, keriangan.

Aku sendiri. Kedua-duanya. Aku suka hujan (bukan banjirnya). Nyaman, segar, petanda rahmat Allah masih membasahi daerah kita. Petanda Tuhan masih mengendahkan kita, makhlukNya. Aku sukakan hujan. Baunya. Suasananya. Rintiknya. Deruan dan detapnya yang menghempas bumbung. Aku suka!

Teringat zaman sekolah menengah dulu. Aku ni nama je Ahli Jawatankuasa Asrama, nakal mengalahkan budak-budak junior. Masa tu selalu hujan turun hari Jumaat. Aku yang kat sekolah masa tu dah gedik-gedik nak balik, siap dah ada plan nak buat apa nanti. Balik dari sekolah, baling beg, capai baldi terus lari ke surau. Dah cop tempat basuh baju, terus berlari kat padang depan surau, mandi hujan!! Tapi selalunya mandi hujan kat area ampaian sebab tak bagi budak-budak junior nampak. Nanti jadik isu plak (nape AJK leh mandi hujan, kitorang tak boleh? : Sebab korang tu budak,tengeng! Demam sikit dah sibuk nak balik rumah!). Kadang-kadang bukan setakat mandi je, siap syampu rambut segala..hehehehe.Pernah kantoi sekali dengan warden, tapi dia nak marah pon tak dapat sebab aku jenis yang susah nak demam (gastrik selalu aaa).Setakat warning je la, aku angguk je, pastu bila hujan, buat lagi!

Ada juga sejarah duka berkait dengan hujan. Pernikahannya di sana, di kawasanku hujan lebat. Kekadang saat hati menangis, alam di luar juga menangisi – menderu keras.

Dalam kesuraman, ada kegembiraan. Tak semestinya yang mendung hanya menghampar duka, tapi sebaliknya ada juga bahagia. Itu hukum alam. Itu janji, ketentuan Ilahi.

Selepas hujan, ada pelanginya.

Oh yeee..ada jugak ‘hujan’ yang hensem. Tak percaya?



Rain = hujan kan? ;)

Wednesday, February 08, 2006

Boulevard of Broken Dreams


I walk a lonely road
The only one that I have ever known
Don't know where it goes
But it's home to me and I walk alone

I walk this empty street
On the Boulevard of Broken Dreams
Where the city sleeps
And I'm the only one and I walk alone

I walk alone
I walk alone
I walk alone
I walk a...

My shadow's the only one that walks beside me
My shallow heart's the only thing that's beating
Sometimes I wish someone out there will find me
'Til then I walk alone

Ah-ah, Ah-ah, Ah-ah, Aaah-ah,Ah-ah, Ah-ah, Ah-ah

I'm walking down the line
That divides me somewhere in my mind
On the border line
Of the edge and where I walk alone

Read between the lines
What's fucked up and everything's alright
Check my vital signs
To know I'm still alive and I walk alone

I walk alone
I walk alone
I walk alone
I walk a...

My shadow's the only one that walks beside me
My shallow heart's the only thing that's beating
Sometimes I wish someone out there will find me
'Til then I walk alone

Ah-ah, Ah-ah, Ah-ah, Aaah-ahAh-ah, Ah-ah
I walk alone
I walk a...

I walk this empty street
On the Boulevard of Broken Dreams
Where the city sleeps
And I'm the only one and I walk a...

My shadow's the only one that walks beside me
My shallow heart's the only thing that's beating
Sometimes I wish someone out there will find me
'Til then I walk alone...