Tuesday, April 25, 2006


Tiada yang mustahil. Apa-apa pun boleh jadi, dengan izinNya.

Mudahnya rasa ini tumbuh dalam hati. Dan tiba-tiba aku kembali tersenyum, dengan seri yang pernah aku jelmakan dulu.

Entahlah kenapa. Aku tidaklah menolak, malah tidak juga menjemput ia hadir. Biarkan saja rasa itu datang dan pergi semahunya. Tapi kali ini harap-harap rasa itu kekal.

Bimbang. Resah. Rasa ini pantas benar bertandang. Gentar kalau-kalau sepantas itu jua ia pergi. Harap-harap ia kekal.

Ada lagi rasa bimbang, sesekali sendu rajuk singgah di jiwa. Kekadang. Dan dia bagai menguji. Aduh.. pedihnya ujianmu ini. Sagat seluruh naluri wanitaku. Enggan mataku bergenang lagi, aku tak mahu. Mengertikah dia?

Henyak tuntutan tugas, aku dan dia – lebih menyesakkan. Lekaslah..lekaslah kita berlapang, agar ujian itu dapat aku hapuskan terus. Aku tak mahu itu.
Dalam kegelapan, ada satu percikan sinar halus. Andai takdirnya percikan itulah cahaya suluh hidupku yang dijanjikanNya, aku tegar menatangnya dengan kedua belah tanganku.

Bukan aku terdesak, bukan. Aku yakin Qada’ dan Qadar, aku percaya gerak hatiku. Aku harus lakukan ini. Bukan untuk siapa-siapa.

Tapi untuk gerak hatimu, bisik hatiku – dan juga harapan mereka di sana.

Dan kerana itu, aku menantimu di sini. Sabar. Dengan harapan. Dalam debar.

Sunday, April 16, 2006

Kisah Petang Jumaat

Hari Jumaat lepas, lebih kurang pukul 6 petang. Aku dan Kak Lina on da way nak balik ke Shah Alam lepas meeting kat DBKL. Hujan petus. Jalan jem. Pandangan kabur dan terhad. Kak Lina cuak, sebab minyak kereta dia dah nak abis. Nak cari petrol pum yang terdekat, tapi kami bukan expert jalan KL. Mr. Boss baru je sms; hati-hati drive, jalan licin, kete byk.

Niat menghala ke NKVE. Pandang depan, trafik bergerak lancar. Pandang kiri, signal kiri. Aku pun pandang kiri, bagi bantuan pada Kak Lina sebab side mirror dah kurang berperanan. Kemudian aku pandang depan. ”Akak!!!!” dan .............

Pukul 6 lebih. Hujan makin lebat. Dua kereta mangsa kemalangan tersadai di tengah kesesakan lalulintas. Aku pegang kepala, sakit tapi tak cedera. Pegang kaki, sakit jugak tapi tak patah. Kak Lina dah pucat. ”Akak ok?”, kata aku sambil pegang badan dan kaki dia. ”Tak pape. Mas.... camne nih?”. Aku terdiam. Takde pengalaman. Camne ek? Pemandu dan penumpang kereta depan dah keluar. Dua-dua perempuan, Melayu. Dah basah dek hujan. Kak Lina mula mendail nombor telefon Mr. Boss. Aku keluar. Menuju ke arah kedua-dua mangsa tabrakan kereta Kak Lina. Minta maaf, sungguh-sungguh. Abis tu, macamana? Pemandunya bersuara. Jap eh kak, kawan saya tengah wat phone call. Kak Lina keluar dari kereta, hulur handphone. Mr. Boss nak cakap, kata dia. Bercakap dengan dia, terima arahan. Habis berbual, aku cakap dengan Kak Lina, alihkan kereta ke tepi.

Tak lama kemudian, ada lelaki bermotor tiba. Entah siapa. Hulur kad, oh.. budak kerja bengkel kereta. Nanti dululah ye, kata aku. Si budak setia menanti dalam hujan, basah kuyup bersama-sama kami. Malang sungguh, aku dan Kak Lina kekeringan kredit. Kredit aku tinggal 28 sen, dan hanya seorang sahaja yang mampu aku beritahu. Hanya seorang.

Kemudian Mr. Boss telefon lagi, kejap lagi my friend, Encik L akan sampai. Dia dah panggil tow truck, u tunggu sampai dia datang. Ok. Budak lelaki tu ada lagi? Ada. Ignore him. Biar Encik L bincang dengan dia. Ok, mekasih bebanyak Mr. Boss. It’s ok. Jaga diri. Mangsa tabrakan yang berdua mahu pulang. Tukar nombor telefon. Aku salin nombor plat kereta dia dalam handphone aku. Mintak maaf kak.. pape nanti kita cakap dalam telefon ye. Kelisa yang hampir rebah bumpernya bergerak pergi meredah hujan lebat. Tinggallah kami berdua kebasahan tepi jalan. Ops..bertiga, termasuk budak lelaki tadi yang nampaknya tidak putus asa lagi.

Akhirnya. Encik L tiba. Belek-belek kereta, kita jalan sikitlah. Tak bagus stay kat sini, sesak. Kita park kat Shell depan tu. Boleh ke kereta ni gerak lagi? Boleh, tapi awak bawak slow-slow, ikut belakang kereta saya. Kalau jarum temperature nak dekat sampai H, awak tekan lampu emergency ok! Nanti kita berhenti. Ok. Kak Lina pandang aku, Mas bawaklah. Ha? Ok lah..

Dalam setengah kilometer perjalanan, temperature kereta dah naik. Aku high beam Encik L, pasang lampu emergency. Terus berhenti. Matikan enjin! Ok..ok. Tow truck on da way dari Subang. Kita tunggulah. Masuk kereta saya, sian u all dah basah kuyup nih. Dan si budak lelaki akhirnya mengalah lalu pergi. Kami? Masuk kereta. Sembang-sembang. Sejam kemudian baru tow truck tiba. Dihantar pulang ke rumah oleh Encik L. Mintak maaf sangat-sangat Encik L, menyusahkan je. Takpe.. hari ni saya tolong awak, nanti dah tua nanti kot-kot saya nak lintas jalan, ada orang lain tolong saya pulak. Mungkin anak kami. Hee...

Masuk rumah, mandi. Dan kemudiannya baru perasan beberapa perkara. Kami tak makan lagi dari tengahari rupanya, maghrib pun dah habis, kepala semacam retak, dan tulang betis terasa sakit. Kaki yang memang sedia sakit, bertambah-tambah deritanya. Aduh...

Apapun, syukur kami selamat. Seperti mana kata Mr. Boss pada Kak Lina, ini berkat u dengan Mas gi sembahyang asar sebelum balik tadi.

Terima kasih, Tuhan....