Tuesday, May 09, 2006

Aku Yang Risau

Abang ni tak risau pun! Huh!


Aku risau senornye tau tak.
Macam-macam mende aku risau neh.

Mak aku asib laaa nanye pasal kawen, ni tak laa berape nak risau.
Aku jawab je ‘bulan nam’.
Bulan nam tawon bile tu ntah la kan :p
Apsal bulan nam, apsal tak bulan lima?
Lagi mau tanye ke??

Aku risaulaaaaa..

Next month pindah umah.
Pindah gi Seksyen 8.
Umah flat, umah pangse.
Aku tak penah nyewa umah pangsa tau tak.
Masa student pon tak dok umah pangsa.
Korang tau tak kawasan Seksyen 8 tu canne?
Dulu aku panggey kawasan tu ’kawasan pembunuhan’.

Apsal risau lak? Dok je lah.
Memang arrrr..
Aku risau..
Fahrin, nanti orang wat pape kat dia ke.
Dia tu bukannye reti nak jerit kalau ade orang calau badan dia.
Senyap je!
Jerit laa ‘tolong!tolong!’ ke.

Aku risauuuuuuu
Nanti kalau balik lambat malam-malam, canne?
Aku dok tingkat 3 tau.
Nanti kalau orang jahat aim aku nanti canne?
Macam dulu dok kat Seksyen 13, aku jerit pon bukan ade orang datang tolong pon.
Ni kan plak tempat cam kat Seksyen 8 tuh.

Ish...

Risaulaaaaa...

Beli bedroom set.
Baru bayau seratus, lagi nam ratos nak cekau katne?
Ade duit kat bank yang aku takde kad ATMnye laks.
Bahalau tol.
Nak gi wat kad ATM satu hal lagik.
Kene masuk kat UiTM lak nak wat kad.

Ade dua tiga barang lagi yang kene beli.

Mampus.

Lori lagik.
Macam banyak lak barang nak angkut ni.
Nak soh sape tolong?
*pening*

Boss aku ni bile le nak review gaji gaknye.
Penat tau sindir semalam.
’Mr. Boss pasni kalau nak interview orang miskin bandar, interview je saya’
’Aaaa...apsal lak u leh jadik miskin bandar laks?’

'Sebab Mr. Boss la, lagi mau tanya’
.

Risau laaaaa..

Dah gimuks, cam dugong. Macam si Tenang.
Dah tak jelita dah.
Body la. Muke leh tahan lagi *eceh, sempat lak pasan*
Makan sikit pon tak kurus, makan banyak apetah lagik.
Masalahnye sume mende pon nampak sedap.
Dahtu canne?
Kalau kawen nanti baju pengantin tak muat, canne?

Macam-macam hal la!

Thursday, May 04, 2006

Telur dan Motor: Kisah Sebuah Dendam

Kadang-kadang bila bersendirian, aku suka mengimbas semula kenangan masa sekolah dulu. Tak kisah laa sekolah rendah ke, sekolah menengah ke. Rasa puas sangat, sebab masa kanak-kanak dulu, aku ni boleh tahan nakalnya (kan Anji kan? ;D ). Bila masuk sekolah menengah, kenakalan tu masih ada tapi terkawal. Ye lah.. orang dah besau, dah anak dara, kena le kaber2 sket. Hehe. Tapi ada jugak ketikanya ’terlepas’ perangai bila saat-saat tak terduga.. ehehehhehe.. Dan yang bestnya tu, orang lain (yang tak berapa kenal aku sangat) tak akan sangka yang aku boleh buat mende-mende yang tak tercapai dek akalmu tu. Tak tahulah kenapa – agaknya muka aku ni muka ’innocent’ kot. Agaknyelah..!

Antara kes-kes yang masih aku ingat ialah kes tahun 1996. Masa tu aku Form 4. Dok kat Dorm C, aku sorang je budak Form 4 dalam dorm yang ada 20 orang budak pelbagai peringkat umur tu. Sian aku. Tapi takpe, aku kan independent (poyosss).

Hari kejadian, hari Selasa. Sekolah cuti pasal ape entah. Yang pastinya aku bangun pagi tu dah pukul 8. Alamaaakkk… miss laa bekpes aku ni kang. Dengan muka pisat-pisat tu aku terus meluru ke koridor, sambil jerit nama kawan-kawan aku kat tingkat atas. Akak, geng-geng akak sume kat dining, orang tembung dengan dorang tadi, tetiba je aku ditegur dek budak dorm aku. Ye ke? Dorang dah makan ke? Aisey..aku je ke yang terlepas nak sarap neh? Blom gik.. dorang baru je gerak tadi, Kak Pai yang soh kejut akak tadi. Oooww..ok laa kalau cenggitu. Aku dengan pantasnya ke bilik air, gusuk gigi, basuh muka, terus berlari ke dining hall.

Sesampai je aku kat dining, aku tengok budak-budak ni sume berkumpul kat dapur. Apehal tuh? Aku pun masuk le dapur, sibuk-sibukkan diri gak. Rupanya dorang tengah bergaduh dengan pakcik dining tuh. Hoh..dia tu memang suke nau carik pasal dengan budak asrama. Entah ape kes gaknye tau! Apehal ni? Korang dah makan ke?, kata aku pada salah sorang member aku. Blom gik, orang tua ni lah, tak kasik makan. Muka member aku dah sengal semacam. Aku jengah-jengah, aikk..ade je makanan tu, apesal yang tak bagi kitorang makan neh? Korang tau kan kantin tutup pukul berapa? Pukul 8 kan? Dah korang datang lambat, tak dapatlah makan. Ek eleeeehh.. kereks lak dia neh. Aku yang dah mula nak naik angin tapi kaber gak la... Nasib koranglah, sape soh bangun lambat! Wah..wah.. kerek betul neh!

Malas nak bertekak, aku keluar dari dapur tu sementara kengkawan aku dengan kepanasan darah muda memasing terus je bergaduh. Tetiba member aku, Suria pun keluar gak dari dapur tu. Dapat ke makan? Aku interview Suria laks. Huh.. macam s**l je. Minah ni memang angin je...ehehehe. Pastu aku tengok kat dalam genggaman Suria, ada sebutir telur. Ni telur rebus ke nih? Ko amek katne?. Suria main-main dengan encik telur tersebut. Taklah, telur mentah neh. Laaa.. telur mentah nak watpe? Nak masak katne laks? Aku dah kompius dah minah ni. Sape kata nak makan? Aku tengah pikir nak baling telur ni kat motor Cik Zul. Owww.. ada rancangan jahat rupanya. Best nih!

Tak lama lepas tu, semua kengkawan aku kuar dari dapur. Dalam perjalanan nak naik ke bilik, Suria mewar-warkan idea jahatnya kat dorang. Semua bagi sokongan padu. Tapi sape nak kaber line kang? Takkan aku sorang je? Kata Suria. Semua diam. Ermm.. akulah, aku yang baek ati cam cinderella time tu mengofferkan diri. Cantetttt..!! C’tah, dendam kitorang ni terletak kat tangan korang duorang tau! Lunaskaaaann!!! Yeee..kengkawan aku kalau bab menjahat, semua memang laju je. Siol je budak-budak nih. Hehe.

Dengan semangat kesetiakawanan, kami pun bergerak melaksanakan misi. Aku baling, ko gi borak dengan Cik Zul, kata Suria selaku ‘criminal mastermind’ memberi arahan. Okeh! Semangatnye aku buat keje jahat ek? Psst..C’tah, nak pecah kat mana aaa? Ko ade idea tak? Ler.. tak tau nak baling kat ne la plak. Hurmmm.. kalau aku laaa kan, idea paling jahat aku ada ialah... ko pecahkan je dalam helmet dia, mesti havoc aaa kepala dia penuh telur..hohohohohohoo!!! kata aku dengan penuh semangat kejahatan. Uikss.. jahat nau tu! Aku baling kat sini jela, ok tak? Kata Suria sambil tunjuk kat sisi motor. Aaa.. bolehlah.. ko jangan miss lak Suya, telur tu satu je, kata aku lagik. Tade hal. Dah, gi masuk dining. Kalau dia nak kuar, ko hint-hint le aku. Tak pun ko wat le dia leka ke..pandai-pandai ko lah. Yelaaahh..

Aku pun masuk dining, tuang air dalam gelas, buat-buat tanya Cik Zul, takde makanan ke Cik Zul? Berbasa-basi dengan pakcik tersebut, menyampah je dengan diri sendiri time tu, hahaahaa. Takde..tadi kengkawan ko datang awal dari ko pun tak dapat. Apsal bangun lambat sangat C’tah? Lah..dia tak pasan aku rupanya tadi ek. Bagus gak ni. Ermm.. takde orang kejut, nak wat camne. Dan lepas tu telinga aku menangkap bunyik ‘keceperrrr’ tanda jangka hayat Encik Telur telah tamat di dada motor Cik Zul. Aku pandang luar, tengok Suria buat ‘thumbs up’ sebagai simbol kejayaan. Ok la Cik Zul, orang naek dulu arr, kata aku pada Cik Zul. Cepat-cepat aku kuar dan menonton sebentar hasil seni ciptaan Suria yang giler tahap gaban. Pastu, lariiiiiiiiiiiiii.............!!!

Lari... lari... lari...... masuk ke study room!!!! Camne? Serbu kengkawan aku. Mission accomplished!, kata aku disambut dengan sorak sorai tanda kepuasan tak terhingga oleh dorang. Lepas bersorak sorai, beberapa orang member aku menjalankan misi lebih penting – fly. Beli makanan kat luar daaaa.. Keluar celah-celah pagar semata-mata nak beli sarapan.

Tengahari gempar. Cik Zul mengamuk. Yang best tu, tekaan dia tepat. Dia direct kata Suria yang buat. Kalau tak dia, sape lagi, camtu aa dialog Cik Zul. Ade gak aku dengar budak-budak junior cuba meracun Cik Zul dengan mencadangkan nama aku sebagai suspek, malangnya tak berjaya..hahahahhahahahahhahaha. C’tah? Bukan dia laaaa... mustahil dia yang buat. Dia datang minum air je tadi. Hohohohooho.. tu dia.. mangsa sendiri membela suspek, tak dapek den nak nulong. :D

Walau bagaimanapun, akhirnya terbongkar jugak hal tu, sampai warden pun tau. Kat sekolah, aku dan Suria diperintah mengadap warden. Bagi sepuluh alasan kenapa awak baling telur kat motor Cik Zul, kata cik warden. Lepas gelak dua tiga saat, aku pun jawab: Pertama, saya lapar. Kedua, Suria pun lapar. Ketiga, kawan-kawan saya lapar. Keempat, kelima, keenam, ketujuh, kelapan, kesembilan, kitorang sume lapar, cikgu! Kesepuluh, makanan ada lagi tapi nape dia tak bagi kitorang makan? Kejam tuh! Cik warden tergelak besau sampai mengalir airmata dia dengar jawapan aku. Eh, tak kelakar tau! Tapi kenapa sampai baling telur kat motor dia? Aikkk.. kitorang tak baling kat dia tu pon dah kira untung. Saya nak awak berdua mintak maap balik kat Cik Zul, kata cik warden. Ehh.. tak nak saya! Cikgu, tak patut tau kitorang mintak maap kat dia. Makanan yang belen-belen aritu ade masa tu, nape tak bagi kitorang makan? Ye laa kitorang mengaku kitorang lambat, tapi dia lebih sanggup buang makanan tu daripada kasik kitorang makan. Kitorang bayar tau duit makan. Aku cam biasa le, tak puas ati.

Bla..bla...blaaa.. kene denda. Salin balik surah Yasin 4 kali. Siottt je. Tah pape punya denda tah. Sabooo jelah. Lepas kes tu, lama gak laa kitorang tak bertegur dengan pakcik dining tu, makan bulan-bulan jugaklah. Hehehhehehe..

Tapi nakal camne pon kitorang dulu, batch aku tetap jugak dikenang. Cik Zul pun mengaku, batch korang takde sape leh lawan! Jahat-jahat korang pon, result best. Rajin pun rajin, keje tak payah suruh, itu kata dia masa aku terjumpa dia kat bus stand Masjid Tanah, time tu aku student UiTM. Cik Zul merungut, budak-budak asrama sekarang sume tokleh harap. Keje nanti bersuruh, dah suruh pun tak jalan jugak. Result pekse sume jatuh menjunam. Kalau ade yang boleh dibanggakan pun, sorang dua je. Warden pun dah tukar, cerewet melampau-lampau. Cik Zul nak bukak restoran lah, amacam? Ok tu! Cik Zul masak memang 1,000 kali lagi sedap daripada dining UiTM, kata aku. Tu lah korang, dulu asik taknak makan je, sekarang dah teringat pulak. Kami sama-sama ketawa.

Itu dulu. Dan Cik Zul pun dah meninggal dunia.

Mintak maap banyak-banyak, Cik Zul. Alfatihah..!