Thursday, July 27, 2006

Babai sume, don't miss me ok!~

Macamana nak start ni? Saket paler aku..!

Minggu depan bersamaan 2hb sehingga 4hb, aku tade kat bumi Shah Alam ni. Setelah hampir dua tahun melobi, ahirnya proceed gak proposal kitorang untuk ke Pulau Redang idamanku selalu neh. Yeaaahuuuuuu..!!!!! *loncat²* Insyaallah kalau umur panjang, kitorang akan gerak pada waktu pagi hari berkenaan dengan bantuan penerbangan Air Asia. Hoh, aku tak penah naek Air Asia neh, meh le merasa naek best ke tak best.

Alhamdulillah.. kebetulan klotak aku tengah tensen² buah ni, dapat lak gi jenjalan. Mengingatkan aku pada kejadian dua tahun lepas. Masa tu aku tengah stress giler² - ala.. hal jiwa² ni le – opis aku wat trip ke Pulau Pangkor. Sonok giler! Tapi aku tak sepenuhnya enjoy time tu, apedaaa aku *tunjal paler sendiri*. So, kali ini aku nak all out laa bak kata omputeh. Muahahhahaaa gelak resakse. Bertambah rentung le aku pasni, camne nak jadik bestnyer* Kak Lina neh? Huhhuh..

Doakan aku selamat pergi dan balik, dan lepas daripada balik tu jugek.

Pulau Redang, aku cabar kaaaoooo!!!~

# Malam duka, pagi positif balik. Ada ruang tu, tapi tak berapa luas. Ah.. nak seribu dayabumi bak kata member aku. Chaiyooookkkk Masy!!~

* bestnyer = lawan kepada perkataan ’bestman’.

Monday, July 24, 2006

Kusut!

selipar turut menensenkan diri dengan aku


* hidup terlalu singkat untuk terus-terusan bersedih* perasaan kosong* sape dia tu?* kesian Fahrin* bila baju raya nak siap ni* report tak siap* takut boss marah* ada yang datang masa duka dan pergi kala suka; ada yang datang kala suka dan pergi kala duka* manusia memang pelik* rasa nak beli pokok bunga* nape jiran kasik surat amaran* bulan ni tak datang lagi* meriahnye kenduri kawen* waa..ko dah keje gomen ek?* mana brooch aku ni* lama tak dengar cite Exists* apsal umat Islam asik kene buli je* nape kerajaan suke abiskan duit kat tempat² yang tak patut* asik-asik cite CT dengan Datuk K* aku pandang kau, kau pandang dia, dia pandang aku* apsal asik kacau aku je ni* Darren Hayes gay rupenya* dia demam* aku mana tau nak jadik pengapit* salah ke aku cakap?* tak senyum orang kata sombong, bila senyum orang kata nak menggoda* ruang nyawa terlalu pendek untuk mencari musuh* tak dapat lupa* susah nak terima* jom cycling ujung minggu ni* dah nak masuk bulan Ogos* nak keje gomen ke tak nak* kredit dah abes* bila nak bayar duit air* jadi ke tak gi Redang neh* jangan lupe bayar duit kete* aku cepat tacing lately, nak mampos?*


Fotopages updated!! ~ gambar~

Tuesday, July 11, 2006

Just For Laugh



1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungkin dituduh mencarut. Kalau tak percaya,cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"

5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.

6. Sesetengah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap cibai kat depan orang tua-tua.

7. Membuat tauhu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tauhu sumbat dalam mulut.

8. Si Bohsia dan Bohjan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.

10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L. Ramli mungkin pernah dapat lesel L. Tapi Allahyarham A. Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir)


Kaciwanyeee France kalah. Sudahlah! Jangan pujuk daku yang kaciwa ini *pegang tangan abg Nudin sambil lari jauh²*

Fotopages updated! klik sini --> gegambar..

Wednesday, July 05, 2006

Punca Kekalahan Brazil


Dipercayai pasukan Brazil sempat bercuti ke Indonesia sebelum Piala Dunia berlangsung. Dan khabarnya, Ronaldinho yang sebenar tercicir di Jawa akibat terlalu asyik membelek kain batik Jawa untuk aweknya, di samping sakit perut yang melampau kerana terlalu banyak membelasah asam jawa.

So, jangan salahkan Ronaldinho di atas kekalahan Brazil baru-baru ni. Bukan dia yang main tu! Itu Ronaldikin yang main..


# gurau je ek...!