Wednesday, September 27, 2006

Butterfly


When you love someone so deeply
They become your life
It's easy to succumb to overwhelming fears
inside
Blindly I imagined I could
Keep you under glass
Now I understand to hold you
I must open up my hands
And watch you rise

Spread your wings and prepare to fly
For you have become a butterfly
Fly abandonedly into the sun
If you should return to me
We truly were meant to be
So spread your wings and fly
Butterfly

I have learned that beauty
Has to flourish in the light
Wild horses run unbridled
Or their spirit dies
You have given me the courage
To be all that I can
And I truly feel your heart will
Lead you back to me when you're
Ready to land

I can't pretend these tears
Aren't over flowing steadily
I can't prevent this hurt from
Almost overtaking me
But I will stand and say goodbye
For you'll never be mine
Until you know the way
it feels to fly

~Mariah Carey~



me, blue again :p

Monday, September 25, 2006

Hujung Minggu Yang Bingung (bingung ke??)

Sabtu lepas ada peristiwa sket. Bak kata ND, Pre-Ramadhan Potluck. Kalau nak diikutkan, patutnye hanya aku dan Anne je yang nak bawak makanan. Tapi oleh kerana sume orang pun insist nak bawak, haa bawak jelah..hehe.

Malas nak cerita betapa bizinye aku start celik mata pagi tu sampai laa aku tiba kat Tasik Shah Alam tu. Nak masak pon tokleh nak kosentret, orang call laa, orang SMS laa, dah cam super woman aku rasa (seblah tangan kaco makaroni, seblah tangan jawab SMS – macam bagus je). Nasib baik tak hangus. Yang tak tahan tu, Angah datang – siap culik aku kejap gi tengok umah yang kitorang nak beli tu. Aku dengan tak mandinye...hurmmm pasrah jelah.

One thing aku ni kalau kusut + kalut, mule laa aku rasa badan aku ni busuk je. Hihi. Padahal bukan le tak penah masak untuk orang ramai-ramai, tapi oleh kerana anda yang datang ni tak penah rasa masakan aku, jadik secara otometik aku jadi gentar. Kang komplen aku masak tak sedap kang..huhu. Berapa punye gentar, sampai resipi makaroni yang aku masak aritu tu.. aku donlod daripada internet (walaupun aku dah biasa masak makaroni). Takot dorang tokleh nak terima lak mende yang aku biasa masak. Pes taim aku masak ikut sukatan dalam resipi, selalu tu aku bedal je. Pehtu biasanye ade je bahan-bahan dalam resipi tu aku skip sebab maleh aa nak yo-yo oo sangat, tapi kali ni segala bahan tu aku carik sampai dapat. Punye leee cuak aku, tak hengat..hehe.

Budak umah aku komplen sebab aku tak bagi dorang tolong aku. Tak reti aaa orang kat dapur ramai-ramai, biau le aku hadap sorang.

Apepon, thanks ye pada Anne, ND, Sham, Acai, Anji + Pidah d prend, Kurzz dan bebudak umah aku yang menjayakan acara ni. Kalau ade yang terkurang ke hape mintak halal laa ek..hihi.

Balik tu aku ngantuk sangat tapi tak mampu nak tido. Aku tengok jelah bebudak ni tido huhu.

Ari ahad aku bangun pukul 10 pagi (waaa instict sebelum tengok jam, tak sangka lak betul ;) ) Ingat nak basuh baju, alih-alih bebudak umah aku ajak tengok wayang. Pelagi.. jalaaaaan. Konon-konon nak tengok Ghost Game, tapi apekesejadahnye TGV Bkt Raja tu takde lak cite tu, tengok laa cite The Wicked Man. Cam ampeh je cite ni. Sampai rumah pun ngantuk. Walaupun mata aku minta dikasihani, tolonglah mak incek tido kejap, tapi kepala otak aku tak aman le selagi aku tak basuh baju. So.. gi lah basuh.. sidai.. pehtu siap iron baju-baju untuk keje seminggu ni. Huhuhu abis iron baju dah pukul 6.30 petang, tak dan nak tido..huhuh.

Balik kang nak tido ah..*Zzzzzzzzzzzz*

Fotopages dah apdet! Tengok sini ye..

Friday, September 08, 2006

Cinta dan Suka

Cinta dan suka. Ianya suatu perasaan yg unik, dan ianya telah dicipta oleh Allah swt. untuk anak-anak Adam. Walau bagaimanapun, perasaan ini haruslah dikawal agar tidak menjurus kepada maksiat. Ingat semuanya haruslah bernawaitu kerana ALLAH taala. Akan mengecapi bahagia dunia dan akhirat... InsyaAllah...

*Di depan orang yang kamu "cinta", jantungmu akan berdebar-debar dengan cepat. Di depan orang yang kamu "suka", kamu akan selalu bahagia.

*Di depan orang yang kamu "cinta", musim dingin serasa musim semi. Tetapi di depan orang yang kamu "suka" musim dingin sama saja dengan musim dingin yang indah.

*Jika kamu melihat ke dalam mata orang yang kamu "cinta", maka kamu akan bertemu. Tetapi jika kamu melihat ke dalam mata orang yang kamu "suka",maka kamu akan tersenyum.

*Di depan orang yang kamu "cinta", kamu tidak akan dapat mengungkapkan apa yang ada di benakmu. Tetapi di depan orang yang kamu "suka", kamu dapat mengungkapkannya.

*Di depan orang yang kamu "cinta", kamu cenderung malu. Tetapi di depan orang yang kamu "suka", kamu bisa menunjukkan diri kamu yang sebenarnya.

*Orang yang kamu "cinta", biasanya akan muncul di benakmu setiap 2 minit. Kamu tidak akan dapat menatap langsung ke mata orang yang kamu cintai. Tetapi kamu akan selalu tersenyum jika menatap mata orang yang kamu suka.

*Ketika orang yang kamu cintai sedang menangis, kamu akan ikut menangis bersamanya. Tetapi jika orang yang kamu sukai menangis, kamu akan mengakhirinya dengan kelegaan.

*Perasaan dari "cinta" dimulai dari tatapan mata. Dan perasaan "suka" dimulai dari pendengaran telinga.

Jadi, jika kamu berhenti menyukai seseorang, yang harus kamu lakukan adalah menutup telingamu. Tetapi jika kamu mencuba untuk menutup matamu, cinta akan berbalik menjadi titisan air mata dan akan selalu berbekas di hatimu selamanya... "

Monday, September 04, 2006

Aku Yang Tak Suka Matematik :p


You memang tak suka matematik ye Mas? Tanya Mr. Boss lepas mengajar aku mengira unjuran penduduk, kediaman dan ntah ape-ape lagi untuk kawasan Kuala Lumpur. Mak aihh.. obvious sangat ke ketengengan aku ni bila masuk tang math ni? Huhu. Math you dapat berapa masa SPM? Loh..ke situ lak dia. Tiga je.

Dalam adik beradik aku, rasanya aku sorang je yang tak sukakan subjek matematik walaupun aku suka duit (hehe). Ude aku pun tak berapa pandai gak, tapi akhirnya dia jadi akauntan. Ni yang aku tak paham neh. Abang-abang aku yang lain memang power root laa matematik dorang. Memang famili aku pelik je dengan aku. Dorang ingat aku tak pelik ke nape dorang suka math? Abang-abang aku kata kiranya aku ni obses dengan membaca membuatkan aku tak suka mende kira-kira ni (aku dah boleh membaca sejak umur 5 tahun – mak aku memang terer). Sejak aku sekolah rendah sampailah masuk U, biasanya cikgu/lecturer yang boleh ingat nama aku tu adalah tenaga pengajar Bahasa Inggeris. Cikgu matematik yang suke jeling-jeling aku masa sekolah menengah dulu tu tak ingat ke nama aku? hehe..

Punye le aku ni tak pandai matematik, sampaikan menyusahkan cikgu masa aku sekolah rendah. Susah camne ek.. Masa budak-budak dulu, aku selalu berganding dengan sorang member aku ni untuk wakilkan sekolah dalam ape-ape kuiz – kuiz bahasa, kuiz perpustakaan, bulan sabit merah (aaa yang ni aku tak paham ape sebabnya aku kene wakilkan sekolah padahal aku tak penah attend pun persatuan tu), kuiz agama, kuiz kesihatan, sains kemasyarakatan dan ntah ape-ape lagi kuiz aku dah tak ingat. Biasanya cikgu aku akan pilih kawan aku ni – Wan (wink kat Anji..hehe) and then aku. Kira top 2 laa..waaa pasannye aku. Tapi bila tang kuiz matematik, cikgu aku dah tak tau nak amek sape lepas dak Wan tu. Aku ingat lagi bila cikgu tu nak sebut nama aku, dia cam terkoma sket. Muahahaahahaha.. Pastu dia kata gini, “selalu tu senang je nak pick orang, arinie cam susah pulak”. Hehe.

Masuk sekolah menengah lak, semedang aje math aku fail. Sampaikan arwah abah datang sekolah jumpa cikgu (ade mesyuarat kecik lak tu) nak keluarkan aku daripada asrama. Masa tu aku form 4, result giler-giler nyer hampeh sebab matematik aku punye pasal aa ni. Jahanam tol..huhuh. Tapi tak keluar pun, mekasih laa untuk sorang cikgu yang support aku tu, tak sangka dia nak backing aku, huhuhuuh. Bila dah masuk form 5, memang arwah abah dah tak senang duduk tengok keadaan topografi matematik aku. Adalah dia bertindak dan aku setuju dengan tindakan arwah abah sebab aku tau itu untuk aku. Walaupun lepas tu aku yang menanggung sengsara – kena hentam giler-giler dengan GPK HEM II, gaduh dengan warden – tapi aku malas nak bising. Sikit pon aku tak mengadu dengan abah. Cuma yang aku tau, lepas aku abis SPM aku dapat tau yang akhirnya mak cerita dengan abah. Dan aku dah kata, kalau aku bagitau abah time tu kompem masak lee cikgu yang pressure aku cam nak rak tu. *first time aku dengar mak kata aku kuat semangat aritu, hehe.

Masa aku amek result SPM, subjek pertama yang aku tengok ialah matematik. Syukurlah dapat 3. Aku bagitau mak, dia macam tak percaya je. Yang tak best tu mak aku leh lak kata – mak ingatkan ko dapat pangkat 2, tak sangka lak dapat 1 ek. Ceh mak aku ni ingat aku tengeng sangat ke..huhu. Tapi takpe..aku puas ati bila lalu depan pejabat sekolah time tu. Kebetulan lak GPK HEM II tu pun ade, dengan berlagak sombe (mintak maaplah, aku bukan jenis berlagak tapi apa yang cikgu tu hina aku dulu, aku ingat lagi) aku kibar-kibarkan slip SPM aku tu. Kompem dia dah tengok dulu result aku kan...huh! Muka dia kelat je. Huh.

Secara keseluruhannya, aku memang tak suka matematik. Sekian. Hehe.


Ooooopppppp... tapi aku suka matematik bila melibatkan keuntungan ke atas aku.