Monday, October 09, 2006

Majlis Berbuka Puasa Ala Loba-Loba~

Alhamdulillah.. majlis berbuka puasa ala loba-loba telahpun selamat diadakan sabtu lepas. Waaa… tetibe je ramai ek? Lebih daripada 10 orang tu ramai la kan.. mekasih kat Anne yang mengangkut kekawan dia bagi memeriahkan majlis eceh : ) hehe..

Segalanya berjalan lancar aritu rasanya. Dari Shah Alam ke tempat kejadian hanya mengambil masa setengah jam sahaja seperti yang aku jangkakan, tapi nak dapatkan parking – Masya Allah.. huhuhu. Setengah jam jugaklah.. Aku yang ‘kefedapan’ masa tu akhirnya berdoa, Ya Allah bagi laaa aku parking.. Kau kesianlah kat aku yang belom semayang Zohor ni. Lepas je aku meraup muka, tup tup nampak seketol kerete ni tengah ready nak merambos. Alahai sukenye ati beta, kalau beta tau, daripada Federal Highway tadi beta dah berdoa huhu.

Tengok wayang dengan Anne (hihi), ND and Sham. Cite Ghost Game.. antu bunuh orang, saboo jelah aku neh. Abeh movie, semayang Asar, lepak jap tengok orang wat fashion show, cop tempat kat fudkot. Sementara menunggu waktu berbuka, kami sume pon berborak² - oww masa tu almost everyone dah sampai. Amek gambar sana, snap sini bla bla. Hehe. Sape tu yang asek sakat aku je, memang nak kene laa makhluk² Allah yang sentiasa diberkati tu, huh.

Aku yang kepupusan idea nak makan ape hanye membeli yong tau foo (yong tau foo kat Giant Shah Alam kompem lagi sedap hihi) dengan air carrot susu yang tak terasa langsung susunya. Tapi aku kan tabah..dalam kata tak sedap tu abes jugek hehe. Abeh makan, gi semayang maghrib. Aaa pestaim laa aku tengok orang beratur nak masuk surau time tu. Mak gad tu pulak bising je, orang nak semayang pon tak khusyuk tau (salahkan mak gad pulak :p ). Abes semayang, ade le beberapa kerat yang tinggal bergambar kenang-kenangan kat stage. Pehtu balik le..

Eh pendek je ek cite aku. Ala..ni kira rumusan laa ni. Dapat markah penuh kot? Gambar-gambar sume ade kat ND dan Anji. Tunggu diorang aplod le baru u ols leh tengok okeh! Aku pon tak tengok lagi huhuu.

Terima kasih pada sume yang hadir ya...sama-sama kita menanggung malu akibat perilaku seorang kawan kita ni pada hari kejadian. Huahahahaah malu woi!


* Status naluri sekarang. Rasa seperti menghirup madu berjulap. Anda faham maksudnya?