Thursday, December 21, 2006

Last Entry of Da Year~

gambar sendirik tapi cilok daripada fotopages ND


Ini entry terakhir sebelum kita menjengah 2007. 2007??? Huwaaaa atot atot.. Esok hari last aku keje, pastu cuti sampai le 3hb Jan. Ehem ehem esoknye tu bday aku. Lalalalalala.. Itu pon belen cuti aku ade lagi 19 hari – kalau manyak duit bole laa raon-raon dunia. Cadang-cadang nak pegi Cameron, tapi aku takot mati beku laa pulak macam kat Genting aritu. Yelah kan musim ujan sekarang ni (betul-betul rasa macam tinggal dalam Kotakhujan hehe). Tengoklah macamana, kita merancang, Tuhan yang tentukan – tu dia ayat tazkirah daripada aku sejak kene tazkirah aritu hikss

Macam biasa, dalam setahun ni macam-macam dah jadik kat aku. Macam-macam aku buat, ade yang baek, ade yang jahat (pandang suar ketat), ade yang gemuk (pandang badan dalam suar ketat), ade yang kurus (pandang purse). Ada perubahan, ade jugak yang tak berubah langsung. Apa sekalipun, aku rasa aku bahagia tahun ni secara puratanya (kene buang kisah ternampak gambar kawen ex aku dalam majalah baru le happy secara total dan pukal).

Ada juga rasa tak puas ati atas sesetengah perkara. Ada hal-hal yang aku rasa tak puas sebab tak dapat mempertahankan diri sendiri bila dikata macam-macam, tak dapat nak mencapai kehendak dan matlamat yang aku letakkan dalam tahun ni – maybe sebab matlamat tu tinggi sangat kot. Dan yang paling tak best, aku tak berjaya LANGSONG turunkan berat badan walau satu gram pun tahun ni (sama macam dua tahun lepas jugek). Huwaaaaaaaa....!! Last aku dapat turunkan berat badan masa awal tahun 2004 – tu pon sebab frust hahahahhahahah. Kene laa buat-buat frust macam ni baru bole kurus uhuhuhuuhu.

Yang best tahun ni, aku dapat kumpulkan kekawan aku masa skulah rendah dulu – tapi blom tahap buat gathering lagi. Cumanya dah berjaya ditemui dalam alam internet. Best! Best! Best! (sambil lompat bintang).

Haa tu aku dah nampak cam ade orang nak tanye pasal kawen. Jawapannya ialah: tunggu jelah, ade nanti aku bagi le kadnye. Selagi aku tak tanye alamat tu maknenye belum nak kawen le tu. Senang je kan? Jumpa ke belom pilihan ati? Aiseyyy.. yang ni aku takmo jawab ah. Sebab jawapannya panjang yaaaaa amat. Tak korang yang boring, aku ni yang penat nak taip sesatu. Mak letih u ols.

Cam biase, tetiap tahun aku takde azam. Sebab bagi aku, kalau nak wat pape (yang baek laa), buat jelah. Buat arinie, tak perlu tunggu sampai esok. Malas nak pasang azam ni pon ye jugek. Tapi sape yang nak berazam jugek, silekanlah. Bukannya tak elok pon nak ade azam ni kan?

Jadik...dengan hati yang berat, ingin ku ucapkan selamat tinggal............................

kepada tahun 2006. Hukhukhuk. Harap-harap 2007 ni ada ong lorr!