Monday, December 31, 2007

237: Hai Ols!!


Bosannyeeee opis varu takde tenet. Mati segala kutu kat badan orang len. Hukhuk. Tapi kalu dah masuk tenet sok, tempat aku laa yang paling best skalik untuk keje-keje lagho hohoho *gelak resakse*.
Hari ini aku bersiaran secara rakaman dari opis lama. Guna laptop bos. Hoh. Macam-macam mende nak cite kat korang. Antaranya..
Besday aku lagi 4 ari weh! Aku dah beli jam tangan varu, dan dah tinted kete. Setakat ni ade satu mende yang aku nak beli tapi tak dapat-dapat lagi. So kalau ade sape-sape yang tingin nak aku hepi2 menjelang usia 28 tawon neh, bole laa adiahkan aku album Exists yang latest. Letih dah aku rayau2 kat Shah Alam ni takde pon. Hampeh.
Sesuke ati aku je mengkartunkan anak buah aku ni kan? Ni laa pelajaran yang aku dapat sejak opis takde tenet. Bagus jugek. Tambah laa gred sket ehehehe.

Tu jelah. Nak cite panjang, tunggu opis baru aku tu pasang tenet.

Monday, December 17, 2007

236: Huhu~

Aku apdet, sebab kemungkinan besar aku akan senyap untuk satu jangkamasa yang tak taulah nak cakap lama ke tak. Sekarang ni opis aku dalam proses berpindah, dan dukacita dimaklumkan, aku dipilih oleh Mr. Sivaji untuk menjadi apprentice (hoh perkataan - suka² je :p ), i mean - orang pertama yang akan dok kat opis baru tu. Sorang tau! Takde internet tau! Bodo tau!

You ok ek? Ala.. tak lama pun dok situ
......
I bukan nak halau you, Mas. Kalau boleh I memang nak you stay kat opis ni
......
Tak lama pun, nanti semua orang pun pindah
Yelah yelah~


Huwaaaaa!!! Maka akan tibalah masa aku bercakap dengan dinding dan kerusi untuk beberapa hari kot. Kot laa.. *gusuk² mata* So, kalau tetibe aku senyap je tu, paham² jelah ek :/

Yang menambahkan kegundahan hati baby adalah.. jam tangan aku hilang. Cicir sebenarnya. Eh, tertinggal, kat surau JJ Bukit Raja. Aku terperasan jam tu takde bila aku dah sampai kat Slimming Centre nun. Takde maknenye aku nak patah balik dan-dan tu jugek. Masa tengah dok massage² tu, kepala hotak aku takleh nak tenang laaa kenangkan jam tu. Itu adelah pemberian mak aku tau, dah 4 tahun dia melingkar kat pergelangan tangan aku ni - sejak tangan aku kurus sampailah dah berisik sket ni. Harapan nak dapat balik tu cam takde je. Dah buat report pon kat Info Centre. Hukhuk~

Memandangkan birthday aku pun tinggal 2-3 minggu jer, saje laa aku nak cakap. Kalau ade sape-sape nak bagi hadiah, aku cadangkan bagilah aku jam tangan. Tapi bukan jam tangan RM10 tau hahahah. Demand plak :p takpe laa aku beli sendiri. ape nak menjawab kat mak aku balik raya ni, mampos aku :(



Yang baru nanti memang tak akan dapat menggantikan memori yang pernah aku simpan dengan jam yang dah hilang tu. Tapi sekurang-kurangnya bila ada yang baru nanti, takdelah aku rasa janggal dan kekosongan (kekosongan tu mewakili tangan aku ni). *sigh* camne laa boleh cuai sampai macam tu skali huhu~

Thursday, December 13, 2007

235: Sebenarnya..


Sebenarnya..
Aku tak tau nak apdet apa. Ada banyak benda yang merayau-rayau dalam hati dan luar hati tapi tak terluah kat sini. Takleh. Nanti kena marah - dengan diri sendiri, dengan yang terlibat, dan dengan yang tak terlibat seperti anda semua. Tapi aku tak cerita bukan sebab takut kena marah, tapi..
kenapa ek? *garuk paler*

Sebenarnya..
Beberapa hari ni, lambat betul mata nak terlelap. Penat dah pusing kiri kanan, betulkan bantal tapi lambat nak lelap padahal mata mengantuk. Macamana tu? Kenapa? Bila tidur pun mimpi yang celaru dan penuh tanda soal - maksud aku tanda tanya :D

Sebenarnya..
Baru-baru ni aku terdengar bunyik yang aneh daripada rumah sebelah. Memandangkan bilik aku dan umah dorang berkongsi dinding, bunyi-bunyian tu memang boleh je menerobos masuk ke lubang telinga. Isk.. tapi bunyik tu.. isk~ Macam lucah je????? Apa yang korang buat tu aaaa?? [tekap tinger kat dinding] hihi~

Sebenarnya..
Aku rasa macam ade menda nak cite, tapi lupelah. Jap jap~





(5 minit..)




(20 minit..)





(1/2 jam..)









ntah laa.. lupe dah~

Monday, December 10, 2007

234: Jalan-jalan!~

motif letak patung budak kencing ni kat PC Fair??

Jumaat dan sabtu aku berjalan-jalan. Sakankah? Biase je kot. Kalau semalam aku gi kenduri umah Acai, mungkin jadi sakan kot :) Oh adekku Acai, kakak comel mintak maap tak dapat hadir ke kenduri itu ya. Nanti Acai kawen, akak datang - insyaallah ;)

Jumaat lepas ke Midvalley lepas waktu kerja. Jumpa kawan-kawan zaman kekanakku iaitu Anji & Cik Embok. Oh lupe bawak kamera. Keras perot akibat ketawa ketawi dan makan-makan di Chilli's. Seumur hidup aku tak pernah minum air lebih dari segelas bila makan kat luar, kali ni topap 3 kali, mau tak keras perut. Thanks Cik Embok sebab kasik baby klip rambot yang mahal tu walaupun bukan sebeday aku hehehe.

Sabtu, dating dengan Kak Maya di KLCC. Terlambat sampai sebab menunggu orang yang lambat, tapi tak lambat sangat kot kak? Aku bukanlah orang yang tergila-gilakan gadget, tapi bolehlah setakat nak cuci mata kat PC Fair itu. Lagipun aku dah ada laptop dan kamera digital, watper nak beli lagi kan? Cumanya, kalaulah aku punya banyak uwang, pasti aku bawak pulang lappy yang cantek-cantek, MP3 player yang cumil dan juga digital kamera yang 'wow' itu <-- hanya untuk suka-suka. Tapi kerana aku datang tanpa sebarang intensiti untuk membeli apa-apa, maka aku hanya membawa pulang flyers dan sebatang pen hasil mengisi borang tanpa membeli barang. Itu pun nyaris aku termakan hasutan amoi Meksis untuk beli jadah broadband apetah tu. Sibbaik fikiran masih waras. Hehe, cik amoi leh cuba lagi. Bila dah sampai rumah, baru terfikir sesuatu. KENAPA AKU TAK BELI MOUSE UNTUK LAPTOP AKU SYAITOOON...~ *ketuk paler kat dinding*


Korang pegi ke Sure Heboh kat Shah Alam? Aku yang dok Shah Alam pon tak penah pegi Sure Heboh tu hehe. Tetiba teringat nak SMS seseorang memandangkan tahun lepas dia datang ke sini semata-mata nak tengok Bawang Putih Bawang Merah kat Sure Heboh nun. Barulah aku tahu yang rupanya dia dah transfer ke Sabah. Hurm...~ Ada rasa tak best sikit, susah nak cakap amenda rasa tu. Sentapkah? Mandomkah? Negatif? Hoh baby pun tak tahuuuu wowowowooo~ *nyanyi*

Esok Selangor cuti. Esok ada kejadian - mungkin. Kita nantikan ceritanya di episod akan datang.

Ada sape-sape nak belanja aku eskrem Baskin Robin? Tingat laa plak~

Thursday, December 06, 2007

233: .. dan lemau


Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kakiku kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan terlelah gelombang lautan
Ku masih setia

Adakah engkau tahu... ini cinta
Adakah engkau pasti... ini untuk selama-lamanya

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini...
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Jangan putus harapan... sedia setia.....

(Seribu Tahun - Imran Ajmain)


Aku tahu aku ada buat kesilapan yang besar. Silap kerana terus diamkan. Tapi inilah aku, manusia yang biasa-biasa macam kamu. Yang dalam kuat ada lemahnya. Dan kelemahan aku sekarang mungkin yang ini. Terluah tetap terbuku, kerana terlalu berat untuk diteruskan. Dalam ingin pergi, langkah tetap terkunci. Bukan dipaksa, kaki berat kerana hati. Hati berat kerana rasa.

Tertanya kenapa padanya rasa ini berkembang. Atas punca yang mana jiwa ini terasa tenang saat mata terpejam, apatah lagi ketika kelopak mata tidak bertaut. Salahkan aku, salahkan siapa lagi. Kewarasan, bertindaklah sekarang! Tolonglah aku.

Dah. Mari gembira.

+++++

Mari cerita pasal Encik X nak? Hehehe last week dia datang ke opis den. Kaget sebentar baby dibuatnya (sambil tersipah-sipah tanda caring). Kalau minggu sebelumnya kami tak bertegur malam dinner aritu, haaaa kali ni bertegur-teguranlah akan kami pada hari kejadian. Tapi hal keje laaa.... hohoho. Encem le Encik pakai baju kaler ni, I like [dalam hati je]. Walau macamanapun, riang nian di sukma beta akan seprais yang tak berapa nak seprais ini. Ehek~

Ala.. aku gedik² dalam ni je. Kat depan dia, kontrol kontrol. Tapi dalam kontrol pon budak opis aku tau jugek hahahahah hampeh!

Tuesday, December 04, 2007

232: Unrest


Wah tajuk cam cite antu lak ek. Aku cam takde mood pulak nak cite tentang perjalanan hidup aku sepanjang tiga hari ni. Bukan sebab tak best, tapi ntah - saje malas nak cite.

Tapi boleh kot. Kita ringkaskan jelah ye.

  1. Atas kegilaan apetah, aku berbelanja sakan membeli hitu-hini - nak dekat RM200 jugek abis. Pastu baru teringat aku ada utang dengan mak - RM200 jugek. Nanti-nanti jelah aku bayar. Sila salahkan stress aku. Aku rasa aku bukan stress sangat, tapi camne ek nak cakap. Aku sedih kot. Dan RM200 yang terbelanja tu masih belum dapat melenyapkan rasa yang tak best tu. Tapi berjaya mengurangkan je. Kejap je.
  2. Dua hari berturut-turut menonton wayang. Yey! Aku gilak. Untuk promosi, filem Enchanted amat best ditonton tapi ada part yang budak-budak tak patut tengok. Ala kiss je pun, tapi masalahnya kamera betul-betul fokus kat bibir memasing. Macam pendidikan kiss je? [bayangkan di layar itu, gambar bibir dua manusia yang sedang bergitu-gitu penuh sebesar-besarnya. oh kalaulah aku ada anak, aku akan suruh dia tengok kaki dia masa tu]. Filem Mr. Mogarium's Wonder Emporium pula sesuai untuk seisi keluarga. Malangnya filem ini anti-klimaks. Baru nak happy tetiba dah abis. Grrrrrrrrrrr~
  3. Mak suruh aku pakai eye shadow. Dulu suruh aku pakai foundation. Pendek kata - mak suruh aku bersolek. Sekian :) [tapi aku tak retilah weh, kekadang bole le]

Itu jelah. Hehehe.

aku perlu..

Thursday, November 29, 2007

231: Senang Tapi Susah

these are for both - thanks and sorry :)


Terima kasih. Maaf.

Ayat yang paling senang tapi susah dilafazkan. Bila ia jadi susah? Cakap jelah, tak gitu?

Terima kasih. Memang mudah diucap, tapi bagaimana jika kita hendak mengatakan kata-kata itu kepada musuh? Dalam berdendam, ada jasa yang perlu dihargai. Dan ketika ada keinginan bermanis muka, terkenang kepahitan yang dipalitkan dalam hati.

Seperti maaf juga. Mudah rasanya untuk diungkap, tetapi kadang-kadang terkelu ketika kemaafan ingin dipohon dari yang tersayang. Suara hanya bergema dalam hati. Dan kekesalan yang terbias dalam jiwa hanya diri sendiri yang merasai, dan terdaya memerhati si dia terluka, dan terus-terusan terluka.

Bila agaknya kita dapat berubah?



# berita malam tadi pasal tol. sedap je sang menteri berkata tentang kadar tol PD - Seremban yang kononnya tidak menjejaskan akibat 'tada orang mau lalu'. deyyyy.. itu macam kalu, apa kata itu tol kasik roboh jugak?? buat semak je.

Tuesday, November 27, 2007

230: apa mau cerita?

aku: kita nak cite ape ni yang? *senyum*
dia: apa² jelah yang, tapi jangan cite pasal kita sudahlah *pandang kamera*
~klik!~


Bwahahaha masak aku kalau Faizal Hussein masuk blog ni hihi (lambai tangan kat dia kalau ada). Atas desakan peminat-peminat, aku apdet jugaklah walaupun macam takde idea je untuk direpekkan kat sini.

Jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah untuk bapak mertua angkat aku yang meninggal dunia semalam ye. ~alfatihah~

Takde idealah nak cite ape. Korang tanyelah pape kat aku. Sebarang soalan akan dijawab mengikut klasifikasi soalan itu sendiri. Pertanyaan berbaur busuk dan pekung tidak akan dilayan. Hehe~

Thursday, November 22, 2007

229: Huargghh~

status : pending :p


Ngantuk. Malam tadi ada dinner kat Hilton. Sungguh cilakak kedudukan hotel itu. Ermm.. salah salah. Maksud aku, sungguh cilakak skalik jalan menuju ke hotel berkenaan. Kot-kot laa ada pekerja hotel itu yang baca blog baby ni, boleh tak tolong cadangkan kepada kepala ruan hotel tu supaya berusaha lebih sket, pasang signboard besau-besau at least 500 meter sebelum ke simpang hotel ye? Oh... ada ek? Tolong besaukan font dan kalernya sila tukar ye. Orang ramai tak nampak sangat kalau fontnye saiz 20 (kalau dalam komputer) dan kaler kelabu. Bukan sume orang dalam negara kita ni pernah jejakkan kaki kat hotel tu. Sekian terima kasih, keluh kesah dan luahan hati dari mangsa kejadian yang dah - sampai - kat - simpang - tapi - terlepas - sebab - tak - nampak - signboard - kendian - kene - U turn - jauh - kat - Pudu - nun - elok² - bole - sampai - on - time - terus - lewat - satu - jam - nyaris - kene - marah - dengan - bos - abes - komot - baju - dok - dalam - kete - lama² - bila - sampai - rupanya - dah - terlepas - satu - round - makanan - rugi - doh!.

Malam tadi menggayakan baju sponsor, sungguh tahapehape laa aku ni leh terberkenan kat baju orang. Tapi silap aku laaa yang aku gi temankan orang cari baju dinner watpe? Tak pasal-pasal minda aku dah 'ter'set (tak sengaja kan..) yang kaler pepel adalah warna yang outstanding untuk malam tuh. So.. takpelah :) Tuan punya baju pun suruh pakai hihi.

Dah laaa lambat, pastu masa dok berlari-lari dalam hotel tu (yelaaa dah banyak sms masuk tanye aku katne, kredit aku dah habis dek melayan dorang ni laa) baru le aku pasan yang tapak tumit kasut aku dah tertanggal dan lesap terus - dua² belah pulak tu! Sibbaik kat situ karpet tebal-tebal, takde laa aku hilang imbangan. Isk~ Terkilan la..

Tak semeriah tahun-tahun lepas dinner kali ni. Tak cukup bajet ke? Ataupun sebab aku tak jumpa kawan-kawan aku? Jumpa sorang jelah.. jumpe Kurita yang dah dua tahun aku tak jumpa sejak dia kawen. Eh dua tahun ke? Rasanyalah. Tapi.... ada jugak yang cambest hihih~

Mata aku yang setajam helang akibat ralit membaca signboard malam tadi telah berjaya mengesan entiti yang tak disangka-sangka. Encik X! Terima kasih pada Allah yang mengurniakan sensor yang sensitip secara tiba-tiba hihihihi (aik cam gatal je? lantaklah :p ). Padahal jauh tuuu beliau dengan guwa. Nebes nebes :D Aku tunggu ko tegur, ko pulak macam nak tegur tapi kensel. Last-last balik tangan kosong je. Biasalah cite aku mesti dalam kategori Kisah Yang Tak Sempurna hihihi.

Aiseyy ngantuknya. Gambar posing ada, tapi lambat sketlah aku upload kat sini. Petang-petang kang aku letak ye gambar-gambar itu. [edited : dah masuk dah, masuk dua dah laa ek]


# jumpa orang lain, mimpi orang lain - dan mimpi itu tidak indah. awak, are u ok? *sekonyong-konyong risau laa plk*

Monday, November 19, 2007

228: Tak patut... tak patut..

~credit to d anon owner 4 dis pic, donno who u r but dis is soo cool dude~


Akhirnya dapat jugak aku spend time kat umah hujung minggu setelah dua minggu aku habiskan waktu cuti kat opis. Nothing much to do, just golek-ing around sambil tengok tv. Dah dua minggu jugak aku tak menonton program Beyond Tomorrow, Living Fresh dan.. ooo semalam ada rancangan yang baru aku jumpa, Eco 4 The World. Sayangnya baru layan 10 minit, siaran RTM tu terganggu laa plak. Bukan salah di sanun, tapi salah di area rumah aku ni. Isk~

Dan walaupun namanya hujung minggu, tetap juga aku disaljini (asik guna hujan je ;p ) panggilan daripada opis - pagi sampai petang rasanya tak kurang 5 kali. Erm.. tak kisah pun. Opismate itu cuma tanya apa yang dia tak tahu pasal printer komputer orang lain, dan aku rasa aku tak kisah as long as dia tak suruh aku pegi opis :p Sampailah petang tu, aku pun dah buntu tak tau macamana nak selesaikan masalah dia, so aku cadangkan dia call je tuan punya komputer tu - yelah kan, lagi senang kalau tanya tuan punyanya sendiri, tak gitu? Tapi jawapan beliau terhadap cadangan aku itu amatlah sendu terasa di lubuk sanubari aku nih.

Akak sebenarnya tak gemarlah nak telefon orang yang dah berfamili ni.. faham-faham jelah kan hujung minggu orang nak berehat bla bla bla

Wait semenet~ Mungkin ramai yang sokong pernyataan kakak ni. Tapi aku sebagai seorang yang masih single, terasa tercabul dengan kata-kata dia. Kenapa, orang single tak boleh nak berehat sangat ke hujung minggu? Adakah kerana aku ni takde suami yang akan meminta-minta dimasakkan makanan yang best-best dan anak-anak yang akan bergayut di kedua belah kaki time memasak, hak bercuti aku tu kira tak sah? Agaknya akan ada yang mengatakan aku ni emosional, tapi marilah kita berfikiran luas sikit.

Untuk aku, aku percaya setiap orang berhak untuk memiliki sedikit (kalau banyak lagi bagus) ruang kebersendirian, atau dalam bahasa omputehnya - privacy. Sesungguhnya aku betul-betul tak berkira bila hujung minggu aku dikacau dengan persoalan komputer printer yang remeh-temeh tu (betul ni!), tapi bila hal tersebut diselatankan (hehe asik diutarakan je?), aku rasa muak. Macamlah panggilan telefon setakat seminit dua tu boleh mengganggu sangat kehidupan orang. Oklah.. mungkin ganggu sikit, tapi kenapa kalau pada orang yang single, mende tu macam dikira 'tak apa' je? Orang yang berkeluarga inginkan waktu untuk pasangan dan anak-anak, abis tu kitorang camno? Kebetulan je semalam aku ada kat rumah, kalau katakan semalam aku melawat orang sakit kat hospital ke, atau menghadiri kenduri arwah, atau hal-hal lain - adakah tetap aku dikira tak boleh nak lari dari hal-hal yang tak berkaitan dengan percutian aku tu?

Agaknya dorang ni terlupa kot, satu masa dulu sebelum masing-masing ada keluarga, dorang pun single jugak. Tapi tak taulah pulak kalau dulu dorang rasa syok bila diri memasing dijadikan korban akibat orang lain. Malas pulak nak taip pepanjang. Daripada rasa ikhlas nak menolong, terus rasa cam berasap pulak semalam. Aku taklah sampai nak marahkan dia gegara punya pemikiran macam tu, tapi.. sentaplah sikit.

Urgghhh.. kesian kan pekerja yang single macam kami ni, hak bercuti secara aman perlu bersedia untuk diliwat sewenang-wenangnya tanpa belas kasihan. Tu baru cerita cuti, belum lagi cerita hal menggantikan kerja orang pada hujung minggu atas alasan yang sama. Eh, takleh merungut panjang-panjang, tak dapat pahala le pulak.

Tak suka! Tak suka! Tak suka! *tunjuk² dinding*


# macam terasa-rasa je aku akan terima komen kawen jelah cepat. komen ini tidak membina ok :p hohohoh~

Thursday, November 15, 2007

227: Extra Money hihi


Selain daripada membaca berita terkini hiburan sensasi, aku juga suka menelek ruangan iklan di dalam suratkhabar. Err.. bukan iklan setakat yang besau-besau tu saja, tapi juga iklan yang halus² tapi ada dua tiga mukasurat. Ada pengisyhtiharan kebangkrapan (semalam ada seorang budak sebaya aku di Melaka yang bakal bangkrap), jual beli kereta, rumah dan tanah, part time job...

Part time job. Bukanlah aku nak sangat tapi kalau ada yang sesuai dengan jiwa dan minda aku, ape salahnya kan? Baca dan baca lagi. Dan aku ternampak..

PELAYAN PELANGGAN LELAKI / WANITA; BARTENDER. GAJI BULANAN RM1,000 - RM2,000. ASRAMA DISEDIAKAN.


Wahwahwah~ Teruskan bacaan. Ada beberapa iklan yang berbaur perkara yang sama, tapi mungkin tidak semenarik yang ini.

PELAYAN BIASA. GAJI BULANAN RM1,000 - RM3,000.


Wah! Macam-macam benda berlegar dalam kepala hotak aku masa tu. Pertama - apa maksud BIASA dalam ayat tu? Ada ke pelayan TAK BIASA atau LUARBIASA? Kalau ada, macamana ek? Kedua, BANYAK TUUUUUUU GAJI!

Patutlah ramai budak-budak sekarang suka kerja-kerja macam ni ek? Mahal rupanya gaji dorang. Err.. kira banyaklah jugak daripada gaji seorang pemegang diploma macam aku ni hah. Padahal kelulusan setakat PMR, SPM je. Untuk yang memang matlamat hidupnya nak mengejar kemewahan, mungkin tak akan fikir dua kali untuk kerja ni. Yelah.. sapa yang nak bagi kau gaji tinggi macam tu dengan kelulusan yang rendah, betul? Tapi untuk mereka yang memikirkan keberkatan dalam hidup, pun mungkin tak akan berfikir dua kali juga - untuk mencari sumber pendapatan lain :)

RM3,000. Ermm.. Aku pandang budak-budak rumah aku.

Kalau akak sewakan korang satu malam, berapa agaknya boleh dapat ek? Ke nak sewa ikut jam? *pegang kalkulator*
Dorang pandang aku. Kak Mas gilo!

Hohohohoh!!!

Tuesday, November 13, 2007

226: Apa Kes?

Sebelum tu, korang dah baca ni?

Menggunakan kanak-kanak. Salah, memang salah. Polis berhak ambil tindakan - katanya. Untuk aku, kalau diaplikasikan kepada semua situasi (kecuali kes suruh budak pegi kedai - bukan beli rokok ye 13may :p), memang adil. Tak salah.

Tapi korang pun mesti ingat kes haiwan berhidung dompok, berkaki pendek serta tidak berleher di Melaka. Guna kanak-kanak juga kan. Ada tangkapan? Langsung takde.

As I've told my friend yang terlibat secara langsung dalam hal ini di mana halangan demi halangan untuk memindahkan spesis itu keluar daripada Melaka, yang dorang berhak bertindak dengan undang-undang ke atas penternak² yang menghalang tugas penjawat awam. Halang dengan kanak-kanak pulak tu. Tapi kalau dah takde sape yang tolong, camne? Sape yang patut tolong tu? Sila baca balik suratkhabar.

Adillah sangat.

kekadang kompius kan? mebi kat negara kita, haiwan ni jauh lebih mulia dari manusia. no komen. *abeslaaa blog aku pasni*

Friday, November 09, 2007

225: Diskaun~


Lepas bermakan-makanan di rumah opismate aku - open house daa - aku terus menghayun Encik Fahrin a.k.a kete comel menuju ke Jaya Jusco Bukit Raja; itu pun atas desakan dan pujuk rayu tahap melukut di tepi gantang oleh budak umah aku yang sorang ni. Aku malas tau, bukan ape, nanti kang adeeeeeeeeeeeee je mende yang aku nak sambar. Dasar tak sadar diri punye budak! (ni ayat untuk diri sendiri ye). Duit cikit tapi keinginan... nauzubillah. Tapi pegi jelah. Terpaksalah aku melupakan hasrat untuk menonton filem Chandramukhi yang kelihatan seperti best je petang tu. Hukhuk~

Lalu depan Baskin Robbin. Oh.. lamanya tak makan aiskrim semenjak batuk aritu. Jadi aku pun mula terhendap-hendap mencari perasa aiskrim kegilaan aku itu, malangnya aku pun dah lupa apa tajuk perasa tu. Menunjukkan betapa dah lama aku tak singgah kat sinun. Susah-susah sangat, aku pun tanya.

Flavor yang banyak almond tu yang mana satu ye?
Almond? Ha.. ada dua.. bla bla bla bla...

Erkk... apsal tak familiar jugak pada pendengaran aku ek? Lupa betul ni.
Dia pandang aku, aku pandang aiskrim.
Err.. kasik yang ni jelah. Mintak-mintak betul, kang tak sedap rugilah duit aku.

Masa nak bayar, aku diberitahu harganya - RM7.25. Satu scoop je. Tapi dah tau beli kat situ, memanglah mahal. Cumanya kalau beli aiskrim Baskin Robbin kat Plaza Shah Alam, kau boleh dapat harga RM4++ je untuk mende yang sama. Adakah harga aiskrim bergantung pada harga sewa lot kedai? Musykil..

Ada JJ Card?
Tak
Oo rugilah kalau macam tu
Nape? Kalau ada boleh dapat diskaun ke? Aku tanya sambil mencari-cari 25 sen dalam purse
Ha'ah
Takpelah, takde rejeki. Senyum.

Elok je aku dapat cari 5 sen dalam purse, tetiba mamat cashier tu cakap..

Awak cari ape?
25 sen

Buat ape? Harganya RM6.21 je

Eh? Rasanya aku tak nyanyuk lagi, tadi kan RM7.25? Ye ke?
Iye... Sambil tunjuk mesin duit dia tu - ape namanya tah.
Tadi awak salah kire ek?
Senyum je.

Serius kompius. Tapi oleh kerana harga makin turun, aku diam jelah. Tengok resit - diskaun 10%. Eh? Takpe.. agaknya semua orang dapat kot? Tiba turn budak umah aku pulak bayar. Keluar je dari kawasan kedai tu, aku pun tanya dia.

Kene berapa Da?
RM7.25


Hah! Motif gua dapat diskaun? Rezeki anak yatim kot ;) Murah rejeki laa budak-budak tu nanti. Eh, budak ke? :p


*kak ungku, ai yem verry sorry bek0s ai dit not etten yor piknik. ai got de 'morning lezi dizis' yesterdey.. ;) let mi kiss yor cik tu sho mai tauzen epoloji~

Wednesday, November 07, 2007

224: Ada Apa Dengan Aku

211. Bukan nombor ekor. Bukan nombor bilik hotel. Nombor telefon? Paswed email, YM? Ah... sume bukan!

211. Nombor isu majalah Apo? yang gagal aku miliki. Dah puas merayau kawasan-kawasan yang sewaktu dengan aku ni, langsung tak jumpe. Ye lah.. isu dah lepas, mana ada lagi. Usaha tangga kejayaan - konon-konon meyakinkan diri masa aku dok menebalkan muka bertanya pada si penjual kot-kot laaa ade simpan lagi belen-belen majalah yang tak laku. Nampaknya Apo? memang laku.

So! Pada anda, yang turut mengikuti perjalanan majalah ni, aku dengan rasa sedikit sipu dan radang kulit, berharap korang sudi menjualkan isu yang itu sahaja pada aku - tapi separuh harga dah laa memandangkan aku rasa korang takkan nak bagi punye CD free yang disertakan sekali dengan majalah tu. Huwaaaaaa boleh laa ek? Ek? Sape-sape yang nak merasa pulangan modal 50% tu bolehlah contact aku via email, kalau ada nombor telefon aku, call jelah.


bolehlah eh? eh? *kelip² mata tanda caring*

Macam-macam dalam fikiran aku sekarang nih. Kalau boleh, taknak fikirkan sangat nanti cepat tua hihihi. Alamak! Lagi dua bulan sebeday aku. 28 tahun weh! *gigit kuku laju²* Eh tapi tak tua sangat kot.... err.. kot laa.. hehehe..

Kadang-kadang, menda yang kecik² pun boleh mengganggu kita, kan? Kecik je, tapi tetap rasa tak senang hati. Contohnya, aku sebenarnya tak suka tindakan budak rumah aku yang bawak balik seekor anak kucing sedangkan mak kucing tu ada lagi kat tingkat bawah. Serius aku tak suka, dan rasanya aku dah tunjuk rasa tak suka tu dengan cara aku. Untuk orang lain mungkin menda ni kecik je, tapi ntah laa aku tak suka. Bukan tak suka anak kucing tu, cuma tak suka tindakan dorang memisahkan anak kucing dan emaknya. Ntahlah, aku tak senang hati. Tak boleh nak berlapang dada. Jadi aku tak berapa nak tengok sangat anak kucing tu, nanti aku rasa nak marah pulak. Oppss Anne! Jangan bawak cite ni kat umah pulak ;p

Sila jangan suruh aku pulangkan anak kucing tu ye. Sebab aku tak tahu kat mana dorang kutip budak kucing tu, cumanya kitorang pernah nampak maknya. Dan dah berkali-kali aku suruh dorang pulangkan (ye aku bercakap sambil gelak-gelak bukan tandanya aku tak serius ye), dan kemuncaknya dua hari lepas, aku bercakap sambil buat muka tak puas hati. But still, budak kucing tu ada lagi kat rumah aku. Degil nak mampos! Nanti Tuhan balas balik kat korang baru tau!

Memang takde salahnya buat baik, tapi tengok situasi laa...

Monday, November 05, 2007

223: Caca Marba



Memang menjadi kebiasaan, saat kita dalam kesusahan, kita akan tersedar keberadaan keadaan sekeliling kita. Orang-orang di samping, benda-benda di sekitar - semua yang penting tetapi terabai kepentingannya akibat dek alpa ketika senang. Dan tatkala keresahan dan kesusahan mengetuk pintu, barulah kita tercari-cari di mana semua itu.

Aku pun sama.

Semalam aku OT. Dan ditakdirkan semua duit yang ada dalam genggaman didahulukan untuk kegunaan opis. Menjelang petang, aku dah mula lapar. Oh.. lapar.. teringin makan aiskrim (aik kata batuk??), nak makan kek, goreng pisang (aikk.. batuk kan??), roti canai (eh eh) bla bla bla.. biasalah serakah orang kelaparan. Malangnya dalam purse cuma ada syiling-syiling. Nak cucuk ATM, pun sebenarnya dah berkurangan - sementara menunggu duit claim dan OT.

Pulang. Berlabuh depan TV - laparlah. Berfikir-fikir, mencari kemungkinan aku ada menyimpan makanan di dapur. Hah! Milo ada.. oat ada. Yes! Raba-raba cerek sampai beliau teruja. Rasa hangat lagi. Yeahuuuu!! Bancuh kedua-duanya dan hadap depan TV. Ok, terlampias rasa lapar. Pandang keliling. Ada roti. Roti budak rumah. Kalau diikutkan, budak rumah aku ni jenis lenmacam sket - bukan lenmacam apa, dia cukup angin kalau aku bagitau dia aku nak paw makanan dia (boleh gitu? hahah). Mengada - dia kata aku. Tapi aku tetap bersopan santun beradab ketimuran (kelip-kelip mata). Kalau dia takde kat rumah, aku sms mintak izin. Tapi dia ada ni, so....

Da! Nak oti boley?
Ameklah Kak Mas oi... ngadenye..

Malu ler..

Amek ler.. marjerin dengan jem pun ada, amek le..


Wow! Roti dicita, jem dan marjerin pun mendatang. Makan lagi - tapi tak banyaklah sebab orang punya kan ;) Pikir dan pikir lagi. Hah! Mixed fruit dalam tin yang aku beli hari Jumaat aritu masih berbaki suku tin. Makan lagi. Kali ni kenyang. Sampai malam :)

*****

Khamis lepas aku puasa (walaupun akhirnya sia-sia). Petang, aku order megi goreng kat kedai mamak bawah opis aku nih. Waktu nak bayar, mamak tu takmo duit aku. Aik, dah tak laku ke duit baby? Berkeras dia nak belanja. Oh....

Boleh ka saya belanja?

Aik, duit ko, tanye aku pulak! Apepun, terima kasih.

Esoknya, waktu yang sama. Aku dah start enjin kereta, dan ternampak mamak itu melambai tangan - suruh aku tunggu. Apa lagi la mamak ni. Tak lama lepas tu, dia berlari-lari ke arah aku. Sebungkus kuih vadey (peberet nih!) dihulur. Belanja lagi!

Sepanjang perjalanan aku berfikir. Rasanya semalam aku takde mimpi ataupun teringat-ingat kat mamak ni. Ok, dia tak mandrem aku walaupun dalam dua kali itu, aku rasa dia sentuh jari telunjuk aku. MAMAK, KO JANGAN NAK MANDREM AKU PULAK!

Moga Allah selamatkan aku dari ilmu mandrem - tak kisahlah dari sesapapon! Amin...~

*****

Anak buah baru aku dah ada nama. Muhammad Al-Azim. Hehe, cam nama masjid ;) Mari simpan nama Hakimi untuk aku je nanti lalalalalalalala~

Friday, November 02, 2007

222: My 'Triple Two' Entry

Dah hampir sebulan, batuk ni tak baik-baik jugek. Macamana laaa nak baik, ubat batuk yg aku beli tu, hanya 1st round je aku makan betul-betul, yg 2nd ni belum abis lg padahal dah seminggu aku beli. Ulser yang tiba lewat daripada batuk pun dah baik, isk isk isk.

Berdasarkan komen-komen yang aku terima dalam entry tacing aku yang baru ni, dapatlah disimpulkan bahawa ramai yang suka aku menulis dengan gaya skema cenggitu. Mintak mahaplah, gaya camtu aku tokleh wat selalu. Sebab... nanti aku rasa boring sendiri. Sesekali tu bolehlah :) Nak pulak dengan cerita sedih macam tu, gerenti buat aku sensitip tak semena-mena. Korang jangan tak tau pulak, demi nak menyiapkan entries (betul kaa Noushy) tacing ni, mood aku pun jadik tunggang langgang. Mana tak nyer, aku bercerita mende yang dah lepas, nak dapatkan balik idea tu kenalah aku gali memori lama-lama tuh. Kan tak pasal-pasal aku jadik sensitip. Minggu ni paling emo rasanya, sampaikan budak opis aku kalau gelak-gelak pun aku rasa dorang gelakkan aku, bole gitu? (ke memang dorang gelakkan aku?). Pehtu terkecik ati sorang-sorang, tetibe je aku ternangis sket depan komputer. Macam meroyan je hahahaha. mintak-mintak laa takde sape pasan aku nanges smlm hihih Tapi aku dah tau dah punca utama kenapa aku sensitip nak mampos minggu ni. Dah terjawab petang semalam, hehehe.

Semalam dan harini, aku dihujani (waiceh!) dengan panggilan misteri. Misteriii... sebab yang pertamanya, nombor takdok (unknown), yang sekennye bila aku angkat, orang tu tak cakap pape tapi aku dengar sore budak-budak kat belakang tuh. Jap aku kire dah berapa kali makhluk tu call aku ek *kira* Hah 4 kali. Hilang akal ke ape? Rasanya nombor telefon aku takde kena mengena dengan nombor yang biasa orang ganggu - 999. Pape jelah.

Oh ye.. Sabtu lepas, Kak Long aku dah selamat bersalin anaknye yang ke 9 - anak lelaki. Bertambah ramai laaa anak buah jantan aku. Aku dok bercerita dengan abang aku yang nomo 5 tu, sebab dorang tak tau nak ubuh nama anak dia ape.

aku: gaknye klu org soh ubuh nama Faizal Husin, mak marah x?
abg aku: bongok! hahahahah

Sampai termimpi-mimpi aku memikirkan bakal nama anak buah aku ni, macamlah anak aku :D Asik teringat Hakimi... Hakimi.. hahahaha. Hah gelak gelak, tahun depan bertambah lagi bajet duit raya guwa. Sekarang ni jumlah terkini anak buah aku ialah 23 orang, 5 perempuan, yang lelaki tu korang kirelah sendiri hihi. Tapi takpe, berdasarkan strategi yang sukses digunapakai masa raya baru-baru ni, bolehlah aku aplikasikan untuk hari-hari raya yang mendatang, selagi dorang bergelar budak-budak laa. Sok dah besau cam Wildan takde maknenye aku boleh nak bodoh-bodohkan cam sekarang.

ini Alfi, anak abg nomo 5 guwa~ muaaahhh!!

Wednesday, October 31, 2007

221: Entry Sopan Seorang Saya, Final!


Saya kurang pasti, berapakah jarak masa antara detik perkahwinan Abang Sham dengan sambutan Hari Raya Haji. Mungkin kurang dari sebulan, mungkin lebih. Yang pasti, antara keduanya, saya memang langsung tidak menghubungi dia. Rasanya tentu tidak manis jika saya masih terus-terusan menjadikan dia tempat mengadu seperti dulu, dan saya memahami situasi dia kini. Maka saya terus vakum dalam kehidupan harian di kampus, manakala dia – entahlah, mungkin sibuk mengharungi perjalanan baru sebagai seorang suami.

Hari Raya Haji. Tahun-tahun sebelum ini, memang menjadi kebiasaan kami akan menelefon sesama sendiri untuk mengucap selamat. Tetapi tahun ini, tiada panggilan yang saya terima dari dia. Lalu demi untuk melunaskan janji yang telah saya lafazkan sebelum dia bernikah, saya mendail nombor telefon rumahnya. Dan reaksinya..

Agak mengecewakan. Abang Sham yang saya kenali dulu tidak pernah gagal mengecam suara saya walaupun ketika saya demam teruk. Tetapi kali ini apabila dia bertanya siapa saya, terasa bergetar perasaan. Sedikit sebanyak terusik juga naluri, tetapi saya sekadar positif – mungkin dia bimbang tersalah orang. Minit demi minit, perbualan terasa kian hambar, dan hati saya tertanya-tanya, adakah saya yang tersalah dail nombor, ataupun memang dia tidak mahu bercakap dengan saya?

Orang rasa abang dah lainlah..
Lain ape?
Ermm. Entah. Tapi dah lain, dah tak macam dulu..
Memanglah lain, dah kawin

Dan saya mula mengerti. Jadi, perkahwinankah yang bersalah kerana bakal memisahkan saya dengan seseorang yang saya kenali terdahulu berbanding isterinya sendiri? Atau sayakah yang salah, kerana enggan mengerti bahawa dia bukan lagi Abang Sham – abang yang menghampiri saya ketika awal remaja dulu? Sungguh tercalar benar rasa hati saya, bukan kerana dia sudah berkahwin, tetapi kerana saya melihat dengan jelas yang keberadaan saya sudah tidak diperlukan lagi. Maka perbualan itu saya tamatkan seberapa pantas, dan lebih menyedihkan apabila dia seperti sudah tidak peduli lagi. Jika dulu seboleh-bolehnya dia menahan saya daripada memutuskan perbualan, tapi kini nampaknya dia bagaikan mengalu-alukan tindakan saya.

Dingin. Jiwa yang kosong. Dan kehilangan. Sunyi. Saya tidak menangis secara zahirnya, tapi mungkin di dalam hati.. entahlah, saya sendiri gagal mencari perkataan yang mampu menyatakan apa yang saya rasa sebenarnya. Saya bukannya cemburukan kebahagiaan dia, tidak. Dia lelaki yang baik, malah terbaik yang pernah saya jumpa – sekurang-kurangnya hingga saat itu – dan dia berhak mengecapi kebahagiaan yang seperti itu. Tetapi mengapa di saat saya diminta berjanji tidak memutuskan persahabatan, akhirnya dia yang bertindak sedemikian – dengan cara yang amat menyakitkan. Saya tidak marah, sumpah tidak. Mungkin terkilan, tertanya-tanya di mana salah saya.

Abang dah nak kawin ni, bole ke kita kawan lagi?
Apsal tak boleh pulak?
Yelah.. nanti orang rumah abang kata ape pulak
Eh, kalau abang boleh terima kawan-kawan dia, kenapa dia tak boleh terima kawan abang?
Perempuan lain bang.. cemburu dia lain..
Ape pulak! Abang kenal awak lagi lama dari dia tau. So dia kena terima awak, macam dia terima abang jugak

Lalu siapa pula yang akhirnya melupakan? Saya masih mampu menerima andai diberitahu terang-terangan keputusannya. Tetapi kenapa mesti pergi dengan cara begini, dengan cara yang benar-benar melukai hati saya. Tahukah dia, bukan mudah untuk saya meyakinkan diri saya sebelum menelefon dia? Tahukah dia, sehingga saya berjaya membuat hati saya tenang dengan kata-kata dia itu, saya tidak berani langsung menyentuh gagang telefon? Tahukah dia, sepanjang masa saya di kampus, betapa saya cuba sedaya mungkin untuk menyesuaikan diri dengan ketiadaan dia?

Dia tidak tahu. Dan tidak akan pernah tahu. Namun tidak pernah saya berdendam, tidak juga saya membenci. Jika benar kehadiran saya tidak diinginkan, maka seharusnya saya sedar diri. Bulan berganti masa. Kawan-kawan yang pada mulanya sering bertanya tentang ketiadaan panggilan telefon darinya juga sudah mula melupai keadaan tersebut. Saya pula, belajar menghadapi segalanya sendirian. Agak sukar, tetapi alhamdulillah, kawan-kawan sekeliling membuatkan saya terlupa seketika akan kehilangan dia. Sehinggalah..

Bulan Oktober, apabila ayahanda tercinta dijemput menghadapNya. Berat yang amat berat, memandangkan keadaan tersebut terpaksa saya tempuhi di saat saya sedang bergelut untuk menghadapi peperiksaan akhir semester. Masih saya ingat, di celah keriuhan orang ramai di rumah, saya cuba menelefon Abang Sham – sekadar untuk memaklumkan. Malangnya, talian telefon rumahnya tidak lagi aktif.

Saya kehilangan semuanya. Saya kehilangan abah, dan saya juga kehilangan dia. Sungguh saya terbeban dengan kehilangan sebegini. Tamat peperiksaan, cuti semester pun bermula. Selepas abah meninggal, Angah menghadiahkan saya sebuah telefon bimbit beserta nombonya sekali bagi memudahkan semua abang-abang dan mak menghubungi saya. Semuanya memang jelas amat risaukan saya, dan saya fahami kerisauan mereka. Semasa bercuti, saya masih belum dapat meleraikan rasa kusut di jiwa, kerana berita kematian abah masih tidak dapat disampaikan kepada Abang Sham. Saya perlukan dia ketika ini, saya sangat perlukan dia.

Oleh kerana tiada cara lain untuk saya hubungi dia, maka saya tuliskan sepucuk surat ringkas untuknya. Tidak lupa saya maklumkan tentang nombor telefon bimbit saya dengan harapan dia akan menghubungi saya secepat mungkin – jika dia masih sudi, masih menganggap saya seseorang yang pernah hadir dalam hidupnya. Sayang seribu kali sayang, sehingga kisah ini saya coretkan, dia masih lagi tidak menghubungi saya. Tidak pernah, walau sekali. Dan dalam masa 7 tahun ini, saya tidak pernah menukar nombor. Masih, tetap tiada panggilan daripadanya....

Kisah saya bukanlah seperti novel yang anda pernah baca di kedai-kedai buku. Kisah ini berakhir begitu sahaja, hanya begini. Tiada penghujung yang manis, memang tiada. Seperti yang saya katakan, setelah 7 tahun ia berlalu, saya anggapkan saja Abang Sham kini hidup bahagia, amat bahagia. Terlalu bahagia, hingga berjaya melenyapkan memori tentang saya. Cuba membayangkan bagaimana agaknya keadaan dia sekarang, tetapi tidak tergambar di ruang minda.

Mungkin bagi dia, saya tiada makna, tetapi bagi saya, lelaki yang saya panggil Abang Sham itu adalah antara insan yang berjaya menyentuh hati saya dengan kehadirannya sepanjang 6 tahun itu. Yang memberi erti, sehinggakan saya masih lagi terkenangkannya. Terutama sekali apabila sesekali saya melewati kampungnya jika saya pulang ke Melaka. Dan rumah separa batu bercat kuning itu semakin berseri dari kejauhan, mungkin membayangkan kegembiraan yang dikecapi penghuninya.

Abang, kalaulah abang dapat dengar... saya benar mahu abang tahu, saya mohon ampun, andai satu masa dulu, kehadiran dan keprihatinan abang telah saya salahgunakan. Demi Allah, tiada sepincing niat di hati untuk mempermainkan perasaan abang, mahu merosakkan perasaan abang. Sayalah manusia biasa itu, yang dalam keghairahan menikmati waktu remajanya, selalu terlupa dan tidak sedar, ada hati yang terluka dek kelakuan saya. Tetapi saya sangat percaya, takdir yang tertulis untuk abang jauh lebih indah berbanding saya. Bahagialah, saya doakan.


Maaf, andai kisah ini tiada indah.


Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah kuberi
Tiada lagi bersama

Seringkala aku terlihatkanmu
Impian nan indah
Bersulam bahagia

Ku harungi hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara

Keraguan ini bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilangan
Kehilanganmu

Kasih tercari-cari

Keraguan ini bukanlah padamu
Masih tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilanganmu...

Monday, October 29, 2007

220: Entry Sopan Seorang Saya IV


Dari saat meletak gagang telefon, hinggalah saya merebahkan diri di perbaringan malam itu, saya masih belum membuat sebarang keputusan sama ada saya mahu menghadiri majlis tersebut atau tidak. Teman-teman menyarankan agar saya pulang memandangkan kesungguhan Abang Sham yang begitu mahukan saya menghadirinya. Hati saya pula masih berbelah bagi. Satu bahagian memang meronta ingin pergi, sementelah kami tidak pernah bertemu walau sekali dalam masa 6 tahun ini. Manakala satu bahagian lagi terasa berat, culas mahu memenuhi permintaan dia. Mungkin saya masih belum bersedia untuk ini semua.

Keesokan paginya, saya membuat keputusan sebaik sahaja mata terbuka. Saya akan pulang. Mungkin ini peluang pertama dan terakhir untuk saya menemuinya. Dan perjalanan untuk pulang ke Melaka pada hari itu amat mencabar, hampir mematahkan semangat. Pagi yang hujan, tiket bas yang kehabisan, lalu saya mengambil tindakan drastik dengan menaiki komuter ke Seremban, kemudian menaiki bas hingga Alor Gajah, menukar bas lagi untuk ke Masjid Tanah dan akhirnya mencari bas ke Bandar Melaka yang akan melalui kawasan kediaman saya. Biasanya perjalanan menaiki bas dari Shah Alam ke Melaka hanya mengambil masa 2 jam, tetapi hari itu hampir seharian saya dalam perjalanan. Meletihkan, Tuhan sahaja yang tahu. Mak dan abah pun terkejut saat melihat saya muncul depan muka pintu. Hanya kad jemputan yang saya hulurkan pada mak menjawab persoalan mereka.

Malam itu, saya menelefon sahabat saya – Suria, untuk mengajak dia menemani saya esok. Kemudian, saya menelefon Abang Sham, untuk mengesahkan kedatangan saya. Terdengar nada gembira dalam kata-katanya, kepuasan kerana akhirnya saya membuat keputusan untuk tidak menghampakan permintaannya.

Terima kasih Ita.. sebab balik untuk abang..
Ala.. takde mende pun.. makan free, sape taknak.. saya cuba berlucu sedangkan saya sudah mula merasai kehilangan.
Awak datang awal ye esok? Abang nikah kat rumah je, ikut awaklah nak datang sebelum abang nikah ataupun nak datang masa bersanding. Tapi datang awal tau, abang nak awak stay lama sikit
Insyaallah.. pukul berapa abang nikah?
Errmm.. dalam pukul 10
Orang datang masa bersandinglah, awal giler pukul 10 tu!
Ikut awaklah, tapi datang awal tau
Insyaallah..

Sekali lagi saya diuji keesokannya. Tujuan saya mengajak Suria sebenarnya bukan setakat untuk menemani saya sahaja, tapi saya perlukan kereta untuk ke rumah pengantin memandangkan abah dan mak akan pergi ke kenduri kahwin yang lain. Entah pukul berapa mereka balik, saya bimbang akan terlewat. Malangnya kereta milik emak Suria telah dilarikan adiknya entah ke mana. Tak menentu saya dibuatnya, saya hanya punya waktu sehingga pukul 2 sahaja kerana tiket bas pulang ke Shah Alam adalah pukul 3. Hampir sahaja saya menangis, mengenangkan susah payah yang saya hadapi semalam akan berakhir dengan sia-sia. Syukurlah menjelang pukul 1, abah dan mak pulang.

Pada mulanya mak melarang saya pergi memandang waktu sudah suntuk, tetapi abah tiba-tiba ‘sporting’ pula. Dia dah siap pun, biar jelah dia pergi. Nah kunci, bawak elok-elok. Terus saya hidupkan enjin van (ya.. di rumah kami tiada kereta, hanya ada van), dan pecut ke rumah Suria. Berpandukan pelan di dalam kad jemputan, saya ke rumah Abang Sham.

Setelah memarkir van, kami berjalan terhendap-hendap di celah orang ramai. Entahkan betul entahkan tidak rumah ini, saya pun tidak pasti. Sampai di depan pintu rumah, saya menyapa seorang pakcik yang kebetulan berada di situ. Terus saya bertanya, dan dia mengesahkan inilah rumahnya. Pakcik tersebut memperkenalkan diri, rupanya dia adalah ayah Abang Sham. Saya menanyakan di mana pengantin, terus ayahnya meluruskan telunjuk ke khemah – mereka sedang makan beradap. Saya meminta diri ke khemah untuk makan.

Sedang saya mencedok nasi, Suria bertanya.
Syita, kau sedih tak?
Taklah
Ye keee...
Eh budak ni, gua luku kang. Dah laaa makan cepat!

Baru satu suap, saya dihampiri oleh ayah Abang Sham.

Nak, Sham panggil. Dia ajak awak makan dengan dia.
Hah?
Tu dia panggil.

Saya melontar pandangan ke khemah pengantin. Dari kejauhan Abang Sham melambai-lambaikan tangan. Saya sekadar membuat isyarat yang saya hanya mahu makan di sini.

Pergilah nak, dia panggil tu
Takpelah pakcik, saya dah start makan pun ni..
Pergilah, dia memang dah siapkan tempat untuk awak tu
Isy.. malulah saya, pakcik. Takpelah..
Laaa malu apa pulak.. dia siapkan tempat kat sebelah dia tu, awak boleh borak dengan dia nanti
Errr..

Dengan hormat saya tolak permintaan tersebut. Malu sungguh apabila hampir semua orang di bawah khemah pengantin memandang saya. Saya tetap di tempat saya sampai akhirnya. Jam menghampiri pukul 1.40 tengahari. Saya tidak boleh berlama-lama. Bersama rasa yang bercampur-campur, saya hampiri dia.

Abang..
Ita.. jumpa jugak kita akhirnya ye.

Saya telusuri wajahnya, kacak juga. Hampir serupa dengan wajah Badrul Muhayat. Dan dia juga merenung saya, tepat. Seperti katanya, akhirnya kami bertemu jua. Cuma tidak pernah saya duga, kami akan bertemu dalam situasi begini. Cuba berlagak biasa, tetap terasa juga kekoknya. Seribu satu perkara yang pernah ingin saya bualkan dengannya dulu larut begitu sahaja lewat pertemuan pertama ini. Saya cuba memaniskan mulut.

Maaflah bang, orang tak sempat beli hadiah. Orang keluar lambat tadi
Abang tak mintak pun hadiah awak, Ita. Awaklah hadiah abang, kedatangan awak ni hadiah paling besar untuk abang..
..........

Kemudian saya dikenalkan dengan isterinya, Kak Emi. Cantik orangnya. Syukurlah Abang Sham ditemukan dengan seseorang yang begitu mencintai dia, seseorang yang rela menamatkan waktu riang mudanya dengan perkahwinan.

Inilah Masyita, yang saya penah cerita kat awak tu..
Ooo.. hai.. terima kasih ye sudi datang. Sham selalu cerita pasal awak. Senyum.
Ye ke? Selamat pengantin baru ye kak
Terima kasih..

Dan saya minta diri untuk pulang. Abang Sham cuba mengalihkan perhatian saya dengan menghulurkan makanan pengantin dan bertanya macam-macam agar saya melupakan niat saya untuk pulang awal, tetapi terpaksa juga dia melepaskan saya pergi setelah saya menerangkan situasi saya petang itu. Ada riak terkilan di wajahnya, tapi apakan daya saya. Saya dan Suria melangkah meninggalkan majlis perkahwinan yang meriah itu. Dalam perjalanan pulang, saya hanya mendiamkan diri. Kemudian, Suria memecah kesunyian – sekali lagi bertanya tentang perasaan saya. Jawapan saya?

Memang aku sayangkan dia.
Terperanjat. Siannya kau... sabar ye Syita.. Mengurut-urut bahu saya.
Wehh.. sayang ler, bukan cinta tau.
Aku tau... tapi sabarlah jugak ye... Terus mengurut bahu saya.
Cis!. Malas nak layan!

Petang, saya pulang ke Shah Alam. Selamat pengantin baru, bang. Semoga Allah sentiasa merahmati perkahwinanmu, Insyaallah.


(korang nak aku abeskan kat sini ke nak aku sambung?kalau takmo sambung, aku tamatkan kat sini je)

Friday, October 26, 2007

219: Entry Sopan Seorang Saya III


Saya tetap saya, yang tak mampu menunggu walaupun hanya sehari. Saya desak dia, tegar sungguh dia enggan juga membuka cerita. Akhirnya saya meneka sendiri.

Abang nak kawen ek? Ke nak bertunang?
Err...

Ke DAH bertunang?

Kalau abang kata ya, macamana?

Ermm.. zaman skang ni, biasalah bertunang cepat. Tapi kawen.. jap nak pikir *diam kejap* Errmm... biasa jugak kot? Eh betul ke?

Abang kata 'kalau'...

Tapi macam betul je?


Setelah didesak sampai sesak (hehe), dia mengaku yang dia bakal melangsungkan perkahwinan. Rupanya sudah bertunang berbulan-bulan di luar pengetahuan saya. Entah kenapa saya rasa terguris, betapa sampainya hati dia membelakangkan saya dalam hal sebesar ini sedangkan saya tidak pernah menyorokkan hal-hal kecil kepadanya. Namun saya sedar, hubungan kami hanya sekadar ini sahaja. Abang Sham mengadu akan ketidaksediaannya mendirikan rumahtangga. Umur yang muda (21 tahun), kerja yang tidak menentu dan sebagainya. Saya seperti biasa, memberi pendapat dan idea, untuk meleraikan kekusutan. Setiap masalah insyaallah ada jalan penyelesaiannya. Hampir sejam berlalu, saya masih berasa tidak puas hati, sekali lagi saya bertanya.

Betul ke nak kawen ni?
Kenapa?

Ntah, macam tak caye je....?
...

Oooo bang! Betul ke tak ni? Abang memain ek?

Ermm... ha'ah.. saje je nak tengok reaksi awak macamana..

Ish! Terkena! Rasa lega menyelinap dalam diri. Dan saya berfikir, adakah saya mencintai dia? Tidak. Saya sayangkan dia sebagai abang saya. Mungkin kerana abang-abang saya telah berkahwin, saya rasa kehilangan mereka di tangan kakak-kakak ipar saya sendiri. Lalu untuk menghadapi kehilangan seorang lagi abang dalam masa itu, rasanya saya belum ada kesanggupan.

Habis cuti, saya pulang semula ke Shah Alam. Menjalani kembali kehidupan pelajar yang sibuk dan memenatkan. Menghadapi projek studio yang membuatkan saya rasa mahu membunuh - sesiapa sahaja tapi bukan saya. Berminggu-minggu seperti zombie lagaknya saya ketika itu.

Satu malam selepas saya selesai makan malam, saya menerima panggilan telefon daripada Abang Sham. Gembiranya saya mendengar suaranya, dan kesempatan itu saya gunakan untuk mengadu tentang keadaan saya. Penat, tak cukup tidur, dan malam ini adalah kali pertama saya menjamah nasi setelah berminggu-minggu tidak menjejakkan kaki ke dewan makan kolej. Dia dengan tenang mendengar keluhan saya, dan bertubi-tubi menasihati saya agar menjaga kesihatan. Awak tu dah laa senang sakit, degil tak nak jumpe doktor, buat abang risau je. Sememangnya dia memahami saya..

Perbualan berlanjutan melebihi setengah jam, dan akhirnya dia membuka kata yang sebenar. Hal perkahwinan yang diceritakan dulu, sebenarnya memang akan berlaku. Dia menafikan di penghujung perbualan kami ketika itu kerana dia tidak sampai hati mengecewakan saya. Tidak sanggup melukai perasaan saya, katanya. Dan selama ini, hal pertunangannya itu dirahsiakan atas dasar takut kehilangan. Dia bimbang saya akan pergi, seperti kenalan-kenalan perempuannya yang lain. Saya terkesima, celaru perasaan rasanya. Dan kemudian dia menambah, membuatkan saya terkedu.

Sebenarnya memang ya, abang sukakan awak. Dari dulu, dari sebelum abang tengok gambar awak lagi. Masa kita sama-sama sekolah, abang rasa mungkin abang boleh dapat awak. Tapi bila awak dapat ke universiti, abang rasa abang tak layak langsung untuk awak. Sebab tu abang jarang cari awak lepas awak pindah ke Shah Alam, tapi awak tetap sama macam dulu, tetap cari abang. Abang bersyukur awak tak berubah, tapi abang malu, sebab kita dah tak setaraf. Abang bukan setaraf dengan awak..

Tuhan.. libang libu hati saya. Berkecamuk. Tidak pernah saya sangka dia akan berfikir begitu. Perasaannya, pandangannya terhadap saya, sama sekali tidak saya duga. Yang mengejutkan, kenyataannya tentang taraf, ah.... pentingkah itu semua untuk terus berkawan? Mungkin bagi saya, itu hal remeh, tapi rupanya tidak bagi dia. Saya jelaskan pendirian saya pula kepadanya, bahawa saya tidak pernah menganggap dia manusia yang tidak setaraf dengan saya, tidak sekali-kali.

Awak datang ye? Datang kenduri abang..
Bila?
20 Februari.. hari Ahad..
*mengira* Eh.. tak lama lagi dah.. minggu depan je
Ha'ah.. datang tau, abang nak awak datang jugak..
Errmm.. sebenarnya orang tak pastilah abang ni bebetul ke memain. So.. camnilah, kalau abang nak orang datang, abang poskan kad jemputan, bole?
Boleh! Tapi kena janji, dah dapat kad jemputan MESTI datang!
Ok~
Alamat?

Setelah talian diputuskan, saya terus menyambung kerja-kerja saya yang terbengkalai, sambil fikiran menerawang mengenang kembali perbualan tadi. Saya sendiri tidak pasti, adakah saya berperasaan begini kerana enggan menerima hakikat, atau saya berharap hakikat itu tidak benar? Wallahualam.

Hari Jumaat. 18 Februari. Petang, selepas saya habis kelas. Masuk ke bilik, dan ternampak sekeping kad di atas meja studi. Siapa pula yang masih mahu menghantar kad ucap selamat hari lahir pada saya? Sudah sebulan berlalu, rasanya tidak relevan lagi untuk saya terima kad ini. Terus saya keluarkan kad dari sampulnya. Bukan kad ucap selamat, sebaliknya kad jemputan perkahwinan Abang Sham - seperti yang dia janjikan. Saya melabuhkan punggung di atas katil, dan membelek-belek kad tersebut. Berfikir sama ada saya benar-benar punya waktu untuk menghadiri kenduri itu. Sementelah projek studio yang akan dihantar minggu depan, sepatutnya saya tidak ke mana-mana. Dan rasa berat hati. Setelah berfikir, akhirnya saya mengambil keputusan untuk menghubungi bakal pengantin tersebut. Meminta maaf, kemungkinan besar saya tidak dapat menghadiri majlisnya. Terdengar dia menghela nafas panjang di hujung talian.

Awak ingat tak awak cakap apa dengan abang aritu?
Ingat...
Ulang balik
Kalau dapat kad, orang pergi
So, abang dah pos, awak dah dapat. Kenapa taknak datang?
Orang banyak kerja.. sibuk..
Ita, takkan tak boleh tinggalkan sehari je untuk abang? Tolonglah... jangan buat abang macam ni..
Errr...
Awak mesti datang! Mesti, faham?
Ala.. kalau tak datang pun, bukannya abang tak kawen ke.. kan?
Memang.... tapi abang nak awak datang! Dah, jangan banyak cakap. Nape, takde duit nak beli tiket bas? Nanti abang bagi duit, gi pinjam kat sape-sape dulu.
Err..
Dah dah, abang nak awak datang jugek, ok?
Ok..

Letak gagang, dan fikir lagi. Patutkah saya pergi?


bersambung lagi... (aku ade keje weh hihihi)

Wednesday, October 24, 2007

218: Entry Sopan Seorang Saya II


Hari raya kedua, seperti biasa rutin kami sekeluarga - keluar beraya ke rumah saudara-mara mana yang sempat. Dan apabila konvoi kami melalui kawasan Bukit Rambai, tiba-tiba fikiran saya melayang menerjah memori lama yang pernah saya rasai dengan seseorang yang berasal dari situ.

Namanya Sham. Saya senang memanggilnya abang, kerana perbezaan umur setahun antara kami. Abang Sham menghulurkan salam perkenalan semasa saya berusia 14 tahun. Sangat 'budak' saya rasakan untuk saya menerimanya. Entah agaknya sedap sangat suara budak perempuan 14 tahun masa itu, dia teruja untuk mengenali. Setelah 'diracun' oleh Kak Aisyah - kakak angkat Abang Sham - akhirnya saya tunaikan saja permintaannya.

Dia anak bongsu, sama seperti saya. Mungkin atas sebab itu, saya berasa sangat serasi bersama dia. Bagi saya, dia adalah abang saya yang keenam :) Tempat saya sandarkan kelelahan, orang yang saya cari saat suka dan duka, tempat mengadu segala-galanya. Dan mungkin juga atas kehijauan saya, saya terlepas pandang satu perkara tentang dia - bahawa abang yang ini rupanya ada memendam sesuatu yang terindah untuk saya.

Sepanjang perkenalan, tidak pernah sekali kami bertentang mata. Hanya surat dan telefon sahaja yang mengukuhkan persahabatan ini. Saya mengenali dia melalui gambar dan suara. Bukan dia tidak pernah mengajak, tetapi acapkali keinginannya untuk bertemu akan saya hampakan. Saya yang dulu bukan seperti saya yang sekarang. Saya yang dulu amat sedar tentang situasi saya sebagai pelajar yang masih muda, yang masih sepenuhnya berada dalam jagaan ibu bapa. Saya bimbang andai saya terleka dan tersilap langkah, saya akan tergelincir dan menyesal. Makanya terus-terusan kami berkawan tanpa bertemu sehingga saya berjaya melanjutkan pelajaran ke UiTM, sementara dia yang sekadar lulus SPM bertekad untuk keluar bekerja dan enggan menyambung pelajarannya.

Masih saya ingat, sewaktu dia mendapat gaji pertama, bersungguh benar dia mengajak saya keluar. Abang nak Ita rasa duit abang, katanya. Dan seperti biasa saya menghampakan dia - macam tahun-tahun sebelumnya.

Semasa saya di UiTM, kami jarang berhubung. Kebetulan dia memutuskan untuk bekerja di Kuala Lumpur sementara saya pula sibuk dengan kehidupan sebagai mahasiswi. Namun begitu, sesekali apabila saya rindukan dia, tetap nombor telefon rumahnya saya dail dengan harapan dia pulang ke kampung ketika itu. Untung nasib, dapatlah kami berbual dan bertukar-tukar cerita.

Setelah setahun dia di Kuala Lumpur meredah pahitnya merantau, akhirnya dia mengalah dan nekad pulang semula ke Melaka. Silaturrahim yang hampir luput pun dapat kami mekarkan kembali. Dan dia kembali menjadi Abang Sham - abang yang tidak pernah menggagalkan diri untuk hadir dalam hidup saya terutamanya ketika saya menghadapi saat-saat sukar.

Awal tahun 2000. Sehari sebelum menyambut Hari Raya, saya menghubungi dia seperti selalu. Lewat bicara kami malam itu, saya mengesan sesuatu yang pelik dalam tutur katanya.

Abang ok ke?
Nape?
Lenmacam je orang dengar
... Ok je..
Abang.. bebetul lah.. ada pape ke?
Diam.
Ellooooo...
Ye.. abang ada lagi.. Ita..
Ye?
Abang ada menda nak cite kat awak.. tapi abang tak nak rosakkan mood raya awak. Ermmm... malam esok awak call, bole?
Nape? Cite jelah malam ni
Tak nak.. abang taknak ganggu perasaan awak. Awak call esok ye? Janji?
Tapi..
Janji?

Dan saya terdiam, mula berfikir yang bukan-bukan...


bersambung... (hohoho asik orang len je wat bersambung, meh aku pulak buat!)

Monday, October 22, 2007

217: Dan Aidilfitri pun tiba tanpa disuruh².. hehe

Salam sume...

Syok ke raya korang? Raya aku boleh tahan... cuma masalahnya sehari sebelum raya, aku dah mula tak sihat. Aku ni sensitip sket dengan asap yang berkadar tepu. Alkisahnya tahun ni masak rendang guna kayu api, berbanding tahun-tahun lepas kitorang guna dapur minyak tanah. Ini tahun ade orang pinjam itu dapur, dah tu lambat nau dipulangkan. Maka aku dan Abang Chik bersepakat masak rendang guna kayu api jelah. So.. dua hari berturut-turut (masak nasik impit pun guna method yang sama) rumah aku berasap macam istana bunian, memang terjejas le paru-paru aku. Pagi raya tu aku dah lemah, badan dah suam-suam, kepala sakit, tambah selsema lagi, tapi tetap pegi solat sunat Hari Raya. Balik je umah, mak soh makan panadol - sebab akulah harapan nusa dan bangsa kat dapur tu kang memandangkan pagi raya tu hanya ada aku dan dua orang kakak ipar je yang ade. Tapi syukurlah tahun ni, anak-anak buah aku yang pompuan dua orang tuh dah boleh disuruh - so.. takdelah aku asik main air je. Petang tu aku tidooooooo sampai pukul 6 - kompem le tak sihat tuh..

Menjelang raya ketiga baru aku sihat sikit. Tapi batuk masih ade sampai arinie.

Hari-hari yang lain tu macam biasalah.. keluar beraya dengan famili, kawan-kawan, melawat 'sedara jauh' (baca: Mahkota Parade) dan lelain.

dengan mak depan pokok kedondong yang lebat buahnye :)

Cadangnya nak upload gambar banyak-banyak, tapi blogger.com ni problem lak. Esok-esok jelah ek. Tak lari gambar dikejar. Kalau kejar aku yelah kot.. heheh.

(aku upload gambar kat fotopages ni jelah, silekan..)

Wednesday, October 10, 2007

216: Salam Syawal


dah macam paparazzi plak rasanya aku ni, asal eksiden je amek gambar, asal amek gambar je eksiden :p ini adalah antara kemalangan yang berlaku kat area umah aku


Eksiden kete, boleh gi repair kat bengkel, eksiden ati, nak repair kat bengkel mane? Huhu.

Arinie ari terakhir aku bertugas untuk bulan Ramadhan yang mulia ni. Makanya seperti tahun-tahun sebelum ni, berbesarlah hati dan badan aku untuk memohon kemaafan pada sume insan-insan kamil yang membaca blog aku ni kalau ade tersalah silap kekata. Baiklah korang maafkan, seperti mana aku juga memaafkan korang (hahaha). Untuk mereka yang telah mengeksidenkan ati aku secara tidak sengaja, alhamdulillah rasanya aku dah maafkan. Manakala yang mengeksidenkan ati aku yang fragile ni secara sengaja dan keji, aku cuba sedaya upaya untuk memaafkan anda semua (eceh!). Cam keji je aku ni kan hehe.

Sape belum beli baju raya, moh lee datang Shah Alam. Baju kurung giler-giler punye murah. Aku tengah menyesal tak sudah ni sebab gi tempah baju kurung. Korang imejin ek, baju kurung kain benang hitam tu, siap dengan batu-batuan regenye RM50 je! Kalau beli dua pasang RM90 *pengsan* Masa memula baju kain benang hitam tuh nak fofular, aku beli sepasang Rm80 tauk! Huwaaaaa ade sape-sape nak bagi aku Rm50 tak? Sedekah laa sket anak yatim ni....~

Saje letak lagu yang takde kene mengena dengan raya. Sebab aku suke :p Tapi lagu ni pun takde kene mengena dengan aku, sekian harap maklum.


Aku wanita yang punya cinta di hati
Dan dirimu dan dirinya dalam hidupku
Mengapa terlambat cintamu telah termiliki
Sedang diriku dengan dia tak begitu cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya

Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau

Atas nama cinta
Kurelakan jalanku merana
Asal engkau akhirnya denganku
Kubersumpah atas nama cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta


Rossa - Atas Nama Cinta

Monday, October 08, 2007

215: Memori~

Siapalah dapat menyangka, hujung minggu (semalam ler) aku habiskan dengan menjahit baju kurung? Hueheheh. Eh, taklah jahit sampai jadik baju, jahit tang tangan je *booooooooooo*
Alkisahnya, kitorang menolong akak depan rumah ni hah. Rupa-rupanya dia ambik upah menjahit baju. Kalau aku tau, baik aku antau kat dia je, takde laaaa susah² antau sampai ke Klang sanun. Murah lak tu dia charge. Eh ni nak iklankan akak tu ke? So semalam kami bertiga pun berganding bahu dan tangan menjahit macam ler terer. Sibbaik ler dulu penah tolong mak tang jahit tangan tuh, kira ok laa. Hari ni maybe akak tu akan antau lagi baju-baju yang lain. Kita tungguuu..~

Pasal majlis berbuka khamis lepas ek? Daripada semua senarai yang ada dalam entry sebelum ni, hanya 8 orang saje yang berjaya memunculkan diri di tempat kejadian. Yang tak dapat datang tu, takpelah.. nak wat camne (hukhuk). Takde rejeki nak jumpe kitorang.

Oklah.. aku cite kronologi peristiwa. Kang aku wat conclusion je kang ade pulak yang kata entry aku pendek sangat. so... cekkidaut..~

4.30 petang: aku dah kuar opis, gi isi minyak sat, balik umah, gosok baju, mandi, siap-siap (terer tol aku leh siap mandi mueheheh)

5.00 petang: otw amek Acai kat depan Masjid Shah Alam. ape punye suwey aritu, sume traffic lite merah. sori ek Acai lambat sket huhu~

5.20 petang: jem giler kat Shah Alam nih! mampuih laa gua kene bebel. tapi akhirnya tiba jugek kat stesen komuter sek. 19. ND dan Anne dah tunggu, muke pun kelat-kelat kurma muda hahahah

lebih kurang 6.30 petang: tiba kat KLCC. Sham dan Kurzz dah tunggu kat fudkot KLCC. thanks u ols tolong copkan tempat. Azkam dan Kak Mya tiba. memasing pun bertaburan membeli juadah berbuka. tetibe teringat Anul (kasik dia rasa bersalah sket bwahahahah), dan terperasan yang aku takde nomo tpon dia. call member, mintak nomo Anul. call Anul - sila baca entry beliau :D

7.06++ malam: berbuka. makan-makan, borak-borak, amek gambau sana-sini, gelak sampai saket tengkuk. ah.. ade gambau satu je,yang lainnye korang kene tunggu ND, Kurzz dan Kak Mya upload baru leh tengok. aku tak bawak kamera, harap maklum hahaha. pastu gi solat maghrib.

8.00++ malam: sambung minum dan makan kat fudkot. aku kongsi dengan Anne je sambil mengacau Kurzz dan Sham nyer makanan hihihi. entahlah kenapa yang aku kacau tu semacam laa sedapnye. lenkali boleh kacau lagi ek. amek-amek gambar lagi walaupun dah kene sound dengan mak guard KLCC kata tokleh amek gambau (ape kes? tadi ok je). tetapi setiap pemilik kamera memang tegar dan ketegaq. tetap amek gambar dan posing malaikat maut.

9.00++ malam: memula kata nak balik, pastu sangkut lagi kat ruang legar (betul ke?) KLCC tuh, ade show apetah orang bertarbus bermain gambus. posing-posing lagi. akhirnya terpaksa juga mintak diri sebab kang nak naik komuter. thanks ND anto kitorang kat KL Sentral.

9.30 malam: terlepas train sebab ralit tengok iklan Adibah Noor (hehe). next train pukul 10.25 malam. sangap guwe menunggu.

10.25 malam: train sampai, dan malangnya train itu train bengong kerana beliau siap gostan ke stesen KL kendian baru dia teruskan perjalanan. gegar gila, siap dengan speaker rosak. dah laa ade pakcik satu kaum ni berborak kuat tak hengat. lebih setengah jam. Acai, patutnya Acai dengan Anne gi tanye pakcik tu pakai henpon ape. bateri kuat tuh..

11.30++ malam: tiba kat Shah Alam. antau Anne kat parking opis dia dan Acai kat parking Masjid Shah Alam. sampai umah, salin baju, solat Isya' dan............zZZzZzzZZZzzz....


dari kanan: Azkam, Acai, Baby (ahaha), Anne, Kak Mya, Sham & Kurzz. ND tade sebab dia amek gambau :p. dan thanks again ND, kasik pinjam gambau (apsal aku nampak katik ek)


Hah!!!
Lagi 4 hari nak raya?!!!??!?!?!?!? *pengsan*


edited~

ni gambar² daripada kamera Abang Kurzz kita *guling²*








Thursday, October 04, 2007

214: Hanya Untuk Apdet

Hasil perbincangan kecil dengan bebudak opis aku last week, dapatlah disimpulkan satu persetujuan tentang cabaran sebenar berpuasa bagi orang-orang yang dah akil baligh - macam kite sume ni hah *jangan tak ngaku lak :p *

Untuk budak-budak, memang makanan dan minuman adelah penggoda utama, malah itulah yang dijadikan alasan untuk berbuka awal (padahal tadi ternampak air longkang je, tu pun dah terliur). So, mak apak mak sedara pak menakan dan atuk nenek pulak, apa yang menjadikan mereka merasakan berpuasa ni memang mencabar?

Korek-korek.


Korek idong, korek telinga (korek pusat tak batal pose ye). Jangan tak ngaku woii.. hahahah. Kekadang tu masa nak amek air semayang (kalau semayang laa kan), kompem jari jemari ni terasa nak menjalankan tanggungjawabnya pada encik lubang idong. Pastu tengah tengok tv ke.. lepas mandi petang ke.. eh gatal lak lubang tinger neh. Baru nak capai cotton bud, opssss puasa laaa.. Tahan jelah gatal tinger sampai berbuka.


Eh, cakap pasal berbuka, meh aku apdet latest list untuk kehadiran malam ni..

>> aku of coz
>> ND
>> Anne
>> Acai
>> Kurzz
>> Sham
>> Anul
>> Chot (tokleh datang - demam)
>> MiLd (ye kee ni..??tak kire datang jugek! :p)
>> Kak Mya
>> Azkam
>> Azerlma (kensel gak ade hal)
>> Kak Shida (tp takleh masuk lak blog akak sorang ni..ermm)
>> Qasiehfirdaus (tak kompem lagik kata dia hehe)

lagi?? sape lagi? sempat lagi nak join ni.. hehehe