Thursday, February 15, 2007

ni anak buah aku, bukan anak yg makcik tu jaga ye~


Dah dua hari berturut-turut, si kecik yang makcik bawah umah aku ni jaga menyambut aku balik dari kerja. Umurnya dalam dua tahun gitu, seorang budak lelaki yang putih dan manis senyumannya. Aku turun dari kereta, dia yang seronok bermain bawah pokok akan meluruskan jari telunjuk ke arah aku – kakak! <-- jangan jeles :p

Datang ke arah aku, lari-lari dan mendepang tangan – nak peluk. Aku lekas-lekas pautkan beg tangan ke bahu dan sambut aja pelukan dia. Isk kiutnye, dah laaah tembam. Amek ni sedas – muah muah. Aritu datang mood baek dia, dia dah pegang tangan aku nak ikut aku balik umah. Adik, kita tak sesuai bersama okeh! Muahahahaaha!!

Kat rumah.

Dan aku terfikir, betapalah anak kecik macam ni boleh membahagiakan ibu bapa. Alangkah sadisnya bila anak yang disayang, ditimang dan mampu menyejukkan hati ibu bapa, akhirnya akan berlaku kurang ajar bila besarnya. Sanggup membunuh ibu bapa sendiri, tinggalkan di rumah orang tua-tua, biarkan melarat sedangkan diri sendiri lebih dari cukup untuk menyara keduanya. Kalau aku tau pangai ko gini, aku picit² sampai mati masa ko kecik. Tapi manalah kita tahu apa akan jadi masa akan datang. Anak mana yang menghiburkan hati dari kecil sampai besar, atau masa kecilnya nakal nak mampos tapi dewasanya menjadi ruang teduhan ibu bapa. Ada juga yang baik masa kecik, dah besar jadik syaitan.

Aku tak tahu adakah aku dah berjaya menjadi anak yang boleh dibanggakan oleh mak abah. Kalaupun tak membanggakan, aku harap aku tak memalukan diorang dengan segala apa yang telah aku buat, atas segala apa yang telah aku pilih. Dan andaikata aku pernah berbuat demikian, sungguh benar aku katakan – aku tak berniat begitu.

Harap adik comel itu akan terus-terusan menyegarkan hari-hari ibu bapanya.

*Masa aku darjah dua dulu, aku penah terjaga dari tidur pada satu malam dan menangis. Malam tu jugak kejutkan mak – mak, Ita takmo mak mati. Mak kata – kalau takmo mak mati, doakan mak selalu. Dan aku sentiasa doakan mak, abah pun – walaupun jika telah tiada, insyaallah.

19 comments:

tedungS said...

elok la kalau ada kesedaran awal2 lagi. bila lg nak menimang anak sindri tu ;p

Masy said...

tedungs,
bile ada anak nanti sy timanglah :p (timang tu cam dokong gak kan? ke lambung2?)

achik said...

"Aku turun dari kereta, dia yang seronok bermain bawah pokok akan meluruskan jari telunjuk ke arah aku – kakak! <-- jangan jeles :p"

kdg2 budak2 panggil kakak lg tp mak budaknya panggil makcik... ish sabor jela... ;p

RaFFLeSiA MeRaH said...

tomeiiinyer diaaa...kalo aku bukan sedas aku bagi dia, berdas das aku bagi...hikhikhik...ntahla kan, kesedaran tu kena ader pada setiap org, skrg ni org terpelajar pun x leh nak pikir bab2 ni sumer, senang2 antar mak ayah kat umah org tua...aduiiii, jgnlah jadi kat diri kita nanti kan...tapi kdg2 mak ayah yg x nak susahkan anak2...tu pun satu hal lagi...

Masy said...

achik,
mak budaknya panggil makcik? wooo tak penah jadik lg hihihi.
kat alor setar baru2 ni, ade org x pcaya umo akak da 27, bak kata dia - awk ni paling kuat pun umo 24 <-- dia kata bkn akak kata ;D

kak RM,
klu akak tgk budak yg org cite tu lagi tomel, katik je dgn kasut n suar pendek, dah lah tembam *grrrraaamm*
ha'ah kan... ade jugek kes yg mak apak sndirik yg nak ke situ. ape pon, ttp jadik tanggungjawab anak2 jugek utk pastikan dorang x tersisih. kang jadik kat diri sndirik br padan muker huhuhuuhu

achik said...

bkn la mak budak tu panggil saya makcik.. tp suh anak dia panggil makcik...

huhuhuh xde la tua camtu tau hehe *denial mode*

Masy said...

achik,
oooww klu yg tu biase laa hihiihii

happyirfa said...

baguslah kau masy.
aku pun dok pikir selama 28 tahun jd anak mak ayah..adakah aku anak yg baik pd mereka.balas jasa mmg tak mampu ..tp harap jd anak yg menyenangkan ibubapa.walaupun zaman remaja aku anak yg memeningkan kepala mereka.

meera said...

dulu kan akak suka sgt2 bebudak ni, bebudak kecik pun suka akak, penah skali anak kawan akak, dlm ramai2 kami tu tetiba dia lari dr mamanya terus duduk atas pangku akak, kwn2 akak semua jeles... itu dulu arrrrr

skang ni bebudak nengok muka akak pun takut... cam singa betina... terutama anak buah akak!... muahaha

malas arrr nak mesra alam skang ni...

Masy said...

happyirfa,
taklah bagus pon aku neh..
kekadang aku rasa aku byk susahkan ati mak aku, maybe sakitkan ati dia dlm x sedar tp mak aku ttp caring n tanye aku itu ini. so aku susah ati bile ingat ape yg aku penah ckp, penah buat dan tak buat, yg mane menyakitkan ati dia. hukhuk. da insap pastu wat lg hukhuk

Masy said...

kak maya,
hahahahha alaa sama je cam org pun. yg kecit2 umo smpi dua tiga thn tu leh layan lg, yg dah pandai melawan tu mmg rasa ringaaan je tangan hehe. kene carik org umah yg penyabar aa org ni :D

kakLuna said...

eh aku tak komen lagi ye..

ita ni baik budaknya kawan2..
maka...belanja lah dia pizza hut

dia pasti suka..

ahaks!

Masy said...

kak luna,
aduh napa dipanggil ita itu mbak.. tidak tidak *sambel geleng paler*
tak baek, tapi tang blanje pizza tu setuju banget ahaksss!

13may said...

anak,
dia lah racun...
dia lah penawar....

kakLuna said...

oh beliau tidak suka dipanggil Ita..aku juga telah tersilap sebenarnya, aku asyik memikirkan blog si ita seorang lagi itu, lantas menulis nama beliau sebagai Ita juga.

maaf ye,lepas tahun baru cina kita rayakan dengan pizza satay,okay?

*Beliau mmg dedikasi*

lindosh said...

ko bile nak kawen? bleh dapat anak ehhe

Masy said...

13may,
ya bener tu dong ah.. :)

kak luna,
apa? pizza satay? walaaaahhh!~
sape yg dedikasi tu? sy kah?

lindosh,
takmo ckp psl kawen lg ah skrg ni. gue fedap!

cik embok said...

hoho..ko suke budak kecik a.k.a baby kah?tanda2 nak meroyan la tu..ape leh buat kita kan kaum ibu2 donk aah..

fedap pikir pasal kahwin kah?sama la aku pong malas pikir ah buat semak pale aku jer..tp masalahnye bila tiap kali kuar mana2 nmpak budak conet, baby mata bulat, mulut kecik cute, hidung kecik..aduuhai..tak semena2 bdn aku mngeluarkan biokimia keinginan nak peluk n ciom si comel tu..uuuwaaaaa..

p/s: iklan masyarakat penyayang..

Masy said...

cik embok,
hahahahaha nak wat camne, naluri keibuan gitu wakakakakakakaka