Friday, May 11, 2007

bunga-bunga kompius pun tumboh di kepala baby~

nun di sana.. beribu batu..
kau ku tinggalkan.. bersama hatiku..
eceh!



Takpe ke aku nak cerita mende ni? Tapi janji ye... korang janganlah pandang serong ke, senget ke kat aku. Janji??

Sebenarnya ramai di kalangan kawan-kawan aku yang meragui motif encik di atas itu mencari aku kembali. Memulanya aku memang ada rasa kompius, tapi lama-lama tu aku rasa biasa je. Masalahnya bila dah semua pun rasa macam ada sesuatu je, aku pun dah mula rasa semacam lak. Antara soklan dorang:

Dia ada problem dengan wife dia ke? <-- most popular!
Apsal dia tetibe cari ko?
Dia nak ape?

Isk! Apsal pikir sampai macam tu?

Memula dulu memang aku akui, aku pelik gak apsal dia tetiba je contact aku. Dan sebenarnya aku nak gak tanya dia aritu, tapi lupa lak <-- lupa betul tau bukan buat-buat lupa. Biasalah, bila dah borak sakan tu, mana nak ingat sangat.

Sebelum jumpa dia, ada jugak aku tanya pendapat kawan-kawan aku, patut ke tak aku jumpa dia (tanya je, aku bukan ikut pun :p). Kebanyakannya macam tak bagi. Dan mende tu aku dah agak dah. Susah nak jelaskan apa aku rasa, apa aku fikir. Ada jugak yang kata - setakat kawan apa salahnya. Hehe. Tapi kenyataan tu kuar lepas dorang hentam aku kaw-kaw punyalah. Ceh!

Cuma masa aku pegi Langkawi aritu, ada sorang member aku yang sependapat dengan aku. Sependapat ke? Maksudnya dia faham 'kenapa' kalau aku nak jumpa encik itu. Mekasih la beb. Ko pun tahu aku bukan nak merosakkan apa-apa, ganggu apa-apa. Tapi ada samting dalam hati aku yang berkata aku perlu lihat dia. Walaupun mungkin ini kali terakhir.

Dan aku terima feed-back yang tak menyenangkan bila dorang tau aku gi jumpe encik tu sorang-sorang. Means, kami berdua je yang berjumpa. Takde pihak lain yang temankan (selain syaitan dan malaikat kiri kanan). Teruk ke aku? Jahat ke? Aku rasa mesti ada komen yang hentam aku jap gik. Huhuh~

Cuma aku teringin nak bagitau dorang. Sepanjang masa aku bersama dia, aku yakin dia takde perasaan kat aku. Tak taulah kalau aku silap pulak. Setakat dia risaukan kesihatan aku, dan sms aku sama ada aku jumpa jalan balik ke tak, dah sampai ke belum, aku rasa biasa je. Dia yang aku kenal memang macam tuh.

Perasaan aku janganlah ditanya. Yang dah kawin tu dia, bukan aku. Heh.

Apsal aku cite kat korang ek? Sebab bila orang dok cakap macam-macam, aku rasa bersalah pulak padahal aku rasa aku tak salah pon.

Salahkah baby??

25 comments:

achik said...

ala org mmg la selalu fikir bukan2 pasal org lain.. asalkan kita tahu apa yg kita buat tu dah memadai bg saya.. kalau kita asyik nak fikir apa yg org mungkin fikir pasal kita mmg jenuh la..

kita bukan hidup utk org lain.. kita cuma hidup 'bersama' org lain.. berfalsampah jap.. hehehe ;p

Masy said...

achik,
tu lah kan..
tp mesti ade lak org kata - niat tak menghalalkan cara. heheheh..~

bestlah sampah tu, i like ;)

13may said...

tak salah...tak salah...:)

13may said...

takat jumpa sembang2...bukan ada apa pun...

kena pikir positif....

have a nice weekend!

Masy said...

13may,
oohh begitu supportivenye huhu~
tengkiu tengkiu

u too bebeh~

tok wan said...

tapi kalau boleh elakkan, jauhkan dari fitnah. kalau isterinya mendapat tahu, tentu tak elok. bayangkan diri awak, jika suami awak berjumpa dgn ex gf? awak tak akan terasa apa-apa ker?

happyirfa said...

masy..
mgkin bg kau tak apa.sbb kau sekadar berjumpa dan borak jer..
aku nak tanya,dia gi jumpa kau bini dia tahu ker?aku rasa 99 persen dia tak bgtau bini dia.
cuba bygkan kalau bini dia tau?macam mana?dan kalau ada yg kenal bini dia bgtau bini dia psl laki dia jumpa kau?mgkin kau akan rasa apa yg bini dia rasa bila kau dah jd seorang isteri..bak kata luna,kalau sesuat itu buleh mendatangkan fitnah masyarakat..
lebih baik kita cuba utk elakkan..tp mcm kau cakap jugak.sekadar jumpa bukan ada apa2 lg..maaf yer kalau aku menyinggung perasaan kau..cayang baby

azzam bellamy said...

aku rasa ada sesuatu kelainan atau perubahan kt diri ko yg mnarik minat encik tu. cuba ko cari apa dia.

aku tk tau tp aku dpt bayangkn la pasal aku ni pn lelaki..hehehe.

Masy said...

tok wan n kak irfa,
mcm2 pendapat kan.. half of me pon rasa camtu, pk camtu. tp ntahlah.. the other half of me pulak pk it's ok. lelama rasa cam bsalah wpon sy rasa sy x salah. macam salah je???

hrp2 wife dia tau, senang sket ati sy. dia bole kata - i jmpe my ex opismate - mende betul gak tuh.

cayang jugek kt kak irfa hehehe~

Masy said...

azzam bellamy,
aku rasa ada sesuatu kelainan atau perubahan kt diri ko yg mnarik minat encik tu <-- menarik kembali minat dia ke? hoho

taklah. sepanjang 3 thn ni mmg kitorang x penah jmpe n contact pon.

psstt.. tp meh laa bgtau aku ape dianye.. meh meh!~

zul kapan said...

salam masy.

engkau seharusnya lihat dia dari atas sampai bawah (kejujurannya). jika dia benar2 lelaki..carry on!

ahak..

Masy said...

salam zul kapan,

aku takmo tgk dia sedalam-dalamnya. cukuplah sesedap rasa hehe. suami org tu, kan dah terbukti kelelakian dia? :p

carry on ke mana lak tuh? huhu takde maknenye~

chot said...

eh lelaki tu dah jadi laki org ke?

Anul said...

tak salah rasanya..apa masalahnya jumpa suami org..??lain la hangpa dok bercanda berdua2an.kalu jumpa tmpt org ramai...takde masalah nyaaa..

Masy said...

chot,
iya dong ah~

anul,
tu pun antara menda yg berlegar dlm pale hutakku ini..ermm..
xde masalah kan? hope so...~

minnie said...

Masy,
Hm.. ko dah dengar banyak pendapat orang... Aku pun tak arif dan rasa tak layak nak bagi pendapat.. Semua pendapat yang diberi memang ada logiknya.. Tepuk dada tanya selera.. Macam buat apa-apa tindakan la kan... Apapun sebelum buat sesuatu, fikirkan dulu negatif dan positifnya. Adakah positifnya hanya untuk diri kita sendiri atau untuk semua yang terlibat dan negatifnya pulak, kau kena fikirkankan impact dari perbuatan kau tu.. Sanggupkah kau menghadapinya... Terpulanglah Masy.. Asalkan kau rasa kau selesa dengan tindakan kau... sebagai kawan,aku sentiasa menyokong dibelakang... Sebab, cuma kau sorang je tau apa yang kau alami.. orang lain belum tentu memahami kau sepenuhnya... ok Masy...

azzam bellamy said...

ye..ye..dah hapdet lagi!

Masy said...

minnie,
aku pun nk tau pendapat korang... tu je. tp takpe, insyaallah aku leh handle mende ni.
mekasih ek!~ ;)

azzam bellamy,
ye ye jap aku gi tgk

Deanz said...

...no komen (macam artis pulak)

:D

Masy said...

deanz,
standard tu...~

RaFFLeSiA MeRaH said...

mane ader salah, nak berkwn ni x kira status dia ape...mcm jugak kita kwn satu opis ni, bersepah yg dah kawin duk satu opis ngan kita kan...tapi nape org x amik kisah pun...yg pasti berkwn tu tak salah tapi perlu ada batas2nya...kena tahu diri kita dan tahu sape diri dia....insyallah....takder ape2, satu lagi kena jujur ngan wife dia, kalo boleh masy cuba kenal2 wife dia...mesti wife dia x kan rasa curiga kat hubungan korg berdua....kalo encik tu x nak kenalkan bini dia, nampak sgt dia cam nak curang dah tuuu, kalo dia jujur mesti dia kenalkan ngan wife ngan anak2 dia...hehehe, tu dari pemikiran akak laa

kakLuna said...

salah atau tidak, masy dah jumpa dah kan...dan ianya berlalu dalam suasana yang baik dan tidak meninggalkan apa2 kesan buruk dan juga persoalan..

so, just leave it behind and move on your life..

Kak Lady said...

Rasanya tak salah...kalau dia masih anggap masy sebagai kawan...dan sebagai kawan dia boleh menjadi seorang yang caring...

Baby pun tak salah...yang salah kalau dah terjadi apa2 selepas pertemuan itu...

Baby berhak untuk berkawan dengan siapa saja...asalkan tahu batas2 persahabatan...

zul kapan said...

come on yo!
kawan lama kan? x salah tu..
tapi kawan pun makan kawan la ni...
bahaya tu....
dah le kena makan pas tu kena kunyah kunyah pastu kena telan plak...gluupp...

Masy said...

kak RM,
rasanya dia xde masalah nk kenalkan. masalahnye sy nak ke kenal? hehehe. nantilah, kasik sy kawen dulu br sy leh bkenalan dgn wife dia ehehhee

kak luna,
yup.. itulah yg sebaik-baiknye~

kak lady,
pada dia, sy ni mmg kawan je.. (hukhuk). tp it's good for us, sbb bkn sume org leh berada dlm situasi ni dgn tenang...

zul kapan,
isk.. takdelah. insyaallah..~