Friday, May 25, 2007

enibadi miss me?? :p


Komputer rosak 3 hari. Saket nyawa. Hukhuk.

Tapi bila dah elok ni, tetibe je bole guna YM kat computer aku. So. Sape2 ade YM, kalau rasa nak borak dengan aku di waktu senggang, add le aku --> masyita4180@yahoo.com. Oh ye.. perkenalkan diri ye. Aku memang akan jadik kurang peramah sebaliknya bertukar menjadi pemarah bila orang ngade2 soh aku teka identity laa ape laa. Andai anda artis sekalipun, sila kenalkan diri untuk sesi beramas mesra ok!

Tangan pon saket. Hukhuk.

Apsal laa sekonyong-konyong aku rasa aku memerlukan uang yang banyak neh? *saket paler lak*

Ni ada laa orang emailkan untuk aku. Yang bestnya – hanya untuk dua orang je dia emailkan tuh. Aik.. mendalam nih! Meh le aku pastekan.

Tidak,..


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita.
Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya orang itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan
kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn karenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala
cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Tu dia.

23 comments:

kakLuna said...

tu dia...

memang betul..kahwin ni umpama membeli kereta..takkan la kalau kita tgk orang lain pakai kete, jd accident, kita tak nak beli kete kan?sdgkan kete tu keperluan, perlindungan juga dlm perjalanan. kalau nak kete tu ok sampai abis susutnilai, kene la pandai2 jaga...nak bwk speedy pun buleh, tp kaki kene pandai jaga brek dan minyak.

kete yg baru tentulah cantik, selesa, sedap dipakai..tapi kete pun ada usia..lama2 kusyen x empuk, tayar no flower, brake no eat :), kita yg memandu pun apa kurangnya, jd kita kene tima dan adjust diri kita ikut perjalanan masa.

kesimpulannya..belilah Viva :)...penuh dengan chenta....

Masy said...

kak luna,
tu diaaaa.. mementang dah brani bawak kete, samakan kawen dgn kete ek hehe~

nape x samekan dgn keropok idong?? hahahah

azzam bellamy said...

ni nak lari dari tajuk..

tak nak baca pn tk pe..dah pernah baca pn tk pe..aku nak cerita jugak..hehe..

Aku prnah try jual minyak tp tk laku! Masa tu aku gi kat dpan stesen minyak kt sg buloh yg bawah bukit tu kan..aku tgu la sapa2 nk beli. Lpas tu dtg la Aji Metok..alaa yg tayar basikal dia tercabut masa nk gi tgok menyunat anak sedara dia tu. Kan tayar tu bergolek terus langgar pintu bilik air Aji Saim. Masa tu Kalsum tgh mandi. Habis pintu bilik air tu pecah. Tu yg Aji Metok kena tuduh kononnya dia nk 'anu'kan Kalsum. Nasib baik aku ada masa tu utk jadi saksi(mmg 'lawa' pn Kalsum masa mandi tu!). Kalau tk merengkok la dia kt kandang rumah Ketua Kampung. Err..jual minyak tadi..Aji Metok kata "Buat apa ko jual kat sini..bukan ada org nk beli pun.." so aku blah la gi tmpat lain.

Lepas tu..

Aku gi la Medan Selera kt jaln Wangsa Maju tu. Aku bertanya la dr kedai ke kedai samada kdai mkn tu nk beli minyak ke tak. Dah tu aku jumpa bininya Aji Metok - Mak Kebah..alaa yang selipar jepun dia trsangkut kt pagar dawai klinik kerajaan jln sg ruan tu. Masa tu kan Mak Kebah tgh sakit perut tgu doktor panggil. Lpas tu aku ada kt situ tgh usha misi yg duk kt rcption tu. Dah tu Mak Kebah marah aku dia kata "Oih..ko budak 10 tahun mana boleh ngurat anak dara 25 tahun tu..!" Aku pn jwb balik "Saya dah sunat Mak Kebah." Dia pn cakap pulak "Dah sunat ke kulop apa aku kira..kang kalau kena tangkap tk pasal2 misi tu kna tuduh mlakukn maksiat dgn budak bwh umur..ceh..ko yg sedap!" Aku jwb lagi "Mmg saya nak sedap pun..hehe" Mak Kebah terus bangun dan kejar aku. Aku lari bagai ribut terus panjat pagar dawai tu. Entah macamana Mak Kebah cuba pnjat tp selipar jepun dia terlekat kat pagar tu. Padan muka dia. Selipar jepun tu smpai skrang terlekat kt situ. Nnti aku nk buat tugu kt situ dan tulis 'SELIPAR MAK KEBAH YG KECUNDANG'. Heh! Hmm..minyak td..ha..dah tu Mak Kebah cakap kt aku "Ceh..minyak tu ko nak jual kt sini buat apa..bukan kitorang guna pun." Aku pn blah dr situ.

Aku cakap kat hati..'biar la aku pakai sendiri minyak rambut ni.'





salam...

Masy said...

azzam bellamy,
aku da baca kat blog ko mende ni. motif ko tampal kat sini apekah?? muehehhehe~

Sunan_Jati said...

whahahahaha...


che po no kow....

lai .. lai..
!!!

Masy said...

sunan_jati,
apekebende tu??

chot said...

patut la dah beberapa hari xupdate blog..

Masy said...

chot,
gitulah citenye :)

achik said...

jodoh di tangan Tuhan tp dlm masa yg sama kita kena 'berusaha'.. hehe.. jadi mari la kita sama2 'berusaha' mencari jodoh.. masuk la mencari cinta... hahaha takde maknanya.. ;p

Masy said...

achik,
ye bener bener..
Mencari Chenta? wujud ke lg.. hahaha baik le masuk Cari Menantu hiks~

bang_gugar said...

salam,

tu diaa....

dia ka tu?...

(",)

azzam bellamy said...

hehe..

TedungS said...

dia nak ajak ko kawin kot tu hehe

k.Lin said...

waaahhh.. mendalam.. pesal org cakap pasal kawin je ek lately??

Darkz05 said...

apa itu jodoh? jodoh itu apa? adakah maksud sebenarnya kap alif wen = kawen? jadi soalan sebenarnya, bila mau kawen? dan adakah jawapannya adalah bila ada jodoh?

haha. :P

-Darkz05

Masy said...

salam bang_gugar,
siapa dia?

azzam bellamy,
hehe?

tedungs,
aku lom desperate lg smpi nk kawen dgn pompuan (yg anto tu pompuan :P)

k.lin,
hehehe ntah, musim menetas kot :D

darkz,
soalan dah siap jawab, so sy pass jelah ye :)

meera said...

kawen? jodoh? apa tu... ada tak rupa & rasa dia cam kek2 kat sikret resipi tu? muahahaha....

RaFFLeSiA MeRaH said...

hohohoho...x lame lagi dah tuuu...hehehehe...jap lagi akak add masy kat ym lak yerr...

13may said...

oh! patut la....

nanti kita pi makan mee kari;)

tintaHati said...

Artikel ini amat menarik. kata-katanya membangun jiwa. Penuh bermotivasi. Kurang sedikit kerisauan di hati... ;)

Masy said...

kak maya,
lebih kurang cam bege daging spesel kurang manis ler muahahha

kak RM,
x lama lg ape? (purak2 x paham). ye add tau!~

13may,
mee kari je? ;D

tintahati,
jgn risau dong.. ingat.. takdir kita dah siap tertulis ;)

happyirfa said...

masy..
mendalam sungguh e-mail yg kau dapat tu masy.aku setuju sesangat.

tp aku nak gelak dulu psl komen azzam bellamy..kah kah kah.lawak betul.

Masy said...

kak irfa,
mendalam tu.. mmg betul pun :)

aaahhh dak azzam tu mengarot je hehehe~