Tuesday, May 15, 2007

Ucapkan Selamat~

bertindak mengikut arahan!~


Aku dengar kat radio pagi tadi, arinie Hari Guru ek? Ke esok? Hehe. Tak kisahlah bila-bila pun. Yang penting, selamat pada sume guru-guru, sifu, ustaz, ustazah, lecturer dan sume tenaga pengajar yang layak diraikan. Semoga tabah dan sabar menangani perangai budak-budak sekarang yang kekadang macam hantu dan syaitan. Ingatlah, bukan salah ibu mengandung. Salahkan bapak dorang (eh.. lain macam je??).

Especially untuk mak aku (dan jugek arwah abah) yang jugek bekas guru - begitu berdedikasi skalik beliau itu. Tahun-tahun terakhir sebelum mak aku mengambil keputusan untuk bersara awal, dia mengajar bebudak yang lemah IQ. Ala.. dulu orang panggil Kelas Pemulihan, tak tau le kot sekarang pon masih guna term yang sama. Masa tu aku dok sekolah tadika lagi. Kekadang bila boring lepak-lepak kat library lepas abes kelas kat tadika tu, aku ikut gak mak aku gi ngajar. Tapi lepas peristiwa aku menjawab soklan yang mak bagi untuk murid-murid dia, terus aku diharamkan mengikut mak ke mana-mana kelas yang dia ajar. Mak kata nanti aku mengakibatkan budak-budak tu mengalami sindrom low self esteem sebab aku jawab soklan untuk budak darjah 2 padahal aku baru 5 tahun masa tu. Sian kan aku, hukhuk.

Masa zaman abah lak mengajar, aku tak ingatlah ada ke tak aku ikut dia pegi kelas-kelas. Rasanya abah tak bagi, sebab nanti anak murid dia leka bermain-main dengan aku hehe. Tapi sonok gak jadik anak cekgu besau ni tau (masa tu laa), sebab nanti ada je anak murid abah yang ngulur cekelat laa, cekedis laa bila tengok aku keboringan.

Cite pasal cikgu ni, cikgu yang cukup meninggalkan kesan dalam kepala otak aku (dan kekawan) of course laa cikgu BM kitowang masa tingkatan 3, Cikgu Jasmi. Hoh dia ni ensem laa jugek senornya, tapi bila time mengajar, leh gugur bulu roma kalau dia start jegil mata. Bila wat lawak, memang tak tahan ah, ade je idea dia. Dan dia jugak penuh dengan idea jahat kalau tiba time nak mendenda kitorang. Basuh muka dengan air hujan, keliling padang perhimpunan, berdiri tengah panas sambil menyanyi, berdiri atas meja - adeh.. cikgu aku ni memang penuh dengan idea jahat hehe. Kalau aku ada buat kesalahan tatabahasa ke, mula laa dia keluarkan ayat - macam mana ko ni, mak abah cikgu, tapi buat mende ni pun salah. Hukhuk.. diskriminasi~

Tapi kenangan yang nombor satu dengan dia tentunya kes dia suruh kitorang menyanyi lagu iklan Scott Emulsion. Kisahnya kawan aku si Arma ngokngek ni sudah menampal lirik lagu iklan tu kat meja dia. Kebetulan masa tu kitorang baru je kantoi dengan cikgu ni sebab letak gambar KRU kat meja (yaa.. akulah antara mereka yang kantoi itu. tapi aku kantoi sebab guna nama Norman dalam karangan hehe). Sekali dia sudah nampak daa lirik tuh. Tersengih-sengih dia, sambil mengarahkan kawan aku ni supaya keluarkan kertas lirik tu, pastu dia boleh plak salin balik lirik tu kat papan itam. Lepas abes je dia salin lirik tu, dia pun berkata, minggu depan kita ada aktiviti yang menarik nih. saya tau awak sume mesti bosan kan, asik-asik bersajak, tulis karangan, pantun, syair, belajar tatabahasa. mesti boring kan kan? jadi sekarang saya nak sume orang salin balik lirik lagu ni dan hafal. minggu depan kita nyanyi sama-sama ok? Alamak tensionnya aku.. sebab aku sorang je yang tak suke lagu neh, budak lain sume dah hapal hukhuk.

Lepas kuar arahan tu, dia punya gelak berdekah-dekah macam nak putus urat mareh. sepanjang saya mengajar, ni laa pes taim saya gelak macam ni, hahahahha. Adeh.. dia sonok giler ni mesti ada rancangan giler lain ni. Seperti diduga, mende ni dihebohkan kat bilik guru dengan jayanya oleh beliau. Asal ada je cikgu-cikgu masuk kelas aku, kompem diorang tanya, awak dah hafal ke lagu yang Cikgu Jasmi suruh nyanyi nanti tu? Hehehe cam hampeh.

Bila dah tiba hari kejadian, ramai laa pulak cikgu-cikgu yang 'dijemput' untuk menyaksikan persembahan kitorang. Termasuklah budak-budak kelas lain daripada blok sebelah pun sama menikmati. Huhuhuh malu giler sebab kelas aku ni sume pompuan (tapi sekolah campur). Si Arma sampai nanges-nanges sebab kena jadik conductor heheh. Cikgu Jasmi lak best je jalan satu kelas sambil perati kitorang dekat-dekat (kot-kot ade yang miming je). Hahaha bila dikenangkan memang lawak betullah.

Last aku jumpa Cikgu Jasmi masa aku pegi ke Kuching tahun 2003 dulu. Dia ikut rombongan Jabatan Pendidikan tak silap aku. Hehe. Yang best tuh, dia kenal lagi aku. awak ni budak kelas Khas, bapak awak cikgu tu ek? Itu jelah trade mark aku.

Walaupun dia cenggitu, tapi sebab dialah kitorang ni jadik 'orang'. Orang yang berjiwa kental weh, ingat senang ke nak menanggung malu bila kena denda dengan dia. Dan dialah juga cikgu yang mengantar sajak aku dalam pertandingan apetah masa sambutan Hari Guru. Cikgu.. cikgu.. malu aku. Sibbaik menang ehehe. Hari-hari terakhir dalam tingkatan 3, Cikgu Jasmi minta kitorang tulis surat untuk dia, luahkan apa yang kitorang rasa sepanjang dia mengajar. Kutuk ke, puji ke, apa saja beb! Aku pun apa lagi.. tampal gambar KRU beso-beso dalam surat untuk dia tuh hehehe.

mengail dengan ayah ku rasa bertuah
pulang sebelum hujan
sebab kami ada kawan
bernama scott emulsion

riangnya waktu membesar
badan pun jadi sihat dan kuat
ibu mengatakan kami ada kawan
bernama scott emulsion..~

Sabau jelah hehe. Apepun, mekasih untuk sume tenaga pengajar yang terbabit dalam pembangunan insan bernama Masy ni. Cheers!!~


p/s: esok lusa aku tade, outstation ke Kota Tinggi. see u ols Jumaat nanti keh! *lambai sapu tangan*

20 comments:

kakLuna said...

cikgu hang tu betui la kanak2 riang, hmm.sib baik idea jahat dia tak suruh korang nyanyi lagu 'kisah seorang anak yang duka nestapa kerana ibunya batuk....hukhukhuk'

tapi kalau lagu tu best jugek, jadi pelakon wayang kulit lah hang..hahaha

Masy said...

kak luna,
heheh mmg dia camtu, tp dia cukup tension klu kitorang enjoy time dia denda hehehe~

yoooo lah :p

ILA said...

masy,
esok ler...hari gurunya.
ila pun tgah wat entry hari guru utk ecok:)
sila dtg mlawat:)

Masy said...

ila,
heheh tu le kompius lak td.
okeh okeh i'm kaming :)

chot said...

hari guru jatuh pd 16hb may...aku kena ambik tahu pasal mak aku pun guru gak..hehe

RaFFLeSiA MeRaH said...

waaa...bagus entry ni...nak gi selatan lak yerk? bz benor...apepun nak lambai pakai sapu tangan gak, ala2 baba ngan nyonya melaka....hehehehe...

Sunan_Jati said...

wah.. slamat ari cikgu;..

azzam bellamy said...

waaah..ko anak cikgu ek? anak cikgu mesti pandai2 kan macam aku..hehe..

selamat hari guru kepada pendidik2 yg tak kenal erti penat mengajar.

Masy said...

chot,
hehe aku ni kureng sket. same le kite ek :)

kak RM,
ha'ah.. nk wat camne :)
lambai2 balik

sunan_jati,
slamat utk sume cikgu2 :)

azzam bellamy,
pandai ke? average je. ko pandai, anak cikgu gak ke? :)

slamat.. slamat~

13may said...

selamat hari guru!

darjah 1: kena rotan ngan cikgu pasai bawa sorok kasut sekolah kawan aku

darjah 4: first time kena penampaq ngan cikgu pasai dok nyembang masa cikgu dok ajaq...

darjah 6: first time cikgu suruh aku main hoki dgn berkaki ayam...

tingkatan 2: kena rotan ngan cikgu sampai lebam punggung serta tapak tgn sebab curik ice cream kat ko-op

tingkatan 3: kena rotan dan gantung sekolah 2 minggu pasai jadik pengedar rokok di sekolah

tingkatan 4: kena hempuk kerusi kat belakang pasai aku tidoq dlm kelas

tingkatan 5: kena pukul ngan kayu sampai lebam peha sebab aku ponteng ujian percubaan SPM...

huh! tapi aku tak penah benci cikgu:)

TedungS said...

mmg jasa cikgu ni besor. tp bila dah ada anak2 nnt, kita la cikgu yg paling penting nk didik diorang tu

Anonymous said...

selamat hari guru buat semua guru termasuklah akak ni. akak guru pada anak2 tau :D

sempoii said...

selamat hari guru Masy..bila nak blanja?..ahakss!

achik said...

ooo anak cikgu besau rupanya kak masy ni..

xnak ucap slamat hari guru kat saya ke? saya pun penah jadi guru.. 3 minggu je pun.. ;p

faisal said...

akk cite camni teringat cikgu2 org dulu,huhuu..

minnie said...

oh.. anak cikgu rupanya...

Purpleheart said...

Cuba nyanyi skit lagu ni, dah lupa tempo laa..

Masy said...

13may,
aku ade satu cekgu yg aku benci amat! aku jahat kan. tp dia laaagi jahat! huh~

tedungs,
ye betol.. camne laa aku nk didik anak sok? huhu~

kak zal,
bolelah wish akak slamat ari guru ek? :)

kak semp,
bila ek.. sy ke yg kene blanje? aiseyyy hehehe

achik,
ye ke? selamat ari guru pd achik :)

acai,
tingat ke? meh cite sket~

minnie,
ye gitulah...

kak PH,
lalalalallalalalala hehehhe~

chii said...

terkenang kembali zmn waktu skolah2 dulu..cam sonok jer...
ni yg windu nk g skolah blk ni..

* dok bayangkn sis masy nyanyi lagu tu * eheheheh

Masy said...

chii,
hehe skolah le balik hahah

alaa... jgnlah bygkan *malu*