Monday, June 18, 2007

meh baca sokkabau~

@717, Royale Bintang Hotel


Wanita lebih lama guna tandas berbanding lelaki

MIRI 17 Jun – Kajian menunjukkan wanita mengambil masa sekali ganda lebih lama untuk sebarang urusan di tandas berbanding kaum lelaki, kata Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak (KASKA), Datuk Michael Manyin Jawong.

Beliau berkata, fakta tersebut memberi panduan kepada pihaknya untuk mewajibkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini menyediakan lebih banyak tandas wanita dalam setiap pembinaan tandas baru.

Sebagai permulaan, katanya, kriteria itu hanya diwajibkan bagi pembinaan tandas awam oleh PBT, sebelum ia dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dalam setiap pembinaan tandas awam di pelbagai sektor di negeri ini.

‘‘Kalau dibina 10 tandas lelaki, maknanya bilik tandas perempuan perlu ada 20.

‘‘Ini kriteria yang baru diperkenalkan kementerian terhadap setiap pembinaan tandas awam baru di seluruh negeri Sarawak,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Jerayawara Kebersihan Tandas bagi Zon Utara Sarawak, di Dewan Suarah Miri, dekat sini semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Tandas Sarawak berkata, pembinaan lebih banyak tandas wanita diharap dapat mengatasi pelbagai masalah yang timbul seperti tahap kebersihan tidak memuaskan, selain kesulitan kerana terpaksa menunggu giliran terlalu lama.

‘‘Kalau tandas selalu penuh dan sesak, sukar bagi kita mahu jamin kebersihannya.

‘‘Sudah pasti juga lantai sentiasa basah yang mana keadaan ini menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan pengguna,” ujarnya.

Selain itu, menurut Manyin Jawong, pelbagai usaha dirancang bagi meningkatkan tahap kebersihan tandas awam di seluruh negeri termasuk mengemukakan reka bentuk tandas baru serta menggalakkan penggunaan cecair untuk mencuci tangan.

‘‘Berdasarkan reka bentuk baru yang dibenarkan kementerian, sesebuah tandas awam tidak perlu mempunyai pintu utama manakala basin mencuci tangan harus diletakkan di luar tandas,” tambahnya.

Mengenai penggunaan cecair pencuci, beliau memberitahu, buat masa ini pihaknya hanya mewajibkan penggunaan cecair pencuci bagi semua tandas di bawah jagaan PBT.

‘‘Kita sudah keluarkan pekeliling supaya PBT menggunakan cecair bagi menggantikan sabun untuk mencuci tangan dalam tandas manakala bagi premis seperti restoran dan kedai kopi penggunaan cecair digalakkan meskipun belum ada cadangan untuk mewajibkannya.

‘‘Kita juga memerlukan para arkitek dan masyarakat umum untuk menyumbang idea bagaimana reka bentuk tandas yang sesuai digunakan di sekolah bagi menangani masalah yang dihadapi sekarang,” katanya.

Menurut beliau, bilangan tandas di sekolah berasrama penuh masih tidak mencukupi bagi menampung keperluan penghuninya yang mana ia menjadi antara punca kebersihan tandas sekolah tidak dapat dipertingkat sehingga kini.

*direct copy from utusan*


Sebagai salah sorang pompuan yang turut terbabit dalam statistik yang tak dapat disangkal ini, aku paham dan boleh tahu kenapa kami dok lama dalam toilet. Hehe. Dan aku jugek tahu kenapa lelaki tak dok lama² dalam toilet (walaupun ade kes lelaki yang suke dok lama² dalam toilet - haaa buat ape tu kuikuikui ). Nak kena bagitau ke? :p hohohoho~

23 comments:

minnie said...

Salam..
Wanita lebih lama di dalam tandas.. sebab banyak aktivitinya.. Aktiviti sihat la.. bukan aktiviti yang tak sihat... Nak diuraikan... Hm.. biar je la pompuan je tau... Malu ar..

Masy said...

salam minnie,
mmg sihat² aktiviti kita dlm toilet tuh hehe ;)

arianna adrizal said...

ooo.. patutla lama owg tunggu nk mandi pagi tadi..
;P

Masy said...

anne,
hahaha pagi td sejuk sgt laa.. tgh pujuk diri sndiri time tuh hihi~
hep! ape cite psl umah ni :p

bang_gugar said...

salam,

dok lama2 tido kot dalam tu..

hehehehe

(",)

Masy said...

salam bang_gugar,
klu kat toilet umah yg cun, mungkin kot huahaha

achik said...

cite pasal toilet teringat cite ally mc'beal.. kena share toilet.. tak rela u.. ;p

Masy said...

achik,
ermmm.. x ingatlah part yg tu.. mesti akak ade skip kot.. oo lama x kuar tv cite tu :)

debikdebuk said...

Dari kecik lagi aku tau memang pompuan lama kat tandas. Akak no.2 aku kalau mandi...1-2 jam... lama kan???? titicaca? dia koboi jer...

Masy said...

debikdebuk,
(dah kuar dr tmpt persembunyian ek). mak aih.. 1-2 jam tu! tunggu daki kembang kot hehehe~

Ungku Nor said...

weih pompuan, amek no maxis akak ni
012-2247343.

Jom kita beronggeng..uppss..silap taip la pulak.

Jom kita bertepon-teponan..hehehe.

Anul said...

First..sbb mmg pompuan lebih ramai kan..so sesak la..lagi lama..hmm..apa lagi..touchup makup, gloss..pe kejadah sume..wahahaha!!

13may said...

wah! kak ungku siap kasi number phone lagi....ada projek apa nih???

hahha

13may said...

oh ya! yg penting kebersihan....nak guna lama mana pu takpa...kan kan???

kakLuna said...

akak gi mana2 mesti bawak sabun May mini...tak best ler tandas tak sediakan sabun/cecair pencuci..

chot said...

mmg betul la fakta tandas tu...

noushy syah said...

hehhehe..cam betul aje fakta2 tuh..lallalala..

--->touch-up make up tu mesti munya! dan lain2 keje sampingan dalam toilet tehehehhe....

Sunan_Jati said...

wah.. hang duk dlm tandas lelama buat apa? ha? hang duk kelebek apa? ada kutu ka?
hahahaha!

RaFFLeSiA MeRaH said...

sekadar nak bgtahu kita dah kembali untuk berblog...hehehe...

faisal said...

apela org pompuan buat lelama dlm tandaskan..huhuhu

Indera Kencana said...

Takut buat banyak tandas untuk org pompuan, depa tak dak keja lain. Asyik masuk taaaandas saja..

Perlu ka implementasi cadangan tu..??

chii said...

ye ker? tp dlm family chii adik2 laki ngan abg kalo dok dlm toilet sure lama...dorang ske smoke dlm tu..adeih

Masy said...

kak ungku,
hehe noted. smlm org singgah semban kak hehe :)

anul,
kekadang tu ade yg bawak anak², tu yg lama, nk uruskan anak dulu baru maknye leh wat 'keje' hihi~

13may,
awat.. hang nk join ka? ;)
yaa betul tu.. yg penting kebersihan :)

kakluna,
maknenye skali masuk toilet satu sabun ke? rajinnye dia :)

chot,
betul ke?

noushy,
betul ek.. heheheheh~

sunan_jati,
aku nunggu org yg dok lama² dlm toilet tuh :p

kak RM,
welkem bek!

acai,
sbb lelaki ada keinginan nk tau le adenye kes² mengendap, betol x? :D

indera kencana,
sy rasa x perlulah sampai nk didoublekan jumlah toilet tuh. yg ada ni pun cukup je. cuma nmpk sesak bila ramai org, tu je..

chii,
haaaa tu betoi! sama arr.. kat mana² pun gtu :)