Monday, July 02, 2007

Short, Sharp Pain

Cantik dan bijak adalah subjektif. Sepertimana subjektifnya cinta dan cemburu. Aku pandang dia cantik (atau kacak), tapi belum tentu kamu juga berpendapat yang sama. Cantik, kacaknya dia mungkin terletak pada fizikalnya – mata, hidung, bibir, rambut. Dan cantik fizikal itu juga luas definisinya. Bijaknya manusia dalam bidangnya, belum tentu dipandang bijak oleh orang lain dalam bahagian yang lain.

Dan juga cinta dan cemburu. Selalu kita akan cintakan seseorang sebelum kita menemui alasan kenapa kita cintakan dia. Malah selalu juga kita tersesat dalam kebuntuan kerana alasan mencintai dia tidak ditemui. Perlukah kita menyintai seseorang dengan bersebab? Mungkin perlu. Tapi jika sebab itu tidak diketahui, adakah kita mesti menghentikan percintaan tersebut? Malah jika alasan untuk meninggalkan dia lebih berat berbanding alasan untuk bersamanya, adakah tergamak untuk kita menyerah diri, atau masih memilih sama ada membiarkan akal atau fikiran membuat keputusan?

Cemburu sangat signifikan bagi dua insan yang hatinya terikat dengan tali cinta. Tetapi cemburu juga hadir dalam hati insan yang tidak terikat dengan sesiapa. Mungkin ada sesuatu yang menambat hatinya, tetapi tidak disedari dek empunya diri. Cemburu akan berhasil mendorong manusia bertindak di luar kawalan dirinya, malah kadangkala pula menjadikan dia manusia bodoh kerana mendiamkan segala apa yang ada di dalam hatinya.

Ada ramai manusia yang bodoh seperti ini. Tapi sebagaimana sukarnya mencari makna cinta dan cemburu, sesukar itulah juga mereka menterjemahkan tiap tindakan mereka itu.

Cemburu kerana cinta. Dan kerana cinta, mereka harus duduk diam. Kalau dengan bersuara akan menjauhkan mereka dengan dia yang menerbitkan rasa cemburu ini, maka relalah mereka terus membisu. Malah jika bersuara pun, pastinya sedaya upaya perasaan tersebut diperosokkan di tempat yang paling gelap dan sunyi.

Pun bukan semua cemburu berakarkan cinta. Bukan semua. Bukan.

Cemburu kerana tidak memiliki. Kalau dimiliki pun hanya pada nama, tapi hakikatnya tidak. Cemburu kerana dia yang diintai selama ini akhirnya berpaling menjadi hak orang lain. Cemburu kerana rasanya diri memiliki hampir segalanya, tetapi yang bakal melengkapi tetap jua terlepas dari genggaman. Cemburu, kerana diri bersusah payah memanjat tangga, tetapi orang lain selamba naik lif!~

Cemburu memang biasa hadir antara relevan dan tidak, khayal dan nyata, sahabat dan kekasih.

Eh, tadi aku ada sebut pasal cantik dan bijak kan? Err.. lain kali jelah aku cerita pasal tu sume :p

Letihnya mencintai, tetapi kenapa diri masih enggan berhenti?

25 comments:

Ungku Nor said...

macam janji je kita punya letih ni..hehe

RaFFLeSiA MeRaH said...

jawapan utk soalan yg bwh sekali tuuu...sbb cinta x penah pudar dlm diri manusia....

Masy said...

kak ungku,
hehe letih gak ke? ;)

kak RM,
huhu~

Anul said...

dan aku penah tahu bgimana perasaan sgl jenis cemburu itu

Masy said...

anul,
kompemlah kita ni manusia biasa :)

13may said...

adehhhh...awat rasa letih sgt nih....
kena minum kopi power nih...

hahha

minnie said...

Salam..
Masy.. cemburu juga boleh tukar seorang manusi yang lembut hati pada manusia yang sangat ganas.. Sanggup membunuh asalkan benda/orang yg dia nak tu tak jatuh kat tangan orang lain...

Oleh itu, iman ajelah yang mampu mengawal rasa cemburu itu.. Insyaallah... Hehe.. Ada bakat tak aku jadi uztazah??

Masy said...

13may,
klu hang yg buat gaknye power tak? muehehehhhe~
aik mana nomo phone hang? :p

salam minnie,
ye betul.. aku bersimpuh depan mukaddam sambil membetulkan selendang dpn ko hihihi~
baguih baguih.. pasni kene ade Akademi Ustazah lak ek hehehe

achik said...

"Cemburu, kerana diri bersusah payah memanjat tangga, tetapi orang lain selamba naik lif!~"

kita harap dia nampak kesungguhan kita.. tp yg dia nampak cuma kita yg termengah2.. huhu.. ;p

Masy said...

achik,
huhuu betul tuh.. huhuhu~
kita harap dia akan terharu, tp yg dia rasa - bodoh betoi bdk ni! :(

Darkz05 said...

menjadi seorang pecemburu itu indah. ;)

Sunan_Jati said...

wah cinta dan cintan...
tapi aku pilih maggie..!

Masy said...

darkz05,
indah ke? cam seksa je :/

sunan_jati,
aku pilih kari letop mawi..eh.. maggie hehe~

CiK BaWaNg said...

join skali pilih maggie~!

"Letihnya mencintai, tetapi kenapa diri masih enggan berhenti?"... hehe sbb masih ade cinta dalam ati?

Masy said...

cik bawang,
megi bawang satu! :D

*mungkin kot..~

kakLuna said...

lebih baik letih mencintai dari letih membenci sedangkan orang yang dibenci masih tak paham2 gak.

kite tak suke, tak suke, tau?

arianna adrizal said...

kesian dia.. letih MENcuCI laNTAI..

;D

chot said...

wah layan perasaan nampak...ehhehe

noushy syah said...

hehhehe..betul betul, cemburu bukan kerana cinta, sahabat atau rakan..bukan bukan...

ADa cemburu yng bersikat positive dan ada yang negative..

Cemburu dengan kejayaan orang dan menjadikan kita lebih berusaha menanam azam sgt baik bagaikan sebuah motivasi...

...cemburu pada yang sayang,mesti ada namun bukan membabi buta

...cemburu berhasad dengki is a NO No but it's hpn in reality

...cemburu kak masy dah balik umah dan saya masih disini teje..EEEEEeeeee tak kira...cemburu cemburu!!:p

k.Lin said...

cemburu tak salah, asal kena pada tempatnya, contohnya macam cemburu dengan ahli ibadat sebab tekunnya dia beribadat.. yang mendorong kita juga tekun beribadah..

macam cemburu yang positif tu..

timbang-timbangkan... dan selamat beramal.. hehehe.. (mcm pernah dengar lak skrip ni..)

bang_gugar said...

salam,

cemburu amat patut ada dalam diri kita..

tapi bukannya mendorong kita pada dengki..

bahkan mendorong kita utk melakukan yg terbaik dari org yg kita cemburu tu..

(",)

faisal said...

akk pandang sy menggiurkan tak? uweeekkkk,ahahahaaaa

Cik Lari said...

Hi MAsy. Harap sihat adenye.
I'm back.
I cemburu org lain boleh cuti.. huwa!

Deanz said...

Masy,

Cemburu bole jadi merbahaya bila kita tidak dapat mengendalikan perasaan, menjadi curiga berlebihan dan menunjukkan perilaku posesif kepd pasangan. Makanya, kita perlu belajar bagaimana mengelola rasa cemburu supaya tidak menjadi bumerang!

Masy said...

kak luna,
mane2 pun letih jugek, dan x best!~ huhu

anne,
kesian je? tolong arr. nah amek mop ni :p

chot,
lama x layan ni keskeskeskes

noushy,
mcm2 sebab dan bentuk, tp cemburu ttp ada dlm setiap insan kan ;)

kak lin,
cemburu yg positif mmg bagus, mcm sy cemburunyee tgk kak lin bwk kete beso heheh~

salam bang_gugar,
yup.. it's ok klu cemburu asalkan bukan dengki. tp klu dengki itu positif jugek, xpe kot?

acai,
menggiurkannyee... mcm tgk buah durian :D

cik lari,
cemburunya tgk cik lari berlari-lari :) welkem back!~

deanz,
manusia yg berakal dan beriman takkan hanyut dibawa arus cemburunya. tp kadang-kadang terhanyut jugek, namapun manusia biasa :)