Wednesday, August 15, 2007

Entry Sopan Seorang Saya


Saya takut tua sebab belum kahwin lagi, kata saya berlucu tetapi jujur dan disambut dengan gelak ketawa oleh teman-teman sepejabat. Kahwinlah cepat, kata salah seorang dari mereka, kalau kahwin itu semudah memberi makan pada kucing, mungkin dua tahun lepas saya dah tinggalkan alam bujang, jawab saya pula sambil tersenyum. Ironinya, satu masa dulu saya takut untuk kahwin kerana muda lagi!

Bukan mudah hendak menuturkan kejujuran yang pahit, apatah lagi kejujuran itu merupakan ketakutan serta kebimbangan kita yang bertahun-tahun dikumpulkan dalam hati. Lupakan kisah nikah kahwin, kita fokuskan pada hal jujur ini saja, ya?

Ada masanya saya amat gentar apabila berhadapan dengan kenyataan bahawa hati saya telah memihak pada benda yang salah. Pada orang yang tidak sepatutnya. Pada situasi yang akan menyukarkan perjalanan hidup saya kelak. Dan atas sebab-sebab yang sedemikianlah, saya cuba mengelak daripada memikirkan hal-hal ini, sedangkan saya amat sedar dan maklum, selama mana saya mampu lari dan mengabaikannya. Kadangkala, seminit dua sebelum mata terpejam dan akal berehat diulit mimpi, fikiran saya akan menerawang jauh memikirkan segala tindakan saya untuk hari tersebut – atau mungkin untuk minggu-minggu yang telah berlalu. Ada yang saya kesalkan, ada yang membingungkan. Seperti biasa, asakan perkataan “kalau aku..” amat saya benci. Bukanlah bermaksud saya terlalu angkuh untuk mempertimbangkan kemungkinan, cumanya saya kurang gemar untuk membiarkan hati saya dipagut kekesalan. Mungkinkah saya terlalu banyak berfikir?

Pengalaman hidup juga antara faktor mengapa ada kalanya saya menjadi terlalu selektif. Bukan semua hal, tapi untuk sesetengah perkara. Seperti kata orang, hidup ini adalah perjudian. Dan saya tidak menolak kebenaran perumpamaan itu (amaran: berjudi adalah haram di sisi agama Islam ;D ). Kerana itulah, saya pernah membuat pilihan yang songsang daripada prinsip asal kehidupan saya, dan hingga kini tidak pernah saya kesali, sebab saya yakin setiap keputusan yang telah saya buat adalah bersesuaian dengan keadaan pada masa itu. Jika Allah mengizinkan, saya harap Dia akan menuntun saya untuk membuat pilihan yang seiring dengan kata hati dan kesesuaian jiwa saya pada masa akan datang.

Dari sisi gelap, mungkin saya kekal begini kerana ada ruang tertentu yang masih tetap dihiasi dengan kenangan lama. Dari sisi lain pula, saya mungkin terlebih mengharap bahawa akan ada seseorang yang mampu memulangkan kebahagiaan yang pernah dia hadiahkan kepada saya dulu. Entahlah, apa nak jadi saya ni?

Kadangkala saya benci akan hakikat bahawasanya hati saya masih belum terkocak dengan kehadiran sesiapapun. Bukanlah sampai langsung tiada, cumanya yang betul-betul mampu membuatkan saya mengatakan selamat tinggal pada yang patut – masih belum ada. Ini antara kebenaran yang paling sukar untuk saya akui. Rasa tidak selamat kerana pernah dikhianati secara halus dan terang-terangan, membuatkan saya menjadi manusia yang pernah dilabelkan sombong oleh segelintir insan yang tidak cuba mengenali saya sedalamnya. Oh, bukan salah sesiapa. Saya sendiri pun kadang-kadang terlanjur menghakimi orang lain dengan hanya sekilas pandang.

Kebimbangan dan ketakutan kita mungkin satu lelucon pada orang lain, tapi itulah hakikat kehidupan. Apa yang dirasai oleh orang lain juga mungkin picisan bagi kita, kan? Maka adalah normal apabila riak hati kita terbiar begitu sahaja, kerana kebimbangan kita mengatasi keperluan kita untuk cuba meluahkan dan melupakan. Saya juga selalu terperangkap dalam situasi begini. Jadi kebanyakan rasa yang negatif itu terbenam saja di dalam perasaan saya. Namun saya perlu berterima kasih dengan seorang sahabat yang selalu bertanya tentang keadaan saya walaupun suatu masa dulu saya telah mengecewakan impiannya. Seharusnya dia berbangga, posisi sebagai sahabat di dalam hidup saya mungkin lebih tinggi berbanding menjadi teman istimewa. Ada hal-hal yang tidak mampu kita luahkan kepada yang istimewa tetapi selesa diceritakan kepada sahabat. Dalam keadaan ini, bukankah si sahabat lebih beruntung?

Seperti biasa, saya akan berlari lagi untuk mengelakkan diri. Sampai satu masa yang ditetapkanNya nanti, apabila jiwa saya telah cukup kuat dan berani untuk berhadapan sekaligus berkompromi dengan hal-hal tersebut, maka saya akan berdepan dengannya lagi.

Berdepan dengan kebimbangan dan ketakutan saya sendiri.

42 comments:

Deanz said...

Salam..

Hidup bukan satu perjudian tapi perjuangan bukan hanya berserah pada nasib...

'Jalan mesti kedepan bukan kebelakang...'

Masy said...

salam deanz,
mungkin ada portion dlm hidup sy yg sy takut utk perjuangkan..

apa salahnya klu jalan ke belakang, mungkin di belakang lebih baik drpd yg di dpn~

Indera Kencana said...

Pertamanya, sewaktu membaca entri ini sudah membuatkan saya merasa malu dan kagum. Betapa Masy boleh melontarkan kata-kata dalam susunan ayat yang kemas, mantap dan mempunyai flow yang tersusun rapi tetapi sangat mudah difahami..

Yang kedua, dalam kehidupan ini sering kita menginginkan yang terbaik untuk kita. Tetapi keadaan yang berlaku hampir selalunya berlawanan dengan kehendak diri kita. Ingatlah Masy, bahawa itulah yang dinamakan kelemahan kita sebagai makhluk. Apa yang mampu kita lakukan adalah berserah dan bertawakkal kepada Allah sahaja..

Masy said...

indera kencana,
indera terlalu memuji :) apapun terima kasih..

selalu sy ingatkan diri sy, bahawa sememangnya dalam hidup sentiasa ada perkara begitu. belum tentu kita sukakan apa yg kita dpt, dan belum tentu kita dpt apa yg kita suka. kelemahan manusia, dan kita harus terus-terusan berserah kpd Allah di samping berusaha :)

mee goreng kambeng said...

:)

maliha anoushka radzwil ross said...

hehhehe, mee goreng kambeng pun ada muahahhaha...

.... in every new step taken,there is always gonna be risked that we have to face..

Masy said...

mee goreng kambeng,
:) sedapnye!

noushy,
betul tu.. so kene le berani melangkah kan?

flush said...

jodoh tu sume kerja tuhan.. ingat janji tuhan, org yg baik hanya utk yg baik shj..

Masy said...

flush,
ye stakat ni sy x penah lupa :)
ehem, sy ni kategori baik ke? mari belek2 diri sendiri (monolog)

chot said...

mcmana la ko bole karang ayat kemas begini..penulisan aku belum tahap ni lg...hehehe

kalau bole ko jgn asyik mengelak dgn soal jodoh atau pertemuan...sebab kalau xde usaha xmejadi gak masy..
istilah 'perigi mencari timba' tdk bole digunapakai pd masa kini..bila hati berdetik, jantung berdengup kencang jiak bertemu sesorg..cepat2 ambik tindakan seterusnya....

sorry merepek pagi2 sebegini

Anul said...

uihh..sungguh berbunga bahasa kali ini..hingga aku yg ingin menutur komen di ruang ini terasa bagai tidak layak mengomen..

mmg btul..susah nk carik org yg akan faham n sanggup idup ngan kita smpi mati

Masy said...

chot,
maybe ini satu kelebihan aku kot, macam ko, ko pandai amek gmbr & edit lawa2, aku x reti ;)

masalahnya blom jmpe org yg mampu mendag-dig-dugkan hatiku laa chot hehe

anul,
hahaha mcm tu skali? alamatnye aku kena kontrol tahap kebungaan dlm entry aku pasni ek heheh

kire ko nasib baik sbb dah jmpe ;)

flush said...

dag dig dug plak dia..
dah berkenan tu rembat jer..

Masy said...

flush,
bkenan kat sape pulak..xde kenan kat sape2 pon lg ni.. :)

kak lin said...

Masy cayang,

Percaya pada Qadha & Qadar, ajal maut, jodoh & pertemuan semua hak Allah :)

When the time comes.. it will come.. and things will flow beautifully into places.. insya Allah..

Moga Allah permudahkan jalan Masy bertemu jodoh yang baik & serasi, AMin!!

Masy said...

kak lin cayang,
ye kak, kita yakin - sambil berusaha dan bdoa moga2 begitulah utk kita ye ;)

raponginsengsemakajiiisemarinseng! *bukak pintu hati* hahaha

kakLuna said...

cara2 nak mghadapi bnda ini, ialah dgn mengreverse osmosiskan pemikiran..makna kata...kalau tak nak benda tu jd..kita jangan takut/tak suka sangat2...kelak ia takkan ilang dr ingatan dan akan berulang smula, jadi kita kene memikirkan di sudut2 baik nya bnda itu supaya..bila one day ia berulang, kita dah bersedia...tapi kalau kita nak sesuatu tu tjadi pulak..kita kene wat2 tak suka ..anggap biasa je..tak teringin pon..last2 mesti dia datang pd kita!

ala..pendek kata...CONTOHNYA kalau x suka siti nurhaliza, jangan terlalu ngutuk dia sgt..kene suka dgn dia, so that kalau dia menayang2..kita idak le bertambah meluat..ha ha ha

achik said...

pastikan sentiasa berDUIT... err berDoaUsahaIltizamTawakal.. insya-Allah.. :)

Masy said...

kak luna,
wah wah complicatednye! hahahah
ape ni guna nama siti :p gunalah artis lain. errr sape ek artis lain? hehehe

achik,
DUIT yg tu pon betoi jugek, duit = $$$$ pon betoi jugek ;)

minnie said...

betul tu masy, bila ko dah berani.. dah cukup kuat ko takkan berlari lagi...

akirasuri said...

huhu.
saya doakan, dipermudahkan urusan dalam soal jodoh-jodoh ni.
amin.

oh oh.
kadang-kadang seleksi juga penting.
main aci redah saja.
silap silap laki orang pulak yang kita redahkan.
hadapi ketakutan dengan penuh iringi doa.
pasti boleh.
:)

::QasiehFirdaus:: said...

haih.. sungguh sadis.. jgn begitu deh! yang bersinar itu pasti kan tiba jua... :P

Masy said...

minnie,
kekadang tu dlm kata dah brani tu, lari jugek hehehe

akirasuri,
ya bener.. ni soal seumur hidup, kalau tangkap muat je kang bimbang salah pilih :)

qasiehfirdaus,
sadis ke? hidup ni memang sadis dong!~
yg bersinar? cincin berlian kaa? hihi

13may said...

hmmmm......
hmmmmmmm.........
hmmmmmmmmmmmmmmm.........


tengah pikir.....

Marjina said...

Salam,

erm..masa dan doa adalah satu penawar yang amat mujarab untuk segala penyakit hati.Cuma..kita perlu byk-byk-byk bersbr... :)

masa akan tiba...teruslah berdoa..InsyaAllah detik bahagia akan menjelma semula :)

;;bila ayat disusun kemas dan teratur, ianya pasti kata-kata yang luruh dari hati tulus... :) ;;

Masy said...

13may,
*pandang je abg may may tgh pk sambil kelip² mata*

salam marjina,
sokong ajer sume kata kekawan :)
aaa.. begitulah rasanya hehe~

lindosh said...

Saya takut tua sebab belum kahwin lagi<-- eh eh sama lah kita.. ekeke

p/s:- aku muda lagik okek! :P

Masy said...

lindosh,
tau takpe hohoho

p/s: ala stakat mude setahun dr aku toksah le kerek :p

Titicaca said...

insyaAllah satu hari nanti Allah akan bukakan hati Masy untuk 'seseorang' yg telah ditentukan...

Masy said...

titicaca,
yaa.. insyaallah.. sementara tu kita redah jelah hidup ni dgn yakin wpon cam takot² sket :)

nina~syazna said...

sabau laa dik...
masanya akan tiba jua..Insya-Allah

Masy said...

kak nina,
heheheh marilah kita bertabah bersama²~

kamaruladli said...

mcm lagu candy
"Akan kutunggu
Detik tiba saat itu"
wohaa!

Masy said...

kamaruladli (wah makin panjang lak nama??),
hehehe lebih kurang gitu arr ;)

sup kambeng.. nyum.. nyumm said...

hidup satu perjudian... perjuangan jua satu perjudian... apa saja yang kita buat merupakan satu perjudian... sebab kita tidak akan tahu kesan dari tindak tanduk kita... namun (cheewaaah)janganlah kita lupa, setiap tindak tanduk.. setiap langkah yg diatur, iringilah dgn doa dan bertawakal lah

faisal said...

slm kakku, panjangnye entry serius akk nih..kak, semua tu kerjaNya..Dia lebih mengetahui apa yang kita tak tahu,perancanganNya jauh lebih baik dari perancangan kita..percayalah, Allah takkan belaku zalim ngan kita..:)

zalisa maz said...

Buka lembaran baru. Buat apa susah2kan kepala? Betoi dak? Huhuhu

zino said...

salam kenal..

Kak Lady said...

Masy...andaikata hati telah membuat keputusan...biarlah yang lainnya menjadi urusan Allah...kita tak perlu takut untuk menghadapi hari2 mendatang...kerana kta perlu yakin...apa yang tersurat adalah yang terbaik untuk kita...Insyaallah...

Masy said...

sup kambeng,
ye betoi laa tu encik sup (ke encik kambeng? hahah)

salam adikku acai,
ermm akak pon pcaya, Allah takkan zalim dgn kita :) insyaallah ada tp lambat sket kot ;)

kak zal,
pon betoi gak! kene ler beli buku baru hihi~

salam kenal zino.. camat dtg!~

kak lady,
stakat ni hati sy blom wat keputusan apa².. klu ada pon masih belum muktamad. kita tunggu dan lihat jelah..
*takot salah wat keputusan* huhu~

cik embok said...

wahahhahaha...bahasa yg berada dlm kelas yang tersendiri, aku bagi markah 96% key..lagi 4% kena belajar lagi, menimba ilmu hingga smpai ke liang lahad kan~

pengisahan yg begitu ironi, dan hnya aku, kau dan mereka yg terlibat tahu secara langsung atau tak langsung...bahawa hanya Allah yang Maha Tahu bila minit2 dan detik waktu Dia mahu menguji hamba2Nya~

Semoga bertemu jodoh yang beriman, insyaallah~

Masy said...

cik embok,
96%? 4% tu salah grammar kot ek? hihi

betul.. hanya aku, kau dan mereka yg terlibat je yg tau..~

amin... ko pon!