Wednesday, September 26, 2007

212: Ini Adalah Pengumuman

Pengumuman pertama: lagi 16 hari nak raya. Aku seram ok.

Pengumuman kedua dan terutama sekali *ehem²*. Err.. tunjuk gambar dulu lah...


ini tahun lepas.. tp yg lelaki²nya tak tercapture dek kamera ND. oh.. thanks ND (pinjam gambar hehe)


So.. atas permintaan peminat-peminat, maka sekali lagi aku diarahkan supaya menganjurkan lagi sesi berbuka puasa secara berjemaah tahun ni bagi menambah pahala masing-masing (sebab berjemaah, bukan sebab ade orang belanje okeh).

Berdasarkan keputusan - hasil daripada perbincangan tertutup, maka tempat dan tarikh bagi projek fast-breaking kali ni adalah seperti berikut:

date : 4 Oktober 2007 bersamaan 22 Ramadhan 1428H
venue : Fudkot KLCC
time : 6 pm

Semua yang sudi dan mahu beramas mesra bersama kami (errr sape kami tu? kami yang kompem hadir laa), dialu-alukan dengan muka serius tetapi ceria. Tak kiralah sama ada korang blogger ataupun tidak, penyertaan anda semua aku hadiahkan dengan senyuman yang manis giler tanda terharu dan caring. Projek kali ini juga dijangka sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai duit terlebih (bonus dah dapat koooot?) serta ingin melakukan aktiviti shopping terakhir memandang minggu depannya dah nak raya.

Sebarang komen dan cadangan, sila tuliskan kat kotak komen yang telah disediakan oleh pihak blogger.com di bawah entry ini, manakala yang nak berbincang dari hati ke hati - tak nak dedahkan komen pada tontonan umum, bolehlah mengontact aku selaku kepala ruan untuk ini cerita di --> masyita4180@yahoo.com.

Oh ye.... aku sangat mengalu-alukan member² dari KL yang sudi tolong bookingkan tempat (ala.. datang awal sket dari kitorang untuk cop tempat je). Kalau ade sape-sape nak bagi plan B, dipersilakan. Orang yang nak sponsor / belanja makan LAGILAH dijemput dengan karpet merah heheh.

Apa lagi, bersuaralah sekarang!~

edited~

berikut adalah senarai kehadiran sehingga pukul 2.29 petang, hari Jumaat 28/09/07

>> aku of coz
>> ND
>> Anne
>> Acai
>> Kurzz
>> Sham
>> Anul
>> Chot
>> MiLd (ye kee ni..??tak kire datang jugek! :p)
>> Kak Mya
>> Azkam
>> Azerlma
>> Cik Embok

lain???

Tuesday, September 25, 2007

211: Kekontangan Rasa dan Idea

Suasana sunyi dan sepi
Bagai mengerti perasaanku
Yang kerinduan kerana ku berjauhan
Dengan dia yang aku sayangi

Rinduku ini tidak terkata
Walau dibanding seluas lautan
Perasaanku bagaikan di awangan
Berterbangan mencari kasihmu

Hujan oh hujan
Menyirami taman
Taman yang di dalam kekeringan
Begitu jua cintaku padamu
Hadirmu pengubat rinduku
Kan ku setia menanti
Demi cinta ini

(Febians - Demi Cinta Ini)


Guwa takde idea mo apdet ini blog. Aku suka ini lagu walaupun takde kena mengena dengan realiti aku sekarang. Mood aku tak statik le. Ape nak apdet? Ape nak cite?

Sungguh boring dan dull rasanya. Sejak melancarkan protes terhadap nasi (hehe), tetibe je aku jadi tak selera tengok nasi. Semalam tahap terkutuk, nak makan mende lain pun aku takde selera. Macam boring tengok sume. Teruklah aku ni, seharus ditembak dengan senapang gajah (ni tiru dialog cite P Ramlee ye, jangan tembak aku weh).



Layan jelah video ni ek. Tak tau nak cakap ape lagi dah.

Friday, September 21, 2007

210: Nagasari

Perhatian. Nagasari bukanlah sejenis haiwan mitos berbangsa India yang memakai pakaian kebangsaannya okey?

Kelmarin bondaku menelefon, saje-saje *sebenarnya ade cite tu, tapi biar jelah ek*.

Makan ape tu?
Makan kuih..

Kuih ape?

Nagasari! Hehehe..

Nagasari? Ko ni memang tak abis-abis dari dulu ek? Hihi

Heeeee...~


Nagasari. Nama kuih. Satu antara ribuan (ke ratusan?) makanan kegemaran aku. Dari awal Ramadhan, aku tercari-cari juga kalau ada terjual kat mana-mana. Tapi fizikal kuih tu memang tak boleh diagak dengan sekali pandang je. Kene rajin tanya - kang tersalah beli, terbeli lepat pisang plak hehe. Dan kebetulan kelmarin aku terdengar budak yang jual kuih tu menyebut 'nagasari' - menjawab pertanyaan sorang makcik (Anne, ini bukan makcik yang mencabul kehormatanku itu tau).


puas cari kat tenet, jumpe gambar kecit ni je :p


Sepuluh tahun lepas, senang cerita masa aku nak mengadap SPM. Minggu peperiksaan dah dekat, mak bertanya pada aku kot-kot aku nak request makan ape-ape. Tapi aku tak teringin plak nak makan ape-ape. Lagipun dalam minggu peperiksaan, selera makan aku jatuh merudum. Memang takde selera nak makan ape pun. Nebeskah aku? Entah. Tapi keadaan aku masa tu memaksa kawan-kawan aku bertindak sebagai baby sitter - suapkan aku makan okeh. Itu pun aku tak makan banyak (tapi kalau dah dua tiga orang kawan-kawan aku bergilir menyuap, rasanya banyak kot?). Mekasih laa Kapai dan Kurita, susah-susah je hihi.

Satu hari yang hening, tiba-tiba teringat kuih nagasari. Sedapnya kalau mak yang buat. So.. aku pun terus telefon mak. Untuk pertama kali dalam hidup aku (sejak sekolah menengah), aku buat permintaan macam ni. Di hujung talian, aku terdengar suara mak macam happy je, terharu kot sebab akhirnya aku nak jugak mintak (ye ke?). Esoknya, mak dan abah tiba di asrama, ambik ko.. 10 keping mak aku buatkan. Bukan ikut standard kedai ye.. yang kat kedai kecik sket daripada hasil tangan mak aku :) Aku lahap sekeping depan mak dan abah. Mak senyum je.

Sedap?

Mestilah sedap

Ada ape-ape lagi ke nak mintak? Mak boleh buatkan

Takpelah mak... nak ni je. Mekasih ek mak..

Senyum.

Aih... tetibe rasa terharu lak. Rasanya aku dah berjanji dengan mak, nak buatkan dia makaroni goreng - tak tertunai lagi sejak tahun lepas. Teruk betul laaa aku ni :( Insyaallah, sebelum gerak ke Melaka minggu depan, aku masakkan benda tu untuk dia.

Eh, lupa pulak. Lagi 21 hari lagi nak raya!!

Wednesday, September 19, 2007

209: Uncle Slocum, saya tak suka tarikh hari ni :(

uncle senyum gitu pun tak kelakarlah..


Harini 19 September kan Uncle Slocum? Kenapalah di bulan yang mulia ni saya dok tingat lagi tarikh ni Uncle?? Benci laaa gini.. tapi nak benci kat sape?

Walau apapun, Happy 3rd Anniversary untuk dia.

*****

Orang selalu dok cite pasal karma (bukan kurma ye). Kak Ungku dah cop jadi tagline blog dia, Kamaruladli pun penah cite pasal karma jugak. Kenapa aku nak borak pasal mende ni?

Selalu orang kat Sungai Udang - tempat lahirnya pompuan chantek (ahahah) berkata : what goes around, comes around. Atau dalam bahasa kebangsaan, buat baik dibalas baik (lebih kuranglah macam tu). Jadi kita akan selalu ingatkan diri, jangan buat jahat, nanti benda tu akan berpatah balik pada kita. Betul?

Tapi pernah tak korang terfikir, kemungkinan kita menjadi jahat kepada seseorang itu adalah kerana karma dia. Contohnya.. aku curik barang kau, dan kau kata satu hari nanti barang aku pulak akan dicuri. Tapi kau ade terfikir, mungkin aku 'ditakdirkan' untuk mencuri barang kau sebab kau pernah mencuri barang orang lain?

Eh, aku tak pernah mencuri tau!

Bukanlah pulak aku nak membela orang-orang yang jahat, apatah lagi bersekongkol maupun bersetongkol dengan dorang, it just sumthing yang aku terfikir. Setiap orang dalam dunia ni ade peranannya, dan ada sebab sesuatu kejadian tu berlaku.

Korang rasa camne?

Monday, September 17, 2007

208: Entry Manah Gamal

Lagi 25 hari nak raya weh!~

Dah 5 ari pose, masuk arinie dah 6 ari ek? edited: ni ari ke5, tq emy :) Sekejap je rasanya. Heheh. Dalam 5 ari pose ni, aku tak sentuh langsung nasik (kecuali semalam sebab basuh piyok - budak umah aku ler makan nasik). Ntahlah belum ade keinginan yang kental nak makan nasik, di samping berusaha nak kurangkan berat lemak. Alkisahnya, sebelum puase aritu aku gi buat slimming treatment kat Bukit Raja. Amoi tu kata lemak dalam badan aku ni terlebih 8% dari yang sepatutnya. Kata-kata 'nista' yang lain tu tak payahlah aku cite kat sini, wat malu Kompeni G je huhu.

So.. sekarang ni (akan datang tak tau lagilah ek), aku sahur dengan milo + oat aje, dan berbuka setakat kuih dan sejenis makanan pedas, apa-apa je tapi bukan nasik. Makanan paling 'berat' aku makan dalam masa 5 hari ni ialah mee goreng yang dimakan secara berpada-pada. Setengah aku makan masa berbuka, yang lain aku hentam masa sahur :D jimat jimat. Last week aku pegi wat program Jejak Murtabak kat Stadium Shah Alam. Murtabak kambeng kegemaranku menyuruk lak! Tapi akhirnya jumpa dan berjaya ku bawa pulang setelah setengah jam beratur! Takpelah, yang penting dendam terbalas ;)

Teringin nak makan buah-buahan huhu. Malam tadi teringin nak minum oren, tapi malas nak kuar pulak huhu.

takde betik laa plak dlm ini gambar :(

Thursday, September 13, 2007

207: Entry 1st Day Puasa

campor-campor

Lagi 29 hari lagi nak raya :)

Aku harap aku boleh solat terawih tanpa terkantoi dengan sengaja, insyaallah. Moga kerja-kerja aku tidak menjadi aral yang melintang pukang dalam jadual masjid aku kali ni. Moga-moga aku rajin, rugi kalau tak pegi Masy! Setahuuuun hanya sekaliiii meraikan bulan yang mulia iniiiiii~

Baru-baru ni my ex bercakap sesuatu yang akhirnya membuatkan aku terfikir - sama ada dia betul-betul tak tahu, atau sengaja buat-buat tak tahu, atau dia sememangnya tak pernah mengiktiraf aku dulu. Ah. Salam ramadhan juga untuk dia dari aku - tapi tak terucap jugak mende ni. Biarlah. Tak penting.

Sabtu lepas, entah macamana budak umah aku tuned channel TV2. Hah ade Zoom In Bersama Zamani dan Slam. Tetibe aku tersenyum, dan cepat aku mendail nomo tipon umah.

hello.. mak! tido ke?
taklah, tengah tengok tv - eleh.. macamlah aku tak tau, kompem tv tu tengah tengok dia :D
cuba mak bukak tv2
nape?

bukak jelah..

haa dah, nape?

takde ape, tu jelah hehehe

hawau
- aku leh bayang mak tengah senyum
heeee...
eh.. ni budak yang ko minat tu kan?
eh ape plak orang, mak yang minat kan? cakap orang plak

ala minat lagu je, hah lagu ni lah
- eleh kaber konon
haa tengoklah ye, nak cakap tu je hihihi

Dalam entry sebelum-sebelum ni, aku penah cite pasal mak aku minat Zamani ni. Tu jelah. Takde idealah, puase le katakan.

Mau berbuka ape karang?


Tuesday, September 11, 2007

206: Mengigau


Ada sapa-sapa dalam dunia ni tak penah mengigau? Hah nak tipu la tu! Dosa weh.. mengakulah, walaupun korang pun tak tahu sebenarnya korang penah mengigau ke tidak. Dan berdasarkan pengalaman aku sendiri, mengigau ni ade dua kategori – pertama; yang memang korang tak sedar langsung dan yang kedua; separa sedar. Maknanya korang sedar dan tahu apa yang korang alami, cumanya tak mampu nak bezakan sama ada benda tu mimpi atau realiti.

Macam aku sendiri, dua-dua jenis mengigau aku dah rasa. Pernah sekali aku nyaris je nak keluar dorm (masa tu Form 1), sebab teringat nak telefon mak aku. Sibbaik sorang senior yang sebilik dengan aku ni pasan dan sempat halang aku, kalau tak entah kemana ajelah aku merayap malam-malam buta tu. Tapi yang ni aku separa sedar, aku sedar aku dah bukak selak pintu tapi aku macam takleh pertimbangkan rasional ke tak masa aku nak kuar tu. Memalukan betol! Satu kisah ni pulak lagi haru, dalam aku mengigau, aku dah pijak kepala bapak aku. Hahaha rasa berdosa laa pulak tergelak ni. Tapi memang best laa bapak aku perli kaw-kaw esok pagi – “hah ni laaa dia, belum pape lagi dah pijak kepala abah, derhaka sunggoh”. Aisey abah.. serius tak sedar hehehe.

Tengok orang mengigau lagi best. Satu kisah ni masa aku kat asrama jugak. Junior ni dok sebelah katil aku. Awallah pulak mengigaunya, baru nak masuk pukul 12 malam. Masa tu aku pun tengah siap-siap nak tido, tetibe aku nampak tangan dia terawang-awang. Memula cuak laa jugak, sebab kekadang orang kalau nak kene histeria camtulah romannya. Tapi lelama tu aku dengar dia dok cakap pasal ikan. Aku pun cuit member aku, layan dengar apa dia cakap.

Ni pehal cite pasal ikan ni – aku kata.
Aaaa nak makan ikan. – kata budak yang mengigau.
Nak makan ikan ape? Ikan goreng nak? – aku lagi.
Aaa bole jugek – kata budak tu pulak.
Ikan cencaru nak?Ke ade nak request lain? – aku dah mula nak berdekah ni.
Aaaa... mana-manalah... Zzzzzz.....

Dia sambung tido plak! Aku dengan geng ni tak tahan nak terbelahak terus lari keluar dorm. Gelak tahap dragonball punyer. Esoknya aku interview si pengigau (ade ke perkataan ni?) tersebut, kompem dia memang tak ingat apa.

Pada pendapat akulah, apa yang kita igaukan itu selalunya berkait rapat dengan kerisauan kita. Sesuatu yang kita pendam, sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Dan kalau nasib malang, sampai mengigau. Dan lagi malang lagi, kalau orang nampak kita mengigau. Hehehe. So jangan lupa, sebelum tido baca doa banyak-banyak sket. Kalau mengigau jugek, ermm... layan jelah :D

Salam Ramadhan untuk semua.


# best tengok orang menyanyi masa mengigau huahahaha

Thursday, September 06, 2007

205: Sesuatu Di Dalam Diriku~



Sebelum kau kira bintang di langit

Cubalah kau kira pasir di bumi

Sebelum kau teka siapa diriku

Bacalah dirimu lebih dulu


Sandiwara hidup

Bukan kepalang

Tersalah tafsir kau menyimpang

Halus rambut halus

Titian ini


Sebelum kau selam lautan dalam

Cubalah kau selam kedalam diri

Sebelum kau teka rahsia hatiku

Bacalah hatimu terdahulu


Sandiwara hidup

Bukan kepalang

Tersalah tafsir kau menyimpang

Halus rambut halus

Jalan yang lurus


Awal cinta, akhir pun cinta

Kita cari cinta

Awal cinta, akhir pun cinta

Biarlah jumpa cinta

Awal indah, akhir pun indah

Cinta milik kita

Awal indah, akhir pun indah

Bila kau jumpa cinta

Exists - Cinta Memang Indah


Adeh penat. Adekah tulisan ini hijau? Aku coba untuk menjadikan ia normal namun degil seperti beruk mat yeh laksananya. Maaf Mat Yeh kerana mengutuk berukmu. Jadi aku biarkan aje. Tiada daya dan kudrat mau memujuk font yang mahakarya (bak kata Kak Ungku) degilnya.

Malam semalam, Ahmad Wildan telah selamat berlepas ke Dublin, Ireland. Perasaan semasa berada di kelompok orang-orang yang nak terbang menyambung study, membuatkan jiwaku caca marba. Sedapnya bubur caca. Ada satu dua tiga rasa yang sukar untuk aku terjemahkan ke dalam kata-kata sepanjang aku kat sana. Sesekali termenung, rasa teruja, terharu dan entah apa-apa lagi. Sampai tak boleh nak lelap mata bila dah baring di atas tilam yang tak berapa nak empuk tuh. *sigh*

Kalaulah aku ada kekuatan. Sekuat itu. Atau lebih lagi. Dan lebih lagi. Dan lagi dan lagi dan lagi *macam iklan bateri lak*


Benci.
Cemburu.
Tak patut.
Jangan.
Biar.
Serius.
Suka.
Tak mau.
Ingat.
Lupa.


Gila.

Tuesday, September 04, 2007

204: Ada Apa² Tak Puas Hati?


Satu.

Ramai orang kutuk woman driver. Ya.. kadang-kadang aku pun kutuk jugak hehe. Macam yang aku selalu alami, biasanya yang bawak lambat, atau terlalu laju, atau ape-ape yang tak best, kebanyakannya pemandu perempuan.

Tapi ada beberapa perangai ni, selalunya pemandu lelaki yang conquer. Apa ye?

Tak reti guna signal. Seriously, aku rasa dorang ni macam terlupa kot yang kete memasing ada signal (tapi hon tu pandai lak dia guna). Nak masuk simpang, nak cilok last menet - pape jelah keadaan yang patutnya dorang guna signal, kompem! kompem dorang 'terlupa' nak guna signal. Apsal, kalau guna signal boleh naikkan tarif elektrik kat rumah ke?

Pemandu lelaki sekarang pon ramai yang bawak cam siput. Laa.. tak caya ke? Kalau perempuan bawak lambat, aku rasa aku boleh paham kot, tapi lelaki bawak lambat... ermmm. Agaknya baru lepas putus chenta ek? So bawak slow² sambil layan lagu Sembilu Kasih?

Kalau pompuan potong, tetibe je laju plak! Aaa.. ni spesis darah satria laa kot. Memula tu kalau race dengan siput, siput boleh menang, tapi bila nampak pompuan potong je, baru le pasan yang senornya kete memasing ade gear 5. Tah pape tah :p


Tak reti nak menyabau. Aaa.. katakanlah ade minah ni bawak kete kat depan dia dan lambat nak keluar simpang sebab jalan memang tak clear, dia boleh himpit macam nak terciom pungkoq kete memasing. Hah tu kang kalau terlanggau, nak marah orang depan ke? Takde akal punye orang (baru je aku tengok scene ni pagi tadi).


Cite lain.


Ni bukanlah nak provok sape-sape. If any Indonesian read this, I'm sorry okeh. Aku cuma menulis apa yang aku rasa aje. Tak tentu lagi semua orang setuju dengan aku.


Sekarang, Indonesian buat hal lagi. Korang yang tengok berita, baca sokkabau kompem tau. Aku kekadang tak pahamlah, kenapa bila dorang marah, mesti nak bakar Jalur Gemilang kita? Kuang ajau tau tak! Baling telur kat Kedutaan Malaysia bla bla sebab polis Malaysia pukul pengadil karate dorang. Pernah tak dorang yang buat ni semua pikir, berapa ramai rakyat Malaysia yang kena bunuh, pukau, rompak, rogol dengan orang-orang negara dorang tu? Ada ke kita serang Kedutaan Indonesia, bakar bendera dorang? Nak halau rakyat Malaysia keluar dari Indonesia, kalau kita yang halau rakyat Indonesia keluar dari Malaysia macamana plak?


Terlalu pemaaf kita ni kan. Atau sememangnya kita malas nak cari gaduh. Kata pun serumpun. Dahlah. Yang buat hal pun segelintir aje, yang membakar² ni yang lebih. Sorry guys. Marilah bermaaf-maafan sempena nak menyambut Ramadhan yang mulia ni. Merdekakan minda anda please dong ah~


Cite lain.


Komputer aku rosak lagi. Marah betoi!
Ada apa² lagi yang tak puas ati?