Wednesday, October 24, 2007

218: Entry Sopan Seorang Saya II


Hari raya kedua, seperti biasa rutin kami sekeluarga - keluar beraya ke rumah saudara-mara mana yang sempat. Dan apabila konvoi kami melalui kawasan Bukit Rambai, tiba-tiba fikiran saya melayang menerjah memori lama yang pernah saya rasai dengan seseorang yang berasal dari situ.

Namanya Sham. Saya senang memanggilnya abang, kerana perbezaan umur setahun antara kami. Abang Sham menghulurkan salam perkenalan semasa saya berusia 14 tahun. Sangat 'budak' saya rasakan untuk saya menerimanya. Entah agaknya sedap sangat suara budak perempuan 14 tahun masa itu, dia teruja untuk mengenali. Setelah 'diracun' oleh Kak Aisyah - kakak angkat Abang Sham - akhirnya saya tunaikan saja permintaannya.

Dia anak bongsu, sama seperti saya. Mungkin atas sebab itu, saya berasa sangat serasi bersama dia. Bagi saya, dia adalah abang saya yang keenam :) Tempat saya sandarkan kelelahan, orang yang saya cari saat suka dan duka, tempat mengadu segala-galanya. Dan mungkin juga atas kehijauan saya, saya terlepas pandang satu perkara tentang dia - bahawa abang yang ini rupanya ada memendam sesuatu yang terindah untuk saya.

Sepanjang perkenalan, tidak pernah sekali kami bertentang mata. Hanya surat dan telefon sahaja yang mengukuhkan persahabatan ini. Saya mengenali dia melalui gambar dan suara. Bukan dia tidak pernah mengajak, tetapi acapkali keinginannya untuk bertemu akan saya hampakan. Saya yang dulu bukan seperti saya yang sekarang. Saya yang dulu amat sedar tentang situasi saya sebagai pelajar yang masih muda, yang masih sepenuhnya berada dalam jagaan ibu bapa. Saya bimbang andai saya terleka dan tersilap langkah, saya akan tergelincir dan menyesal. Makanya terus-terusan kami berkawan tanpa bertemu sehingga saya berjaya melanjutkan pelajaran ke UiTM, sementara dia yang sekadar lulus SPM bertekad untuk keluar bekerja dan enggan menyambung pelajarannya.

Masih saya ingat, sewaktu dia mendapat gaji pertama, bersungguh benar dia mengajak saya keluar. Abang nak Ita rasa duit abang, katanya. Dan seperti biasa saya menghampakan dia - macam tahun-tahun sebelumnya.

Semasa saya di UiTM, kami jarang berhubung. Kebetulan dia memutuskan untuk bekerja di Kuala Lumpur sementara saya pula sibuk dengan kehidupan sebagai mahasiswi. Namun begitu, sesekali apabila saya rindukan dia, tetap nombor telefon rumahnya saya dail dengan harapan dia pulang ke kampung ketika itu. Untung nasib, dapatlah kami berbual dan bertukar-tukar cerita.

Setelah setahun dia di Kuala Lumpur meredah pahitnya merantau, akhirnya dia mengalah dan nekad pulang semula ke Melaka. Silaturrahim yang hampir luput pun dapat kami mekarkan kembali. Dan dia kembali menjadi Abang Sham - abang yang tidak pernah menggagalkan diri untuk hadir dalam hidup saya terutamanya ketika saya menghadapi saat-saat sukar.

Awal tahun 2000. Sehari sebelum menyambut Hari Raya, saya menghubungi dia seperti selalu. Lewat bicara kami malam itu, saya mengesan sesuatu yang pelik dalam tutur katanya.

Abang ok ke?
Nape?
Lenmacam je orang dengar
... Ok je..
Abang.. bebetul lah.. ada pape ke?
Diam.
Ellooooo...
Ye.. abang ada lagi.. Ita..
Ye?
Abang ada menda nak cite kat awak.. tapi abang tak nak rosakkan mood raya awak. Ermmm... malam esok awak call, bole?
Nape? Cite jelah malam ni
Tak nak.. abang taknak ganggu perasaan awak. Awak call esok ye? Janji?
Tapi..
Janji?

Dan saya terdiam, mula berfikir yang bukan-bukan...


bersambung... (hohoho asik orang len je wat bersambung, meh aku pulak buat!)

16 comments:

chot said...

cis terkena lagi aku...ko punya sambung makan 3-4 hari plak tu...

Ungku Nor said...

ooo..drama bersiri ropenye.

*giler poyo ayat dalam drama ni*

tehehehehe ;p

kakLuna said...

ewah ewah...

Noushy Syah said...

Kak Masy, bole masuk slot drama minggu ini tak?hehehhe..

Masy said...

chot,
hohohoho aku suke aku suke

kak ungku,
sekuel ni.. mestilah poyo sket, ala-ala Sembilu Kasih :p

kak luna,
eh ah eh ah ah eh

noushy,
drama minggu ni dah tukar kepada slot Samarinda, bole masuk ke cite ni dlm slot tu hihi

flush said...

malam esoknya..

abg terpaksa melupakan diri masy utk seketika, sbb abg akan ke bulan utk berhari raya disana.. wpun abg tak dpt pegi ISS, ke bulan pun jadi la..

abg harap diri masy dpt menerima situasi abg ini seadanya..

srob srobb..

Ungku Nor said...

..selepas talian talipon diputuskan..

Gadis cilik yang poyo itupun menangis mendudu-dudu di bawah pohon kedondong di hadapan rumahnya, sambil mengunyah lumat buah kedondong yang baru hendak menjadi putik.
*tak sempat masak kawan tu ngkaauu!!*

Hatinya merasa sebal.
"Sampai hati abang tinggalkan Ita!!!
Ita sumpah eksperimen abang kat bulan tu tak menjadi la gamaknya!!!"

Pada waktu yang sama, salah satu dari eksperimen itu terlepas dari pegangan abang lalu jatuh terhempas di bulan. Hancur berkecai..

Tu ler..kan dah kena sumpah ;p

faisal said...

alaa, akku nih, nak kena betoi ar, siap bersambung cite tu,huhu...best baca cite ngan abg nih,hihii..:)

Masy said...

flush,
bulan dgn ISS, mane lg jauh?

kak ungku,
takde maknenyee :p

acai,
ala.. biasalah drama melayu huahahahaha

achik said...

jeng jeng jeng..


err bila episod seterusnya nak disambung nih??? x larat den nak tunggu lama2.. ;p

azriey said...

Jeng....jeng....jeng....adakah dia akan dikecewakan atau sebaliknya? pelbagai pertanyaan timbul...nantikan kisah seterusnya.
bila nak sambung cerpen masy nie??

arianna adrizal said...

raye baru ni ke? asal sy tatau pun... *sambil lilit rambut kat jari. err rambut da pendek so pinjam rambut kak masy laa.. hehe

shakirah said...

Salam syawal.. n Salam kenal. First time masuk pun , sy dh add to favourite tau your blog nih, coz nk tau cite tuh..Nnt, mention la kat blog sy klu dh ade smbungan.. Eh, nak kedondong leh x? hehehe..Teringin lee

Masy said...

achik,
akan sedaya upaya sambung esok.. tp tgklah camne ;)

azriey,
kite tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu~

anne,
tang tingat tu thn ni, tp kejadian sbnrnya dah lama dah..
*gigit tgn anne smpi putus*

salam shakirah,
thanks ye dtg sini :) akan diberitahu bile dah apdet. aaaa nk kedondong kene dtg melaka lee :)

Azzam Supardi said...

Ko ada boifren jugak ek? Aku ingat tak de ha ha ha!

Masy said...

azzam supardi,
err...