Friday, October 26, 2007

219: Entry Sopan Seorang Saya III


Saya tetap saya, yang tak mampu menunggu walaupun hanya sehari. Saya desak dia, tegar sungguh dia enggan juga membuka cerita. Akhirnya saya meneka sendiri.

Abang nak kawen ek? Ke nak bertunang?
Err...

Ke DAH bertunang?

Kalau abang kata ya, macamana?

Ermm.. zaman skang ni, biasalah bertunang cepat. Tapi kawen.. jap nak pikir *diam kejap* Errmm... biasa jugak kot? Eh betul ke?

Abang kata 'kalau'...

Tapi macam betul je?


Setelah didesak sampai sesak (hehe), dia mengaku yang dia bakal melangsungkan perkahwinan. Rupanya sudah bertunang berbulan-bulan di luar pengetahuan saya. Entah kenapa saya rasa terguris, betapa sampainya hati dia membelakangkan saya dalam hal sebesar ini sedangkan saya tidak pernah menyorokkan hal-hal kecil kepadanya. Namun saya sedar, hubungan kami hanya sekadar ini sahaja. Abang Sham mengadu akan ketidaksediaannya mendirikan rumahtangga. Umur yang muda (21 tahun), kerja yang tidak menentu dan sebagainya. Saya seperti biasa, memberi pendapat dan idea, untuk meleraikan kekusutan. Setiap masalah insyaallah ada jalan penyelesaiannya. Hampir sejam berlalu, saya masih berasa tidak puas hati, sekali lagi saya bertanya.

Betul ke nak kawen ni?
Kenapa?

Ntah, macam tak caye je....?
...

Oooo bang! Betul ke tak ni? Abang memain ek?

Ermm... ha'ah.. saje je nak tengok reaksi awak macamana..

Ish! Terkena! Rasa lega menyelinap dalam diri. Dan saya berfikir, adakah saya mencintai dia? Tidak. Saya sayangkan dia sebagai abang saya. Mungkin kerana abang-abang saya telah berkahwin, saya rasa kehilangan mereka di tangan kakak-kakak ipar saya sendiri. Lalu untuk menghadapi kehilangan seorang lagi abang dalam masa itu, rasanya saya belum ada kesanggupan.

Habis cuti, saya pulang semula ke Shah Alam. Menjalani kembali kehidupan pelajar yang sibuk dan memenatkan. Menghadapi projek studio yang membuatkan saya rasa mahu membunuh - sesiapa sahaja tapi bukan saya. Berminggu-minggu seperti zombie lagaknya saya ketika itu.

Satu malam selepas saya selesai makan malam, saya menerima panggilan telefon daripada Abang Sham. Gembiranya saya mendengar suaranya, dan kesempatan itu saya gunakan untuk mengadu tentang keadaan saya. Penat, tak cukup tidur, dan malam ini adalah kali pertama saya menjamah nasi setelah berminggu-minggu tidak menjejakkan kaki ke dewan makan kolej. Dia dengan tenang mendengar keluhan saya, dan bertubi-tubi menasihati saya agar menjaga kesihatan. Awak tu dah laa senang sakit, degil tak nak jumpe doktor, buat abang risau je. Sememangnya dia memahami saya..

Perbualan berlanjutan melebihi setengah jam, dan akhirnya dia membuka kata yang sebenar. Hal perkahwinan yang diceritakan dulu, sebenarnya memang akan berlaku. Dia menafikan di penghujung perbualan kami ketika itu kerana dia tidak sampai hati mengecewakan saya. Tidak sanggup melukai perasaan saya, katanya. Dan selama ini, hal pertunangannya itu dirahsiakan atas dasar takut kehilangan. Dia bimbang saya akan pergi, seperti kenalan-kenalan perempuannya yang lain. Saya terkesima, celaru perasaan rasanya. Dan kemudian dia menambah, membuatkan saya terkedu.

Sebenarnya memang ya, abang sukakan awak. Dari dulu, dari sebelum abang tengok gambar awak lagi. Masa kita sama-sama sekolah, abang rasa mungkin abang boleh dapat awak. Tapi bila awak dapat ke universiti, abang rasa abang tak layak langsung untuk awak. Sebab tu abang jarang cari awak lepas awak pindah ke Shah Alam, tapi awak tetap sama macam dulu, tetap cari abang. Abang bersyukur awak tak berubah, tapi abang malu, sebab kita dah tak setaraf. Abang bukan setaraf dengan awak..

Tuhan.. libang libu hati saya. Berkecamuk. Tidak pernah saya sangka dia akan berfikir begitu. Perasaannya, pandangannya terhadap saya, sama sekali tidak saya duga. Yang mengejutkan, kenyataannya tentang taraf, ah.... pentingkah itu semua untuk terus berkawan? Mungkin bagi saya, itu hal remeh, tapi rupanya tidak bagi dia. Saya jelaskan pendirian saya pula kepadanya, bahawa saya tidak pernah menganggap dia manusia yang tidak setaraf dengan saya, tidak sekali-kali.

Awak datang ye? Datang kenduri abang..
Bila?
20 Februari.. hari Ahad..
*mengira* Eh.. tak lama lagi dah.. minggu depan je
Ha'ah.. datang tau, abang nak awak datang jugak..
Errmm.. sebenarnya orang tak pastilah abang ni bebetul ke memain. So.. camnilah, kalau abang nak orang datang, abang poskan kad jemputan, bole?
Boleh! Tapi kena janji, dah dapat kad jemputan MESTI datang!
Ok~
Alamat?

Setelah talian diputuskan, saya terus menyambung kerja-kerja saya yang terbengkalai, sambil fikiran menerawang mengenang kembali perbualan tadi. Saya sendiri tidak pasti, adakah saya berperasaan begini kerana enggan menerima hakikat, atau saya berharap hakikat itu tidak benar? Wallahualam.

Hari Jumaat. 18 Februari. Petang, selepas saya habis kelas. Masuk ke bilik, dan ternampak sekeping kad di atas meja studi. Siapa pula yang masih mahu menghantar kad ucap selamat hari lahir pada saya? Sudah sebulan berlalu, rasanya tidak relevan lagi untuk saya terima kad ini. Terus saya keluarkan kad dari sampulnya. Bukan kad ucap selamat, sebaliknya kad jemputan perkahwinan Abang Sham - seperti yang dia janjikan. Saya melabuhkan punggung di atas katil, dan membelek-belek kad tersebut. Berfikir sama ada saya benar-benar punya waktu untuk menghadiri kenduri itu. Sementelah projek studio yang akan dihantar minggu depan, sepatutnya saya tidak ke mana-mana. Dan rasa berat hati. Setelah berfikir, akhirnya saya mengambil keputusan untuk menghubungi bakal pengantin tersebut. Meminta maaf, kemungkinan besar saya tidak dapat menghadiri majlisnya. Terdengar dia menghela nafas panjang di hujung talian.

Awak ingat tak awak cakap apa dengan abang aritu?
Ingat...
Ulang balik
Kalau dapat kad, orang pergi
So, abang dah pos, awak dah dapat. Kenapa taknak datang?
Orang banyak kerja.. sibuk..
Ita, takkan tak boleh tinggalkan sehari je untuk abang? Tolonglah... jangan buat abang macam ni..
Errr...
Awak mesti datang! Mesti, faham?
Ala.. kalau tak datang pun, bukannya abang tak kawen ke.. kan?
Memang.... tapi abang nak awak datang! Dah, jangan banyak cakap. Nape, takde duit nak beli tiket bas? Nanti abang bagi duit, gi pinjam kat sape-sape dulu.
Err..
Dah dah, abang nak awak datang jugek, ok?
Ok..

Letak gagang, dan fikir lagi. Patutkah saya pergi?


bersambung lagi... (aku ade keje weh hihihi)

16 comments:

arianna adrizal said...

mmm.. rasanya kesudahan cerita ni sama mcm yg sy tau.

Anul said...

hmm..tau tak..aku ckup nyampah jenis org pk sendiri ni..maknanya yg rasa tak layak..tak seswai.."ini adalah utk kebaikan kita bersama"

bodo siuttt..cmne dia tau baik kalu tak tny kita kan..huhu

Orang Biasa said...

tak kesah di klgn lelaki @ ppuan, memang biasa wujud perasaan 'tak layak' dan 'tak setaraf' ni. Setiap orang berbeza, dan setiap orang ada egonya. Terpulang kpd kita mcm mana nak menanganinya.

Cinta boleh dipupuk, tapi cinta yang telah dipupuk susah untuk dilupakan. Awat hang tak approach dulu? ;p Tapi apepun, jgn dikesal, sbb mmg hang sendiri yang ckp, sham adalah ur bro..

Ungku Nor said...

"Ala.. kalau tak datang pun, bukannya abang tak kawen ke.. kan?"

"Memang..sebab perantin pompuannya ialah AWAK! Camne abang nak kawen kalo takde perantin pompuan?? Paham???!!!"

lalalalala ;p

debikdebuk said...

lain kali tanya la duluuu..arghhhh....sekarang ni kena direct je...jgn selindung2... geramnya aku!!!! sambung citer ni cepat!!!!


maybe itu bukan jodoh korang... (serius la pulak)

Masy said...

anne,
oo akak penah cite ek?

anul,
betul tu.. at least try dulu kan? mane le nk tau, penerimaan org lain-lain :D

orangbiasa,
aku mmg takkan approach sbb ati aku tak ke arah tu. aku mmg harap dia x bgtau tp x sangka plk dia kuarkan isu taraf tu isk isk~

kak ungku,
banyaaaak laaa... :D

debikdebuk,
sibbaik dia x tanye, klu tak aku pon x tau nk jawab ape hehe..

yelah kot bkn jodoh, tp aku pon tak mo berjodoh dgn dia :)

kurzz said...

ermmm...laa popcorn..blom habis lagi nih...dah sambung lagik..huhuh..=( bru dok kosentret tadik...directornya cepat2 ya sambunganya...hihihi

p/s:selalu camtu kn...adik or abg angkt mesti rase tu cm 'terangkat' lebih dri biase sket..biasela tuu..

chot said...

sambung lg? ko ni saja buat suspen la..ee geramnya aku nak tahu lebih lanjut ni..

Masy said...

kurzz,
takpe lenkali awk makan nasik, leh tambah lauk hehehe

ha'ah kan.. slalu jadi camtu.. angkat tinggi² smpi cucur atap :D

chot,
tpaksa le.. panjang cite ni.. kang x jadik keje aku ni, dok berlipur lara kat sini hihihi

flush said...

eeee.. ni nape suka buat kerja bertangguh2 ni.. hehhe'

mana dpt inspirasi buat cerita 'tak sekhufu' ni..

Masy said...

flush,
panjang le cite ni..

buat cite? ni kisah benar laa.. :)

zarena heeney said...

bila nak abis story nie..cam tak sabar jea nak tau ending dia

13may said...

perghhh!!!

kalau yusuf haslam baca...mesti dia bikin filem nih :D

lindosh said...

ye filem "SADIS"

sambugnan lagik?

Noushy Syah said...

Ni bole bagi slot drama minggu ini pada ABg Putra kak Masy!

Sure diterima punya...gerenti top!

p/s Bukankah kehidupan kita adalah bagaikan sebuah drama? Atau drama yg ikut kehidupan kita? hiksss..confused la kak masy!

Masy said...

zarena heeney,
aaa mebi ade lagi 2 episod heheh
mekasih dtg sini ye :)

13may,
abg may² mo pegang watak ape ek? hohoo

lindosh,
ade ade :D

noushy,
wooo boleh ke? ;)
rasanye hidup kita mmg dah tertulis ada pelbagai kisah, so.. hidup kitalah drama, yg ikut skrip ;)