Monday, October 29, 2007

220: Entry Sopan Seorang Saya IV


Dari saat meletak gagang telefon, hinggalah saya merebahkan diri di perbaringan malam itu, saya masih belum membuat sebarang keputusan sama ada saya mahu menghadiri majlis tersebut atau tidak. Teman-teman menyarankan agar saya pulang memandangkan kesungguhan Abang Sham yang begitu mahukan saya menghadirinya. Hati saya pula masih berbelah bagi. Satu bahagian memang meronta ingin pergi, sementelah kami tidak pernah bertemu walau sekali dalam masa 6 tahun ini. Manakala satu bahagian lagi terasa berat, culas mahu memenuhi permintaan dia. Mungkin saya masih belum bersedia untuk ini semua.

Keesokan paginya, saya membuat keputusan sebaik sahaja mata terbuka. Saya akan pulang. Mungkin ini peluang pertama dan terakhir untuk saya menemuinya. Dan perjalanan untuk pulang ke Melaka pada hari itu amat mencabar, hampir mematahkan semangat. Pagi yang hujan, tiket bas yang kehabisan, lalu saya mengambil tindakan drastik dengan menaiki komuter ke Seremban, kemudian menaiki bas hingga Alor Gajah, menukar bas lagi untuk ke Masjid Tanah dan akhirnya mencari bas ke Bandar Melaka yang akan melalui kawasan kediaman saya. Biasanya perjalanan menaiki bas dari Shah Alam ke Melaka hanya mengambil masa 2 jam, tetapi hari itu hampir seharian saya dalam perjalanan. Meletihkan, Tuhan sahaja yang tahu. Mak dan abah pun terkejut saat melihat saya muncul depan muka pintu. Hanya kad jemputan yang saya hulurkan pada mak menjawab persoalan mereka.

Malam itu, saya menelefon sahabat saya – Suria, untuk mengajak dia menemani saya esok. Kemudian, saya menelefon Abang Sham, untuk mengesahkan kedatangan saya. Terdengar nada gembira dalam kata-katanya, kepuasan kerana akhirnya saya membuat keputusan untuk tidak menghampakan permintaannya.

Terima kasih Ita.. sebab balik untuk abang..
Ala.. takde mende pun.. makan free, sape taknak.. saya cuba berlucu sedangkan saya sudah mula merasai kehilangan.
Awak datang awal ye esok? Abang nikah kat rumah je, ikut awaklah nak datang sebelum abang nikah ataupun nak datang masa bersanding. Tapi datang awal tau, abang nak awak stay lama sikit
Insyaallah.. pukul berapa abang nikah?
Errmm.. dalam pukul 10
Orang datang masa bersandinglah, awal giler pukul 10 tu!
Ikut awaklah, tapi datang awal tau
Insyaallah..

Sekali lagi saya diuji keesokannya. Tujuan saya mengajak Suria sebenarnya bukan setakat untuk menemani saya sahaja, tapi saya perlukan kereta untuk ke rumah pengantin memandangkan abah dan mak akan pergi ke kenduri kahwin yang lain. Entah pukul berapa mereka balik, saya bimbang akan terlewat. Malangnya kereta milik emak Suria telah dilarikan adiknya entah ke mana. Tak menentu saya dibuatnya, saya hanya punya waktu sehingga pukul 2 sahaja kerana tiket bas pulang ke Shah Alam adalah pukul 3. Hampir sahaja saya menangis, mengenangkan susah payah yang saya hadapi semalam akan berakhir dengan sia-sia. Syukurlah menjelang pukul 1, abah dan mak pulang.

Pada mulanya mak melarang saya pergi memandang waktu sudah suntuk, tetapi abah tiba-tiba ‘sporting’ pula. Dia dah siap pun, biar jelah dia pergi. Nah kunci, bawak elok-elok. Terus saya hidupkan enjin van (ya.. di rumah kami tiada kereta, hanya ada van), dan pecut ke rumah Suria. Berpandukan pelan di dalam kad jemputan, saya ke rumah Abang Sham.

Setelah memarkir van, kami berjalan terhendap-hendap di celah orang ramai. Entahkan betul entahkan tidak rumah ini, saya pun tidak pasti. Sampai di depan pintu rumah, saya menyapa seorang pakcik yang kebetulan berada di situ. Terus saya bertanya, dan dia mengesahkan inilah rumahnya. Pakcik tersebut memperkenalkan diri, rupanya dia adalah ayah Abang Sham. Saya menanyakan di mana pengantin, terus ayahnya meluruskan telunjuk ke khemah – mereka sedang makan beradap. Saya meminta diri ke khemah untuk makan.

Sedang saya mencedok nasi, Suria bertanya.
Syita, kau sedih tak?
Taklah
Ye keee...
Eh budak ni, gua luku kang. Dah laaa makan cepat!

Baru satu suap, saya dihampiri oleh ayah Abang Sham.

Nak, Sham panggil. Dia ajak awak makan dengan dia.
Hah?
Tu dia panggil.

Saya melontar pandangan ke khemah pengantin. Dari kejauhan Abang Sham melambai-lambaikan tangan. Saya sekadar membuat isyarat yang saya hanya mahu makan di sini.

Pergilah nak, dia panggil tu
Takpelah pakcik, saya dah start makan pun ni..
Pergilah, dia memang dah siapkan tempat untuk awak tu
Isy.. malulah saya, pakcik. Takpelah..
Laaa malu apa pulak.. dia siapkan tempat kat sebelah dia tu, awak boleh borak dengan dia nanti
Errr..

Dengan hormat saya tolak permintaan tersebut. Malu sungguh apabila hampir semua orang di bawah khemah pengantin memandang saya. Saya tetap di tempat saya sampai akhirnya. Jam menghampiri pukul 1.40 tengahari. Saya tidak boleh berlama-lama. Bersama rasa yang bercampur-campur, saya hampiri dia.

Abang..
Ita.. jumpa jugak kita akhirnya ye.

Saya telusuri wajahnya, kacak juga. Hampir serupa dengan wajah Badrul Muhayat. Dan dia juga merenung saya, tepat. Seperti katanya, akhirnya kami bertemu jua. Cuma tidak pernah saya duga, kami akan bertemu dalam situasi begini. Cuba berlagak biasa, tetap terasa juga kekoknya. Seribu satu perkara yang pernah ingin saya bualkan dengannya dulu larut begitu sahaja lewat pertemuan pertama ini. Saya cuba memaniskan mulut.

Maaflah bang, orang tak sempat beli hadiah. Orang keluar lambat tadi
Abang tak mintak pun hadiah awak, Ita. Awaklah hadiah abang, kedatangan awak ni hadiah paling besar untuk abang..
..........

Kemudian saya dikenalkan dengan isterinya, Kak Emi. Cantik orangnya. Syukurlah Abang Sham ditemukan dengan seseorang yang begitu mencintai dia, seseorang yang rela menamatkan waktu riang mudanya dengan perkahwinan.

Inilah Masyita, yang saya penah cerita kat awak tu..
Ooo.. hai.. terima kasih ye sudi datang. Sham selalu cerita pasal awak. Senyum.
Ye ke? Selamat pengantin baru ye kak
Terima kasih..

Dan saya minta diri untuk pulang. Abang Sham cuba mengalihkan perhatian saya dengan menghulurkan makanan pengantin dan bertanya macam-macam agar saya melupakan niat saya untuk pulang awal, tetapi terpaksa juga dia melepaskan saya pergi setelah saya menerangkan situasi saya petang itu. Ada riak terkilan di wajahnya, tapi apakan daya saya. Saya dan Suria melangkah meninggalkan majlis perkahwinan yang meriah itu. Dalam perjalanan pulang, saya hanya mendiamkan diri. Kemudian, Suria memecah kesunyian – sekali lagi bertanya tentang perasaan saya. Jawapan saya?

Memang aku sayangkan dia.
Terperanjat. Siannya kau... sabar ye Syita.. Mengurut-urut bahu saya.
Wehh.. sayang ler, bukan cinta tau.
Aku tau... tapi sabarlah jugak ye... Terus mengurut bahu saya.
Cis!. Malas nak layan!

Petang, saya pulang ke Shah Alam. Selamat pengantin baru, bang. Semoga Allah sentiasa merahmati perkahwinanmu, Insyaallah.


(korang nak aku abeskan kat sini ke nak aku sambung?kalau takmo sambung, aku tamatkan kat sini je)

23 comments:

Ungku Nor said...

hoh..Sembilu Kasih pun takleh celen cenggini punya jalan cerita.

weihh..dah sampai Seremban tu bakpe tak kontek, bior akak jer antorkan awak pi kenduri tu.

'makan pree..sape tanak ye tak?'

dapat kedondong lagik.
lalalala ;p

Masy said...

kak ungku,
tunggu dato' yusof haslam terjumpe ini cerita. bole laa wat telenovela venezuela samonela hehe

laaa masa tu mane le kenal akak lagi yappedaaa..

kedondong? masa tu lom ade kot hohoh

azriey said...

sambung la lagi cik masy......

Anul said...

uhh...lama tk baca novel cinta..hehe..sabar lah masy..yg pergi bakal berganti..

suara riang2 berbunyi bagai pinang dibelah dua menanti pungguk merindu bulan..wahahahaha!!!

achik said...

wah.. badrul muhayat.. seb baik daku kureng suka mamat itu.. ;p

Masy said...

azriey,
satu episod lagi je, pastu abes hehe

anul,
laa siap nk sabau2kan aku lak heheh. gua ok jelah :D

pelangi yang meronai jiwaku membuatkan hatiku turut berlagu riang tatkala anul mengambil keputusan utk mewarnakan cboxnye dengan kaler pink bwahahahahah!~

achik,
heheh tu laa kan? klu tak silap2 akak mintak otograp dia masa tu huehehe

13may said...

Apabila sampai di shah alam...
saya terus meluru masuk bilik...
dan menghempas badan saya atas tilam empuk saya...

dan saya pun terlena...sebab letih :D

Masy said...

13may,
ataupun...

sebelum sempat saya menghempaskan badan ke atas tilam empuk, saya tersedar yang keesokan harinya saya ade presentation dan saya belum buat ape2 lg!

hohohoho

Anonymous said...

masy...touching ni hehe...sambung la nak tahu kesudhan...hahaha
~emy@aldyst~

kurzz said...

nih tajuk dier 'SELUMBAQ KASEH' atau 'GILE2 REMAJA' tul tak..hehe maybe tajuk dier cik masy kita dah ader tuk di war2kn pada director usop mee Hailam...hihihi...jgn marah yer..;p

p/s:agak2 mesti ader hepi ending gak nanti kan....=)

Masy said...

emy,
tacing tacing hihi

kurzz,
tajuknye ye.. jap nk pikir..

..

..

..

aisey takde idea laa plk

# endingnye? tungguuuuuuuuuu~

kakLuna said...

nak sambung pun boleh, nak welding pun buleh, nak gam kapal pun boleh. janji ada citer.

Masy said...

kak luna,
kene pakai juru gegas x?

err juru gegas tu ape ek?~

faisal said...

alaaa, sambungla lagi kak,hehehe..:) sabar kak ye..dulu masa dia kahwin mmg sy rase tak selera mkn gak,huhu..walaupun kitorang stuju buat keputusan camtu...bukan sbb kita cinta kat dia lagi sbb kenangan tu terlalu siksa kalau diingatkan,huhu

Masy said...

acai,
wooo situasi acai mebi lagi cakit kot sbb korang bchenta :) ehem ehem bile acai nak stori ni? ;) sambil² tu kite makan le kat sikret resipi (hihi)

Azzam Supardi said...

Sedih aa...

Masy said...

azzam supardi,
laaa jgn arrr sedih :)

Titicaca said...

ni cite benar ke citer separa benar ke cite tipah tertipu..
ke cite Rozita che wan? hahaha..

Sastri said...

ada sambungan lagi ke? sambung laa... sedih citer nih... harap2 penghujung nya happy...

Masy said...

titicaca,
cite benar laa tp dilakonkan oleh Rozita Che Wan sebagai watak aku (ehem klu jadik drama TV ler kan.. hihi)

sastri,
aaaa ade last esok, insyaallah. tp jgn le letak harapan tinggi² ek heheh~ ;)

::QasiehFirdaus:: said...

saya mahu sambung!!! :P

CiK BaWaNg said...

tetibe rase sebak..

Masy said...

qasiehfirdaus,
ye akak sambung skrg! :p

cik bawang,
isk byk mkn bawanglah ni :)