Tuesday, February 27, 2007

Tak cehat!~

~ini adelah Sheila On 7~

Aku masih lagi dalam keadaan tak sihat – dedau, selsema, dan batuk sejak Sabtu lepas sampai sekarang. Dalam keadaan serba tak kena ni, terpaksa jugak ke Penang subuh semalam dan balik malam tadi. Memula jadik co-pilot Mr. Boss, last-last aku lak jadik pilot.

Lupe lak nak cakap, sabtu lepas aku gi tengok Hot FM Big Jam kat Dataran Shah Alam. Kene ujan beb, tu pasal aku tak sihat-sihat sampai arinie. Huhu. Sangat kuciwa senornya sebab tujuan utama aku pegi dataran tu nak tengok VE. Tapi oleh kerana perut dah lapo, kitorang gi la santap jap kat area PAS. Sedang elok aku menyuap nasik, alih-alih aku dengar VE nyanyi lagu Ikhlas Tapi Jauh. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. memang jaoh laaa sangat! Huhu.

Bercerita tentang apa yang dah jadik kat aku lately. Erm.. ntahlah. Dalam hati aku sebenarnya aku bukan kecewa, tapi maybe hampa kot. Dan ada sikit rasa tak puas ati sebab diperlakukan begini (eceh!). Tapi aku sangat percaya, Allah tidak akan memberi dugaan dan ujian sebegini kepada aku kalau aku tak mampu nak hadapi. Jadi, aku bersyukur ke hadratNya, dan berterima kasih kepadaNya sebab menyedarkan aku tentang kekuatan aku yang satu ni. Takmo sedih lagi pasal ni kalau boleh, tapi kalau sesekali aku tersedih takpe kot?

Berbahagialah anda yang bebas meluahkan perasaan. Syukurlah. Macam aku, masih lagi belum merasa kebebasan macam tu. Selalu yang jadik, aku tak akan mampu meluahkan. Bukan sebab aku pengecut, tapi aku tak nak memburukkan keadaan. Bila dia kata dia rindu, dia sayang, dia kata aku teristimewa dalam hatinya, aku hanya mampu berkata terima kasih, sedangkan aku ingin meluahkan yang sama. Tapi aku tak boleh. Aku tak mahu membebankan dia, dan aku jugak. Sebab kata-kata aku lepas tu adalah tanggungjawab dia. Dalam hal ni, anggap jelah yang jiwa aku belum merdeka.

Untuk dia itu, aku doakan kesejahteraan, ketenangan dan ketetapan hati. Keputusan yang termaktub dalam hati, pegang erat – jangan sampai goyah. Kita bermula sebagai kawan, dan nampaknya kita akan jadi kawan sampai bila-bila. No regret, no turning back. Seperti katamu, saya bahagia bila awak bahagia. Jadi, aku akan membahagiakan diri aku dengan caraku, agar kau bahagia, amacam? ;) Dan apa saja keputusan kamu yang membahagiakanmu, bayangkan aku sedang senyum di sini.

Dah, stop.

Kak Luna dah tag aku. Senornya ada dah entry pasal ni kat sini. Tapi takpelah, aku tambah sket. Hoh, weird sangat ke aku ni?? Aku rasa tak pelik tapi tak taulah korang.

Ketama: Sessi mandi manda aku dianggap belum sempurna selagi telinga aku tak kena air. Meaning; kalau aku melangkah keluar daripada bilik mandi dan tak sentuh telinga aku, aku akan pegi ke sinki, ataupun amek laa air masak ke mineral ke dan kenakan kat telinga, alaa.. macam orang amek air semayang la. Janji basah kupingku hikss.

Keseken: Sangat-sangat elejik dengan muntah. Muntah sendiri pon geli. Oleh yang demikian, aku akan sedaya upaya menahan muntah kalau ada rasa. Aktiviti melihat dan mendengar apa saja yang berkaitan muntah (kecuali kalau mende tu sekadar cerita je) adalah di luar bidang kuasa aku. Leh berdiri bulu roma. Weeeeekkk..

Keted: Saya tokleh derma darah sebab saya takot jarom. Heh, aku takot le bab-bab injek ni. Selagi boleh elak, aku elak. Kalau kene gak, kompem satu hari tu aku tak buat ape, lemah badan, huhu.

Kefot: Tak taulah ni pelik ke ape, tapi mak aku suka mende ni. Aku sangat mudah dikejut semayang subuh (eh ni bukan eksen ke ape tau). Taklah maknenye abang-abang aku tu susah nak bangun, tapi kene usaha la. Cam aku, mak aku tak payah ketuk pintu ke, gerak-gerak badan aku ke. Mak aku just berdiri depan bilik dia (bukan bilik aku ye), dan serulah namaku sekali, insyaallah aku akan bangun. Senang kan? Hehe.

Kefif: Mempunyai tahap ketegaq yang boleh tahan. Kalau dah kata aku takmo tu, toksah le paksa aku. Contoh kejadian: satu malam yang hening kat asrama sepuluh tahun lepas. Kekawan aku ajak mandi manda kat kolam surau. Aku dah kata takmo, tapi degil nau bebudak ni. Dorang pakat-pakat simbah aku dengan air. Kalau korang, mesti kata ala.. alang-alang dah basah tu mandi jelah, betul tak? Aku tak macam tu, hehe. Aku gi salin baju je, tapi memang tak join dorang mandi. Menggeleng je kekawan aku, muahahahaha.

Kelast: Lambat nak gelabah. Kekadang aku punya hal, orang len yang lebih susah ati daripada aku. Contoh kejadian: ada satu malam, purse aku tercicir kat TGV Sunway masa tengok wayang. Tapi aku leh rilek je dan cakap kat Kak Ina – esok petang jelah orang gi tanye. Kak Ina dengan sepupu dia dah panik abes sampai tokleh tido, aku lena lagi ada. Sebab aku pikir, ape je barang dalam purse aku tu yang tokleh ganti? IC leh wat ripot, lesen leh wat baru, kad ATM pun same. So.. takde mendelah. Ye.. aku dapat balik purse tu, tapi aku pegi tengahari esoknya setelah dibebel oleh seseorang. Ape ni bebel-bebel, belasah kang.


Adeh... saket paler.

Thursday, February 15, 2007

ni anak buah aku, bukan anak yg makcik tu jaga ye~


Dah dua hari berturut-turut, si kecik yang makcik bawah umah aku ni jaga menyambut aku balik dari kerja. Umurnya dalam dua tahun gitu, seorang budak lelaki yang putih dan manis senyumannya. Aku turun dari kereta, dia yang seronok bermain bawah pokok akan meluruskan jari telunjuk ke arah aku – kakak! <-- jangan jeles :p

Datang ke arah aku, lari-lari dan mendepang tangan – nak peluk. Aku lekas-lekas pautkan beg tangan ke bahu dan sambut aja pelukan dia. Isk kiutnye, dah laaah tembam. Amek ni sedas – muah muah. Aritu datang mood baek dia, dia dah pegang tangan aku nak ikut aku balik umah. Adik, kita tak sesuai bersama okeh! Muahahahaaha!!

Kat rumah.

Dan aku terfikir, betapalah anak kecik macam ni boleh membahagiakan ibu bapa. Alangkah sadisnya bila anak yang disayang, ditimang dan mampu menyejukkan hati ibu bapa, akhirnya akan berlaku kurang ajar bila besarnya. Sanggup membunuh ibu bapa sendiri, tinggalkan di rumah orang tua-tua, biarkan melarat sedangkan diri sendiri lebih dari cukup untuk menyara keduanya. Kalau aku tau pangai ko gini, aku picit² sampai mati masa ko kecik. Tapi manalah kita tahu apa akan jadi masa akan datang. Anak mana yang menghiburkan hati dari kecil sampai besar, atau masa kecilnya nakal nak mampos tapi dewasanya menjadi ruang teduhan ibu bapa. Ada juga yang baik masa kecik, dah besar jadik syaitan.

Aku tak tahu adakah aku dah berjaya menjadi anak yang boleh dibanggakan oleh mak abah. Kalaupun tak membanggakan, aku harap aku tak memalukan diorang dengan segala apa yang telah aku buat, atas segala apa yang telah aku pilih. Dan andaikata aku pernah berbuat demikian, sungguh benar aku katakan – aku tak berniat begitu.

Harap adik comel itu akan terus-terusan menyegarkan hari-hari ibu bapanya.

*Masa aku darjah dua dulu, aku penah terjaga dari tidur pada satu malam dan menangis. Malam tu jugak kejutkan mak – mak, Ita takmo mak mati. Mak kata – kalau takmo mak mati, doakan mak selalu. Dan aku sentiasa doakan mak, abah pun – walaupun jika telah tiada, insyaallah.

Tuesday, February 13, 2007

Retro la pulak!

tak kisahlah kalau lembu pon, rock tetap rock~

Korang suke tak lagu-lagu retro? Ikut koranglah nak definisikan era mana yang retro, tapi aku suke gak. Terutamanya kalau lagu-lagu tu adalah lagu-lagu yang pernah popular zaman aku sekolah dulu. Kalau dapat time sekolah rendah lagi best.

So baru-baru ni aku berjaya menemukan seketol website yang membolehkan aku mendonlod lagu-lagu lama neh. Alamak hepinye tokleh nak cakap ah! Ini senarai lagu retro tahap gaban yang aku dah donlod..

Pertama dan Terakhir – GET
Biasan – To’ Ki
Maya Percintaan – Utophia
Cinta Untuk Nabila – Melissa
Wasangka Cintaku – Metafora
Curang – Laksamana
Punca – Dayana
Sabarlah Sayang – Sharifah Aini dan M. Nasir (best giler!)
Kerana Cinta – Medicine
Wajah Siapa Di Hatimu – Azlina Aziz
Di Sudut Kamar Hatiku – Jamal Abdillah
Bunga Cinta Nista – Lemon T (ni lagu zaman lepas SPM)
Kerana Janji – Lemon T (sama aah)
Puteri Nastasea – Mega
Gering – Terra Rossa
Bila Kekasih Mula Merajuk – Versi
Cinta dan Airmata – CRK
Semilir – Panji
Akan Ku Kenang – Junction
Lahar Cinta – Finalist (lagu masa form 2 huehehe)
Lagu Cenderawasih – Kris
Cinta Pertama – Dharma Harun Al Rashid
Korban Cinta – Aris Ariwatan (tak sure la ni retro ke? macam baru je)

Dan lagu-lagu KRU masa zaman album Ooh La La tuh pun aku donlod gak. Rasa macam ade je lagi lagu retro aku lom donlod. Aku tengah carik satu lagu kumpulan Mega ni, masalahnye aku tak tau ape tajuknye. Huhu. Kene call TV9 ah, tanye dorang ape tajuk lagu tuh. Sebab bila ujung minggu, mesti akan berkumandang lagu tu kat TV9. Sape kat sini keje TV9?? Angkat le tangan woit!

Yang best tuh, kat opis ni aku dengan Kintan je yang tau sungguh lagu-lagu ni. So bila kitorang terlalak-lalak menyanyi lagu ni, akan ada laa suara-suara rejek berkata, korang ni lahir zaman bile aa??aku tak penah dengar pon lagu ni. Hellooo.. encik yang berkata-kata itu, engko tu lahir awal dari aku tau. Kalau ko tak penah dengar, maknanya masa lagu-lagu ni tengah top, radio kat umah ko rosak kot huahahahaha.

Sambung layan lagu-lagu sekelian.

Iklan: fotopages dah apdet.

* mekasih kat Kak Lin, alhamdulillah dapat jugek jumpe akak semalam. Sian dia sebab nak mencarik tempat tuh, dahlah nak cepat ade exam ek. Apepun thanks untuk diari tu, susah-susah aje. Ade umo kite jumpe lagi keh! ;)

Tuesday, February 06, 2007

Suka dan Tahu

Suka sangat~


Aku suka makan. Suka makan tak bermaksud aku kuat makan. Suka dan kuat sangatlah berbeza definisinya, dari pelbagai aspek.

Samalah bezanya dengan pandai masak dan tahu masak. Orang yang pandai masak, mesti tahu masak. Tapi orang yang tahu masak, tak semestinya pandai masak. Betul tak?

Aku suka makan dan tahu masak, saje.

Masa mula-mula arwah abah ’sound’ aku suruh belajar memasak, aku tensen sebenarnya. Sebab masa tu, aku lebih rela cat rumah, kemas laman, basuh van abah, mop satu rumah, mesin rumput sekalipun asalkan aku tak disuruh belajar memasak. Tapi aku tau, abah dah bagi banyak masa pada aku nak bermalas-malas. Sementara menunggu result SPM, baru abah ’sound’.

Ala.. tak suka..
Abeh sok ko dah kawen nak soh sape masak?
Laki ko?
Lambat lagi laa orang nak kawen.. (tapi kalau laki orang nk masak pun bole)
Yelaa.. tak kan nak tunggu esok nak kawen baru nak belajau masak..
Nanti upah laa orang gaji..
Ha’ah ye.. pastu soh laki ko kawen je dengan orang gaji tu!

Adeh.. sabo jelah.

Mula-mula tengok mak aku masak, aku jadik heran dan kagum dengan mak aku. Hari ni lauk lain, esok lauk lain. Mak aku boleh ingat semua bahan-bahan untuk setiap lauk yang berbeza setiap hari. Kagum seh aku rasa! Aku nak hafal bahan-bahan untuk masak lemak masa tu pun rasa nak bunuh diri je. Rasa nak serender je masa tu. Tapi abah asek lalu lalang je kat dapur, terpaksa laa aku tabahkan diri. Sajelah tu nak memantau aku.

Tapi memang aku tak suka. Aku nak belajar menembak, aku nak belajar berenang. Huhu. Tapi takde sape nak layan. Huwaaaaa... Oh ye, abang-abang aku pun sebenarnya asek hint aku soh belajar masak je masa tu. Benci ah. Oleh kerana aku masa tu rajin buat air je, asalkan dorang tau air tu aku yang buat, kompem licin. Aku pun tak sempat merasa huhu.

Sampailah satu hari, mak aku buat ujian. Dia dengan abah keluar pegi Melaka (bandar ye), dan tinggalkan aku dengan pesanan – masak lauk sekian-sekian. Hah?????? Lepas diorang pegi je, terus aku telefon Kapai yang pandai banget memasak itu. Tanya dia betul tak kalau nak masak mende ni, begini begini caranya.

Kemudian, aku pun mula memasak....

Mak abah balik. Aku hidang. Semua makan. Aku tengok dulu. Sedap, bah? Dia menjawab, sambil konyel-konyel – sedap.

Lepas dah sekali sedap tu, berterusan laa. Mak dan abah yang dah mula percayakan skil aku, pernah selamba papa je tinggalkan aku berdua je dengan nenek – dorang jalan-jalan gi Singapore - siap bermalam dua hari. Kejam sunggoh. Dan dapur tu jadik tempat berkubang aku sampai aku masuk UiTM. Hahahaha mak aku kena memasak balik :D

Satu hari, aku telefon mak daripada kolej. Kemudian mak aku bersungut..

Abah ko komplen mak masak
Nape?
Dia tanya, betul ke masak kari macam ni?
Aik... mak ubuh ape?
Sama laaa macam dulu jugek, dari dulu sampai sekarang same jelah
Abeh ape yang lainnye?
Ntah le abah ko, dia kata 'dak Siti masak lain rasanya'
Woooo nak kata orang masak tak sedaplah tu
Tak, dia kata ko masak lagi sedap

Kahkahkahkah.. kesian mak aku.

Mak ni dah kawen dengan abah ko nak dekat 40 tahun, ni pes taim abah ko kata mak masak tak sedap. Ni yang tensen ni!
Ala.. sebenarnya dia dah biase makan lauk orang masak. Sape soh mak tak masak lagi. Hahahaha.

Tapi aku tahu masak je. Aku tak pandai. Mak aku lagi pandai. Tu banyak lagi ilmu memasak yang aku belum abes download lagi daripada dia. Kalau boleh download resipi daripada nenek aku lagi best. Macam-macam ado!

Friday, February 02, 2007

Sengal~

Perkara yang sungguh menjengkelkan aku, dan rasanya boleh jadik kat korang jugek:

1. Bila orang sms aku ‘bangun2..raya’ pagi semalam. Aku ngantok laa weh!! *tapi lepas tu aku leh gelak, ok la tu*

2. Bila orang hon aku sedangkan aku dalam lorong yang betul, di tempat yang betul, dah siap bagi signal dan membelok setelah pasti amat takde mende yang membahayakan aku dan orang belakang. Lu pehal mat??? Baru pakai MyVi dah kerek semacam. Sampai tua laa lu pakai MyVi *garang nih!*

3. Bila kereta depan aku asek tekan brek je padahal depan dia bukan ade kereta pon *pandang mat MyVi ngok tu*. SENGAL.

4. Bila ade makhluk-makhluk yang cakap kekuat dalam panggung wayang, macam panggung tu abah dia yang punya. Ni termasuklah makhluk-makhluk yang tak reti-reti nak silentkan hp memasing. Macam tak penah tengok wayang. SENGAL KUASA KUDA.

5. Bawak kereta tapi tak kompem lorong kiri ke kanan. Lu nampak tak itu line putus-putus tengah jalan beb? Bikin panas laaa aku nak pecut pun susah.

6. Keinginan untuk menambah kenalan tiada salahnye ye rerakan. TAPI! Plis dong ah, jangan arr call pukul 3, 4 pagi pastu kata nak berkenalan. Dipersilakan berkenalan dengan tapak kasut aku.

7. Aku musykil laa. Kalau pasang signal sebelum tukar lorong tu, leh buat bateri kereta kong ke? Kalau tak apsal susah sangat dorang tuh nak guna signal? Tell me why? *muka ingin tahu*

8. Tengah meeting, tetiba ade orang call. Ko pon poyolah angkat, manalah tau hal urgent ke. Sekali salah nombor daaaa…

9. Bertambah irritating bila orang yang sama, call lagi dan lagi dan lagi dan lagi, mencari orang yang bukanlah aku. Tone suara aku pun daripada low lama-lama leh sampai D Major jugek.

10. Order lain, yang sampainya lain. Tapi takpe.. kat kaunter time bayar, aku cakap je gini, tadi saya makan blaa blaa blaaa. Air sirap limau TAPI! Saya tak order sirap limau tu, saya order sirap je. So saya kene bayar harga sirap limau tu ke? Maka abang kaunter pun pasrah, takpelah, kira sirap jelah.