Friday, March 30, 2007

Baca ni sebelum gi semayang jumaat!


Senang cite, OFFkan henpon dulu baru gi semayang Jumaat. Mende simple cenggini pon nak kene ajau ke? *cekak pinggang ramping*

Tak makan nasik ke? (ikut iklan K*C)

Friday, March 23, 2007

Suka dan Tidak

ko saje wat lawak ke ape ni??


Antara perkara yang paling aku tak suka dalam dunia ni adalah menunggu. Menunggu orang. Lama pulak tu. Untuk orang yang ala-ala punctual ni, setengah jam menunggu pun boleh memanaskan hati.

Memikirkan yang sebenarnya untuk datang awal itu bukanlah satu kesulitan yang maha besar, lagilah membuatkan hidung aku mengembang 2 mm menahan amarah. Boleh tak pikir ape yang aku boleh buat dalam masa setengah jam tu? Macam-macam tau!

Kalau aku boleh datang awal, apa alasan mereka itu untuk datang lambat? Jarak kita ke tempat ini lebih kurang je. Ape? Jem? Kamon laaa.. Setakat dalam Shah Alam, apelah sangat. Lambat 5, 10 minit boleh tahan lagi, ini SETENGAH jam. Aku ni suka membesar-besarkan cerita ke?

Tu satu hal.

Ni ape kes lak orang menyamar-nyamar ni? Nak menyamar sangat, jadik le jerangkap samar. Jadik detektif ke hape. Ni ape kes? Meluat betul aku mengenangkan orang cenggini. Konon artis laaa sangat. Puihhhhhhhhhhhhhhhhh..!!~

Tu pun satu hal.

Sape pulak dah memandai-mandai bagi nomo telefon aku kat orang len nih? Bagi tu hal lain, bagi kat orang yang suka menyamar lak tu! Aku terajang kang! Ni ntah yang ke berapa kali dah orang dok menyebarkan nomo telefon aku. Pastu kang nak kata aku bohsia la, suke melayan jantan laa. Ko pehal?? Nak mampos sangat, gi bunuh diri la. Hidup kat dunia ni kalau asik nak menyusahkan orang, baik transformkan diri jadik mayat.

Apsal nak marah-marah ni?

Aku lapar kot. Belum sarapan lagi. Ada sape-sape nak belanja aku makan? Sebab antara perkara yang aku paling suka dalam dunia ni adalah makan free. Ahahahahha..~

Wednesday, March 21, 2007

Jom Nyanyi!~


Take a bow, the night is over
This masquerade is getting older
Lights are low, the curtains down
There's no one here
[There's no one here, there's no one in the crowd]
Say your lines but do you feel them
Do you mean what you say when there's no one around [no one around]
Watching you, watching me, one lonely star
[One lonely star you don't know who you are]

I've always been in love with you [always with you]
I guess you've always known it's true [you know it's true]
You took my love for granted, why oh why
The show is over, say good-bye

Say good-bye, say good-bye

Make them laugh, it comes so easy
When you get to the part
Where you're breaking my heart [breaking my heart]
Hide behind your smile, all the world loves a clown
[Just make 'em smile the whole world loves a clown]
Wish you well, I cannot stay
You deserve an award for the role that you played [role that you played]
No more masquerade, you're one lonely star
[One lonely star and you don't know who you are]

All the world is a stage [world is a stage]
And everyone has their part [has their part]
But how was I to know which way the story'd go
How was I to know you'd break
[You'd break, you'd break, you'd break]
You'd break my heart

(Take A Bow - Madonna)


Layan jelah ek

Monday, March 19, 2007

Satu Hari Dua Rasa

Siang


Aku dalam bilik yang besar, sendirian. Pandang keliling, baru perasan - besarnya bilik ni! Sejuk.. Peluk tubuh, dan peluk buku yang aku baru beli tadi. Aku sorang je ni, ditemani handbag, buku dan air vanila coke. Mana orang lain?

Tiba-tiba masuk seorang lelaki.

kak, saya nak tutup lampu ni
hah? sekarang ke?
ha'ah, saya tutup eh?
errr.. nanti jap nak tanye sket
ye kak
saya sorang je ke kat dalam ni?
ha'ah
errrrr........ kalau gitu, biarlah lampu ni, tak payah tutup boleh?
ermm.. betul ke ni?
betul *angguk laju-laju*
ermm.. ok

Korang pikir ape ni??


Meh aku cite.


Sabtu lepas. Aku tak berapa rajin nak keluar sebenarnya, tapi alang-alang aku dah siap ni, apa salahnya aku keluar. Lagipun dah lama tak belanja diri sendiri.

Ke Jaya Jusco Bukit Raja. Tengok wayanglah - kata aku pada diri sendiri. Bawak kaki terus ke TGV. Dah lama tak layan cerita hantu. So, aku pun pilih... Unholy Matrimony. Sampai masanya, aku pun masuk ke panggung. Ye.. aku pegi tengok sorang. Dan takdir Tuhan, aku tetap sorang je dalam panggung tu. BIAR BETUL????!! Huwaaaaa... akot akot~

*duduk seblah korang pelan-pelan* Sebenarnya kawan-kawan, aku ni memang suka tengok cerita hantu. Masalahnya, aku ni takut jugek (takmo sebut penakut). Takut tengok sorang-sorang. Aku takde hal tengok cerita tu tengah malam sekalipun, asalkan aku ada kawan nak temankan (ni edisi membuka kelemahan sendiri ni - i kennot beliv it bebeh!). Jadi korang bayangkan, ni first time aku nak tengok cerita hantu sendiri - betul-betul punya sendiri ni. Rasa nak gelak ada, rasa nak nanges pun ada. Kalau budak tadi masuk lagi sekali, aku janji! Aku akan ajak dia temankan aku. Pedulik hape aku!

Iklan dah nak abes dah ni. Sekarang ni, handbag, buku dan air coke sumenye ada dekat-dekat aku je. Apelah nasib terlupa nak angkut jaket sekali tadi *ketuk paler kekuat*. Betul-betul takde orang ke ni? Huwaaaaaaaaaaaaaaaa~

Tiba-tiba pintu terbuka. Aku yang tengah sedap menyilang kaki kat kerusi depan terkejut kambeng. Lekas-lekas turunkan kaki. Ada tiga orang manusia daripada kaum kedua terbesar di Malaysia berdiri di ambang maut, opsss.. pintu. Ya Allah.. tolongin Nabila Ya Allah.. gerakkanlah kaki tiga makhluk ni masuk dalam. Macam salah panggung ke tu? Eh.. eh.. taklah. Diorang masuk, dan duduk depan aku.

Horreyyy!!!!!!!~

kak, saya tutup lampu ek?
heheh.. tutuplah *malu aku malu*

**********

Malam


Cuma beberapa detik sahaja. Pandangan kita bertaut dalam sunyi. Rasanya itulah ketikanya kita menjadi hak masing-masing. Tapi dalam masa itu sahaja. Realitinya, saat renungan dialihkan, kau kembali menjadi milik dia. Dan takkan pernah sekali dia itu akan bertukar menjadi aku.

Pun perlukah aku katakan takdir itu kejam? Tidak. Andai takdir itu kejam, keberadaan aku di sisimu sekarang ini apa? Meski perit, aku akui aku tenang saat itu. Dipinjamkan kau padaku hanya beberapa jam ini pun rasanya satu anugerah. Mungkin bagimu ini biasa, tapi bagiku inilah namanya..

Mohon Allah kuatkan hati aku. Mohon sangat Allah perkenankan doaku. Entah doa yang mana.

Thursday, March 15, 2007

desktopku, desktopku juwa~

sunggoh tidak ikhlas senyuman ittew :p


Resolution: 1024 by 768 pixel (right click/properties/setting)
Laptop, LCD or CRT monitor : yang pasti ni bukanlah laptop :p
Been using this desktop since : bile tah, lupe dah. last week kot.
Kaedah (bagi yang tak tau) : Hit "Print Scrn" kat kibod (sape tak nampak maknenye dah tak lama lagi laa tu :p) / Ctrl+C / Ctrl+V dalam Paint/Adobe Photoshop


Acai, apekah jenis personaliti ahkak bile ubuh gambar neh kat desktop? Jelasin ya, bagi Nabila paham :) So, harap-harap Kak Mya, Kak Luna dan encik Tedungs berpuas ati sambil tersenyum bangga lepas dapat tengok desktop aku nih. Upah laa.. ingat free ke buat mende ni? Ha? Ha? *sambil cekak pinggang ramping* hehhee.

Jadi, mangsa-mangsa seterusnya adalah:

Cik Lari - hah! nak lari gi mane tuh?!
Darkz05
Deanz
Kak Lady
ND

Mana yang namanya tade dalam senarai, pon boleh jugek buat. Anggap je aku tag korang.

Ekcely aku dah buat mende yang sama macam 13may tapi nantilah lenkali aku tampal kat sini. Maleh nak tampal arinie, kang nampak cam nak tiru dia nyer entry lak ahahaha.

*moodku bagaikan si tapak seleman yang terdampar depan Tesco, macam hepi dapat kuar daripada laut tapi tak tau nak watpe kat Tesco. sekian.

Tuesday, March 13, 2007

Kasih.. maafkan diriku
Banyak dosaku padamu
Tidak terhitung jari jemari daku
Tak dapat dibilang bagai bintang beribu
Sukarnya diriku menebus kekhilafan yang lalu

Kasih.. engkau tak bersalah
Hanya hatiku yang buta
Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga
Dan tanpa belas ku buat kau kecewa
Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya

Tiga malam tanpa bintang
Dan diriku dihimpit penyesalan
Arah tuju kian fana
Kerna hilangnya nyawa dia
Bagaikan siang diselubung gerhana

Kembalikan senda tawa
Pulangkanlah manis di senyum manja
Ku pahatkan keinsafan
Dan patrikan kesetiaan

Sehingga tarikh menafikan nyawa

Kasih.. maafkan diriku
Banyak dosaku padamu
Tidak terhitung jari jemari daku
Tak dapat dibilang bagai bintang beribu
Sukarnya diriku menebus kekhilafan yang lalu

Kasih.. engkau tak bersalah
Hanya hatiku yang buta
Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga

Dan tanpa belas ku buat kau kecewa
Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya

Kasih…

(Tiga Malam Tanpa Bintang - Fiq)

**********

Dalam hidup kita ada banyak tekanan. Kiri kanan, depan belakang, atas bawah. Dan orang lain juga punya tekanan, yang kadangkala melebihi apa yang kita rasa. Sesekali kita rasakan tekanan dalam hidup kitalah yang terhebat. Tapi bila pandang sekeliling, pandang dia, kamu, mereka - rupanya bukan kita sahaja yang tertekan. Masing-masing juga ada masalah sendiri, ada ruang tersesak yang menyenak fikiran.

Dan ada juga dalam hidup kita - aku percaya - kita terpaksa melupakan tekanan dalam diri untuk membantu orang lain menghilangkan tekanan mereka. Kerana kita sayangkan mereka, kerana kita bimbangkan mereka. Pedulikan masalah yang melanda diri sendiri, pedulikan kelelahan jiwa. Andai itu mampu meredakan masalah dan kelelahan mereka. Andai itu mampu membangkit senyuman di wajah.



Mungkin malam ini dia bahagia sedangkan kita menangis. Pedulikan. Mungkin tekanan dia sudah mereda sedangkan tekanan kita bertambah hebat. Pedulikan. Kerana hela nafas lega dia yang melepaskan tekanan bisa meredakan tekanan dalam hati kita, siapa tahu? Dia tidak akan pernah tahu betapa banyak yang kita tanggung demi dia, jadi?

Apa- apa ajelah.

Perlu kuatkan diri, tebalkan kekuatan naluri. Kalau tak kuat jugak, kuat-kuatkanlah~

Thursday, March 08, 2007

Dabel Mining

Satu hari, di Cafe Mahkota, Melaka..

Seken Bos : Ni lauk ape nih? *tunjuk kat pinggan*
Opismate: Oo.. ni ikan masak 'stim'
Seken Bos: Saya makan tak 'stim' pon *wat muka seswatuh*
Aku: Memang laa.. sebab yang 'stim' tu tukang masaknye..

Seken Bos pekup molot sambil gelak-gelak.

Selamat Hari Wanita pada yang dah kompem wanita. Aku masih gadis lagi lalalalalala..~

[fotopages updated]

Thursday, March 01, 2007

What Women Want?

~only on 8tv~


Layan tak program ni? Best jugek, better laa daripada program Mencari Cinta yang mengarut dulu hoho. Boleh layan sebab takde aksi perebutan pompuan yang akhirnya bukan ko kawen pon dengan dia. It's all about understanding, and learning what women REALLY want from you guys. Tapi aku tak sure laa, aku suka lelaki pandai menari ke tak ahahahaa.

Malam ni adalah finale episode, and the battle are between Hafiz and Charles. Two guys from two different country. Eh pehal aku spiking nih?


Hafiz ;)


Budak model dari Kedah. Naluri perempuanku (aku... adalah perempuan : ikut rentak lagu Samsons) mengatakan peluang Hafiz untuk menang adalah cerah, secerah mentari di utara zaufan. Berdasarkan last week challenge, 80% peluang dia nak menang ado tuh. Masalahnya Hafiz ni mat tacing - kalau dia rasa nak nanges memang tak ragu-ragu dia nanges. Comel lak tu, rasa nak popok je dia hihi. On one side, nampak macam dia ni emosi. But on the other side, ia menunjukkan yang dak Hafiz ni honest. Lagi satu kelemahan dia, dia tokleh buat task yang melibatkan aksi bergasak sesama diorang sebab dia memang sayangkan kekawan dia (eh apsal bunyik cam len macam je ni? huhu). Dia rela kalah daripada bergasak men paintball. Korang tengok masa task lawan boxing? Perghhh.. tension gilor muka dia, padahal bukan tokleh menang. Uikss.. tacing betol mat ni. Tapi ok laa.. sape jadik bini dia kompem tak kenal ape itu sepak terajang dan penumbuk sulung.


Charles :)


Mat saleh yang datang merantau dari Perancis. Sweet mat ni. Aku paling sonok bila dengar dia cuba cakap Melayu. Ahahahaha. His accent was sooooooooooooooooooooo funny tapi tetap sweet gak. Dia ni sporting, lawak pun spontan. Ade ke dia namakan kucing dia 'GATAL'?? Kelemahan mat Charles ni tetibe je terserlah masa last week task. Tetiba jadik pendiam, pehtu ala-ala tak reti nak mulakan perbualan <-- kalau aku jadik pompuan tu aku dah blah dah, sibbaik ensem ye Daphne? hihi. Kekadang skema aku tengok dia ni. Chances untuk menang, tokleh nak cakap. Based on his performance in past few weeks, boleh jadi dia leh beat Hafiz. Huhu. Aku rasa mat ni kalau jadik model, mau laaa Hans Isaac pencen free je.

Malam ni finale woit! Aku nak Hafiz gak menang. Charles, jangan sedih tau kalau kalah. Takpe you ensem pe, tunggu je nanti Datok' Yusof Haslam amek you berlakon cite Gerakhas ok! Tapi kalau you menang, jangan lupakan i tau! *kenyit mata tanda caring*


# What Women Want, pukul 10.30 malam di 8TV.