Monday, April 30, 2007

Fasten Your Seatbelt Please!

pelajaran pertama hari ni: cara paling mudah mengelakkan henbek kene ragut dalam kete

Sejak akhir-akhir ni, aku asik mimpi mende-mende yang mengarut je. Walaupun mak aku penah cakap, kalau mimpi nampak air tu petanda baik, tapi kalau air tu kotor, melemaskan aku lak tu – baik ke petanda tu? Huhu. Dah banyak kali mimpi ditenggelami air laut. Huhu lemas lemas.

Aku ni memang sadis sket bab mimpi. Bukanlah nak percaya sangat, tapi kekadang memang mimpi ni petanda. Korang percaya tak? Yang tak percaya maybe sebab tak pernah jadik kot. Aku pernah, ala-ala Deja Vodoo Spell opppss Deja Vu heh. Deja Vu ye bukan Hajah Deja Moss.

Semalam lagi haru. Ape kes lak aku mimpi Siti dengan Dato’ K? Kekonon Siti tu cam best friend aku laa. Hek eleh.. kasik le Heath Ledger ke, Fahrin ke, Will Smith le, lalu gak aku nak layan. Huh.

****

Demi mengendurkan urat-urat stress yang berselirat dalam klotak aku di samping memperabihkan duit yang tak berapa nak banyak, maka aku dan kekawan skulahku yang empat kerat itu akan menerbangkan diri kami ke Langkawi ari Jumaat ni. Ye..... sonok kan? Kan? Kalau ada orang bagi duit belanje lagi sonok rasanya huehehehe.

Barang paling mengarut yang orang pesan kat aku soh beli kat sane adalah.. rokok Gudang Haram. Ade ke patot aku yang supan santon, menantu idaman makcik-makcik disuruh membeli entiti tersebot? Patot ke? Patot ke? Jadik aku telah merejek pesanan tersebut tanpa segan silu dan kompromi. Harap maap, sile cube lagi.

jangan cobak-cobak nak mesan mende merepek2 ni taw


Aku kat sana sampai Ahad. Isninnye cuti, saje nak rileks sket, ilangkan mood holiday baru leh masuk keje. So pipel... please... please...... pleaaaaaaaaaaseeeee.........

..


..


..


..


.. don’t miss me, keh? ;) hehehhe~

tapik kalau miss jugek, call jelah baby lalalalala~


Friday, April 27, 2007

Wat hepen tu mi?

baby nak demam ni uppa... huhu~



Rasanya dalam tahun ni, ntah berapa kali aku rasa nak demam tapi tak demam-demam jugek. Perasaan ini amatlah tensen sekalik. Amat!

Ari Selasa aritu pon dah rasa cam nak demam, tapi ku menggagahi juwa diriku yang gagah-gagah buah ni untuk terus menyelesaikan misi yang tertunggak. Dan sampai arinie, itu batuk.. itu selsema masih ada lekat dalam ini badan. Manyak tak syiok.

Semalam lagi laa plak. Asik *terberi-beri ciken je. Nak dekat seploh kali jugek. Kurus le kejap perot aku semalam hehe.

Mak soh minom Campur Seratus (100 Plus). Nantilah karang aku beli - kalau ingatlah. Tahap keterlupaan aku semakin menjadik-jadik skang ni. Sibbaik tak lupe lagi nak semayang ke, makan ke.. huhu..

Arinie ada banyak mende nak diselesaikan. Adeh.... ntah sempat ke tak aku nak berkejau ke sana ke sini lari-lari kecil.

****

Baru-baru ni, ada orang kata aku ego. Tak sangka betul. Dan dia berpendapat bahawa sesungguhnya aku telah menemui seseorang yang boleh menangani ego aku (bukan tangankan aku ye). Cuma sayangnya.. ermmm..............

Errrrmmmmm............ dan errrmmmm lagik....


*beri-beri ciken = proses penyahtinjaan

Monday, April 23, 2007


Ombak resah yang menghempas diri
Hanyutkanlah kedukaan

Bawalah jauh daripada bayangan....


****

Shocking weekend. Ke?

Masa melepak di syurga dunia baru-baru ni, aku terbaca sesuatu mengenai stress. Dan mengejutkan, 3 daripada 5 tanda-tanda seseorang itu stress, sedang aku alami.

Stresskah aku?

Memang ada sesuatu dalam diri yang tak mampu, tak reti untuk aku luahkan. Pun kalau diluahkan, aku tahu apa tindakbalasnya. Salahnya tetap aku, yang buruknya aku, jalan buntu pun ciptaan aku. Memang ada salah aku, tapi aku je ke?

Banyak kali dalam hidup aku berjuang dengan susah payah. Tapi orang hanya nampak kesenangan aku. Berapa kali aku terjelepuk jatuh tiap kali harapan aku dimusnahkan, impian aku diragut, asa aku diputuskan, pun tetap orang hanya akan nampak bahagia yang datang sekejap-sekejap. Berapa banyak yang aku korbankan, apa yang aku hilang. Ah.. macamlah aku sorang je yang hidup dengan benda-benda macam ni.

Aku hidup untuk membuktikan sesuatu? Atau membuktikan sesuatu untuk hidup?

Kadangkala ada alasan untuk menangis, pun aku tahan. Bukanlah sebab aku tabah sangat, tapi letih. Daripada menangis baiklah aku tidur. Untung-untung ada mimpi indah yang tak mampu aku gapai di alam nyata.

*****

Selamat harijadi, mak. Aku terasa bila mak bercerita tentang hadiah-hadiah yang diberi dek abang-abang aku semalam. Bukan aku dengki, tapi aku tahu aku tak mampu menunaikan permintaan mak yang satu itu. Sekurang-kurangnya tahun ini, mungkin sampai tahun depan? Aku tak mampu. Betul-betul tak mampu...

berat betul permintaan mak..


Friday, April 20, 2007

sian kat baby~

Untuk pengetahuan sume, skang ni baby menaip guna tangan kiri je. Huhu.

Tangan ni caket dah sebulan kot, kalau tak silap baby laa. Memule cam lenguh-lenguh, pastu dua tiga menjak ni caket plak. Aritu baby check, ada lebam-lebam kat lengan baby. Cam bintik dragon ball lak. Kawan baby kata ni macam kene gigit setan. Aiseh... nakal laa setan ni..

Dua hari lepas makin menjadik-jadik lak caketnye. Ni sume gegara jadik supritendan (baca: supir) Mr. Boss. Bila baby tengok dia cam lelan je, baby pegang stereng sebelah tangan jerk. Tapi bila bawak kete sendirik, tokleh le nak manjakan sangat tangan baby ni. Yelah...Fahrin tu bukannye auto.

Semalam masa nak makan pun kanmain seksa. Sekali suap kene rehatkan tangan jap, baru leh sambung. Baby jadik cuak lak cenggini..

Lepas sorang kawan baby syorkan supaya baby makan panadol extend tu, baby pun trylah. Malam tadi still tak rasa pape lagi. Terpaksalah baby sapu minyak angin dan urut tangan baby ni. Rasa cam nak tanggalkan je tangan baby ni, kasik dia rehat lama sket.

Pagi ni, tetiba je rasa tangan baby meletup – ala.. tau kan kalau tangan lenguh mesti ada letup-letup. Lega laa sket. Tapi masih lagi lenguh tangan baby ni.

Lenguh plak tangan kiri baby ni menaip sesorang. Baby benti dulu ye.

Yang benar,

baby masy


Ahahahah

Wednesday, April 18, 2007

Melayukan Omputeh

hurmm...

Bila belek-belek sokkabau ke, majalah ke, surf tenet ke, mesti aku pasan banyak perkataan omputeh yang dah dimelayukan. Apsal ek? Bahse Melayu kurang kosa kata ke? (betul ke kosa kata?). Kurang perkataan laa maksud aku. Dan cara paling mudah nak melayukan bahse omputeh ialah menukar perkataan ’TION’ kepada ’SI’.


Emotion = Emosi
Duration = Durasi
Location = Lokasi
Selection = Seleksi
Interaction = Interaksi
Motivation = Motivasi
Situation = Situasi
Action = Aksi
Adaptation = Adaptasi
Tradition = Tradisi
Amputation = Amputasi (yang ni Indon le yang guna)
Communication = Komunikasi
Condition = Kondisi
Application = Aplikasi
Position = Posisi
Nation = Hahaha takde laa jadik Nasi :p


Kekadang tu, ada perkataan yang haram aku tak tahu maknanya. Mak aku daripada tahun lepas dok tanya aku, apa makna perkataan EMANSIPASI. Huhu mana aku tau. Eman Manan tau laa aku.

Hah, aku baru jumpe perkataan ni dalam kamus. Tak pernah lak aku dengar.

Americanization = Amerikanisasi. Apekah maknanya?? Pengamerikaan ke maksudnya?

Monday, April 16, 2007

Ahad Yang Syahdan



Pergh ngantuk ya amats arinie!

Semalam dek kerana kerakusan aku dok menggodeh-godeh henpon, akibatnye SIM kad aku kene block. Sungguh jentaka sekalik. Rasanya dulu masa aku tukau enpon pon SIM kad aku kene block jugek - ni sume gegara perasaan ingin tahu yang datang meluap secara rombongan dalam jiwa raga. Dengan tak mandinye semalam aku terus shoot gi Plaza Shah Alam, carik je mana-mana kedai Link Panas. Tapi sume tengeng, kata tokleh buat ape. Kononnye kene call centre baru leh fix that problemo. Hutak kurang laa.. dulu bole je aku nganto kedai, tak sampai dua menet je dah leh guna. *&$@^$#^@&^#&^ saje je nak perabih minyak kete aku.

Last-last aku biar je. Lantaklah, bukan ada orang nak call pon. Kalau ada pun, nasib le korang. Dah petang tu.. entah le camne, masa aku dok nolong budak umah aku ni nak wat Call-Me-Back, aku ternampak sesuatu yang boleh menyetelkan problem aku neh. So.. pendek cite, akhirnya berjaya laaa aku setelkan sendirik. Kalau cenggini boleh le aku bukak kedai enpon :p


Semoga malamku tidak lagi

Jadi medan airmata

Menusuk segenap kalbuku...~

Thursday, April 12, 2007

leh tahan kompius laa...


Anda sudah biasa dengan keadaan tanpa sesuatu yang pernah menjadi kebiasaan anda dulu.

Macamana bila anda sudah terbiasa dengan ketiadaan kebiasaan anda itu, tiba-tiba sekarang anda dibiasakan pula dengan kewujudan elemen biasa tersebut - sedangkan anda telahpun biasa dengan ketiadaannya? Dan kebiasaan itu datang dari entiti yang pernah terbiasa dengan anda - dulu.

Kompius? Baca lagi. Hehe.

****

Dan mungkin berdosa. Aku tersenyum atas sesuatu yang bukan milik aku. Berbunga-bunga dalam hati, rasa selamat yang sudah lama aku lupakan. Dimunculkan semula bukan sengaja. Mungkin juga tanpa niat. Rasanya memang bukan niat.

Maafkan aku. Maafkan aku. Aku berteduh bawah bayangnya, tanpa pengetahuan pemilik jasadnya. Maafkan aku. Aku tidak akan mengikut dia, sementelah dia pun tidak pernah mengajak. Dan kalaupun diajak, tidak mungkin.

Maafkan aku. Kalau ini berdosa, biarlah ku tanggung. Ye, aku tahu.

Aku masih senang bertemankan dia. Dan aku selalu membenci diri sendiri kerana ini. Selalu, setiap hari, setiap masa bilakala aku kembali ke sini.

*dush!*

Monday, April 09, 2007

i tak biasalah hueheheh~

tak biasalah belitkan kaki cenggini~


Rasanya antara perkara paling sukar untuk kita lakukan dalam hidup ialah melupakan kebiasaan kita. Terbiasa ke tempat itu, terbiasa menjamah makanan itu, terbiasa bersama, terbiasa bercerita, terbiasa dirindui. Dan tiba-tiba kita ‘diarahkan’ untuk menanggalkan pakaian kebiasaan itu dari tubuh kehidupan *aku nampak Tedungs dah pikir yang bukan-bukan ahahah*.

Sekarang perlu membiasakan diri dengan ketiadaan perkara yang pernah menjadi kebiasaan kita. Biasakan diri dengan kesepian, biasakan diri dengan keberadaan diri yang sendiri, biasakan diri dengan ketiadaan sesuatu yang pernah menemankan kita saat keseorangan, dan biasakan diri dengan satu kenyataan – yang satu masa nanti ia akan pergi terus. Biasakan diri dengan kenyataan bahawa kita tak mungkin jejakkan kaki ke situ lagi, tak mungkin akan terasa di tekak untuk menelan makanan itu, tak mungkin akan ada waktu kita mendengar dia memanggil lagi.

Mungkin sekarang kita masih tertanya-tanya, atas khilaf kita yang manakah membuatkan Tuhan menghukum kita – dengan cara menghilangkan kebiasaan kita padahal kita sudah senang dengan kebiasaan itu. Mungkin sekarang tidak putus-putus airmata bertali arus mencari hikmah yang selalu disebut orang bila kebiasaan kita sudah tidak menjadi biasa lagi. Sedangkan kita sendiri sudah tahu, bahawa Dia lebih tahu segalanya, yang telah terjadi, sedang terjadi dan bakal terjadi. Mungkin iya, skrip kehidupan kita yang sedia tergarap ini awalnya tidak menarik dan sinematografinya pun tidak seindah filem kehidupan teman-teman yang lain. Tapi selalu kita ingkar dan lupa, bahawa yang indah itupun bukannya indah sampai tamat, dan yang lara itu tidaklah berpanjangan. Dia bukanlah sekejam itu hingga tiada indah langsung dalam sepincing nafas hidup kita.

Mari berusaha – melupakan kebiasaan. Kebiasaan yang bukan lagi dalam jadual kehidupan.

Thursday, April 05, 2007

Izwan yang terpilus

berdua lebih baik?


Kamu tiada teman lelaki?
Diam. Dalam usia seperti saya nanti, kamu akan faham. Kamu akan berasa letih mengecewakan dan dikecewakan. Akhirnya kamu hidup hanya untuk kerja. Dan itupun bukannya mudah....


Errrkk. Bila Se-Jin menuturkan dialog ni, aku terasa macam dia bercakap bagi pihak aku. Tapi bukanlah frust, cuma aku rasa ada kebenaran dalam kata-kata dia. Bukan semua, ada antaranya.

Cerita hantu. Tapi mende lain lak yang aku dapat ek? Hehe.

*****

Aku rasa mesti korang pernah dengar lagu ni...


There was a girl I used to know
She was oh so beautiful
But she's not here any more
She had a college degree
Smart as anyone could be
She had so much to live for
But she fell in love
With the wrong kinda man
He abused her love and treated her so bad
There was not enough education in her world
That could save the life of this little girl

How come,how long
It's not right, it's so wrong
Do we let it just go on
Turn our backs and carry on
Wake up, for it's to late
Right now, we cant wait
She won't have a second try
Open up your hearts
As well as your eyes

She tried to give a cry for help
She even blamed things on herself
But no-one came to her aid
Nothing was wrong as far as we could tell
That's what we’d like to tell ourselves
But no it wasn’t that way
So she fell in love
With the wrong kinda man
And she paid with her life
For loving that man
So we cannot ignore
We must look for the signs
And may be next time
We might save somebody's life.

I on occasion met that guy
It's been a feeling deep inside
Something about him wasn't right
The way he proves himself a man
By beating his woman with his hands
Oh I wish that she’d seen the light
How can someone like that call himself a man
(he’s not man)
Cos in reality he’s far more less than that
And we can not ignore
Whenever we see the signs
Cause any kind of abuse
God knows is a crime



Ni lah menda yang kekadang membuatkan aku berfikir banyak when it comes to the things called marriage. Walaupun di dalam lingkungan family aku takdelah hal-hal gini, tapi aku still tak tau lagi nasib aku camne. Ni sume gegara email yang aku penah dapat.. dia kata.. orang yang lahir pada....

4 hb.

Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka mengikut perasaan dan kata hati. Sebab itulah, tidak hairan bila kamu sering tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.

Haha.. apelah aku ni kan? Mende ni pon nak percaya :D

Masa aku cuti semester time study dulu, aku ada laa sikit pengalaman - just pengetahuan jelah pasal kes gini. Masa tu ada sorang jiran kat taman sebelah ni memang kena dera dengan suaminya. Akak ni (akak ke?) baik jugek orangnya. Rajinlah datang surau belajar mengaji, fardhu ain segala. So memang kenal le dengan mak aku. Cumanya ada kadang-kadang tu dia miss, dan bila dia datang lepas dia miss kelas tu, mak aku kata dia perasan akak ni cam sedih, diam je. Tanda-tanda murung kot. Akhirnya baru mak tau pasal kes tuh. Dah banyak kali mak aku soh dia report polis, tapi tulah kan... isteri tu kalau dah sayang, leh buta mata hati segala. Kesian kat anak pun ye kot? Entahlah.

Satu malam tu, mak dapat panggilan telefon dari akak ni. Suami dia mengamuk lagi. Kali ni memang sampai kecoh le jadiknya. Lepas telefon polis, mak dengan abah pergi ke rumah dorang. Aku tak pastilah apa jadik. Tapi tak silap aku, suaminya memang dah naik hantu (laju kot naik hantu tu?). Lepas dia belasah, dia kurungkan akak tu dalam rumah. Abes pintu tingkap sume dia kunci. Ada gak dia ugut guna pisau ke ape tah, tak ingatlah aku. Last-last family lelaki ni sampai. Ah... yang pastinya jantan itu kena tangkap. Akak tu dengan anak dia tidur sebilik dengan aku malam tu (ooo... anak dia asik bercakap je satu malam tu, tak senang tido aku dibuatnye hehehe). Tak tahulah apa jadik kat dorang sekarang. Huhu.

Korang penah ada pengalaman tengok penderaan dalam rumahtangga?