Thursday, May 31, 2007

hard time~




Half-half.

Aku nampaknya macam tak susah hati. Boleh je tak susah hati, dengan syarat - jangan pikir banyak. Jadinya aku nampak cam happy je. Tapi dalam hati baby cape yang tawuk?

Baru je hal peribadi nak selesai (walaupun takkan selesai hingga 25 tahun lagi), datang pulak bala lain - hal keje. Tak berapa nak bala laa.. standard Balakrishnan je. Balakong?

ilek-ilek... jangan pikir sangat..

Tapi mana boleh tak pikir, ini hidup aku *sigh*

Bila dok pikir sangat, rasanya boleh mendatangkan susah hati gak ni. Ah, malaslah nak pikir~!


bile susah ati, saya pikirkan awak - takpe ke? saya ingat lagu ni - untuk saya dulu kan?


So lately, I've been wondering
Who will be there to take my place
When I'm gone, you'll need love
To light the shadows on your face
If a greatest wave shall fall
It would fall upon us all
And between the sand and stone
Could you make it on your own

If I could, then I would
I'll go wherever you will go
Way up high or down low
I'll go wherever you will go

And maybe, I'll find out
The way to make it back someday
To watch you, to guide you
Through the darkest of your days
If a greatest wave shall fall
It would fall upon us all
Well I hope there's someone out there
Who can bring me back to you

If I could, then I would
I'll go wherever you will go
Way up high or down low
I'll go wherever you will go

Runaway with my heart
Runaway with my hope
Runaway with my love

I know now, just quite how
My life and love might still go on
In your heart and your mind
I'll stay with you for all of time

If I could, then I would
I'll go wherever you will go
Way up high or down low
I'll go wherever you will go

If I could turn back time
I'll go wherever you will go
If I could make you mine
I'll go wherever you will go

Monday, May 28, 2007

Menayang Betis Sekitar KL

p/s: khinzir ittew tiada kaitan dengan aku, begitu juga dengan tuannya. sekian.


Dah lama aku tak naek motor. Maksud aku, menunggang. Eh? Kalau duduk je kat belakang tu, bonceng ek? Hah. Membonceng motor. Rasanya last aku naek motor - bonceng - errr... bile ek? Kene tanya Peah. Bile ek Peah? Lupe dah.

Tadi merasa laa naek motor kat KL. Alangkah trajiknye membonceng motor sambil pakai baju kurung daripada material kain sari. Nak ensot sambil duduk tu pon tak berani, kang koyak lak kain aku ni kang. Dan free-free jelah mamat-mamat KL dapat tengok betisku yang bernilai RM1.5 juta tuh. Huhuhuh~ Kalau tau nak naek motor, baek aku pakai suar je tadi. HUHUH~

Kalau diikutkan, aku suka naik motor. Masalahnye aku tak reti nak bawak sendirik. Haha. Ramai orang tak caya aku tak reti bawak motor. Ayat penghinaan seperti muka je ganas, tapi tak reti bawak motor sudah biasa aku dengar huks. Aku ganas ke? Sikit punya ayu ni, ganas mendenye :p

Masa aku sekolah dulu, memang aku mengidam sungguh nak belajar bawak motor. Siap berangan nak bawak TZM bila masuk U nanti *pakai full-face, glove, spek itam, jaket kulit.. oh yeaaahh*. Giler tinggi angan-angan gua. Tapi masa tu jugak, takde sape yang sudi nak ajar aku bawak motor. Abang-abang aku sorang pun tak sudi, takmo aku jadik tomboy la tu (ape kes?). Bapak aku pun bolayan. Tak paham betul aku!

Dan ditakdirkan abang angkat aku meninggal tahun 1997 sebab eksiden motor. Huhu. Sejak hari tu terus ilang selera aku nak belajar bawak motor. Biasalah aku, bila dah aku kata takmo samting, memang takde sape boleh paksa aku. Lepas SPM, abah suruh gak aku belajar bawak motor - sorry daddy, mebi nextime. Hahah. Sampaikan abah mintak tolong Kapai, soh pujuk aku belajar bawak motor tapi tak berjaya gak. Hoh ketegaq tahap gaban.

Tu lah dia. Sampai skang pun tak reti bawak motor. Tapi takat sorong je boleh kot. Anak buah aku yang pompuan tu pon terer bawak motor sana sini, aku gak yang tak reti.


busu, nape busu takmo belajar bawak motor?
maleh aku, nanti nenek ko asek soh busu gi kedai je hahah
hek eleh....~

Friday, May 25, 2007

enibadi miss me?? :p


Komputer rosak 3 hari. Saket nyawa. Hukhuk.

Tapi bila dah elok ni, tetibe je bole guna YM kat computer aku. So. Sape2 ade YM, kalau rasa nak borak dengan aku di waktu senggang, add le aku --> masyita4180@yahoo.com. Oh ye.. perkenalkan diri ye. Aku memang akan jadik kurang peramah sebaliknya bertukar menjadi pemarah bila orang ngade2 soh aku teka identity laa ape laa. Andai anda artis sekalipun, sila kenalkan diri untuk sesi beramas mesra ok!

Tangan pon saket. Hukhuk.

Apsal laa sekonyong-konyong aku rasa aku memerlukan uang yang banyak neh? *saket paler lak*

Ni ada laa orang emailkan untuk aku. Yang bestnya – hanya untuk dua orang je dia emailkan tuh. Aik.. mendalam nih! Meh le aku pastekan.

Tidak,..


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita.
Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya orang itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan
kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn karenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala
cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Tu dia.

Monday, May 21, 2007

Perhubungan Awam kata orang Melayu

ni henpon Abg Arie masa beliau hidop di zaman Paliolitik


Public relationship. Wah macam serius je apa yang aku nak cakap ni ek?

Memang bukan mudah untuk kita memulakan sesebuah perhubungan terutamanya dalam konteks pekerjaan ni. Kekok, kelu, malu, segan semuanya bercampur aduk. Apatah lagi kalau memang yang jenis pemalu (macam aku muahahaha). Tapi kadang-kadang – err.. selalunya – dalam kehidupan karier, kita perlu memadamkan perasaan macam ni. Susah memang ler susah, mana ada menda senang dalam dunia ni. Nak makan pun kadang-kadang susah (bila takde selera), b*rak pun kadang-kadang sembelit.

Namun tuntutan sekitar perlu juga dipenuhi. Penting. Buka mulut, maniskan kata-kata, jangan lupa senyum, pitching suara pastikan tak lari berganti-ganti. Paling utama, rasa malu tu, kikislah sikit.

Aku bercakap ni berdasarkan pengamatan pada budak-budak praktikal yang ada kat opis aku ni. Macam-macam students yang keluar masuk, macam-macam perangai yang aku tengok. Ada yang selamba, ada yang kerek, ada yang ingat dia tahu semua, ada yang tak tahu mende, ada yang malu tak tentu pasal tapi bila tang tak malu tu, tak malu tak tentu pasal. Dan aku memandang hal ni adalah salah satu kelemahan pada para siswazah dan siswizah (ada ke perkataan ni? sesuka mempedal aku je) sekarang.

Aku pun bukan tak pernah praktikal cam dorang, korang pon sama kan? Biasalah, nak-nak pulak ada geng yang sama-sama praktikal kat tempat yang sama. Kalau boleh masuk toilet pun nak berdua (contohnya ada kat opis aku ni heh). Tapi kenalah ingat, masa praktikal ni laa kita nak belajar, dan memahami dunia pekerjaan yang sebenar. Kalau rasa takde benda nak buat, tanya laa kat staff-staff apa yang patut. Takkan nak melongok je surf tenet tengok AF laa, Senario laa (eh?). Kalau sume menda nak harap disuap, alamat membawak lee pangai camni sampai keje.

Masa zaman aku praktikal dulu, memang tak dinafikan bukan mudah nak memulakan perkara yang kita tak biasa. Tapi kenalah jugak, kalau tak camne nak belajar? Cari jalan jugak, apa saja – mulakan pun bukan susah, tapi kena tebal sket kot muka hehe. Akhirnya dalam seminggu, dua-dua bahagian dalam jabatan tu pun boleh kenal kitorang. Kalau boleh, pegi makan pon join diorang. Jangan buat hal sendiri je.

Wah wah ni dah macam tips untuk budak praktikal pulak. Aku pun macam laa best sangat. Apa barang..?


* tadi dorang memekak dalam bilik meeting, tensen lak aku – kan dah kena sound skalik. nasib le…


[edited]

mak call tadi, demam. sian dia. rasa sebak lak bila mak tanya - sayang mak tak? mestilah sayang, mak.. kalau tak sayang mak, nak sayang sape lagi? *sob sob*. doakan aku dapat kumpul duit nak gi Medan, ada sesuatu yang mak nak dari sana, dah sebut-sebut daripada aku balik kampung aritu. huhuhuhu~

Friday, May 18, 2007

Manjalara

manje? takde maknenye!~


Dalam perjalanan pulang dari Kota Tinggi semalam, aku ditanya oleh seseorang mengapa aku berbeza dengan mereka yang sama-sama memegang title ‘anak bongsu’. Mengapa aku nampak tegar, tabah dan berbagai-bagai lagi. Diam, tarik nafas dan jawapan aku..

Tetiap orang berbeza cara penerimaannya.

Mungkin cara penerimaan itu sama, cuma cara menangani setiap apa yang mendatang itu yang membezakan kita. Pun bagi aku, aku tetap sama macam anda semua. Aku tetap seorang manusia; perempuan – yang walau sekeras mana tingkah laku, se’kerek’ mana pun kadang-kadang lagak aku, dan sekasar mana pun kata-kata – tetap juga ada ruang fragile dalam hati. Mungkin kerana aku malas nak selalu ke ruang fragile itu menyebabkan yang terzahir hanya yang kuat-kuat aja.

Memang bukan senang nak memandang positif pada semua dugaan yang melanda. Berkata memang mudah, semudah menyumbat makanan ke mulut. Tapi kalau selalu dilatih, benda yang mustahil boleh jadi biasa. Ah.. susah! Tapi kena mudahkan juga.

Hehe.. mungkin sebab arwah abah pun tak memanjakan aku mengkhinzir buta (sori Azzam.. pinjam ayat ko). Aku rasa aku sorang je anak bongsu dalam dunia ni yang pernah kena pukul dengan 4 medium yang berlainan - berturut-turut dalam satu masa. Dahan pokok rambutan, hanger dua jenis – satu besi satu kayu dan yang terakhir, payung yang panjang tuh. Sapa kata anak bongsu manja woit?

Manja, manja juga – tapi belasah tetap kena :)

Tuesday, May 15, 2007

Ucapkan Selamat~

bertindak mengikut arahan!~


Aku dengar kat radio pagi tadi, arinie Hari Guru ek? Ke esok? Hehe. Tak kisahlah bila-bila pun. Yang penting, selamat pada sume guru-guru, sifu, ustaz, ustazah, lecturer dan sume tenaga pengajar yang layak diraikan. Semoga tabah dan sabar menangani perangai budak-budak sekarang yang kekadang macam hantu dan syaitan. Ingatlah, bukan salah ibu mengandung. Salahkan bapak dorang (eh.. lain macam je??).

Especially untuk mak aku (dan jugek arwah abah) yang jugek bekas guru - begitu berdedikasi skalik beliau itu. Tahun-tahun terakhir sebelum mak aku mengambil keputusan untuk bersara awal, dia mengajar bebudak yang lemah IQ. Ala.. dulu orang panggil Kelas Pemulihan, tak tau le kot sekarang pon masih guna term yang sama. Masa tu aku dok sekolah tadika lagi. Kekadang bila boring lepak-lepak kat library lepas abes kelas kat tadika tu, aku ikut gak mak aku gi ngajar. Tapi lepas peristiwa aku menjawab soklan yang mak bagi untuk murid-murid dia, terus aku diharamkan mengikut mak ke mana-mana kelas yang dia ajar. Mak kata nanti aku mengakibatkan budak-budak tu mengalami sindrom low self esteem sebab aku jawab soklan untuk budak darjah 2 padahal aku baru 5 tahun masa tu. Sian kan aku, hukhuk.

Masa zaman abah lak mengajar, aku tak ingatlah ada ke tak aku ikut dia pegi kelas-kelas. Rasanya abah tak bagi, sebab nanti anak murid dia leka bermain-main dengan aku hehe. Tapi sonok gak jadik anak cekgu besau ni tau (masa tu laa), sebab nanti ada je anak murid abah yang ngulur cekelat laa, cekedis laa bila tengok aku keboringan.

Cite pasal cikgu ni, cikgu yang cukup meninggalkan kesan dalam kepala otak aku (dan kekawan) of course laa cikgu BM kitowang masa tingkatan 3, Cikgu Jasmi. Hoh dia ni ensem laa jugek senornya, tapi bila time mengajar, leh gugur bulu roma kalau dia start jegil mata. Bila wat lawak, memang tak tahan ah, ade je idea dia. Dan dia jugak penuh dengan idea jahat kalau tiba time nak mendenda kitorang. Basuh muka dengan air hujan, keliling padang perhimpunan, berdiri tengah panas sambil menyanyi, berdiri atas meja - adeh.. cikgu aku ni memang penuh dengan idea jahat hehe. Kalau aku ada buat kesalahan tatabahasa ke, mula laa dia keluarkan ayat - macam mana ko ni, mak abah cikgu, tapi buat mende ni pun salah. Hukhuk.. diskriminasi~

Tapi kenangan yang nombor satu dengan dia tentunya kes dia suruh kitorang menyanyi lagu iklan Scott Emulsion. Kisahnya kawan aku si Arma ngokngek ni sudah menampal lirik lagu iklan tu kat meja dia. Kebetulan masa tu kitorang baru je kantoi dengan cikgu ni sebab letak gambar KRU kat meja (yaa.. akulah antara mereka yang kantoi itu. tapi aku kantoi sebab guna nama Norman dalam karangan hehe). Sekali dia sudah nampak daa lirik tuh. Tersengih-sengih dia, sambil mengarahkan kawan aku ni supaya keluarkan kertas lirik tu, pastu dia boleh plak salin balik lirik tu kat papan itam. Lepas abes je dia salin lirik tu, dia pun berkata, minggu depan kita ada aktiviti yang menarik nih. saya tau awak sume mesti bosan kan, asik-asik bersajak, tulis karangan, pantun, syair, belajar tatabahasa. mesti boring kan kan? jadi sekarang saya nak sume orang salin balik lirik lagu ni dan hafal. minggu depan kita nyanyi sama-sama ok? Alamak tensionnya aku.. sebab aku sorang je yang tak suke lagu neh, budak lain sume dah hapal hukhuk.

Lepas kuar arahan tu, dia punya gelak berdekah-dekah macam nak putus urat mareh. sepanjang saya mengajar, ni laa pes taim saya gelak macam ni, hahahahha. Adeh.. dia sonok giler ni mesti ada rancangan giler lain ni. Seperti diduga, mende ni dihebohkan kat bilik guru dengan jayanya oleh beliau. Asal ada je cikgu-cikgu masuk kelas aku, kompem diorang tanya, awak dah hafal ke lagu yang Cikgu Jasmi suruh nyanyi nanti tu? Hehehe cam hampeh.

Bila dah tiba hari kejadian, ramai laa pulak cikgu-cikgu yang 'dijemput' untuk menyaksikan persembahan kitorang. Termasuklah budak-budak kelas lain daripada blok sebelah pun sama menikmati. Huhuhuh malu giler sebab kelas aku ni sume pompuan (tapi sekolah campur). Si Arma sampai nanges-nanges sebab kena jadik conductor heheh. Cikgu Jasmi lak best je jalan satu kelas sambil perati kitorang dekat-dekat (kot-kot ade yang miming je). Hahaha bila dikenangkan memang lawak betullah.

Last aku jumpa Cikgu Jasmi masa aku pegi ke Kuching tahun 2003 dulu. Dia ikut rombongan Jabatan Pendidikan tak silap aku. Hehe. Yang best tuh, dia kenal lagi aku. awak ni budak kelas Khas, bapak awak cikgu tu ek? Itu jelah trade mark aku.

Walaupun dia cenggitu, tapi sebab dialah kitorang ni jadik 'orang'. Orang yang berjiwa kental weh, ingat senang ke nak menanggung malu bila kena denda dengan dia. Dan dialah juga cikgu yang mengantar sajak aku dalam pertandingan apetah masa sambutan Hari Guru. Cikgu.. cikgu.. malu aku. Sibbaik menang ehehe. Hari-hari terakhir dalam tingkatan 3, Cikgu Jasmi minta kitorang tulis surat untuk dia, luahkan apa yang kitorang rasa sepanjang dia mengajar. Kutuk ke, puji ke, apa saja beb! Aku pun apa lagi.. tampal gambar KRU beso-beso dalam surat untuk dia tuh hehehe.

mengail dengan ayah ku rasa bertuah
pulang sebelum hujan
sebab kami ada kawan
bernama scott emulsion

riangnya waktu membesar
badan pun jadi sihat dan kuat
ibu mengatakan kami ada kawan
bernama scott emulsion..~

Sabau jelah hehe. Apepun, mekasih untuk sume tenaga pengajar yang terbabit dalam pembangunan insan bernama Masy ni. Cheers!!~


p/s: esok lusa aku tade, outstation ke Kota Tinggi. see u ols Jumaat nanti keh! *lambai sapu tangan*

Friday, May 11, 2007

bunga-bunga kompius pun tumboh di kepala baby~

nun di sana.. beribu batu..
kau ku tinggalkan.. bersama hatiku..
eceh!



Takpe ke aku nak cerita mende ni? Tapi janji ye... korang janganlah pandang serong ke, senget ke kat aku. Janji??

Sebenarnya ramai di kalangan kawan-kawan aku yang meragui motif encik di atas itu mencari aku kembali. Memulanya aku memang ada rasa kompius, tapi lama-lama tu aku rasa biasa je. Masalahnya bila dah semua pun rasa macam ada sesuatu je, aku pun dah mula rasa semacam lak. Antara soklan dorang:

Dia ada problem dengan wife dia ke? <-- most popular!
Apsal dia tetibe cari ko?
Dia nak ape?

Isk! Apsal pikir sampai macam tu?

Memula dulu memang aku akui, aku pelik gak apsal dia tetiba je contact aku. Dan sebenarnya aku nak gak tanya dia aritu, tapi lupa lak <-- lupa betul tau bukan buat-buat lupa. Biasalah, bila dah borak sakan tu, mana nak ingat sangat.

Sebelum jumpa dia, ada jugak aku tanya pendapat kawan-kawan aku, patut ke tak aku jumpa dia (tanya je, aku bukan ikut pun :p). Kebanyakannya macam tak bagi. Dan mende tu aku dah agak dah. Susah nak jelaskan apa aku rasa, apa aku fikir. Ada jugak yang kata - setakat kawan apa salahnya. Hehe. Tapi kenyataan tu kuar lepas dorang hentam aku kaw-kaw punyalah. Ceh!

Cuma masa aku pegi Langkawi aritu, ada sorang member aku yang sependapat dengan aku. Sependapat ke? Maksudnya dia faham 'kenapa' kalau aku nak jumpa encik itu. Mekasih la beb. Ko pun tahu aku bukan nak merosakkan apa-apa, ganggu apa-apa. Tapi ada samting dalam hati aku yang berkata aku perlu lihat dia. Walaupun mungkin ini kali terakhir.

Dan aku terima feed-back yang tak menyenangkan bila dorang tau aku gi jumpe encik tu sorang-sorang. Means, kami berdua je yang berjumpa. Takde pihak lain yang temankan (selain syaitan dan malaikat kiri kanan). Teruk ke aku? Jahat ke? Aku rasa mesti ada komen yang hentam aku jap gik. Huhuh~

Cuma aku teringin nak bagitau dorang. Sepanjang masa aku bersama dia, aku yakin dia takde perasaan kat aku. Tak taulah kalau aku silap pulak. Setakat dia risaukan kesihatan aku, dan sms aku sama ada aku jumpa jalan balik ke tak, dah sampai ke belum, aku rasa biasa je. Dia yang aku kenal memang macam tuh.

Perasaan aku janganlah ditanya. Yang dah kawin tu dia, bukan aku. Heh.

Apsal aku cite kat korang ek? Sebab bila orang dok cakap macam-macam, aku rasa bersalah pulak padahal aku rasa aku tak salah pon.

Salahkah baby??

Tuesday, May 08, 2007

Meh senyum reramai!~

kami yang terbabit~

Penat dan mengantok. Perjalanan 4 hari 4 malam (ada bahagian ekstra tu hanya melibatkan aku je) memang galoks laaa kali ni. Malas nak cite, korang tengok je gambar kat sini ek.

Aku cuma nak cite pasal perkara yang tak dirakam dalam kamera. Iaitu pertemuan semula aku dan dia. Setelah pertemuan terakhir 3 tahun lepas yang amat dingin, siapa sangka kali ini sangat jauh berbeza. Aku pun macam tak caya je aku leh mengadap muka dia tanpa rasa marah dan sedih. Biasa-biasa aja. Melihat dia sihat walafiat, ceria, dan bahagia, ermm... Gelak tawanya yang dah terluput dalam ingatan pun muncul lagi ari tu.

Aku dan dia hanya kawan. Aku tau, pertemuan kali ini sebenarnya – seolah-olah – menebus kembali tingkah dia terhadap aku masa pertemuan terakhir.

Jangan risau awak, saya tak pape. Saya dah terbiasa macam ni. Tapi terima kasih sebab ambil berat. Dan atas kerisauan awak. Saya maafkan semuanya, dan redhakan semuanya.

Dan pagi tadi, ’love anthem’ kami suatu masa dulu berkumandang di radio..


Datanglah sayang dan biarkan ku berbaring
Di pelukanmu walaupun ’tuk sejenak
Usaplah dahiku dan kan kukatakan semua

Bila kulelah tetaplah disini
Jangan tinggalkan aku sendiri
Bila kumarah biarkanku bersandar
Jangan kau pergi untuk menghindar

Rasakan resahku dan buat aku tersenyum
Dengan canda tawamu walaupun’ tuk sejenak
Kerna hanya engkaulah yang sanggup redakan aku

Kerna engkaulah satu-satunya untukku
Dan pastikan kita selalu bersama
Kerna dirimulah yang sanggup mengerti aku
Dalam susah ataupun senang

Dapatkah engkau s'lalu menjagaku
Dan mampukah engkau mempertahankanku

Bila kulelah tetaplah disini
Jangan tinggalkan aku sendiri
Bila kumarah biarkanku bersandar
Jangan kau pergi untuk menghindar


Dan aku tersenyum lagi. Kenangan memang manis. Tapi setakat itu sajalah.