Thursday, June 28, 2007

Iklan


Semalam..

Pintu office dibuka, dan terjengullah seken bos aku di muka pintu. Seperti biasa, dia..

Assalamualaikum...

Waalaikumsalam. Aku senyum.









Sweetheart?

ceh~

Ye saya?


Hahahahaha seken bos aku gelak besar. Dia ingat dia je boleh kenakan aku. Nak sangat iklan, layankan je.



Hari ni.


Pintu office dibuka, dan terjengullah seken bos aku di muka pintu, untuk kesekian kalinya. Aku pandang dia, dia pandang aku. Senyum.


Ok ok.. Assalamualaikum..

Waalaikumsalam. Sama-sama tersenyum menahan gelak.

Encik **** taknak cakap macam semalam lagi ke? Aku tahan gelak.

Dia ketawa besar. Hahahaha takmo takmo~

Tuesday, June 26, 2007

Lega (^_^)v

Lepas dah seksa aku. Yang sampai membuatkan aku saket belakang akibat dua minggu meniarap membaca nota. Heh macam bagos je, masa aku nak exam zaman student dulu pon tak study camni tau.

Apepun, berbanyak² time kasih pada sahabat aku yang bersungguh-sungguh membantu carikan nota untuk aku - Adah.. hutang banyak sangat kat ko huhu. Untuk sorang lagi kawan aku yang macam tau-tau je aku mengong Ahad aritu dan ajak aku kuar minum, mekasih la beb. Hakikatnya, malam tu aku tokleh tido sampai 4.30 pagi gara-gara Tiramisu Coffee tu tau tak. Petang ni insyaallah aku pulangkan sume nota ko dan melunaskan nafsu serakahmu ittew - nak makan sikret resipi yeee.. Siot betoi.. aku lom gaji lagi ni hehe. Lenkali pawlah awekmu ok, ajak aku skali :p Pun beribu lemon dan leman pada kawan aku yang sorang lagi ni sebab sudi tumpangkan umah kat Putrajaya. Hutang budi dibawa mati lalalalala~ Dan juga thanks untuk korang - sapa-sapa yang wish gudlak pada aku dan mendoakan aku, mekasih sangat-sangat ni! *muka terharu*

Macamana interview aku smalam? Ok je. Aku bermula dengan ok, tapi aku boleh rasa aku menggeletar masa dok bercerita a.k.a mengelentong encik-encik SPA tuh. Biasanya kalau menggeletar macam tu, tu tandanya aku nak nanges huahahaha. Sibbaik aku tak nanges dalam bilik interview tuh. Walaupun encik yang sorang tu memulanya macam eksen kat aku - eksen laaa.. aku senyum dia wat daaak je :p , tapi hujung-hujung tu boleh lak dia mengusik aku (haa tu lah tadi eksen sangat). Apa yang aku boleh kata, 80% - 90% daripada soklan sorang, alhamdulillah aku boleh jawab (entah betul ke tak tuh?). Tapi tak taulah kalau 10% yang aku kantoi tu akan mempengaruhi keputusan pihak juri. Kita nantikan keputusannya hujung bulan depan. Sementara menunggu tarikh tersebut, meh laa kita sama-sama berdoa ye (eceh cam berbaur politik je).

Lepas abes interview, aku shoot ke Bukit Raja - tengok wayang. Hehe. Loba-loba untuk menghepikan diri sendiri.


Ok dah abes cite interview.


Chot, nak sangat tengok muka aku masa kekanak ek? Nah amek ni. Gambar aku masa kekanak sangat banyak senornya. Biasalah, adik pompuan sorang (kata abang-abang aku - memang betol pon). Kalau korang tengok album aku, mostly gambar aku siap posing. Dorang le tuh soh aku bergaya-gaya bagai. Yang aku tunjuk ni takdelah posing sangat hehe. Malu malu~

gambar ni aku edit sket heh~



yang dua² ni malas dah aku nak edit~


Aku tak ingat la brape umur aku masa gambar² tu disnap. Nantilah aku tanya pada pihak-pihak yang terlibat. Skarang nak tag...

Kak Luna
Arianna (wakakakakka)
Zaida


*hendaklah engkau menjadi orang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar*

Thursday, June 21, 2007

tulun!~

ZzzZzzz..~


Status kondisi aku skarang adalah..

1. Penat
2. Ngantuk
3. Cuak
4. Huru-hara


Aku baru balik dari Kota Tinggi. Penat sangat rasanya. Tapi takpelah, time muda ni lah nak penat-penat gini.

Aku jumpa dia lagi semalam. Jangan marah aaa.. Aku jumpa dia atas urusan, bukan ngengada nak jumpa. Kali ni ada sesuatu pulak, kenapa laaa aku perasan mende ni. Dia bawak mende yang pernah aku hadiahkan untuk dia dulu. Isk..

Aku tau dan ingat, betapa dia inginkan sangat mende tu. Betul-betul mau. Dan bila mende tu dah ada dalam genggaman dia (sambil duit dalam genggaman aku terlepas), memang jelas terpancar kegembiraan di wajah dia. Merah-merah muka hehe. Apalah sangat duit yang terlepas dari genggaman aku tuh kalau dibandingkan dengan kegembiraan dia.

Oppppp itu dulu.

Penat ah!

Kekawan!

Aku perlu sangat doa korang. Aku dapat interview SPA isnin ni. Senornya aku pun tak sure sama ada aku nak ke tak jawatan ni, 50-50. Rasanya tak dapat pun aku ok, tapi kalau dapat ape salahnye kan? ;) Walaupun naluri gomen tu lom ade lagi dalam jiwa aku, apatah lagi selepas dikondemkan oleh dia semalam (tak membantu langsong!), aku bertambah tak sure lak.

But still. Aku perlukan doa korang. At least aku tak nak membodohkan diri aku depan encik-encik SPA tu macam 4 tahun lepas. Masa tu takmo sangat sebab tak nak jaoh dengan dia hiks, ngok ngek betoi! Doakan aku tak berape cuak, tenang hati, konfiden tahap gaban dan terer menjawab soklan encik-encik SPA itu dengan jayanya. Pastu kalau rasa korang ati cinderella, doakan le aku dapat post ni ek. Ek? Ek?

Monday, June 18, 2007

meh baca sokkabau~

@717, Royale Bintang Hotel


Wanita lebih lama guna tandas berbanding lelaki

MIRI 17 Jun – Kajian menunjukkan wanita mengambil masa sekali ganda lebih lama untuk sebarang urusan di tandas berbanding kaum lelaki, kata Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak (KASKA), Datuk Michael Manyin Jawong.

Beliau berkata, fakta tersebut memberi panduan kepada pihaknya untuk mewajibkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini menyediakan lebih banyak tandas wanita dalam setiap pembinaan tandas baru.

Sebagai permulaan, katanya, kriteria itu hanya diwajibkan bagi pembinaan tandas awam oleh PBT, sebelum ia dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dalam setiap pembinaan tandas awam di pelbagai sektor di negeri ini.

‘‘Kalau dibina 10 tandas lelaki, maknanya bilik tandas perempuan perlu ada 20.

‘‘Ini kriteria yang baru diperkenalkan kementerian terhadap setiap pembinaan tandas awam baru di seluruh negeri Sarawak,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Jerayawara Kebersihan Tandas bagi Zon Utara Sarawak, di Dewan Suarah Miri, dekat sini semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Tandas Sarawak berkata, pembinaan lebih banyak tandas wanita diharap dapat mengatasi pelbagai masalah yang timbul seperti tahap kebersihan tidak memuaskan, selain kesulitan kerana terpaksa menunggu giliran terlalu lama.

‘‘Kalau tandas selalu penuh dan sesak, sukar bagi kita mahu jamin kebersihannya.

‘‘Sudah pasti juga lantai sentiasa basah yang mana keadaan ini menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan pengguna,” ujarnya.

Selain itu, menurut Manyin Jawong, pelbagai usaha dirancang bagi meningkatkan tahap kebersihan tandas awam di seluruh negeri termasuk mengemukakan reka bentuk tandas baru serta menggalakkan penggunaan cecair untuk mencuci tangan.

‘‘Berdasarkan reka bentuk baru yang dibenarkan kementerian, sesebuah tandas awam tidak perlu mempunyai pintu utama manakala basin mencuci tangan harus diletakkan di luar tandas,” tambahnya.

Mengenai penggunaan cecair pencuci, beliau memberitahu, buat masa ini pihaknya hanya mewajibkan penggunaan cecair pencuci bagi semua tandas di bawah jagaan PBT.

‘‘Kita sudah keluarkan pekeliling supaya PBT menggunakan cecair bagi menggantikan sabun untuk mencuci tangan dalam tandas manakala bagi premis seperti restoran dan kedai kopi penggunaan cecair digalakkan meskipun belum ada cadangan untuk mewajibkannya.

‘‘Kita juga memerlukan para arkitek dan masyarakat umum untuk menyumbang idea bagaimana reka bentuk tandas yang sesuai digunakan di sekolah bagi menangani masalah yang dihadapi sekarang,” katanya.

Menurut beliau, bilangan tandas di sekolah berasrama penuh masih tidak mencukupi bagi menampung keperluan penghuninya yang mana ia menjadi antara punca kebersihan tandas sekolah tidak dapat dipertingkat sehingga kini.

*direct copy from utusan*


Sebagai salah sorang pompuan yang turut terbabit dalam statistik yang tak dapat disangkal ini, aku paham dan boleh tahu kenapa kami dok lama dalam toilet. Hehe. Dan aku jugek tahu kenapa lelaki tak dok lama² dalam toilet (walaupun ade kes lelaki yang suke dok lama² dalam toilet - haaa buat ape tu kuikuikui ). Nak kena bagitau ke? :p hohohoho~

Thursday, June 14, 2007

Selamat Hari Bapa!~




From the first time the doctor placed you in my arms
I knew I'd meet death before I'd let you meet harm
Although questions arose in my mind, would I be man enough?

Against wrong, choose right and be standin up

From the hospital that first night

Took a hour just to get the carseat in right

People drivin all fast, got me kinda upset

Got you home safe, placed you in your bassinette

That night I don't think one wink I slept

As I slipped out my bed, to your crib I crept

Touched your head gently, felt my heart melt

Cause I know I loved you more than life itself

Then to my knees, and I begged the Lord please

Let me be
a good daddy, all he needs
Love, knowledge, discipline too

I pledge my life to you

Just the two of us, we can make it if we try
Just the two of us, (Just the two of us)
Just the two of us, building castles in the sky
Just the two of us, you and I

Five years old, bringin comedy
Everytime I look at you
I think man, a little me

Just like me

Wait and see gonna be tall

Makes me laugh cause you got your dads ears and all
Sometimes I wonder, what you gonna be

A General, a Doctor, maybe a MC
Haha, I wanna kiss you all the time

But I will test that butt when you cut outta line, trudat

Uh-uh-uh why you do dat?

I try to be a tough dad, but you be makin me laugh

Crazy joy, when I see the eyes of my baby boy
I pledge to you, I will always do

Everything I can

Show you how to be a man

Dignity, integrity, honor and

And I don't mind if you lose, long as y
ou came with it
And you can cry, ain't no shame in it

It didn't work out with me and your mom

But yo, push come to shove

You was conceived in love

So if the world attacks, and you slide off track

Remember one fact, I got your back

It's a full-time job to be a good dad
You got so much more stuff than I had

I gotta study just to keep with the changin times
101 Dalmations on your CD-ROM

See me - I'm tryin to pretend I know

On my PC where that CD go

But yo, ain't nuthin promised, one day I'll be gone

Feel the strife but trust life does go on
But just in case
It's my place

To impart

One day some girl's gonna break your heart

And ooh ain't no pain like from the opposite sex
Gonna hurt bad,
but don't take it out on the next, son
Throughout life people will make you mad
Disrespect you and treat you bad

Let God deal with the things they do

Cause hate in your heart will consume you too

Always tell the truth, say your prayers
Hold doors, pull out chairs, easy on the swears

You're living proof that dreams come true

I love you and I'm here for you

(Just The Two Of Us - Will Smith)


Lagu ni lagu rap kot ek? Rap lah tu. Tapi siyes, tiap kali dengar lagu ni aku rasa tacing (tahpape tol). Bukan apa, try dengar, hayati lirik dan bayangkan muka apak korang (jangan bayangkan dia nyanyi lak hehe). Lagu ni dah mengekspresikan segala harapan dan perasaan seorang lelaki bernama bapak pada anak-anaknya. Wahwah tu dia!Selamat Hari Bapa untuk semua bapa-bapa di dunia :) Sayang bapak!


Yang kat tengah tu le arwah abah aku, ensem kan? Hehe. Mane aku? Cari aaa hahaha~

Friday, June 08, 2007

bunga² kesayangan hamba~

perfect gift!~

Aku kena tag dengan Kak Sue Pepel dan Kak Luna. Hehe. Senang je tag dia - bagitau apa nama bunga kegemaran baby.




Dunia!!!!





Aku SANGAT SUKA bunga lily. Sangat-sangat. Amat-amat *sambil wat muka serius - membayangkan betapa sukanya aku kat bunga ni*. Satu lagi bunga itu namanya Calla White (thanks Anji tolong aku carikan nama bunga ni). Pastu baru aku tau yang dorang ni satu keluarga. Kiranya sama-sama kaum lily cuma baka lain-lain (betul ke aku cakap ni?).



Meh laaa aku tunjuk.





ni namanye Spider Lily, bukan Spiderman



inilah dia Calla White pojaan hatikoo



Tiger Lily khas untuk Tiger Wood



.. dan lilies ini untuk baby okeh~


Berdasarkan apa yang aku baca baru ni, penggemar bunga²an ni mengklasifikasikan bunga kegemawan aku ni sebagai 'HIGH-MAINTENANCE BEAUTIES'. Ehek~ Bunga tu laa.. bukan aku.


So..
Anne, Azzam, Bang_Gugar dan jugek Kak Maya, please stand up. Sila jawab tag ni eh!~ ;)


[edited] kak luna senornye tanye ape lagu kanak-kanak kegemaran aku, bukan bunga ni.. hehe apedaa aku. kak, jawapannye ialah..err.. ntah ler, saya suka sume lagu, tak memilih aarr saya ni hehe]


Wednesday, June 06, 2007

nape ek?~

[penafian: aku apdet bukan sebab aku takde keje, tapi sebab banyak sangat keje. hanya orang yang banyak keje akan paham kenapa aku boleh wat entry. serius ni]

Meh bercerita.

Sebenarnya, selain daripada hal penamatan zaman bujang, isu lapuk yang tak berapa nak lapuk – yang sering dibangkitkan oleh mak aku dan juga dua tiga kerat abang-abang aku yang prihatin adalah isu sambung belajar. Dalam ertikata mudah, amek degree.

Ish.. sebab utama kenapa aku tak sambung belajar adalah..

Malas.


busu malas???! betol ke??


Itu je. Dan ada sebab-sebab yang lain jugak. Ermm.. hal duit bukan isu. Sebab abang aku yang sorang ni awal-awal dah cakap, dia akan sponsor kalau aku nak belajar. Sampai master pon? Ye – kata beliau dengan yakin dan bersungguh-sungguh.

Kenapa tak nak? Sambung jelah. Dah ade sponsor pun, tak payah apply PTPTN lagi macam dulu.. Demmit PTPTN!

Anda tahu tentang kursus perancangan bandar dan wilayah? Atau ada kawan-kawan yang pernah mengambil kursus tersebut semasa belajar di universiti dulu? Anda ingat bagaimana mereka mengharungi hari-hari yang sukar semasa hidup dan bernafas, satu semester demi satu semester?

Macam laa course lain tak bz.

Hehe. Course lain (yang bukan berasal dari satu fakulti yang berkaitan) tak sama dengan kami yang satu fakulti ini. Atau mungkin juga fakulti² seni yang lain. Satu subjek yang menentukan kau lepas satu semester ke semester lain adalah projek studio – yang kau kena pulun setiap minggu. Sebab setiap minggu ada dua kali submittion. Tak campur assignment² daripada subjek² lain pulak. Untuk siapkan projek studio, kena keluar pegi site. Balik site, makan studio minum studio tido studio. Lagi-lagi studio.

Tak tido, tak balik kolej, tak sempat makan. Pegi kelas untuk subjek² lain kadang-kadang sebab nak penuhkan kedatangan. Silap-silap tertidur dalam kelas. Hehe. Kalau dapat lecturer yang memahami, dia sanggup postpone kelas ke waktu yang lain – asalkan kitorang dapat tido.

Rekod tido aku yang paling cemerlang masa belajar dulu adalah 18 jam tanpa henti. 4.30 petang hingga 11 pagi esoknya. Hehe. Leh masuk rekod ke? Dan gastrik aku menjadi bertambah buruk masa belajar jugak. Sume gara-gara projek studio.

Pssstt yang ni rahsia. Mak aku tak tau sampai sekarang. Iaitu..

Aku pernah terpikir nak berenti belajar masa nak masuk tahun kedua. Tah pape kan aku? Pressured. So not me. Ada sorang je yang tahu, tu pun jauh. Syukur ada kawan yang sudi utus surat setiap bulan demi menaikkan semangat aku balik. Hehe. Sungguh tahpape aku time tu.

Tapi aku suka apa yang aku dah lalui. Dan aku suka apa yang aku lalui sekarang selepas aku belajar. Cuma aku tak nak lalui lagi. Kenapa?

Malas.

Sebab² yang lain, biarlah aku simpan bikin pusaka.

Monday, June 04, 2007

Trilogi


Bila menanggung keje orang (yang lebih dari seorang), memang sampai tak cukup ketiak nak berpeluh rasanya. Takpelah, jihad.

p/s: jihad, jihad jugek Mr. Boss, gaji haku bila nak naek lagi ni??

********

Sebahagian daripada kesusahan-hati aku dah settle sket. At least walaupun banyak keje kat opis ni, takdelah pikiran aku dok melayang-layang seperti burung layang-layang memikirkan hal lain. Heh.

Mekasih pada yang terlibat secara tak langsung dalam menguraikan kekusutan minda aku ni. Anda semua tidak tahu, sebaris dua ayat yang simple dimple kapadia itu sebenarnya membantu aku tidur lena. Kirenye cam pampers laa – kan aku baby. Huehehe. Tapi aku tak kencing time tido okeh!

Cheers!~

********

Pelik. Bukan korang. Tapi ade orang pelik. Macamana aku boleh menghappykan diri aku dengan mengingati orang yang pernah melukakan hati aku – dengan cara yang kejam. Hehe. Diorang pelik? Aku pun pelik. Huehehe.

Adalah sebabnya.