Monday, July 30, 2007

u have me in ur heart~

saya suka cawan saya, sebab dia bestt..~


Mengeluarkan kebenaran daripada kotak rahsia. Aku, manusia yang tiada kekuatan itu. Pengecutkah aku?

Aku ada keberanian. Tapi untuk ini, mungkin aku hanya mampu memandang. Kerana aku seringkali terluka setiap kali kebenaran ini cuba aku ungkapkan. Ermmm..~

Dan aku terseksa setiap hari kerana ini.

Thursday, July 26, 2007

2 tag, 1 cerkon


8 random things pasal aku ek.. ini tag yang sape yang bagi ah? Oo.. Cik Bawang. Ok meh aku jawab..

1. Makan – aku jenis yang lambat masa makan. Lambat menghabiskan. Ni bukan nak kontrol cun ke ape (kalau dah cun, slurrp ajelah kan?), tapi memang dari azali aku cenggini. Walaupun aku makan awal daripada orang lain, tapi mesti dorang abes dulu daripada aku. Aku boleh je abis awal daripada orang lain dengan syarat, jumlah makanan dalam pinggan aku adalah separuh daripada orang lain, pastu aku start dulu dan juge tidak bercakap langsung masa makan. Tapi tang makan mende berat-berat jelah. Kalau aiskrim ke, ABC ke, aku abis dulu. See, aku ganas tapi ayu hiks~

2. Aku boleh menulis – bukan menulis macam budak sekolah belajar menulis tu, tapi menghasilkan karya laa maksudnye (macam loya je ayat ni?). Zaman sekolah dulu, boleh dikatakan setiap minggu aku akan tulis satu atau dua sajak (tapi bukan sajak cintan ek). Diperakui oleh cikgu-cikgu BM aku masa tu, dan dorang galakkan aku masuk pertandingan tapi aku malu ler, I memang tak biasa glamer-glamer ni. Pernah sekali, aku nyaris dibawa menghadap pengetua sebab cikgu BM tu tak percaya yang karangan aku hantar tu, aku yang tulis sendiri. Sabau jelah.... Tapi tu dulu ler, sekarang bakat dah tumpul hehe. Tulis mengarut-ngarut jelah sekarang ni :p

3. Kaler peberet – aku peminat kaler biru. Tapi taklah fanatik sampai segala barang nak kene kaler biru. Cumenye sebelum beli satu2 barang tu, aku tengok dulu adekah barang itu cun jika beliau berwarna biru. Kalau tak, aku amek je kaler lain.

4. EXISTS! – aku minat Exists since sekolah rendah, dan tak pernah lagi berhenti minat kat dorang. Hehehe.. So.. jangan kutuk Exists depan aku, aku silambam kang! Takmo puji takpe, tapi jangan kutuk! *sambil goyang2 parang depan korang*

5. Menari – ye.. aku suka menari. Ni satu mende yang terturun kepada aku daripada emak dan apak aku yang masa mude-mude mereka memang ’otai’ mende ni. Aku rasa budak umah aku pun dah lali dengan pangai aku yang asik nak terjoget kalau ade lagu best kat TV hehe.

6. Nanges – aku susah nak nanges, tapi bile dah nanges... ermm.. baru 3 minit nanges, muka dah bengkak macam 3 jam nanges. Kalau tengok cite putus-putus chenta ni aku susah sket nak leleh, tapi kalau cite-cite pasal famili – anak kuang ajo kat mak apak ke, mak apak nanges sebab anak mati ke, ahh.. pape jelah yang adegannye memang kesian kat mak apak, haaa... itu memang boleh buat aku tacing tak hengat.

7. Kambeng – ye, aku penggemar tegar makanan yang berasaskan kambeng. Takde huraian tentang ini hehehe.

8. Marah – aku susah nak marah, sebab aku pun tak suke kalau orang marah kat aku kan. Tapi macam kes baru-baru ni, itu jarang berlaku ler. Memang kalau aku betul-betul marah kat orang, susah nak sejuk. Dulu aku pernah gaduh dengan classmate aku sampai tak bertegur dua semester. Dua semester = setahun. Giler lambat aku ni nak sejuk. Aku siap warning kat classmates yang lain, jangan sesekali letakkan aku dengan mamat ni dalam satu group. Kalau tak.. korang buatlah keje, aku malas nak campur. Giler jahat kan? Hehehhe. Mak kata aku ni pendendam. Ye kot? Isk isk ape nak jadiklah budak sorang ni *geleng-geleng paler*


Sekarang tag daripada Anul pulak, 4 lawak terpaling sentol dalam hidup aku sepanjang 27 tahun dah bernapas di bumi indah milik Tuhan ini eceh!

1. Kisah ni terhappen masa aku form 3. Malam tuh, yelah sume orang dok stadi, nak PMR ler katakan. Ada yang buat keje skulah, ade yang makan beskut meri seploh keping cicah melo (eh macam aku je tu) dan lelainlah ektibiti. Sorang member aku ni, Aline – tengah nak settlekan homework math. Nak tanye sorang budak pandai math bernama Kurita ni, beliau bz laa pulak ngajau orang len. So, Aline ni memule tanya aku kot-kot aku terer ke (macam perli jer huhu). Pehtu dia tanya Suria pulak. Minah tu sudi lak nak ngajau. Eh.. peliknye. Aku rasa IQ math dia sama stendet je dengan aku, tapi tak kisahlah. Dia dah tau kot.

Pehtu aku dengar je dia ajau dak Aline – mende senang pon tak tau, amek kalkulator tu, haa memula ni campor dengan ni, pehtu tolak bla..bla.. punca kuasa dua.. bla.. bla.. kuasa tiga.. bla...blaa.. bahagi 4.. blaa.. bla.. tolak ni campor tu... Eh.. yo-yo ooo betol je bunyiknye. Aku pun pegilah adap dorang. Elok je penuh satu muka surat, dak Suya tanye, dah penuh dah muka surat tu? Aline pun jawab, dah. Haaa.. dah lah, yang last tu ler jawapan dia. Muka member kompiden giler je. Aku dah pelik banget ni. Mekasih Suya..

Bila Aline balik ke tempat dia, aku pun mulalah soal siasat.


Betul ke Ya ko ajau tu?
Ntah
Eh ko ni, ko tau ke tak?
Tak
Dah tu ape yang ko ajau dak Aline tu?
Ntah, aku hentam je

Musibat punye budak! Elok je aku baru nak gelak besau, tetibe dengau dak Kurita jerit – ape ko buat ni Lin?Salah sume ni! Aku tengok dak Aline dah lain dah, Suya yang ajau. Huahahaha teruk dak Aline kene gelak masa tu. Tapi kesian gak laa kat dia, sampai nanges minah tu kene kelentong dengan Suria.

Ko ni apsal lee jahat sangat sampai ko pedajalkan dak Aline tu?
Eh nasib ler dia, dah tau aku tak pandai math macam dia, lagi mau tanye aku ke?

Huahahahaha keji giler! Lawak ni sampai sekarang memang akan disebut kalau kitorang jumpa ramai-ramai.

2. Kes ni pulak masa zaman aku keje dan stay kat Seksyen 13. Satu malam (eh malam lagi?), Peah datang umah kitorang, nak melawat aku dan Odah yang duduk serumah masa tu. Kitorang berkumpul kat bilik Odah untuk sesi borak-borak. Kebetulan masa tu, aku bz melayan sms sapetah, nak amek nombor telefon. Dalam masa yang sama, Peah lak tengah putar-putar tombol chanel radio, nak cari siaran tapi tak clear jugek.

Lepas je aku salin nomo tipon, aku hulur le pen yang aku guna tu pada Peah – nah, letak sana. Dia pun ambik ler.. Tak lama lepas tu, aku dengar Odah gelak tak hengat duniawi.

Pehal?
Ko tengok ler kawan ko tu, sengal!

Aku tengok Peah tengah cucuk pen yang aku bagi tu kat radio.

Ko watpe lak tu?
Cari siaran radio ler
Boleh ke guna pen?
Eh mana aku tau, dah ko kasik, aku cucuk ler

Bwahahahahaha ape ke sengal ler minah ni!

Weh pompuan! Aku suruh ko letak dalam mug dak Odah tu ler tengeng, yang ko letak kat radio tu pehal!
Laa ye ke? Mane aku tau


Sengal betol! Hahahaha!

3. Tadi cite dak Suya kenekan orang kan? Sekarang giliran beliau lak menyengalkan diri, dua kes lak tu. Adalah satu petang Sabtu yang hening ni, kitorang bermandi-manda secara berjemaah ler sambil basuh baju di tepian mandi (eceh). Masa tu aku tengah dok belek2 muka kat cermin sinki. Pastu aku tengok dia naik kat dorm, sebab nak ambik berus katanya yang tertinggal. Tak lama lepas tu, dia pun turunlah.... dan kononnya nak sambung membasuh baju. Tapi kan.. aku tengok dia pegang berus gigi. Heheheh. Aku biar je. Aku nampak dia pegang berus gigi tu dan seblah lagi tangan dia pegang baju, pastu dia terhenti – termenung jap. And then dia letak balik berus tu dalam gayung yang dia bawak.

Elok je dia bangun, aku pun tegur..


Suya, tadi ko nak basuh baju pakai berus gigi ek?
Bwahahahahah cilake je! Aku ingatkan takde orang nampak!

Kitorang pon gelak tak hengat, bingit bilik mandi tu kejap. Hehhee.


Itu baru satu. Pastu member tu pegi laa sinki, nak cuci muka.
Yang best tu, elok je dia pegi sapu pencuci muka tu kat rambut dia.


Hah, ni apehal ko ni
Alaa.... dalam otak aku terpikir nak syampu rambut.
Iskk rugi je pencuci muka aku
Huahahahah sengal sengal~

4. Kisah ni baru lagi. Hari kejadian adalah serentak dengan hari tayangan filem Spiderman III di seluruh negara. Masa tu, aku bercadang nak tengok wayang ler secara solo. Tau-tau jelah ari 1st tayangan cite tu, barisan panjang tak hengat. Masa beratur tu, kat belakang aku ade laa sorang lelaki yang pada firasat aku ni *pakai spek jap, pandang dia atas bawah* berumur lingkungan 30-an, masih dalam fasa percintaan dan tidak pernah menonton wayang. So.. masa dah hampir (taklah hampir sangat) nak ke garisan penamat, lelaki ni pon call ler awek dia. 1st call tu aku tak berapa tertarik sangat, tapi call yang kedua tu yang membuatkan aku.. er.. camne ek nak cakap?

Ello sayang, abang tengah beratur ni, ramai tau orang.. Haa... tak taulah ade ke tidak cite Spiderman ni, kejap merah kejap putih tak pahamlah abang.

Hah? Aku pun tengoklah skrin depan. Ya ampun abang.. memang ler kejap merah kejap putih sebab dia bling-bling kan? Yang pastinya bile dah merah tu, dah abes le.. Haa.. sambung bang..

Haa.. ade macam-macam cite ni.. banyak! Jap ek abang baca.. ade Spiderman III, The Hill Have Eyes II, bla...blaa.. bla… tu yang kat tv yang satu ni, tv yang lain pulak ade cite lain.. haa.... ade cite Sold Out, Flying Fast..

HAH?? Cite ape tu? Apsal aku tak tau? Aku pun melilau ler tengok skrin yang ade kat atas kepala kitorang. Mane lerr cite Flying Fast ni, tak pernah dengau pon. Bunyik cambest. Akhirnya.. aku nampak dah kat mana ’cerita-cerita’ tu sume berada.

Sape yang biase tengok wayang kat TGV Bukit Raja mesti tau ni. Korang perasan kot ade 3 bijik TV kat atas kepala sebelum sampai ke kaunter tiket tu. TV yang pertama memang tunjukkan sume filem yang ditayangkan pada hari tu, yang kedua pulak biasanya ditayangkan ’sneak preview’ untuk filem-filem akan datang, yaaa.... dan yang ketiga pulak. Yang ketiga tu, khas untuk tunjukkan makna warna putih, kuning dan merah pada tajuk-tajuk cerita untuk hari tu. AVAILABLE, FILLING FAST dengan SOLD OUT. Aku dah rasa macam nak guling-guling jer gelak time tu, tapi kesian lak. Masalahnya macamana aku nak kontrol ek, bila aku dengar dia cakap kat awek dia...


Ha’ah.. sume tu cite omputeh!

Adoilaaaa.. tolong selamatkan aku hahahah~

# semalam bertemu juwa aku dengan Kak Luna dan Minnie. masa jumpa tu aku angkut Anne skalik. heheh. kalau nak tengok gambo kitorang, kene rajin2 jengah blog Kak Luna ye ;)

Monday, July 23, 2007

Gothic Malam Edan hiks~

telepon jadik saksi, bole pakai ke saksi ni? :p


awak kan kenangan terindah saya..
haaa?
saya kata.. awak kenangan terindah saya..
Kenangan jelah? ermm.. ok..

Dia membetulkan suara, dan mencari tiun untuk memetik gitar.

errr.. macamane ek wak lagu tuh? saya ingat lagu tapi lupe dah lirik yang memula tu
eh... pikir laa sendirik!
alaa.. cepatlah, saya lupe ni. hmmm.. hmmm.....
humming nada lagu, betul dah.
aku yang lemah tanpamu.. aku cuma sebut aje hehe
aaa.. pandai pun.. lagu ni untuk awak tau..
yelah.. dah.. dah.. nyanyi cepat


Berdehem lagi, dan ketika jarum jam menghampiri pukul 3 pagi, dia mula menyanyi..

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan kerana
Cinta yang t'lah hilang darimu

Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka

Sampai jantung tak berdetak

Selama itu pun aku mampu 'tuk mengenangmu
Darimu.. kutemukan hidupku
Bagiku... kaulah cinta sejati...



errr.. lepas tu ape ek wak?
laaaaa.. tau ke tak ni? sengal betol laaa..

cepat ler..

bila...
aku sebut jer
haaa... pandai pun..

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu

Kan ku jadikan kau kenangan

Yang terindah dalam hidupku

Namun takkan mudah bagiku

Meninggalkan jejak hidupku

Yang t'lah terukir abadi

Sebagai kenangan yang terindah



woo.. tengkiu, meh saya tepuk tangan jap *clap-clap*
Diam.
????
wak, kalau saya single lagi, awak nak tak dengan saya?
kalau ek? tapi hakikatnya awak tak single kan? so.. malaslah saya nak pikir mend
e yang tak mungkin ni..
buat sakit kepala je ek?

ha'ah.. tau takpe..



Kalau dibaca, macam aku pulak yang tinggalkan dia. Macam aku pulak yang memilih untuk bertunang dengan orang lain. Macam aku pulak yang tak bagi dia peluang. Macamlah aku yang kata, saya dah buat keputusan pada dia dulu. Erm...

Aku tak marah, sikit terluka mungkin ada - dulu. Antara kami hanya ada pertemuan, itu saja.


caught in the middle~


Memang susah nak lupa, tapi rasanya aku dah boleh terima hakikat. Dan kalau tak boleh terima pun, kena terima jugaklah kan. Lelaki bukan dia sorang je, walaupun errr... forget it. Belajarlah memahami wak, 'tawaran' awak tu memang tak mungkin saya pertimbangkan.



Kecuali!



Kalau awak betul-betul single. Huehehehehe~

Wednesday, July 18, 2007

Nebes laa pulak :p


Al kisahnye..

Pagi tadi masa aku tengah bersiap-siap, tetibe je budak umah aku a.k.a opismate aku bersuara..

Kak Mas, arinie Encik X datang opis kite tau
X?
Ha'ah.. Encik X from ABC..
Gulp~
Lupe nak cakap dengan akak semalam.. heeee~
Ye ke.. Senyum kejap, pastu.. Ah.. biarlah..
Boleh laa Kak Mas gitu-gitu arinie, budak ni buat muka gussip
Malas ah, kata aku sambil menyambung sesi membelek muka.

Aku capai botol Vaseline, calit sikit dan sapu kat leher. Leher???

Alamak..
Nape?
Tersapu Vaseline kat leher, patut sapu ubat
Hahahaha nebes sampai tersalah ek
Mane de nebes.. bluweekk.. kata aku, muka selamba.

Nak pakai tudung pulak. Apsal laaa muka aku malap je ni? Ya Allah... lupa pakai bedak. Geleng kepala sendiri, apa nak jadi laa aku ni?

Aku nebes ke? Ops.. Encik X dah sampai.

Monday, July 16, 2007

Mencari Kebahagiaan Yang Sirna

Waiceh..! Tak payah tunggu korang, aku pon meluat tengok tajuk entry arinie ahaks~

Seminggu ni memang mood guwa tak semenggah sket, so untuk menyemenggahkan (wah perkataan baru, leh daftar kat DBP ni) mood guwa, pelbagai ektibiti telah guwa lakukan. Antaranya, berjalan, berjalan, berjalan dan juga berjalan. Ala bukan jalan jauh pon, stakat gi Plaza Shah Alam tu apelah sangat. Pon bukan jalan, tapi drive kete. Aku juga sebenarnye tak berapa bernafsu sangat nak jumpe kekawan aku minggu ni. Sian dak Odah, hehe. I need a space, okeh.

Sabtu lepas, aku gi plaza jelah. Betulkan jam tangan, beli makanan sket, pastu balik. Dok layan call dan sms orang jelah sehari suntuk tu.

Esoknya, kami adik beradik (kecuali dak Nan dengan dak Ude) bersepakat membawa berkat ke rumah Abang Chik guwa yang ditimpa malang di kaki beliau hingga menyebabkan beliau separa OKU. Sian abang aku. Senornya dari bulan lepas (ke bulan sebelum tu?), tapi baru sekarang aku (kami laa) ada masa nak melawat dia (aku ade je masa tapi takde geng hehe). Patutnya aku pegi umah dia dengan Abang Nan and Kak Nana, tapi abangku yang ini pula cam biasalah, mesti pending je dia tu. Keje laa pulak. Adakah ko bangla wahai abangku?? Kebetulan pulak, Kak Chik call aku pagi tu, mintak aku datang awal sket – tolong masak. Pastu dia kata tak payah, aku pulak yang kesian. And then Abang Chik call, soh datang tolong jugek. Makanya dengan pengetahuan yang minima untuk pergi ke umah dia, aku pegilah jugek. Sambil drive, dok sms dengan Kak Nana. Last-last salah jalan. Huwaaaa akot akot (tapi muke menten cool).

Sampai je kat umah dan salam-salam dengan mangsa kejadian, aku teruslah ke dapur. Alah dah siap pon main course, tinggal guring-guringan je. Tengah dok menyembang dengan Kak Chik, tetibe je aku nampak Abang Chik masuk dapur dengan segala susah payah (pakai topang kat ketiak tuh), semata-mata laa nak cakap...

Mi, ko tengok Mi adik aku dah gemuk! Hoh tak padan saket lagi mau kutuk guwa.
Yelah yelah nanti orang diet laa.. diet kebende korang asik kasik aku makan je.
Ko ni dah macam ade anak dua dah. Tu laa orang soh kawen ko taknak, tengok dah gemok hah. Huwaaa serangan emosi~
Tu lah kan bang, dak Busu ni kanmain semangat. Akak ipar aku dah kasik nasik tambah.
Kalau dah kawen camne le pulak nanti, mesti besau cam mak aku. Grrrrr...~

Kendian, Along (wow bawak durianz dari Melaka) dengan Angah sefamili pun sampai. Pun sessi kutuk-kutuk tentang kontur badan aku berterusan. Rasanya dari aku tiba umah dia sampailah aku nak balik, nak dekat 10 kali jugek Abang Chik sebut-sebut pasal kegemukan guwa ini. Tekanan doh!

Bang, takde ke kekawan abang yang blom kawen? Kenalkan le dengan dak Busu. Ni Kak Chik aku kata.
Huh nak kenalkan camne dah gemok camni. Kalau kurus cam dulu tu takde le aku malu sangat. Siut betoi!~

Hah tak best! Yelah nanti aku kuruslah! (bile tuh?) *sigh*

Kalau bulan lepas, anak buah aku yang tecit ni takmo dengan aku, bulan ni beliau dah mesra pengguna dah dengan aku. Ni sume berkat rasuah air kotak yang aku bagi dua minggu lepas. Heh kalau aku tau, dari dulu aku bawak air kotak tuh kat depan muka dia kuikuikui. So kebetulan lak Along and famili datang, jumpe lagi laa kite ek yayang heheh. Yang kiut tuh, boleh lak dia panggil aku ‘mak’ (sekonyong-konyong guwa rasa tua sebelum waktunya). Adeh penat aku gelak. Ni kes tak tau nak panggil aku ape laa tu. Ala budak belum mumaiyyiz, dimaafkan ahaks.

senyum pengakap selepas menerima barang suapan ;P


Balik tu cam biasalah. Oleh kerana masa nak datang pun aku salah jalan, balik tu apetah lagi. Ala.. stendet aa aku ni salah jalan. Yang penting, kita enjoy!~

Hah cite pasal Mr. Boss aku tuh. Eh aku rasa nak panggil dia Sivaji lah, walaupun dia Melayu. Aku dulik hape kan. Kire cam nama samaran laa dalam blog haku ni, boleh ek? Hah Sivaji ni hah, jumaat lepas beliau cuba laa nak berdamai dengan guwa, tapi guwa belum sejuk lagi beb! Aku ni satu kes, kalau betul-betul marah dengan samwan, memang lambat sket nak sejuk. Takat majuk tu lain laa kan. Aku tak tau laa dia pasan ke tak, aku memang tak berapa berselera nak menatap wajah Sivaji ittew walaupun beliau tengah bercakap dengan aku sambil nak buat lawak konon. Hang pi bercakap dengan dinding boleh dak? Itu kata-kata yang bergema dalam dewan naluri aku je (waiceh sastera lagik!). Aku belum hilang akal lagi nak cakap gitu kat dia, kang hilang pulak mata pencarian aku nanti.

Kasik guwa dua minggu lagi laa ek Sivaji, maybe guwa dah ok time tuh. Kalau tak ok jugek, tunggu laa lagi dua minggu. Kalau tak ok jugek lepas tu, tunggu lagi dua minggu.

Sampai laaaaaaaaa guwa sejuk, okeh? (macam laa Sivaji tu pedulik pon! :p)

Thursday, July 12, 2007

blur~

sebot betol-betol... KHUALAN..~


Dalam keadaan sekarang, aku sebenarnya blom hepy lagi. Walaupun cuba jugak nak hepy, tapi akhirnya aku akan rasa sesuatu - kosong - sebelum aku tidur. Emosional sangat pulak aku lately ni, hilang akal ke hape??

Aku sangat perlukan khabar gembira, daripada mana-mana sumber (yang aku harapkan). Tapi setakat ni belum ada. Yang ada, sume cerita tak best. Tak suke!

Meh baca lawak jap.

Pada suatu hari, seorang Makcik Minah datang ke Kuala Lumpur untuk kali pertama untuk berjumpa anaknya yang menetap di situ dan berkahwin dengan orang kaya setelah mencanangkan kepada orang-orang kampung. Dia turut membawa rakannya Bibah. Oleh kerana hari telah lewat malam, dia 'check-in' di sebuah hotel mewah semata-mata mahu menunjuk kepada Bibah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Makcik Minah. Makcik Minah dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Makcik Minah melihat ke sekeliling. Beliau tiba-tiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut. "Eksekius mi. Cik jangan ingat makcik datang dari kampung, tak tahu duduk di hotel. Sudah bayar ratus-ratus, cik bagi saya bilik ini pula. Kecil, tak ada TV, tak ada almari, apa pun tak ada. Katil nak tidur pun tak ada. Hei jangan nak tipu orang la," Makcik Minah memaki hamun pelayan tersebut kononnya untuk menutup malu pada Bibah. Lalu pelayan itu pun menjawab, "Sabar makcik, ini baru lif... "



Tuesday, July 10, 2007

spit on your grave!


Dengan pantas, aku berjalan menuju ke arah Fahrin. Beban berat mengangkat dua buah laptop dengan daya yang makin susut langsung tidak mengurangkan kelajuan langkah. Ada sesuatu yang mahu ku lepaskan, dan aku tidak punya waktu untuk menahannya lagi. Entah kenapa, aku tergerak untuk menoleh ke belakang. Seken Bos sedang berjalan menuju ke arah keretanya sambil memandangku dengan pandangan yang.. errmm....

Aku cuba senyum.

Sakit kepala pun salah ye Mas. Nak tunggu muntah baru dia percaya, susah laa macam ni.

Aku teringin untuk membalas dengan panjang, tapi serius – aku tak mampu. Senyum sajalah.

Biar jelah, balasku. Ah.. nada suara dah bertukar. Cepat-cepat aku humbankan kedua-dua laptop di tempat duduk belakang. Masuk ke dalam kereta, terus capai kaca mata hitam. Tak berlengah aku memakainya. Dan..

Airmata pun berderai.

Beberapa jam sebelum itu..

Dari pagi, Mr. Boss dah berkata sesuatu yang sungguh benar aku benci. He should’ve known me by now. Hey.. aku dah kerja kat sini hampir 4 tahun. Dan 3 tahun lepas, aku pernah beritahu dia, betapa aku benci sungguh kalau dia menuduh aku membuat sesuatu yang tidak pernah aku lakukan. Dan lebih menambahkan kecewa, dia berkata di hadapan hampir 20 orang di dalam satu mesyuarat. Can you imagine???

Tapi aku diamkan. Diam sediam-diamnya. Hanya Seken Bos je yang perasan. Pun aku nafikan ada rasa negatif dalam hati aku. Biarlah. Mungkin aku yang terlebih sensitif.

Walau bagaimanapun, suasana petang selepas mesyuarat menambahkan pula sakit hati aku. Mempersoalkan sakit kepala yang aku alami selepas mesyuarat di Desaru minggu lepas, memang sesuatu yang tidak masuk akal. After a week. Korang nak tau apa dia kata?

You sakit kepala, tapi you ok kan? You’re not vomit. I bukan nak suruh you buat apa, just temankan I, maybe baca map, tengok what really happen on site. I tengok you sihat je aritu. You ingat I bawak you pegi sana nak buat apa?

%&#*%@&^%&!!!! Aku terfikir kot-kot mungkin Mr. Boss tak pernah sakit kepala sepanjang hayat beliau. Sakit kepala, baca map? Aku bukan tak tahu, dia mesti nak suruh aku memandu. Agaknya dia lupa, aku pernah mengikut dia menghadiri mesyuarat di Penang dalam keadaan demam, batuk, selsema, sakit kepala. Dan apa kata dia? Kenapa tak bagitau? Kalau you bagitau, I tak ajak you. Sekarang, dia mempersoalkan pula bila aku bersikap jujur? MONYET! KURA-KURA! TENGGILING! LALAT! MUSANG PULUT! MEMERANG! SELADANG!

Dan dia mempersoalkan pula, masa bila aku stay back di office? WHAT???!!!! Betul ke ini Mr. Boss?? AKU SANGAT MARAH, SANGAT-SANGAT MARAH, TERHINA, DOWN SYNDROM, SAKIT JIWA, TERANIAYA sume ada.

Ahh.. macam-macam yang dia hamburkan. Aku sebenarnya dah tak larat nak dengar, telinga dah sakit, airmata dah merayu-rayu nak keluar, tapi aku tahan lagi. Takkan sekali-kali aku menangis depan dia. Never!!!!! Kemudian, macam biasa – dia minta maaf, kononnya dia hargai kerja aku. yeahhhh right :p TALK TO THE HAND!

Serius - aku kecewa, hampa, bla..bla..bla....~

Jadi, bila habis sessi memaki hamun dan perasan-diri-macam-best-sangat, aku terus pulang ke pejabat. Skip minum petang memang isyarat jelas yang hati aku sedang libang libu.

Terima kasih untuk mereka yang sudi meminjamkan telinga mendengar luahan hati aku yang penuh dengan perkataan 18SG semalam. Minta maaf banyak-banyak, tapi anda memang membantu. Sangat-sangat.


I’ll never be the same again.

Thursday, July 05, 2007

aket paler!~

Baru sampai dari Desaru malam tadi. Dan saket masih lagi bertenggek kat paler aku, since selasa lepas. Apsal tah. Dah laa pagi sebelum meeting semalam, tangan aku tetiba krem. Take time le jugek nak laraskan balik. Adeh adeh~
Beberapa hari ni hati aku tak tenang. Nak kata risau, taklah jugak. Nak nangeh ke? Tak jugek. Benci betol.

Malam semalam, bos aku telah membuat kenyataan di khalayak ramai yang hampir membuatkan muka aku krem secara berjemaah masa dinner huhu.

You know Dr Y*ap, NORMALLY Mas can wallop all these foods within a few second~ [all these foods mewakili ikan siakap tiga rasa, ikan pari bakar, sotong + udang goreng tepung, tomyam campur, sayur kailan, telur bungkus]

Aku like - WHAT!?? Huwaaaa malu malu. Sume sub con dah pandang aku dengan muka tak percaya. Dr Y*ap tu pun sama. Huwaaaaa~

Really? Dia senyum senyum pengakap lak.

gambar hiasan semata-mata


No laaaa, aku try nak kaber sambil sedaya upaya menelan semua nasik dalam mulut aku. Errrkkk mane leh telan sume, baru kunyah tiga kali.

Are you serious? She's so small, you ni tak baik tau, kata Kak Syikin the sub con.

Betol laa, dia ni kuat makan tau [ye ayat ni dah tiga kali dia cakap kat kawan-kawan dia, siot je kan beliau ni]. She can finished these sotong goreng tepung tiga kali ngap je. Ngap ngap ngap~ Mr. Boss cakap sambil buat aksi tuh! Pastu pandang aku lak. Cerempet betoi orang tua ni!

In that case, I'll help you.. kata Dr. Y*ap sambil mengalihkan bekas otak-otak yang dah takde otak (kosong arr) kat depan aku dan menggantikannya dengan pinggan yang penuh dengan sotong + udang goreng tepung.

Huwaaaaaa krem krem!

Errrr jangan arr camni Dr. Y*ap, I'm on diet tau, ayat kaber lagi padahal memang mende tu aku yang request.

It's okay, come on help yourself. Help maself? Help! Help! Somebody save me!! Dr. N*rdin dengan Encik H*niff dah gelak sakan dah.

Mas, yang kat sini ada lagi. Takkan you dah nak berenti makan? Sape nak abeskan ni? Ayat penyata Mr. Boss aku ni memang mampu mengakibatkan aku dihalau mak mertua (kalau ada mak mertua laaa). Apa beliau sangka aku ini lori Alam Flora kaaa? Tapi memang kalau aku lapar giler, boleh saje hihhi. Masalahnya dah penat sangat, plus dah malam sangat, plus saket paler. Nasik yang aku makan tu pun sebenarnya aku amek belen nasik Dr. N*rdin. Nasik aku langsung tak usik.


Nak layan tacing ah!~


Kasih hilang tiada bicara
Setelah cintaku kau puja
Rintihan rindu terus melanda
Redup cahaya oo hati lara
Bisiklah kiranya aku bersalah
Sedetik tersirat rasa
Kau cipta kasih yang kumiliki
Cintaku jujur selama ini..
Carilah aku dalam hatimu
Sayang sebutlah kau rindu
Hanya…pintaku
Kasihmu kekal setia
Usah biarku ooo terus terluka
Mesra suaramu…kini berbeza
Gagal sembunyi sedih
Kenangan lalu menusuk jiwa
Manis seindah berganti pedih
Ooo..kasih tercipta..
Ooo..carilah ku sayang
Carilah aku dalam hatimu
Sayang sebutlah kau rindu
Hanya…pintaku
Kasihmu kekal setia
Usah biarku ooo terus terluka
Pabila bersamamu..debaran
Darah arus mengalir cinta
Lahir selamanya
Berilah kucupan sayang
Biar terukir wajah..
Kasih tercipta..
Berilah kucupan sayang
Biar terukir wajah..
Kasih tercipta..
Ooo..kasih tercipta..
Kini kumengerti..
Walau berbisa..
Kurela kira kau bahagia


[Faizal Tahir - Kasih Tercipta]

Monday, July 02, 2007

Short, Sharp Pain

Cantik dan bijak adalah subjektif. Sepertimana subjektifnya cinta dan cemburu. Aku pandang dia cantik (atau kacak), tapi belum tentu kamu juga berpendapat yang sama. Cantik, kacaknya dia mungkin terletak pada fizikalnya – mata, hidung, bibir, rambut. Dan cantik fizikal itu juga luas definisinya. Bijaknya manusia dalam bidangnya, belum tentu dipandang bijak oleh orang lain dalam bahagian yang lain.

Dan juga cinta dan cemburu. Selalu kita akan cintakan seseorang sebelum kita menemui alasan kenapa kita cintakan dia. Malah selalu juga kita tersesat dalam kebuntuan kerana alasan mencintai dia tidak ditemui. Perlukah kita menyintai seseorang dengan bersebab? Mungkin perlu. Tapi jika sebab itu tidak diketahui, adakah kita mesti menghentikan percintaan tersebut? Malah jika alasan untuk meninggalkan dia lebih berat berbanding alasan untuk bersamanya, adakah tergamak untuk kita menyerah diri, atau masih memilih sama ada membiarkan akal atau fikiran membuat keputusan?

Cemburu sangat signifikan bagi dua insan yang hatinya terikat dengan tali cinta. Tetapi cemburu juga hadir dalam hati insan yang tidak terikat dengan sesiapa. Mungkin ada sesuatu yang menambat hatinya, tetapi tidak disedari dek empunya diri. Cemburu akan berhasil mendorong manusia bertindak di luar kawalan dirinya, malah kadangkala pula menjadikan dia manusia bodoh kerana mendiamkan segala apa yang ada di dalam hatinya.

Ada ramai manusia yang bodoh seperti ini. Tapi sebagaimana sukarnya mencari makna cinta dan cemburu, sesukar itulah juga mereka menterjemahkan tiap tindakan mereka itu.

Cemburu kerana cinta. Dan kerana cinta, mereka harus duduk diam. Kalau dengan bersuara akan menjauhkan mereka dengan dia yang menerbitkan rasa cemburu ini, maka relalah mereka terus membisu. Malah jika bersuara pun, pastinya sedaya upaya perasaan tersebut diperosokkan di tempat yang paling gelap dan sunyi.

Pun bukan semua cemburu berakarkan cinta. Bukan semua. Bukan.

Cemburu kerana tidak memiliki. Kalau dimiliki pun hanya pada nama, tapi hakikatnya tidak. Cemburu kerana dia yang diintai selama ini akhirnya berpaling menjadi hak orang lain. Cemburu kerana rasanya diri memiliki hampir segalanya, tetapi yang bakal melengkapi tetap jua terlepas dari genggaman. Cemburu, kerana diri bersusah payah memanjat tangga, tetapi orang lain selamba naik lif!~

Cemburu memang biasa hadir antara relevan dan tidak, khayal dan nyata, sahabat dan kekasih.

Eh, tadi aku ada sebut pasal cantik dan bijak kan? Err.. lain kali jelah aku cerita pasal tu sume :p

Letihnya mencintai, tetapi kenapa diri masih enggan berhenti?