Wednesday, August 29, 2007

203: Bukan Senang Nak Senang

i'm still a tiger although i'm not roaring~


Rasanya, satu-satunya manusia yang susah untuk kita puaskan adalah diri kita sendiri (mungkin bukan semua). Susah untuk berkata tidak dan ya, susah untuk mengaku, susah untuk memujuk, dan mungkin paling susah untuk menenangkan.

Untuk kawan-kawan yang online YM semalam, aku yakin korang perasan status aku - HEK ELEH. Ada jugak yang buzz me just to ask - what happen? Tapi aku tak cite pape :) Aku sedang menahan rasa jengkel dan marah sebenarnya semalam. Bila jadi macam ni, aku terfikir, mungkin ya aku memang keras kepala, ego bla bla bla. Tapi satu bahagian dalam diri aku, aku memang menyampah kalau orang keep on telling me what to do, again and again and again like he don't have anything to do other than bugging me up. Aku faham masing-masing tertekan sekarang, beban kerja tiga kali ganda dari tenaga kerja sedia ada, dan aku pun sekarang terpaksa menanggung kerja yang bukan dalam bidang kuasa aku. Nak buat macamana? Tak perlu berlegar-legar keliling aku dan membebel-bebel macam best - macamlah aku tengah tido depan PC.

Aku cuba balancekan kewarasan dan kesabaran. Untuk memastikan aku tidak mengeruhkan suasana, aku kena diam. Kalau aku bukak mulut, takotlah pulak nanti mulut aku terlaser disc. Diam.. diam.. tahan marah bukan senang. Ke pantry, layan milo satu mug dan sambung buat kerja. Tak lama lepas tu, barulah orang tersebut bercakap dengan nada yang menyenangkan, bertanya dengan proper. Hah kan senang kalau macam tu dari tadi. Nasib baik mulut tak lancang kuning tadi, kalau aku balas balik - satu ape pon tak jadi.

Dah, cite lain.

Dua hari lepas, aku dapat SMS daripada Mr. Seken Boss yang sedang mengerjakan umrah.

Assalamualaikum. Mas, saya doa bagi temu jodoh Mas dgn Tok Arab boleh ke? Tok Arab kaya wo!


Hahahah! Saket nyawa aku dikerjakan dek orang tua sorang ni. Saiko betol. Sebenarnya budak opis aku pon ade jugak tanya, aku tak 'kirim' doa ke kat Mr. Seken Boss sebelum dia pegi umrah? Aisey.. tak terpikir dan sebenarnya malu nak pikir (huahahahah). Tak kirim ape-ape pon kecuali unta seekor (jangan dia beli betul-betul dah laa). Kalau betullah dia doakan, terima kasih laa ye sebab tingat kat staffnye yang sorang ni :) Susah-susah je hihi.

Monday, August 27, 2007

Entry ke- 202: mebi panjang sket kot?

Sambil cite, sambil tengok gambarlah ek?


Ni petang sabtu, sebelum kenduri. Budak-budak ni dah nampak belen-belen rambutan kat atas nun, aku ingatkan pokok ni dah tak mampu nak memberi hasil, rupanya boleh lagi. Kelihatan Ude a.k.a bapak budak sedang memanjat pokok sambil diekori oleh anak beliau yang akhirnya kene halau turun dari pokok bwahahahah~


Sejurus selepas dihalau, tapi masih belum turun lagi. Gambar ni terpaksa dicerahkan sket, kalau tak memang tak nampak ape.


Anak-anak buah sedang ternganga tanda kagum tahap dewata raya melihat skill memanjat dak Ude. Tu belum tengok aku lagi yang panjat. Hehehe~


Sambil kolom mutan, Muhammad membawa lari sekereta sorong mutan untuk dilantak seorang diri. Jangan haraplah, yang lain tetap kejar~


Belen-belen buah mutan dari pokok yang togel ittew. Rasanya yang lain dah abes dibelasah dek monyet-monyet yang datang bertandang. Asalkan monyet tu tak makan kabel telefon, takpelah ek?


Lepas tu, ade yang dok kat belakang, membakau sampah sarap. Bagus bagus..


Ade pulak yang berkelompok kat sini, main game ler tu. Kotor karpet ni siap korang kata dak Busu dengan muka yang tak berapa nak garang - mebi beliau in the good mood hari tu hihi~


Belum pegi lagi, Adan dah menerima pesanan barang-barang dari pak-pak sedara yang kurang bertanggungjawab hahahaha~


Sepupu-sepupu lelaki dia cakap - Aina ni cantik, tapi gigi rongak~ So.. paham-paham jelah kenapa dia tak tersengih bila aku snap gambar dia :D Laser betul bebudak ni :P


Budak ni, aku soh senyum, dia buat muka gini lak. Terkejut tengok rumah nenek diserang jantans yang bising dan lasak nak mampos! Nasib baik ada busu, leh lari ikot busu jap. Lama gak nak convince dia, soh dia join budak-budak tu, akhirnya mau jugek ;) Walau apapun, Saadah tetap comel, kan? Kan? Rambut dia ade sama sket cam rambut aku masa tecit dulu :)


Solat maghrib berjemaah, ni family aku je. Tetamu datang lepas maghrib. So.... bila orang kata, lelaki makin kurang, aku memang tak percaya laa. Kurang kualiti mungkin, tapi kuantiti standard je. Saf belakang ni sume anak buah aku, plus dua tiga orang kat saf pertama. Tu pon ade sorang dua tengah amek wudhu' lagi tuh~


Tetamu dah mula sampai, start baca yasin.


Kemudian baru start tahlil arwah dan doa selamat :)



Buah naga antara pencuci mulut aritu, sponsored by jiran belakang umah :) Mekasih cikgu~


Solat Isya' berjemaah.


Kaum Adam makan kat luar


Kaum Hawa makan kat dalam :)


Maman ni tetibe malu lak. Aku tunggu sket punye lama tapi beliau enggan jugak, tegar betol. Sibbaik Maman dengan Khaldun volunteer nak basuh pinggan lepas abes kenduri, dapatlah aku layan One Tree Hill malam tu hehehehe~


# saket badan lagi ni~

Wednesday, August 22, 2007

2nd Bday olredi!~

dah dua tahun laa kak baby hihi~ pis pis

Yep! Dah dua tahun dah umor blog aku ni, kalau disamakan dengan orang, dah berjalan dah *eh eh kotakhujan nak gi mane tu, duduk sini!* Kalau disamakan dengan pokok durian, ermm.. ikut nasiblah, kalau pokok durian kat umah aku tu dari kecik sampai ke beso, hapah pon takde :p

Tak kira laa pulak ada brape entry aku dah buat, ada sapa-sapa yang rajin nak kira? Hihi.

Thanks to all of you *yaa.. you, you and yaaa yang kat belakang tu* kerana masih sudi bersiaran dengan blog aku ni. Kat sini korang mungkin kurang dapat ilmu kot, tapi takpelah, nanti kita gi library ok? dah mula merepek~

So.... epy sebeday kotakhujan!~

# esok aku cuti, so entry ni akan bertabah kat sini sampai senin depan..tata!

Monday, August 20, 2007

Little Story About My 'Son-Of-Fruit' :D

Hujung minggu ni akan diadakan majlis kenduri di rumah aku kat Melaka. Eh bukan kenduri untuk aku ek, tapi untuk anak buah aku yang bakal melanjutkan pelajarannya di Ireland. Kejap je dah besau budak ni. Isk isk~

Jarak umur antara aku dengan anak buah aku yang pertama ni dalam 7 tahun je, lebih kurang macam jarak umur aku dengan Abang Nan (abang aku yang last - tapi kitorang beza 8 tahun). Nak kata aku rapat sangat dengan dia taklah jugak, tapi bolehlah. Rasa nak mengenang kembalilah pulak~

Masa umur dia setahun, mak dan abah dah bawak dia gi Umrah - err sekali dengan mak apak dia laa (Angah dan Kak Ngah), Along dan aku. Memang selalu tu aku secara gear automatik akan jadik baby sitter dia le. Tensen gak kekadang sebab masa tu (aku umo 8 tahun untuk sape² yang lemah matematik) aku betul-betul nak wat Umrah secara serius. Yelah sebelum tu, aku pegi masa umur 6 tahun, tak berapa nak matured (bwahahahha 8 tahun dah matured ke? :p). Ada sekali, dia tertidur kat bilik hotel masa orang len dah siap-siap nak ke Masjidil Haram - kebetulan hari Jumaat lak tu. Ape lagi, aku kene tinggal ler beb! Tengok tv macamlah paham bahse Arab. Bila dia dah terjaga, of course laaa melalak tak hengat duniawi.

Dah ilang akal aku nak senyapkan dia, last² aku bawak keluar. Dari tingkat 11 (tak silap aku), aku turun ikut tangga jer. Nak naik lif, takut meraban ntah ke mana-mana jer nanti. So dengan kudrat budak kecik mendukung budak debab, aku pun turunlah. Sampai tingkat 7, aku terserempak dengan akak-akak dari Mesia yang tak ke masjid, aku syak mereka mengalami menstrual *eh, macamana aku tau? wakakakakakaka* Dorang pun ajaklah aku melepak kat bilik dorang, kasik makan sume. Aku siap boleh tertidur lak. Last² terjaga bila dorang kejut, Angah datang amek. Mesti beliau kaget kan tengok kitorang dah lesap? Ikutkan pelan asal, aku nak turun gi lobi, malangnya stuck pulak hihi. Kat bilik, mak abah dok gelakkan aku, "macamanalah ko boleh larat dukung dak Adan ni siap turun guna tangga pulak tu?". Heheh.

Masa zaman dia sekolah menengah, rajin jugak dia calling² aku, kadang-kadang nak luah perasaan, cerita pasal konflik percintaan (bwahahaha ngade betoi!) dan macam²lah. Pernah sekali dia call bercerita tentang masalah cinta 18 segi dia tu - awek ramai :p Jadi aku menggunakan kuasa veto sebagai mak sedara yang tegar pada ketika itu untuk memaksa beliau meng'clash'kan salah dua orang daripada tiga orang aweksnyer. Memula dia keberatan, tapi bila aku dah explain kenapa dia kena wat macam tu, akhirnya beliau akur jelah *tanduk setan dah tumbuh hihi*. Beberapa hari lepas tu, dia call balik, "Busu, dah clash dah". Bagus bagus, so camne? "Sedihlah Busu..". Ala.. dahtu takkan nak simpan sume, banyak ensem muke ko! :p

Bila dia sambung belajar kat Shah Alam ni (penyediaan nak ke sane ler tu), awal²nye pun rajin gak dia calling², ajak aku kuar tengok wayang - siap jemput aku kat umah tuh. Aisey cam kapel lak huahahha. Kawan-kawan dia pun heran, ingatkan kuar dengan awek, upenye mak sedara *ello adik-adik bujangan, mak sedara tak semestinye umo 40-an okeh??* Dah lama-lama tu takde lagi, ala... paham² jelah budak nak study, exam bagai. Aku pun malas nak kacau.

Well.. apepon aku harapkan dia berjayalah seberjaya-berjaya yang mungkin. Setakat ni aku tengok, dia tak smoking, baguslah tu. Mende-mende lain tak taulah, harap² tak jadik jahat. Oleh kerana dia kat sini pon drive kete, rasanya dia tak terbabitlah dengan rempit-rempit ni *moge² ye*. Balik nanti jadik doktor, bolehlah jadik doktor peribadi aku hihihi. Bak kata dia dalam SMSnyer dulu..

bertuah Adan ada mak sedara macam Busu~

Ehem. Kalau bertuah, kenalah membalas ketuahan dengan cari lain, tak gitu? :p

*takde kene mengena dgn budak dlm cite ni* Hah! yang ni memang 'bertuah' betoi! Motif bawak kasut aku dalam umah?? Pulangkaaaann!~

Wednesday, August 15, 2007

Entry Sopan Seorang Saya


Saya takut tua sebab belum kahwin lagi, kata saya berlucu tetapi jujur dan disambut dengan gelak ketawa oleh teman-teman sepejabat. Kahwinlah cepat, kata salah seorang dari mereka, kalau kahwin itu semudah memberi makan pada kucing, mungkin dua tahun lepas saya dah tinggalkan alam bujang, jawab saya pula sambil tersenyum. Ironinya, satu masa dulu saya takut untuk kahwin kerana muda lagi!

Bukan mudah hendak menuturkan kejujuran yang pahit, apatah lagi kejujuran itu merupakan ketakutan serta kebimbangan kita yang bertahun-tahun dikumpulkan dalam hati. Lupakan kisah nikah kahwin, kita fokuskan pada hal jujur ini saja, ya?

Ada masanya saya amat gentar apabila berhadapan dengan kenyataan bahawa hati saya telah memihak pada benda yang salah. Pada orang yang tidak sepatutnya. Pada situasi yang akan menyukarkan perjalanan hidup saya kelak. Dan atas sebab-sebab yang sedemikianlah, saya cuba mengelak daripada memikirkan hal-hal ini, sedangkan saya amat sedar dan maklum, selama mana saya mampu lari dan mengabaikannya. Kadangkala, seminit dua sebelum mata terpejam dan akal berehat diulit mimpi, fikiran saya akan menerawang jauh memikirkan segala tindakan saya untuk hari tersebut – atau mungkin untuk minggu-minggu yang telah berlalu. Ada yang saya kesalkan, ada yang membingungkan. Seperti biasa, asakan perkataan “kalau aku..” amat saya benci. Bukanlah bermaksud saya terlalu angkuh untuk mempertimbangkan kemungkinan, cumanya saya kurang gemar untuk membiarkan hati saya dipagut kekesalan. Mungkinkah saya terlalu banyak berfikir?

Pengalaman hidup juga antara faktor mengapa ada kalanya saya menjadi terlalu selektif. Bukan semua hal, tapi untuk sesetengah perkara. Seperti kata orang, hidup ini adalah perjudian. Dan saya tidak menolak kebenaran perumpamaan itu (amaran: berjudi adalah haram di sisi agama Islam ;D ). Kerana itulah, saya pernah membuat pilihan yang songsang daripada prinsip asal kehidupan saya, dan hingga kini tidak pernah saya kesali, sebab saya yakin setiap keputusan yang telah saya buat adalah bersesuaian dengan keadaan pada masa itu. Jika Allah mengizinkan, saya harap Dia akan menuntun saya untuk membuat pilihan yang seiring dengan kata hati dan kesesuaian jiwa saya pada masa akan datang.

Dari sisi gelap, mungkin saya kekal begini kerana ada ruang tertentu yang masih tetap dihiasi dengan kenangan lama. Dari sisi lain pula, saya mungkin terlebih mengharap bahawa akan ada seseorang yang mampu memulangkan kebahagiaan yang pernah dia hadiahkan kepada saya dulu. Entahlah, apa nak jadi saya ni?

Kadangkala saya benci akan hakikat bahawasanya hati saya masih belum terkocak dengan kehadiran sesiapapun. Bukanlah sampai langsung tiada, cumanya yang betul-betul mampu membuatkan saya mengatakan selamat tinggal pada yang patut – masih belum ada. Ini antara kebenaran yang paling sukar untuk saya akui. Rasa tidak selamat kerana pernah dikhianati secara halus dan terang-terangan, membuatkan saya menjadi manusia yang pernah dilabelkan sombong oleh segelintir insan yang tidak cuba mengenali saya sedalamnya. Oh, bukan salah sesiapa. Saya sendiri pun kadang-kadang terlanjur menghakimi orang lain dengan hanya sekilas pandang.

Kebimbangan dan ketakutan kita mungkin satu lelucon pada orang lain, tapi itulah hakikat kehidupan. Apa yang dirasai oleh orang lain juga mungkin picisan bagi kita, kan? Maka adalah normal apabila riak hati kita terbiar begitu sahaja, kerana kebimbangan kita mengatasi keperluan kita untuk cuba meluahkan dan melupakan. Saya juga selalu terperangkap dalam situasi begini. Jadi kebanyakan rasa yang negatif itu terbenam saja di dalam perasaan saya. Namun saya perlu berterima kasih dengan seorang sahabat yang selalu bertanya tentang keadaan saya walaupun suatu masa dulu saya telah mengecewakan impiannya. Seharusnya dia berbangga, posisi sebagai sahabat di dalam hidup saya mungkin lebih tinggi berbanding menjadi teman istimewa. Ada hal-hal yang tidak mampu kita luahkan kepada yang istimewa tetapi selesa diceritakan kepada sahabat. Dalam keadaan ini, bukankah si sahabat lebih beruntung?

Seperti biasa, saya akan berlari lagi untuk mengelakkan diri. Sampai satu masa yang ditetapkanNya nanti, apabila jiwa saya telah cukup kuat dan berani untuk berhadapan sekaligus berkompromi dengan hal-hal tersebut, maka saya akan berdepan dengannya lagi.

Berdepan dengan kebimbangan dan ketakutan saya sendiri.

Monday, August 13, 2007

tak lama lagi nak merdeka

cuba teka ape ni~


Selamat bertemu semula dalam rancangan Mari Mengaji (hehe).

Ye.. aku dah sampai Shah Alam since malam Jumaat aritu, kiranya Jumaat tu masuk opis. Tak update sebab takde idea. Even sekarang ni pun takde idea. Ape nak cite?

Ke Kota Tinggi last week menyaksikan kebakaran kulit muka secara berjemaah. Ni yang tensen ni kalau naek bot. Tak kiralah berapa kilo pun sunblock cream aku pakai nak ngelakkan sunburn, tetap ter'burn' jugak kulit aku yang sihat bersinar ni. Bibir mulusku yang sensitip ni pun mulalah ngade-ngade. Adeh adeh. Tekanan betoi bila dok memikirkan hal-hal kecantikan ni (bwahahaha macamlah cantik pon!).

sunset @ Sungai Johor

Cite pasal kecantikan ni, tingat zaman aku sekolah menengah dulu. Takde maknenye nak berkrim-krim sume, pencuci muka pun tak pakai! Simple life betullah dulu, ape je sabun yang sental badan, sabun tu jugaklah yang sental muka. Hah, jimat betol. Bedak pun pakai bedak powder je. Bukan takat jimat duit, jimat masa pun ye jugek (berapa banyak jimat daaaa..).

Kesihatan aku pun beransur pulih, cuma batuk tu je yang susah nak baik. Paham-paham jelah musim buah. Bila kat sini boleh je aku tahan nafsu - tak makan buah sebab batuk. Tapi bila dah balik kampung.. ermm... bukan aku takmo tahan nafsu.

Nah, ni mak dah siap asingkan durian untuk ko ni. Sedap ni! Durian siam tau!
Aisey.. orang batuklah mak..
Ha'ah ek? Ala.. rasa jelah sikit..
Hehehe.. oleh kerana mak yang suruh, kena le makan. Kalau tak, masuk neraka ni sebab melawan cakap mak. Betul tak?

Hahahahaha betul betul! Kalau tak makan, nanti mak guling-guling merajuk kat sini.

Hah, korang tengok? Aku tak sanggup dicap sebagai anak derhaka, pun tak sanggup tengok mak aku guling-guling, kang takleh bangun sape nak angkat?

Balik kampung baru-baru ni pun ade cite berunsurkan aksi seram. Aku kene kejau dengan encik yang mengaku diri dia askar (kejau naik kete ler). Takot weh! Memang ler salah aku masa tu sebab tukar signal saat akhir, tapi aku dah angkat tangan tanda sorry. Dia boleh kejau aku sampai ke nursery pokok (memang aku nak gi situ pon senornya). Menggeletar tangan aku takleh cakap ler, tapi macam biasa - muka menten cool hahaha. Sibbaik dalam kete ni ade mak dengan sorang makcik jiran aku ni. Mak aku lak yang slow talk, sibbaik tak pape huhuhu. Aku rasa kalau takde mak aku aritu, maulah aku kene belasah ke ape ke huwaaaaaaa mintak simpang laa woi. Walaupun kadang-kadang aku berani, tapi kalau aku sorang je, keberanian tu mungkin menukarkan aku menjadi nasik beriyani basi. Ah ape aku cakap ni.

belajau memanah pembuli jalanan

Kesimpulannya, aku kena simpan nomo telepon balai polislah. Err nomo telepon Balai Polis Sg. Udang brape ek? Ala.. lupa nak tengok aritu. Balai Polis Shah Alam boleh le surf tenet satgi. Oh ye.. tajuk memang takde kene mengena dengan entry. Sekian.

Monday, August 06, 2007

unwell~


Tak sihat. Demam, selsema dan batuk. Ya.. kawan-kawan lama yang dah agak lama jugak tak datang 'melawat' aku. Tapi kenapa datang sekarang??? Huhuh~

Aku akan ke Kota Tinggi arinie - insyaallah. Sampai Jumaat. So.. see you all on the next Monday ok!

achuuum!!

*nyanyi sket!*

Ku terus melangkah melupakanmu
Lelah hati perhatikan sikapmu
Jalan pikiranmu buatku ragu
Tak mungkin ini tetap bertahan

Belahan mimpi terasa mengganggu
Ku coba untuk terus menjauh
Belahan hati ku terbelenggu
Ku coba untuk lanjutkan hidup

Engkau bukanlah segala ku
Bukan tempat tuk hentikan langkahku
Usai sudah semua berlalu
Biar hujan menghapus jejakmu

Lepaskan segalanya
Lepaskan segalanya

*Menghapus Jejakmu - Peterpan*

Thursday, August 02, 2007

*sigh*


Aku bukan bencikan dia. Yang dah lepas tu, memang aku malas nak pikir lagi. Memang kalau dipikir-pikirkan, aku ada hak untuk rasa tak selesa. Tapi bila mengenangkan hubungan dia dengan abang aku, aku tak kosek nak ambik kisah perasaan aku ni. Janji korang sume happy, dah lah.

Tapi kenapa disebut lagi nama dia pada aku? Kenapa disuruh lagi aku mencari dia? Aku bukanlah nak marah pada yang menyuruh tu, tapi orang tak paham, apa yang aku dah alami. Dan aku pun tak mintak orang paham, cukuplah sekadar.. -leave me alone! Orang tak tau apa aku rasa, apa dia dah buat pada aku, malu yang tak tertanggung rasanya kalau aku kenang-kenang balik. Aku bukannya desperate sangat, tapi apa yang aku buat ni untuk keluarga aku, untuk dia jugak. Dan akhir sekali, of course laa untuk aku sendirik. Tapi sudahnya, apa yang dia dah buat?

Dalam hal ni, memang takde sapa yang salah. Cumanya cara dia melarikan diri dan membiarkan aku tercari-cari tu memang ... argghhh bengangnye! Bengang cam bangang! Aku teringin jugak nak cakap pada dia - kalau rasa tak sedia, boleh tak jangan cakap atau bereaksi macam dah sedia? Dia buat keluarga aku tertunggu-tunggu, dan dia buat aku serba salah. I can deal if you hurt me, but don't mess with my mom's feeling. Ini bukan pertama kali manusia datang dan pergi membawa janji dalam hidup aku, tapi janganlah sampai melibatkan famili aku.

Aku takmo berdendam dengan dia, sebab dia manusia baik. 100 kali lebih mulia dari aku yang tak berapa nak elok perangainya ni. Tambahan pula, dia baik dengan abang aku. Jadi, aku nak teruskan berperasan macam ni, dengan membiarkan dia sendiri tanpa gangguan aku. Sebab aku pun dah teruskan hidup aku dalam setahun ni dengan cara aku sendiri. Apa saja tentang dia, semua aku dah tinggalkan di belakang, dan kalau boleh aku tak mahu menoleh lagi. Ye.. aku akan terpikirkan dia once in a while, tapi setakat itu ajelah. Takde feeling-feeling, takde harapan. Cukuplah rasanya aku memalukan diri aku sendiri dulu.

Semalam abang aku call, terus aku ceritakan pada dia. Aku berterima kasih sebab dia menyokong aku untuk lupakan orang itu terus. Aku yakin abang aku faham dan boleh terima kenapa aku enggan mencari dia lagi. Malah, dengan keras juga abang aku melarang aku berbuat macam tu. Pedulikan kalau ada orang meminta aku mencari dia. Walaupun yang menyuruh tu emak aku.

Maaf mak, and thanks bro~