Wednesday, October 31, 2007

221: Entry Sopan Seorang Saya, Final!


Saya kurang pasti, berapakah jarak masa antara detik perkahwinan Abang Sham dengan sambutan Hari Raya Haji. Mungkin kurang dari sebulan, mungkin lebih. Yang pasti, antara keduanya, saya memang langsung tidak menghubungi dia. Rasanya tentu tidak manis jika saya masih terus-terusan menjadikan dia tempat mengadu seperti dulu, dan saya memahami situasi dia kini. Maka saya terus vakum dalam kehidupan harian di kampus, manakala dia – entahlah, mungkin sibuk mengharungi perjalanan baru sebagai seorang suami.

Hari Raya Haji. Tahun-tahun sebelum ini, memang menjadi kebiasaan kami akan menelefon sesama sendiri untuk mengucap selamat. Tetapi tahun ini, tiada panggilan yang saya terima dari dia. Lalu demi untuk melunaskan janji yang telah saya lafazkan sebelum dia bernikah, saya mendail nombor telefon rumahnya. Dan reaksinya..

Agak mengecewakan. Abang Sham yang saya kenali dulu tidak pernah gagal mengecam suara saya walaupun ketika saya demam teruk. Tetapi kali ini apabila dia bertanya siapa saya, terasa bergetar perasaan. Sedikit sebanyak terusik juga naluri, tetapi saya sekadar positif – mungkin dia bimbang tersalah orang. Minit demi minit, perbualan terasa kian hambar, dan hati saya tertanya-tanya, adakah saya yang tersalah dail nombor, ataupun memang dia tidak mahu bercakap dengan saya?

Orang rasa abang dah lainlah..
Lain ape?
Ermm. Entah. Tapi dah lain, dah tak macam dulu..
Memanglah lain, dah kawin

Dan saya mula mengerti. Jadi, perkahwinankah yang bersalah kerana bakal memisahkan saya dengan seseorang yang saya kenali terdahulu berbanding isterinya sendiri? Atau sayakah yang salah, kerana enggan mengerti bahawa dia bukan lagi Abang Sham – abang yang menghampiri saya ketika awal remaja dulu? Sungguh tercalar benar rasa hati saya, bukan kerana dia sudah berkahwin, tetapi kerana saya melihat dengan jelas yang keberadaan saya sudah tidak diperlukan lagi. Maka perbualan itu saya tamatkan seberapa pantas, dan lebih menyedihkan apabila dia seperti sudah tidak peduli lagi. Jika dulu seboleh-bolehnya dia menahan saya daripada memutuskan perbualan, tapi kini nampaknya dia bagaikan mengalu-alukan tindakan saya.

Dingin. Jiwa yang kosong. Dan kehilangan. Sunyi. Saya tidak menangis secara zahirnya, tapi mungkin di dalam hati.. entahlah, saya sendiri gagal mencari perkataan yang mampu menyatakan apa yang saya rasa sebenarnya. Saya bukannya cemburukan kebahagiaan dia, tidak. Dia lelaki yang baik, malah terbaik yang pernah saya jumpa – sekurang-kurangnya hingga saat itu – dan dia berhak mengecapi kebahagiaan yang seperti itu. Tetapi mengapa di saat saya diminta berjanji tidak memutuskan persahabatan, akhirnya dia yang bertindak sedemikian – dengan cara yang amat menyakitkan. Saya tidak marah, sumpah tidak. Mungkin terkilan, tertanya-tanya di mana salah saya.

Abang dah nak kawin ni, bole ke kita kawan lagi?
Apsal tak boleh pulak?
Yelah.. nanti orang rumah abang kata ape pulak
Eh, kalau abang boleh terima kawan-kawan dia, kenapa dia tak boleh terima kawan abang?
Perempuan lain bang.. cemburu dia lain..
Ape pulak! Abang kenal awak lagi lama dari dia tau. So dia kena terima awak, macam dia terima abang jugak

Lalu siapa pula yang akhirnya melupakan? Saya masih mampu menerima andai diberitahu terang-terangan keputusannya. Tetapi kenapa mesti pergi dengan cara begini, dengan cara yang benar-benar melukai hati saya. Tahukah dia, bukan mudah untuk saya meyakinkan diri saya sebelum menelefon dia? Tahukah dia, sehingga saya berjaya membuat hati saya tenang dengan kata-kata dia itu, saya tidak berani langsung menyentuh gagang telefon? Tahukah dia, sepanjang masa saya di kampus, betapa saya cuba sedaya mungkin untuk menyesuaikan diri dengan ketiadaan dia?

Dia tidak tahu. Dan tidak akan pernah tahu. Namun tidak pernah saya berdendam, tidak juga saya membenci. Jika benar kehadiran saya tidak diinginkan, maka seharusnya saya sedar diri. Bulan berganti masa. Kawan-kawan yang pada mulanya sering bertanya tentang ketiadaan panggilan telefon darinya juga sudah mula melupai keadaan tersebut. Saya pula, belajar menghadapi segalanya sendirian. Agak sukar, tetapi alhamdulillah, kawan-kawan sekeliling membuatkan saya terlupa seketika akan kehilangan dia. Sehinggalah..

Bulan Oktober, apabila ayahanda tercinta dijemput menghadapNya. Berat yang amat berat, memandangkan keadaan tersebut terpaksa saya tempuhi di saat saya sedang bergelut untuk menghadapi peperiksaan akhir semester. Masih saya ingat, di celah keriuhan orang ramai di rumah, saya cuba menelefon Abang Sham – sekadar untuk memaklumkan. Malangnya, talian telefon rumahnya tidak lagi aktif.

Saya kehilangan semuanya. Saya kehilangan abah, dan saya juga kehilangan dia. Sungguh saya terbeban dengan kehilangan sebegini. Tamat peperiksaan, cuti semester pun bermula. Selepas abah meninggal, Angah menghadiahkan saya sebuah telefon bimbit beserta nombonya sekali bagi memudahkan semua abang-abang dan mak menghubungi saya. Semuanya memang jelas amat risaukan saya, dan saya fahami kerisauan mereka. Semasa bercuti, saya masih belum dapat meleraikan rasa kusut di jiwa, kerana berita kematian abah masih tidak dapat disampaikan kepada Abang Sham. Saya perlukan dia ketika ini, saya sangat perlukan dia.

Oleh kerana tiada cara lain untuk saya hubungi dia, maka saya tuliskan sepucuk surat ringkas untuknya. Tidak lupa saya maklumkan tentang nombor telefon bimbit saya dengan harapan dia akan menghubungi saya secepat mungkin – jika dia masih sudi, masih menganggap saya seseorang yang pernah hadir dalam hidupnya. Sayang seribu kali sayang, sehingga kisah ini saya coretkan, dia masih lagi tidak menghubungi saya. Tidak pernah, walau sekali. Dan dalam masa 7 tahun ini, saya tidak pernah menukar nombor. Masih, tetap tiada panggilan daripadanya....

Kisah saya bukanlah seperti novel yang anda pernah baca di kedai-kedai buku. Kisah ini berakhir begitu sahaja, hanya begini. Tiada penghujung yang manis, memang tiada. Seperti yang saya katakan, setelah 7 tahun ia berlalu, saya anggapkan saja Abang Sham kini hidup bahagia, amat bahagia. Terlalu bahagia, hingga berjaya melenyapkan memori tentang saya. Cuba membayangkan bagaimana agaknya keadaan dia sekarang, tetapi tidak tergambar di ruang minda.

Mungkin bagi dia, saya tiada makna, tetapi bagi saya, lelaki yang saya panggil Abang Sham itu adalah antara insan yang berjaya menyentuh hati saya dengan kehadirannya sepanjang 6 tahun itu. Yang memberi erti, sehinggakan saya masih lagi terkenangkannya. Terutama sekali apabila sesekali saya melewati kampungnya jika saya pulang ke Melaka. Dan rumah separa batu bercat kuning itu semakin berseri dari kejauhan, mungkin membayangkan kegembiraan yang dikecapi penghuninya.

Abang, kalaulah abang dapat dengar... saya benar mahu abang tahu, saya mohon ampun, andai satu masa dulu, kehadiran dan keprihatinan abang telah saya salahgunakan. Demi Allah, tiada sepincing niat di hati untuk mempermainkan perasaan abang, mahu merosakkan perasaan abang. Sayalah manusia biasa itu, yang dalam keghairahan menikmati waktu remajanya, selalu terlupa dan tidak sedar, ada hati yang terluka dek kelakuan saya. Tetapi saya sangat percaya, takdir yang tertulis untuk abang jauh lebih indah berbanding saya. Bahagialah, saya doakan.


Maaf, andai kisah ini tiada indah.


Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah kuberi
Tiada lagi bersama

Seringkala aku terlihatkanmu
Impian nan indah
Bersulam bahagia

Ku harungi hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara

Keraguan ini bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilangan
Kehilanganmu

Kasih tercari-cari

Keraguan ini bukanlah padamu
Masih tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilanganmu...

Monday, October 29, 2007

220: Entry Sopan Seorang Saya IV


Dari saat meletak gagang telefon, hinggalah saya merebahkan diri di perbaringan malam itu, saya masih belum membuat sebarang keputusan sama ada saya mahu menghadiri majlis tersebut atau tidak. Teman-teman menyarankan agar saya pulang memandangkan kesungguhan Abang Sham yang begitu mahukan saya menghadirinya. Hati saya pula masih berbelah bagi. Satu bahagian memang meronta ingin pergi, sementelah kami tidak pernah bertemu walau sekali dalam masa 6 tahun ini. Manakala satu bahagian lagi terasa berat, culas mahu memenuhi permintaan dia. Mungkin saya masih belum bersedia untuk ini semua.

Keesokan paginya, saya membuat keputusan sebaik sahaja mata terbuka. Saya akan pulang. Mungkin ini peluang pertama dan terakhir untuk saya menemuinya. Dan perjalanan untuk pulang ke Melaka pada hari itu amat mencabar, hampir mematahkan semangat. Pagi yang hujan, tiket bas yang kehabisan, lalu saya mengambil tindakan drastik dengan menaiki komuter ke Seremban, kemudian menaiki bas hingga Alor Gajah, menukar bas lagi untuk ke Masjid Tanah dan akhirnya mencari bas ke Bandar Melaka yang akan melalui kawasan kediaman saya. Biasanya perjalanan menaiki bas dari Shah Alam ke Melaka hanya mengambil masa 2 jam, tetapi hari itu hampir seharian saya dalam perjalanan. Meletihkan, Tuhan sahaja yang tahu. Mak dan abah pun terkejut saat melihat saya muncul depan muka pintu. Hanya kad jemputan yang saya hulurkan pada mak menjawab persoalan mereka.

Malam itu, saya menelefon sahabat saya – Suria, untuk mengajak dia menemani saya esok. Kemudian, saya menelefon Abang Sham, untuk mengesahkan kedatangan saya. Terdengar nada gembira dalam kata-katanya, kepuasan kerana akhirnya saya membuat keputusan untuk tidak menghampakan permintaannya.

Terima kasih Ita.. sebab balik untuk abang..
Ala.. takde mende pun.. makan free, sape taknak.. saya cuba berlucu sedangkan saya sudah mula merasai kehilangan.
Awak datang awal ye esok? Abang nikah kat rumah je, ikut awaklah nak datang sebelum abang nikah ataupun nak datang masa bersanding. Tapi datang awal tau, abang nak awak stay lama sikit
Insyaallah.. pukul berapa abang nikah?
Errmm.. dalam pukul 10
Orang datang masa bersandinglah, awal giler pukul 10 tu!
Ikut awaklah, tapi datang awal tau
Insyaallah..

Sekali lagi saya diuji keesokannya. Tujuan saya mengajak Suria sebenarnya bukan setakat untuk menemani saya sahaja, tapi saya perlukan kereta untuk ke rumah pengantin memandangkan abah dan mak akan pergi ke kenduri kahwin yang lain. Entah pukul berapa mereka balik, saya bimbang akan terlewat. Malangnya kereta milik emak Suria telah dilarikan adiknya entah ke mana. Tak menentu saya dibuatnya, saya hanya punya waktu sehingga pukul 2 sahaja kerana tiket bas pulang ke Shah Alam adalah pukul 3. Hampir sahaja saya menangis, mengenangkan susah payah yang saya hadapi semalam akan berakhir dengan sia-sia. Syukurlah menjelang pukul 1, abah dan mak pulang.

Pada mulanya mak melarang saya pergi memandang waktu sudah suntuk, tetapi abah tiba-tiba ‘sporting’ pula. Dia dah siap pun, biar jelah dia pergi. Nah kunci, bawak elok-elok. Terus saya hidupkan enjin van (ya.. di rumah kami tiada kereta, hanya ada van), dan pecut ke rumah Suria. Berpandukan pelan di dalam kad jemputan, saya ke rumah Abang Sham.

Setelah memarkir van, kami berjalan terhendap-hendap di celah orang ramai. Entahkan betul entahkan tidak rumah ini, saya pun tidak pasti. Sampai di depan pintu rumah, saya menyapa seorang pakcik yang kebetulan berada di situ. Terus saya bertanya, dan dia mengesahkan inilah rumahnya. Pakcik tersebut memperkenalkan diri, rupanya dia adalah ayah Abang Sham. Saya menanyakan di mana pengantin, terus ayahnya meluruskan telunjuk ke khemah – mereka sedang makan beradap. Saya meminta diri ke khemah untuk makan.

Sedang saya mencedok nasi, Suria bertanya.
Syita, kau sedih tak?
Taklah
Ye keee...
Eh budak ni, gua luku kang. Dah laaa makan cepat!

Baru satu suap, saya dihampiri oleh ayah Abang Sham.

Nak, Sham panggil. Dia ajak awak makan dengan dia.
Hah?
Tu dia panggil.

Saya melontar pandangan ke khemah pengantin. Dari kejauhan Abang Sham melambai-lambaikan tangan. Saya sekadar membuat isyarat yang saya hanya mahu makan di sini.

Pergilah nak, dia panggil tu
Takpelah pakcik, saya dah start makan pun ni..
Pergilah, dia memang dah siapkan tempat untuk awak tu
Isy.. malulah saya, pakcik. Takpelah..
Laaa malu apa pulak.. dia siapkan tempat kat sebelah dia tu, awak boleh borak dengan dia nanti
Errr..

Dengan hormat saya tolak permintaan tersebut. Malu sungguh apabila hampir semua orang di bawah khemah pengantin memandang saya. Saya tetap di tempat saya sampai akhirnya. Jam menghampiri pukul 1.40 tengahari. Saya tidak boleh berlama-lama. Bersama rasa yang bercampur-campur, saya hampiri dia.

Abang..
Ita.. jumpa jugak kita akhirnya ye.

Saya telusuri wajahnya, kacak juga. Hampir serupa dengan wajah Badrul Muhayat. Dan dia juga merenung saya, tepat. Seperti katanya, akhirnya kami bertemu jua. Cuma tidak pernah saya duga, kami akan bertemu dalam situasi begini. Cuba berlagak biasa, tetap terasa juga kekoknya. Seribu satu perkara yang pernah ingin saya bualkan dengannya dulu larut begitu sahaja lewat pertemuan pertama ini. Saya cuba memaniskan mulut.

Maaflah bang, orang tak sempat beli hadiah. Orang keluar lambat tadi
Abang tak mintak pun hadiah awak, Ita. Awaklah hadiah abang, kedatangan awak ni hadiah paling besar untuk abang..
..........

Kemudian saya dikenalkan dengan isterinya, Kak Emi. Cantik orangnya. Syukurlah Abang Sham ditemukan dengan seseorang yang begitu mencintai dia, seseorang yang rela menamatkan waktu riang mudanya dengan perkahwinan.

Inilah Masyita, yang saya penah cerita kat awak tu..
Ooo.. hai.. terima kasih ye sudi datang. Sham selalu cerita pasal awak. Senyum.
Ye ke? Selamat pengantin baru ye kak
Terima kasih..

Dan saya minta diri untuk pulang. Abang Sham cuba mengalihkan perhatian saya dengan menghulurkan makanan pengantin dan bertanya macam-macam agar saya melupakan niat saya untuk pulang awal, tetapi terpaksa juga dia melepaskan saya pergi setelah saya menerangkan situasi saya petang itu. Ada riak terkilan di wajahnya, tapi apakan daya saya. Saya dan Suria melangkah meninggalkan majlis perkahwinan yang meriah itu. Dalam perjalanan pulang, saya hanya mendiamkan diri. Kemudian, Suria memecah kesunyian – sekali lagi bertanya tentang perasaan saya. Jawapan saya?

Memang aku sayangkan dia.
Terperanjat. Siannya kau... sabar ye Syita.. Mengurut-urut bahu saya.
Wehh.. sayang ler, bukan cinta tau.
Aku tau... tapi sabarlah jugak ye... Terus mengurut bahu saya.
Cis!. Malas nak layan!

Petang, saya pulang ke Shah Alam. Selamat pengantin baru, bang. Semoga Allah sentiasa merahmati perkahwinanmu, Insyaallah.


(korang nak aku abeskan kat sini ke nak aku sambung?kalau takmo sambung, aku tamatkan kat sini je)

Friday, October 26, 2007

219: Entry Sopan Seorang Saya III


Saya tetap saya, yang tak mampu menunggu walaupun hanya sehari. Saya desak dia, tegar sungguh dia enggan juga membuka cerita. Akhirnya saya meneka sendiri.

Abang nak kawen ek? Ke nak bertunang?
Err...

Ke DAH bertunang?

Kalau abang kata ya, macamana?

Ermm.. zaman skang ni, biasalah bertunang cepat. Tapi kawen.. jap nak pikir *diam kejap* Errmm... biasa jugak kot? Eh betul ke?

Abang kata 'kalau'...

Tapi macam betul je?


Setelah didesak sampai sesak (hehe), dia mengaku yang dia bakal melangsungkan perkahwinan. Rupanya sudah bertunang berbulan-bulan di luar pengetahuan saya. Entah kenapa saya rasa terguris, betapa sampainya hati dia membelakangkan saya dalam hal sebesar ini sedangkan saya tidak pernah menyorokkan hal-hal kecil kepadanya. Namun saya sedar, hubungan kami hanya sekadar ini sahaja. Abang Sham mengadu akan ketidaksediaannya mendirikan rumahtangga. Umur yang muda (21 tahun), kerja yang tidak menentu dan sebagainya. Saya seperti biasa, memberi pendapat dan idea, untuk meleraikan kekusutan. Setiap masalah insyaallah ada jalan penyelesaiannya. Hampir sejam berlalu, saya masih berasa tidak puas hati, sekali lagi saya bertanya.

Betul ke nak kawen ni?
Kenapa?

Ntah, macam tak caye je....?
...

Oooo bang! Betul ke tak ni? Abang memain ek?

Ermm... ha'ah.. saje je nak tengok reaksi awak macamana..

Ish! Terkena! Rasa lega menyelinap dalam diri. Dan saya berfikir, adakah saya mencintai dia? Tidak. Saya sayangkan dia sebagai abang saya. Mungkin kerana abang-abang saya telah berkahwin, saya rasa kehilangan mereka di tangan kakak-kakak ipar saya sendiri. Lalu untuk menghadapi kehilangan seorang lagi abang dalam masa itu, rasanya saya belum ada kesanggupan.

Habis cuti, saya pulang semula ke Shah Alam. Menjalani kembali kehidupan pelajar yang sibuk dan memenatkan. Menghadapi projek studio yang membuatkan saya rasa mahu membunuh - sesiapa sahaja tapi bukan saya. Berminggu-minggu seperti zombie lagaknya saya ketika itu.

Satu malam selepas saya selesai makan malam, saya menerima panggilan telefon daripada Abang Sham. Gembiranya saya mendengar suaranya, dan kesempatan itu saya gunakan untuk mengadu tentang keadaan saya. Penat, tak cukup tidur, dan malam ini adalah kali pertama saya menjamah nasi setelah berminggu-minggu tidak menjejakkan kaki ke dewan makan kolej. Dia dengan tenang mendengar keluhan saya, dan bertubi-tubi menasihati saya agar menjaga kesihatan. Awak tu dah laa senang sakit, degil tak nak jumpe doktor, buat abang risau je. Sememangnya dia memahami saya..

Perbualan berlanjutan melebihi setengah jam, dan akhirnya dia membuka kata yang sebenar. Hal perkahwinan yang diceritakan dulu, sebenarnya memang akan berlaku. Dia menafikan di penghujung perbualan kami ketika itu kerana dia tidak sampai hati mengecewakan saya. Tidak sanggup melukai perasaan saya, katanya. Dan selama ini, hal pertunangannya itu dirahsiakan atas dasar takut kehilangan. Dia bimbang saya akan pergi, seperti kenalan-kenalan perempuannya yang lain. Saya terkesima, celaru perasaan rasanya. Dan kemudian dia menambah, membuatkan saya terkedu.

Sebenarnya memang ya, abang sukakan awak. Dari dulu, dari sebelum abang tengok gambar awak lagi. Masa kita sama-sama sekolah, abang rasa mungkin abang boleh dapat awak. Tapi bila awak dapat ke universiti, abang rasa abang tak layak langsung untuk awak. Sebab tu abang jarang cari awak lepas awak pindah ke Shah Alam, tapi awak tetap sama macam dulu, tetap cari abang. Abang bersyukur awak tak berubah, tapi abang malu, sebab kita dah tak setaraf. Abang bukan setaraf dengan awak..

Tuhan.. libang libu hati saya. Berkecamuk. Tidak pernah saya sangka dia akan berfikir begitu. Perasaannya, pandangannya terhadap saya, sama sekali tidak saya duga. Yang mengejutkan, kenyataannya tentang taraf, ah.... pentingkah itu semua untuk terus berkawan? Mungkin bagi saya, itu hal remeh, tapi rupanya tidak bagi dia. Saya jelaskan pendirian saya pula kepadanya, bahawa saya tidak pernah menganggap dia manusia yang tidak setaraf dengan saya, tidak sekali-kali.

Awak datang ye? Datang kenduri abang..
Bila?
20 Februari.. hari Ahad..
*mengira* Eh.. tak lama lagi dah.. minggu depan je
Ha'ah.. datang tau, abang nak awak datang jugak..
Errmm.. sebenarnya orang tak pastilah abang ni bebetul ke memain. So.. camnilah, kalau abang nak orang datang, abang poskan kad jemputan, bole?
Boleh! Tapi kena janji, dah dapat kad jemputan MESTI datang!
Ok~
Alamat?

Setelah talian diputuskan, saya terus menyambung kerja-kerja saya yang terbengkalai, sambil fikiran menerawang mengenang kembali perbualan tadi. Saya sendiri tidak pasti, adakah saya berperasaan begini kerana enggan menerima hakikat, atau saya berharap hakikat itu tidak benar? Wallahualam.

Hari Jumaat. 18 Februari. Petang, selepas saya habis kelas. Masuk ke bilik, dan ternampak sekeping kad di atas meja studi. Siapa pula yang masih mahu menghantar kad ucap selamat hari lahir pada saya? Sudah sebulan berlalu, rasanya tidak relevan lagi untuk saya terima kad ini. Terus saya keluarkan kad dari sampulnya. Bukan kad ucap selamat, sebaliknya kad jemputan perkahwinan Abang Sham - seperti yang dia janjikan. Saya melabuhkan punggung di atas katil, dan membelek-belek kad tersebut. Berfikir sama ada saya benar-benar punya waktu untuk menghadiri kenduri itu. Sementelah projek studio yang akan dihantar minggu depan, sepatutnya saya tidak ke mana-mana. Dan rasa berat hati. Setelah berfikir, akhirnya saya mengambil keputusan untuk menghubungi bakal pengantin tersebut. Meminta maaf, kemungkinan besar saya tidak dapat menghadiri majlisnya. Terdengar dia menghela nafas panjang di hujung talian.

Awak ingat tak awak cakap apa dengan abang aritu?
Ingat...
Ulang balik
Kalau dapat kad, orang pergi
So, abang dah pos, awak dah dapat. Kenapa taknak datang?
Orang banyak kerja.. sibuk..
Ita, takkan tak boleh tinggalkan sehari je untuk abang? Tolonglah... jangan buat abang macam ni..
Errr...
Awak mesti datang! Mesti, faham?
Ala.. kalau tak datang pun, bukannya abang tak kawen ke.. kan?
Memang.... tapi abang nak awak datang! Dah, jangan banyak cakap. Nape, takde duit nak beli tiket bas? Nanti abang bagi duit, gi pinjam kat sape-sape dulu.
Err..
Dah dah, abang nak awak datang jugek, ok?
Ok..

Letak gagang, dan fikir lagi. Patutkah saya pergi?


bersambung lagi... (aku ade keje weh hihihi)

Wednesday, October 24, 2007

218: Entry Sopan Seorang Saya II


Hari raya kedua, seperti biasa rutin kami sekeluarga - keluar beraya ke rumah saudara-mara mana yang sempat. Dan apabila konvoi kami melalui kawasan Bukit Rambai, tiba-tiba fikiran saya melayang menerjah memori lama yang pernah saya rasai dengan seseorang yang berasal dari situ.

Namanya Sham. Saya senang memanggilnya abang, kerana perbezaan umur setahun antara kami. Abang Sham menghulurkan salam perkenalan semasa saya berusia 14 tahun. Sangat 'budak' saya rasakan untuk saya menerimanya. Entah agaknya sedap sangat suara budak perempuan 14 tahun masa itu, dia teruja untuk mengenali. Setelah 'diracun' oleh Kak Aisyah - kakak angkat Abang Sham - akhirnya saya tunaikan saja permintaannya.

Dia anak bongsu, sama seperti saya. Mungkin atas sebab itu, saya berasa sangat serasi bersama dia. Bagi saya, dia adalah abang saya yang keenam :) Tempat saya sandarkan kelelahan, orang yang saya cari saat suka dan duka, tempat mengadu segala-galanya. Dan mungkin juga atas kehijauan saya, saya terlepas pandang satu perkara tentang dia - bahawa abang yang ini rupanya ada memendam sesuatu yang terindah untuk saya.

Sepanjang perkenalan, tidak pernah sekali kami bertentang mata. Hanya surat dan telefon sahaja yang mengukuhkan persahabatan ini. Saya mengenali dia melalui gambar dan suara. Bukan dia tidak pernah mengajak, tetapi acapkali keinginannya untuk bertemu akan saya hampakan. Saya yang dulu bukan seperti saya yang sekarang. Saya yang dulu amat sedar tentang situasi saya sebagai pelajar yang masih muda, yang masih sepenuhnya berada dalam jagaan ibu bapa. Saya bimbang andai saya terleka dan tersilap langkah, saya akan tergelincir dan menyesal. Makanya terus-terusan kami berkawan tanpa bertemu sehingga saya berjaya melanjutkan pelajaran ke UiTM, sementara dia yang sekadar lulus SPM bertekad untuk keluar bekerja dan enggan menyambung pelajarannya.

Masih saya ingat, sewaktu dia mendapat gaji pertama, bersungguh benar dia mengajak saya keluar. Abang nak Ita rasa duit abang, katanya. Dan seperti biasa saya menghampakan dia - macam tahun-tahun sebelumnya.

Semasa saya di UiTM, kami jarang berhubung. Kebetulan dia memutuskan untuk bekerja di Kuala Lumpur sementara saya pula sibuk dengan kehidupan sebagai mahasiswi. Namun begitu, sesekali apabila saya rindukan dia, tetap nombor telefon rumahnya saya dail dengan harapan dia pulang ke kampung ketika itu. Untung nasib, dapatlah kami berbual dan bertukar-tukar cerita.

Setelah setahun dia di Kuala Lumpur meredah pahitnya merantau, akhirnya dia mengalah dan nekad pulang semula ke Melaka. Silaturrahim yang hampir luput pun dapat kami mekarkan kembali. Dan dia kembali menjadi Abang Sham - abang yang tidak pernah menggagalkan diri untuk hadir dalam hidup saya terutamanya ketika saya menghadapi saat-saat sukar.

Awal tahun 2000. Sehari sebelum menyambut Hari Raya, saya menghubungi dia seperti selalu. Lewat bicara kami malam itu, saya mengesan sesuatu yang pelik dalam tutur katanya.

Abang ok ke?
Nape?
Lenmacam je orang dengar
... Ok je..
Abang.. bebetul lah.. ada pape ke?
Diam.
Ellooooo...
Ye.. abang ada lagi.. Ita..
Ye?
Abang ada menda nak cite kat awak.. tapi abang tak nak rosakkan mood raya awak. Ermmm... malam esok awak call, bole?
Nape? Cite jelah malam ni
Tak nak.. abang taknak ganggu perasaan awak. Awak call esok ye? Janji?
Tapi..
Janji?

Dan saya terdiam, mula berfikir yang bukan-bukan...


bersambung... (hohoho asik orang len je wat bersambung, meh aku pulak buat!)

Monday, October 22, 2007

217: Dan Aidilfitri pun tiba tanpa disuruh².. hehe

Salam sume...

Syok ke raya korang? Raya aku boleh tahan... cuma masalahnya sehari sebelum raya, aku dah mula tak sihat. Aku ni sensitip sket dengan asap yang berkadar tepu. Alkisahnya tahun ni masak rendang guna kayu api, berbanding tahun-tahun lepas kitorang guna dapur minyak tanah. Ini tahun ade orang pinjam itu dapur, dah tu lambat nau dipulangkan. Maka aku dan Abang Chik bersepakat masak rendang guna kayu api jelah. So.. dua hari berturut-turut (masak nasik impit pun guna method yang sama) rumah aku berasap macam istana bunian, memang terjejas le paru-paru aku. Pagi raya tu aku dah lemah, badan dah suam-suam, kepala sakit, tambah selsema lagi, tapi tetap pegi solat sunat Hari Raya. Balik je umah, mak soh makan panadol - sebab akulah harapan nusa dan bangsa kat dapur tu kang memandangkan pagi raya tu hanya ada aku dan dua orang kakak ipar je yang ade. Tapi syukurlah tahun ni, anak-anak buah aku yang pompuan dua orang tuh dah boleh disuruh - so.. takdelah aku asik main air je. Petang tu aku tidooooooo sampai pukul 6 - kompem le tak sihat tuh..

Menjelang raya ketiga baru aku sihat sikit. Tapi batuk masih ade sampai arinie.

Hari-hari yang lain tu macam biasalah.. keluar beraya dengan famili, kawan-kawan, melawat 'sedara jauh' (baca: Mahkota Parade) dan lelain.

dengan mak depan pokok kedondong yang lebat buahnye :)

Cadangnya nak upload gambar banyak-banyak, tapi blogger.com ni problem lak. Esok-esok jelah ek. Tak lari gambar dikejar. Kalau kejar aku yelah kot.. heheh.

(aku upload gambar kat fotopages ni jelah, silekan..)

Wednesday, October 10, 2007

216: Salam Syawal


dah macam paparazzi plak rasanya aku ni, asal eksiden je amek gambar, asal amek gambar je eksiden :p ini adalah antara kemalangan yang berlaku kat area umah aku


Eksiden kete, boleh gi repair kat bengkel, eksiden ati, nak repair kat bengkel mane? Huhu.

Arinie ari terakhir aku bertugas untuk bulan Ramadhan yang mulia ni. Makanya seperti tahun-tahun sebelum ni, berbesarlah hati dan badan aku untuk memohon kemaafan pada sume insan-insan kamil yang membaca blog aku ni kalau ade tersalah silap kekata. Baiklah korang maafkan, seperti mana aku juga memaafkan korang (hahaha). Untuk mereka yang telah mengeksidenkan ati aku secara tidak sengaja, alhamdulillah rasanya aku dah maafkan. Manakala yang mengeksidenkan ati aku yang fragile ni secara sengaja dan keji, aku cuba sedaya upaya untuk memaafkan anda semua (eceh!). Cam keji je aku ni kan hehe.

Sape belum beli baju raya, moh lee datang Shah Alam. Baju kurung giler-giler punye murah. Aku tengah menyesal tak sudah ni sebab gi tempah baju kurung. Korang imejin ek, baju kurung kain benang hitam tu, siap dengan batu-batuan regenye RM50 je! Kalau beli dua pasang RM90 *pengsan* Masa memula baju kain benang hitam tuh nak fofular, aku beli sepasang Rm80 tauk! Huwaaaaa ade sape-sape nak bagi aku Rm50 tak? Sedekah laa sket anak yatim ni....~

Saje letak lagu yang takde kene mengena dengan raya. Sebab aku suke :p Tapi lagu ni pun takde kene mengena dengan aku, sekian harap maklum.


Aku wanita yang punya cinta di hati
Dan dirimu dan dirinya dalam hidupku
Mengapa terlambat cintamu telah termiliki
Sedang diriku dengan dia tak begitu cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya

Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau

Atas nama cinta
Kurelakan jalanku merana
Asal engkau akhirnya denganku
Kubersumpah atas nama cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta


Rossa - Atas Nama Cinta

Monday, October 08, 2007

215: Memori~

Siapalah dapat menyangka, hujung minggu (semalam ler) aku habiskan dengan menjahit baju kurung? Hueheheh. Eh, taklah jahit sampai jadik baju, jahit tang tangan je *booooooooooo*
Alkisahnya, kitorang menolong akak depan rumah ni hah. Rupa-rupanya dia ambik upah menjahit baju. Kalau aku tau, baik aku antau kat dia je, takde laaaa susah² antau sampai ke Klang sanun. Murah lak tu dia charge. Eh ni nak iklankan akak tu ke? So semalam kami bertiga pun berganding bahu dan tangan menjahit macam ler terer. Sibbaik ler dulu penah tolong mak tang jahit tangan tuh, kira ok laa. Hari ni maybe akak tu akan antau lagi baju-baju yang lain. Kita tungguuu..~

Pasal majlis berbuka khamis lepas ek? Daripada semua senarai yang ada dalam entry sebelum ni, hanya 8 orang saje yang berjaya memunculkan diri di tempat kejadian. Yang tak dapat datang tu, takpelah.. nak wat camne (hukhuk). Takde rejeki nak jumpe kitorang.

Oklah.. aku cite kronologi peristiwa. Kang aku wat conclusion je kang ade pulak yang kata entry aku pendek sangat. so... cekkidaut..~

4.30 petang: aku dah kuar opis, gi isi minyak sat, balik umah, gosok baju, mandi, siap-siap (terer tol aku leh siap mandi mueheheh)

5.00 petang: otw amek Acai kat depan Masjid Shah Alam. ape punye suwey aritu, sume traffic lite merah. sori ek Acai lambat sket huhu~

5.20 petang: jem giler kat Shah Alam nih! mampuih laa gua kene bebel. tapi akhirnya tiba jugek kat stesen komuter sek. 19. ND dan Anne dah tunggu, muke pun kelat-kelat kurma muda hahahah

lebih kurang 6.30 petang: tiba kat KLCC. Sham dan Kurzz dah tunggu kat fudkot KLCC. thanks u ols tolong copkan tempat. Azkam dan Kak Mya tiba. memasing pun bertaburan membeli juadah berbuka. tetibe teringat Anul (kasik dia rasa bersalah sket bwahahahah), dan terperasan yang aku takde nomo tpon dia. call member, mintak nomo Anul. call Anul - sila baca entry beliau :D

7.06++ malam: berbuka. makan-makan, borak-borak, amek gambau sana-sini, gelak sampai saket tengkuk. ah.. ade gambau satu je,yang lainnye korang kene tunggu ND, Kurzz dan Kak Mya upload baru leh tengok. aku tak bawak kamera, harap maklum hahaha. pastu gi solat maghrib.

8.00++ malam: sambung minum dan makan kat fudkot. aku kongsi dengan Anne je sambil mengacau Kurzz dan Sham nyer makanan hihihi. entahlah kenapa yang aku kacau tu semacam laa sedapnye. lenkali boleh kacau lagi ek. amek-amek gambar lagi walaupun dah kene sound dengan mak guard KLCC kata tokleh amek gambau (ape kes? tadi ok je). tetapi setiap pemilik kamera memang tegar dan ketegaq. tetap amek gambar dan posing malaikat maut.

9.00++ malam: memula kata nak balik, pastu sangkut lagi kat ruang legar (betul ke?) KLCC tuh, ade show apetah orang bertarbus bermain gambus. posing-posing lagi. akhirnya terpaksa juga mintak diri sebab kang nak naik komuter. thanks ND anto kitorang kat KL Sentral.

9.30 malam: terlepas train sebab ralit tengok iklan Adibah Noor (hehe). next train pukul 10.25 malam. sangap guwe menunggu.

10.25 malam: train sampai, dan malangnya train itu train bengong kerana beliau siap gostan ke stesen KL kendian baru dia teruskan perjalanan. gegar gila, siap dengan speaker rosak. dah laa ade pakcik satu kaum ni berborak kuat tak hengat. lebih setengah jam. Acai, patutnya Acai dengan Anne gi tanye pakcik tu pakai henpon ape. bateri kuat tuh..

11.30++ malam: tiba kat Shah Alam. antau Anne kat parking opis dia dan Acai kat parking Masjid Shah Alam. sampai umah, salin baju, solat Isya' dan............zZZzZzzZZZzzz....


dari kanan: Azkam, Acai, Baby (ahaha), Anne, Kak Mya, Sham & Kurzz. ND tade sebab dia amek gambau :p. dan thanks again ND, kasik pinjam gambau (apsal aku nampak katik ek)


Hah!!!
Lagi 4 hari nak raya?!!!??!?!?!?!? *pengsan*


edited~

ni gambar² daripada kamera Abang Kurzz kita *guling²*








Thursday, October 04, 2007

214: Hanya Untuk Apdet

Hasil perbincangan kecil dengan bebudak opis aku last week, dapatlah disimpulkan satu persetujuan tentang cabaran sebenar berpuasa bagi orang-orang yang dah akil baligh - macam kite sume ni hah *jangan tak ngaku lak :p *

Untuk budak-budak, memang makanan dan minuman adelah penggoda utama, malah itulah yang dijadikan alasan untuk berbuka awal (padahal tadi ternampak air longkang je, tu pun dah terliur). So, mak apak mak sedara pak menakan dan atuk nenek pulak, apa yang menjadikan mereka merasakan berpuasa ni memang mencabar?

Korek-korek.


Korek idong, korek telinga (korek pusat tak batal pose ye). Jangan tak ngaku woii.. hahahah. Kekadang tu masa nak amek air semayang (kalau semayang laa kan), kompem jari jemari ni terasa nak menjalankan tanggungjawabnya pada encik lubang idong. Pastu tengah tengok tv ke.. lepas mandi petang ke.. eh gatal lak lubang tinger neh. Baru nak capai cotton bud, opssss puasa laaa.. Tahan jelah gatal tinger sampai berbuka.


Eh, cakap pasal berbuka, meh aku apdet latest list untuk kehadiran malam ni..

>> aku of coz
>> ND
>> Anne
>> Acai
>> Kurzz
>> Sham
>> Anul
>> Chot (tokleh datang - demam)
>> MiLd (ye kee ni..??tak kire datang jugek! :p)
>> Kak Mya
>> Azkam
>> Azerlma (kensel gak ade hal)
>> Kak Shida (tp takleh masuk lak blog akak sorang ni..ermm)
>> Qasiehfirdaus (tak kompem lagik kata dia hehe)

lagi?? sape lagi? sempat lagi nak join ni.. hehehe

Monday, October 01, 2007

213: Hari ni saya akan pergi..

Lagi 11 hari dah nak raya. Masih cuak lagi.

Dah 19 hari puasa dan satu berita gembira - i've managed to reduce my weight - 2kg hohoh. Bukan senang weh aku ni nak turunkan berat badan. Selalu tu faul semedang. Yeahuuuuuu~ Tapi bila aku bagitau mak yang aku tak makan nasik, ekcely beliau nampak risau senornya. Ala takpe.. konon-konon kite omputeh ler mak, tak makan nasik huehehe.


tak sesia makan sikit heheh~


Balik Melaka kali ni pun, aku makan nasik dua sudu je - tu pun sebab nak makan kuah dalca yang mak buat. Kalau tak, takde jugek aku nak makan nasik. Mak cam biasa, me'request' aku untuk masak samting. So ari Sabtu aku buatkan puteri mandi dengan air bandung cincau + aiskrim soda. Ahadnya pulak, aku buatkan kek chocolate moist sebelum balik ke Shah Alam. Mak terkujat giler tengok aku buat kek - sebab aku memang tak penah buat kek pun hahahah. Cuak-cuak jugek ler, sibbaik abangku yang baik ati pun tolong skali. Uiks baik betol ati beliau, sampaikan kete aku pun dia basuh *heeeeee ni yang sayang kat abang aku neh* Takpe, aku tapawkan kek itu untuk beliau tanda caring.

Today I'm off to Kota Tinggi (again :p) after iftar until this wednesday. Insyaallah akan bertemu kekawan ari khamis, dan khamis malam untuk mereka yang sudi menjoinkan diri masa ektibiti berbuka pose tu. Ada sape-sape yang volunteer nak copkan tempat tak, just in case kot² rombongan dari Shah Alam ni tak sempat nak sampai sebelum pukul 6? Kalau ada, bagitau ye.. jasa korang ku hargai eceh~

Giler ngantuk ni!

*Zzz.....* (i wish!)