Thursday, November 29, 2007

231: Senang Tapi Susah

these are for both - thanks and sorry :)


Terima kasih. Maaf.

Ayat yang paling senang tapi susah dilafazkan. Bila ia jadi susah? Cakap jelah, tak gitu?

Terima kasih. Memang mudah diucap, tapi bagaimana jika kita hendak mengatakan kata-kata itu kepada musuh? Dalam berdendam, ada jasa yang perlu dihargai. Dan ketika ada keinginan bermanis muka, terkenang kepahitan yang dipalitkan dalam hati.

Seperti maaf juga. Mudah rasanya untuk diungkap, tetapi kadang-kadang terkelu ketika kemaafan ingin dipohon dari yang tersayang. Suara hanya bergema dalam hati. Dan kekesalan yang terbias dalam jiwa hanya diri sendiri yang merasai, dan terdaya memerhati si dia terluka, dan terus-terusan terluka.

Bila agaknya kita dapat berubah?



# berita malam tadi pasal tol. sedap je sang menteri berkata tentang kadar tol PD - Seremban yang kononnya tidak menjejaskan akibat 'tada orang mau lalu'. deyyyy.. itu macam kalu, apa kata itu tol kasik roboh jugak?? buat semak je.

Tuesday, November 27, 2007

230: apa mau cerita?

aku: kita nak cite ape ni yang? *senyum*
dia: apa² jelah yang, tapi jangan cite pasal kita sudahlah *pandang kamera*
~klik!~


Bwahahaha masak aku kalau Faizal Hussein masuk blog ni hihi (lambai tangan kat dia kalau ada). Atas desakan peminat-peminat, aku apdet jugaklah walaupun macam takde idea je untuk direpekkan kat sini.

Jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah untuk bapak mertua angkat aku yang meninggal dunia semalam ye. ~alfatihah~

Takde idealah nak cite ape. Korang tanyelah pape kat aku. Sebarang soalan akan dijawab mengikut klasifikasi soalan itu sendiri. Pertanyaan berbaur busuk dan pekung tidak akan dilayan. Hehe~

Thursday, November 22, 2007

229: Huargghh~

status : pending :p


Ngantuk. Malam tadi ada dinner kat Hilton. Sungguh cilakak kedudukan hotel itu. Ermm.. salah salah. Maksud aku, sungguh cilakak skalik jalan menuju ke hotel berkenaan. Kot-kot laa ada pekerja hotel itu yang baca blog baby ni, boleh tak tolong cadangkan kepada kepala ruan hotel tu supaya berusaha lebih sket, pasang signboard besau-besau at least 500 meter sebelum ke simpang hotel ye? Oh... ada ek? Tolong besaukan font dan kalernya sila tukar ye. Orang ramai tak nampak sangat kalau fontnye saiz 20 (kalau dalam komputer) dan kaler kelabu. Bukan sume orang dalam negara kita ni pernah jejakkan kaki kat hotel tu. Sekian terima kasih, keluh kesah dan luahan hati dari mangsa kejadian yang dah - sampai - kat - simpang - tapi - terlepas - sebab - tak - nampak - signboard - kendian - kene - U turn - jauh - kat - Pudu - nun - elok² - bole - sampai - on - time - terus - lewat - satu - jam - nyaris - kene - marah - dengan - bos - abes - komot - baju - dok - dalam - kete - lama² - bila - sampai - rupanya - dah - terlepas - satu - round - makanan - rugi - doh!.

Malam tadi menggayakan baju sponsor, sungguh tahapehape laa aku ni leh terberkenan kat baju orang. Tapi silap aku laaa yang aku gi temankan orang cari baju dinner watpe? Tak pasal-pasal minda aku dah 'ter'set (tak sengaja kan..) yang kaler pepel adalah warna yang outstanding untuk malam tuh. So.. takpelah :) Tuan punya baju pun suruh pakai hihi.

Dah laaa lambat, pastu masa dok berlari-lari dalam hotel tu (yelaaa dah banyak sms masuk tanye aku katne, kredit aku dah habis dek melayan dorang ni laa) baru le aku pasan yang tapak tumit kasut aku dah tertanggal dan lesap terus - dua² belah pulak tu! Sibbaik kat situ karpet tebal-tebal, takde laa aku hilang imbangan. Isk~ Terkilan la..

Tak semeriah tahun-tahun lepas dinner kali ni. Tak cukup bajet ke? Ataupun sebab aku tak jumpa kawan-kawan aku? Jumpa sorang jelah.. jumpe Kurita yang dah dua tahun aku tak jumpa sejak dia kawen. Eh dua tahun ke? Rasanyalah. Tapi.... ada jugak yang cambest hihih~

Mata aku yang setajam helang akibat ralit membaca signboard malam tadi telah berjaya mengesan entiti yang tak disangka-sangka. Encik X! Terima kasih pada Allah yang mengurniakan sensor yang sensitip secara tiba-tiba hihihihi (aik cam gatal je? lantaklah :p ). Padahal jauh tuuu beliau dengan guwa. Nebes nebes :D Aku tunggu ko tegur, ko pulak macam nak tegur tapi kensel. Last-last balik tangan kosong je. Biasalah cite aku mesti dalam kategori Kisah Yang Tak Sempurna hihihi.

Aiseyy ngantuknya. Gambar posing ada, tapi lambat sketlah aku upload kat sini. Petang-petang kang aku letak ye gambar-gambar itu. [edited : dah masuk dah, masuk dua dah laa ek]


# jumpa orang lain, mimpi orang lain - dan mimpi itu tidak indah. awak, are u ok? *sekonyong-konyong risau laa plk*

Monday, November 19, 2007

228: Tak patut... tak patut..

~credit to d anon owner 4 dis pic, donno who u r but dis is soo cool dude~


Akhirnya dapat jugak aku spend time kat umah hujung minggu setelah dua minggu aku habiskan waktu cuti kat opis. Nothing much to do, just golek-ing around sambil tengok tv. Dah dua minggu jugak aku tak menonton program Beyond Tomorrow, Living Fresh dan.. ooo semalam ada rancangan yang baru aku jumpa, Eco 4 The World. Sayangnya baru layan 10 minit, siaran RTM tu terganggu laa plak. Bukan salah di sanun, tapi salah di area rumah aku ni. Isk~

Dan walaupun namanya hujung minggu, tetap juga aku disaljini (asik guna hujan je ;p ) panggilan daripada opis - pagi sampai petang rasanya tak kurang 5 kali. Erm.. tak kisah pun. Opismate itu cuma tanya apa yang dia tak tahu pasal printer komputer orang lain, dan aku rasa aku tak kisah as long as dia tak suruh aku pegi opis :p Sampailah petang tu, aku pun dah buntu tak tau macamana nak selesaikan masalah dia, so aku cadangkan dia call je tuan punya komputer tu - yelah kan, lagi senang kalau tanya tuan punyanya sendiri, tak gitu? Tapi jawapan beliau terhadap cadangan aku itu amatlah sendu terasa di lubuk sanubari aku nih.

Akak sebenarnya tak gemarlah nak telefon orang yang dah berfamili ni.. faham-faham jelah kan hujung minggu orang nak berehat bla bla bla

Wait semenet~ Mungkin ramai yang sokong pernyataan kakak ni. Tapi aku sebagai seorang yang masih single, terasa tercabul dengan kata-kata dia. Kenapa, orang single tak boleh nak berehat sangat ke hujung minggu? Adakah kerana aku ni takde suami yang akan meminta-minta dimasakkan makanan yang best-best dan anak-anak yang akan bergayut di kedua belah kaki time memasak, hak bercuti aku tu kira tak sah? Agaknya akan ada yang mengatakan aku ni emosional, tapi marilah kita berfikiran luas sikit.

Untuk aku, aku percaya setiap orang berhak untuk memiliki sedikit (kalau banyak lagi bagus) ruang kebersendirian, atau dalam bahasa omputehnya - privacy. Sesungguhnya aku betul-betul tak berkira bila hujung minggu aku dikacau dengan persoalan komputer printer yang remeh-temeh tu (betul ni!), tapi bila hal tersebut diselatankan (hehe asik diutarakan je?), aku rasa muak. Macamlah panggilan telefon setakat seminit dua tu boleh mengganggu sangat kehidupan orang. Oklah.. mungkin ganggu sikit, tapi kenapa kalau pada orang yang single, mende tu macam dikira 'tak apa' je? Orang yang berkeluarga inginkan waktu untuk pasangan dan anak-anak, abis tu kitorang camno? Kebetulan je semalam aku ada kat rumah, kalau katakan semalam aku melawat orang sakit kat hospital ke, atau menghadiri kenduri arwah, atau hal-hal lain - adakah tetap aku dikira tak boleh nak lari dari hal-hal yang tak berkaitan dengan percutian aku tu?

Agaknya dorang ni terlupa kot, satu masa dulu sebelum masing-masing ada keluarga, dorang pun single jugak. Tapi tak taulah pulak kalau dulu dorang rasa syok bila diri memasing dijadikan korban akibat orang lain. Malas pulak nak taip pepanjang. Daripada rasa ikhlas nak menolong, terus rasa cam berasap pulak semalam. Aku taklah sampai nak marahkan dia gegara punya pemikiran macam tu, tapi.. sentaplah sikit.

Urgghhh.. kesian kan pekerja yang single macam kami ni, hak bercuti secara aman perlu bersedia untuk diliwat sewenang-wenangnya tanpa belas kasihan. Tu baru cerita cuti, belum lagi cerita hal menggantikan kerja orang pada hujung minggu atas alasan yang sama. Eh, takleh merungut panjang-panjang, tak dapat pahala le pulak.

Tak suka! Tak suka! Tak suka! *tunjuk² dinding*


# macam terasa-rasa je aku akan terima komen kawen jelah cepat. komen ini tidak membina ok :p hohohoh~

Thursday, November 15, 2007

227: Extra Money hihi


Selain daripada membaca berita terkini hiburan sensasi, aku juga suka menelek ruangan iklan di dalam suratkhabar. Err.. bukan iklan setakat yang besau-besau tu saja, tapi juga iklan yang halus² tapi ada dua tiga mukasurat. Ada pengisyhtiharan kebangkrapan (semalam ada seorang budak sebaya aku di Melaka yang bakal bangkrap), jual beli kereta, rumah dan tanah, part time job...

Part time job. Bukanlah aku nak sangat tapi kalau ada yang sesuai dengan jiwa dan minda aku, ape salahnya kan? Baca dan baca lagi. Dan aku ternampak..

PELAYAN PELANGGAN LELAKI / WANITA; BARTENDER. GAJI BULANAN RM1,000 - RM2,000. ASRAMA DISEDIAKAN.


Wahwahwah~ Teruskan bacaan. Ada beberapa iklan yang berbaur perkara yang sama, tapi mungkin tidak semenarik yang ini.

PELAYAN BIASA. GAJI BULANAN RM1,000 - RM3,000.


Wah! Macam-macam benda berlegar dalam kepala hotak aku masa tu. Pertama - apa maksud BIASA dalam ayat tu? Ada ke pelayan TAK BIASA atau LUARBIASA? Kalau ada, macamana ek? Kedua, BANYAK TUUUUUUU GAJI!

Patutlah ramai budak-budak sekarang suka kerja-kerja macam ni ek? Mahal rupanya gaji dorang. Err.. kira banyaklah jugak daripada gaji seorang pemegang diploma macam aku ni hah. Padahal kelulusan setakat PMR, SPM je. Untuk yang memang matlamat hidupnya nak mengejar kemewahan, mungkin tak akan fikir dua kali untuk kerja ni. Yelah.. sapa yang nak bagi kau gaji tinggi macam tu dengan kelulusan yang rendah, betul? Tapi untuk mereka yang memikirkan keberkatan dalam hidup, pun mungkin tak akan berfikir dua kali juga - untuk mencari sumber pendapatan lain :)

RM3,000. Ermm.. Aku pandang budak-budak rumah aku.

Kalau akak sewakan korang satu malam, berapa agaknya boleh dapat ek? Ke nak sewa ikut jam? *pegang kalkulator*
Dorang pandang aku. Kak Mas gilo!

Hohohohoh!!!

Tuesday, November 13, 2007

226: Apa Kes?

Sebelum tu, korang dah baca ni?

Menggunakan kanak-kanak. Salah, memang salah. Polis berhak ambil tindakan - katanya. Untuk aku, kalau diaplikasikan kepada semua situasi (kecuali kes suruh budak pegi kedai - bukan beli rokok ye 13may :p), memang adil. Tak salah.

Tapi korang pun mesti ingat kes haiwan berhidung dompok, berkaki pendek serta tidak berleher di Melaka. Guna kanak-kanak juga kan. Ada tangkapan? Langsung takde.

As I've told my friend yang terlibat secara langsung dalam hal ini di mana halangan demi halangan untuk memindahkan spesis itu keluar daripada Melaka, yang dorang berhak bertindak dengan undang-undang ke atas penternak² yang menghalang tugas penjawat awam. Halang dengan kanak-kanak pulak tu. Tapi kalau dah takde sape yang tolong, camne? Sape yang patut tolong tu? Sila baca balik suratkhabar.

Adillah sangat.

kekadang kompius kan? mebi kat negara kita, haiwan ni jauh lebih mulia dari manusia. no komen. *abeslaaa blog aku pasni*

Friday, November 09, 2007

225: Diskaun~


Lepas bermakan-makanan di rumah opismate aku - open house daa - aku terus menghayun Encik Fahrin a.k.a kete comel menuju ke Jaya Jusco Bukit Raja; itu pun atas desakan dan pujuk rayu tahap melukut di tepi gantang oleh budak umah aku yang sorang ni. Aku malas tau, bukan ape, nanti kang adeeeeeeeeeeeee je mende yang aku nak sambar. Dasar tak sadar diri punye budak! (ni ayat untuk diri sendiri ye). Duit cikit tapi keinginan... nauzubillah. Tapi pegi jelah. Terpaksalah aku melupakan hasrat untuk menonton filem Chandramukhi yang kelihatan seperti best je petang tu. Hukhuk~

Lalu depan Baskin Robbin. Oh.. lamanya tak makan aiskrim semenjak batuk aritu. Jadi aku pun mula terhendap-hendap mencari perasa aiskrim kegilaan aku itu, malangnya aku pun dah lupa apa tajuk perasa tu. Menunjukkan betapa dah lama aku tak singgah kat sinun. Susah-susah sangat, aku pun tanya.

Flavor yang banyak almond tu yang mana satu ye?
Almond? Ha.. ada dua.. bla bla bla bla...

Erkk... apsal tak familiar jugak pada pendengaran aku ek? Lupa betul ni.
Dia pandang aku, aku pandang aiskrim.
Err.. kasik yang ni jelah. Mintak-mintak betul, kang tak sedap rugilah duit aku.

Masa nak bayar, aku diberitahu harganya - RM7.25. Satu scoop je. Tapi dah tau beli kat situ, memanglah mahal. Cumanya kalau beli aiskrim Baskin Robbin kat Plaza Shah Alam, kau boleh dapat harga RM4++ je untuk mende yang sama. Adakah harga aiskrim bergantung pada harga sewa lot kedai? Musykil..

Ada JJ Card?
Tak
Oo rugilah kalau macam tu
Nape? Kalau ada boleh dapat diskaun ke? Aku tanya sambil mencari-cari 25 sen dalam purse
Ha'ah
Takpelah, takde rejeki. Senyum.

Elok je aku dapat cari 5 sen dalam purse, tetiba mamat cashier tu cakap..

Awak cari ape?
25 sen

Buat ape? Harganya RM6.21 je

Eh? Rasanya aku tak nyanyuk lagi, tadi kan RM7.25? Ye ke?
Iye... Sambil tunjuk mesin duit dia tu - ape namanya tah.
Tadi awak salah kire ek?
Senyum je.

Serius kompius. Tapi oleh kerana harga makin turun, aku diam jelah. Tengok resit - diskaun 10%. Eh? Takpe.. agaknya semua orang dapat kot? Tiba turn budak umah aku pulak bayar. Keluar je dari kawasan kedai tu, aku pun tanya dia.

Kene berapa Da?
RM7.25


Hah! Motif gua dapat diskaun? Rezeki anak yatim kot ;) Murah rejeki laa budak-budak tu nanti. Eh, budak ke? :p


*kak ungku, ai yem verry sorry bek0s ai dit not etten yor piknik. ai got de 'morning lezi dizis' yesterdey.. ;) let mi kiss yor cik tu sho mai tauzen epoloji~

Wednesday, November 07, 2007

224: Ada Apa Dengan Aku

211. Bukan nombor ekor. Bukan nombor bilik hotel. Nombor telefon? Paswed email, YM? Ah... sume bukan!

211. Nombor isu majalah Apo? yang gagal aku miliki. Dah puas merayau kawasan-kawasan yang sewaktu dengan aku ni, langsung tak jumpe. Ye lah.. isu dah lepas, mana ada lagi. Usaha tangga kejayaan - konon-konon meyakinkan diri masa aku dok menebalkan muka bertanya pada si penjual kot-kot laaa ade simpan lagi belen-belen majalah yang tak laku. Nampaknya Apo? memang laku.

So! Pada anda, yang turut mengikuti perjalanan majalah ni, aku dengan rasa sedikit sipu dan radang kulit, berharap korang sudi menjualkan isu yang itu sahaja pada aku - tapi separuh harga dah laa memandangkan aku rasa korang takkan nak bagi punye CD free yang disertakan sekali dengan majalah tu. Huwaaaaaa boleh laa ek? Ek? Sape-sape yang nak merasa pulangan modal 50% tu bolehlah contact aku via email, kalau ada nombor telefon aku, call jelah.


bolehlah eh? eh? *kelip² mata tanda caring*

Macam-macam dalam fikiran aku sekarang nih. Kalau boleh, taknak fikirkan sangat nanti cepat tua hihihi. Alamak! Lagi dua bulan sebeday aku. 28 tahun weh! *gigit kuku laju²* Eh tapi tak tua sangat kot.... err.. kot laa.. hehehe..

Kadang-kadang, menda yang kecik² pun boleh mengganggu kita, kan? Kecik je, tapi tetap rasa tak senang hati. Contohnya, aku sebenarnya tak suka tindakan budak rumah aku yang bawak balik seekor anak kucing sedangkan mak kucing tu ada lagi kat tingkat bawah. Serius aku tak suka, dan rasanya aku dah tunjuk rasa tak suka tu dengan cara aku. Untuk orang lain mungkin menda ni kecik je, tapi ntah laa aku tak suka. Bukan tak suka anak kucing tu, cuma tak suka tindakan dorang memisahkan anak kucing dan emaknya. Ntahlah, aku tak senang hati. Tak boleh nak berlapang dada. Jadi aku tak berapa nak tengok sangat anak kucing tu, nanti aku rasa nak marah pulak. Oppss Anne! Jangan bawak cite ni kat umah pulak ;p

Sila jangan suruh aku pulangkan anak kucing tu ye. Sebab aku tak tahu kat mana dorang kutip budak kucing tu, cumanya kitorang pernah nampak maknya. Dan dah berkali-kali aku suruh dorang pulangkan (ye aku bercakap sambil gelak-gelak bukan tandanya aku tak serius ye), dan kemuncaknya dua hari lepas, aku bercakap sambil buat muka tak puas hati. But still, budak kucing tu ada lagi kat rumah aku. Degil nak mampos! Nanti Tuhan balas balik kat korang baru tau!

Memang takde salahnya buat baik, tapi tengok situasi laa...

Monday, November 05, 2007

223: Caca Marba



Memang menjadi kebiasaan, saat kita dalam kesusahan, kita akan tersedar keberadaan keadaan sekeliling kita. Orang-orang di samping, benda-benda di sekitar - semua yang penting tetapi terabai kepentingannya akibat dek alpa ketika senang. Dan tatkala keresahan dan kesusahan mengetuk pintu, barulah kita tercari-cari di mana semua itu.

Aku pun sama.

Semalam aku OT. Dan ditakdirkan semua duit yang ada dalam genggaman didahulukan untuk kegunaan opis. Menjelang petang, aku dah mula lapar. Oh.. lapar.. teringin makan aiskrim (aik kata batuk??), nak makan kek, goreng pisang (aikk.. batuk kan??), roti canai (eh eh) bla bla bla.. biasalah serakah orang kelaparan. Malangnya dalam purse cuma ada syiling-syiling. Nak cucuk ATM, pun sebenarnya dah berkurangan - sementara menunggu duit claim dan OT.

Pulang. Berlabuh depan TV - laparlah. Berfikir-fikir, mencari kemungkinan aku ada menyimpan makanan di dapur. Hah! Milo ada.. oat ada. Yes! Raba-raba cerek sampai beliau teruja. Rasa hangat lagi. Yeahuuuu!! Bancuh kedua-duanya dan hadap depan TV. Ok, terlampias rasa lapar. Pandang keliling. Ada roti. Roti budak rumah. Kalau diikutkan, budak rumah aku ni jenis lenmacam sket - bukan lenmacam apa, dia cukup angin kalau aku bagitau dia aku nak paw makanan dia (boleh gitu? hahah). Mengada - dia kata aku. Tapi aku tetap bersopan santun beradab ketimuran (kelip-kelip mata). Kalau dia takde kat rumah, aku sms mintak izin. Tapi dia ada ni, so....

Da! Nak oti boley?
Ameklah Kak Mas oi... ngadenye..

Malu ler..

Amek ler.. marjerin dengan jem pun ada, amek le..


Wow! Roti dicita, jem dan marjerin pun mendatang. Makan lagi - tapi tak banyaklah sebab orang punya kan ;) Pikir dan pikir lagi. Hah! Mixed fruit dalam tin yang aku beli hari Jumaat aritu masih berbaki suku tin. Makan lagi. Kali ni kenyang. Sampai malam :)

*****

Khamis lepas aku puasa (walaupun akhirnya sia-sia). Petang, aku order megi goreng kat kedai mamak bawah opis aku nih. Waktu nak bayar, mamak tu takmo duit aku. Aik, dah tak laku ke duit baby? Berkeras dia nak belanja. Oh....

Boleh ka saya belanja?

Aik, duit ko, tanye aku pulak! Apepun, terima kasih.

Esoknya, waktu yang sama. Aku dah start enjin kereta, dan ternampak mamak itu melambai tangan - suruh aku tunggu. Apa lagi la mamak ni. Tak lama lepas tu, dia berlari-lari ke arah aku. Sebungkus kuih vadey (peberet nih!) dihulur. Belanja lagi!

Sepanjang perjalanan aku berfikir. Rasanya semalam aku takde mimpi ataupun teringat-ingat kat mamak ni. Ok, dia tak mandrem aku walaupun dalam dua kali itu, aku rasa dia sentuh jari telunjuk aku. MAMAK, KO JANGAN NAK MANDREM AKU PULAK!

Moga Allah selamatkan aku dari ilmu mandrem - tak kisahlah dari sesapapon! Amin...~

*****

Anak buah baru aku dah ada nama. Muhammad Al-Azim. Hehe, cam nama masjid ;) Mari simpan nama Hakimi untuk aku je nanti lalalalalalalala~

Friday, November 02, 2007

222: My 'Triple Two' Entry

Dah hampir sebulan, batuk ni tak baik-baik jugek. Macamana laaa nak baik, ubat batuk yg aku beli tu, hanya 1st round je aku makan betul-betul, yg 2nd ni belum abis lg padahal dah seminggu aku beli. Ulser yang tiba lewat daripada batuk pun dah baik, isk isk isk.

Berdasarkan komen-komen yang aku terima dalam entry tacing aku yang baru ni, dapatlah disimpulkan bahawa ramai yang suka aku menulis dengan gaya skema cenggitu. Mintak mahaplah, gaya camtu aku tokleh wat selalu. Sebab... nanti aku rasa boring sendiri. Sesekali tu bolehlah :) Nak pulak dengan cerita sedih macam tu, gerenti buat aku sensitip tak semena-mena. Korang jangan tak tau pulak, demi nak menyiapkan entries (betul kaa Noushy) tacing ni, mood aku pun jadik tunggang langgang. Mana tak nyer, aku bercerita mende yang dah lepas, nak dapatkan balik idea tu kenalah aku gali memori lama-lama tuh. Kan tak pasal-pasal aku jadik sensitip. Minggu ni paling emo rasanya, sampaikan budak opis aku kalau gelak-gelak pun aku rasa dorang gelakkan aku, bole gitu? (ke memang dorang gelakkan aku?). Pehtu terkecik ati sorang-sorang, tetibe je aku ternangis sket depan komputer. Macam meroyan je hahahaha. mintak-mintak laa takde sape pasan aku nanges smlm hihih Tapi aku dah tau dah punca utama kenapa aku sensitip nak mampos minggu ni. Dah terjawab petang semalam, hehehe.

Semalam dan harini, aku dihujani (waiceh!) dengan panggilan misteri. Misteriii... sebab yang pertamanya, nombor takdok (unknown), yang sekennye bila aku angkat, orang tu tak cakap pape tapi aku dengar sore budak-budak kat belakang tuh. Jap aku kire dah berapa kali makhluk tu call aku ek *kira* Hah 4 kali. Hilang akal ke ape? Rasanya nombor telefon aku takde kena mengena dengan nombor yang biasa orang ganggu - 999. Pape jelah.

Oh ye.. Sabtu lepas, Kak Long aku dah selamat bersalin anaknye yang ke 9 - anak lelaki. Bertambah ramai laaa anak buah jantan aku. Aku dok bercerita dengan abang aku yang nomo 5 tu, sebab dorang tak tau nak ubuh nama anak dia ape.

aku: gaknye klu org soh ubuh nama Faizal Husin, mak marah x?
abg aku: bongok! hahahahah

Sampai termimpi-mimpi aku memikirkan bakal nama anak buah aku ni, macamlah anak aku :D Asik teringat Hakimi... Hakimi.. hahahaha. Hah gelak gelak, tahun depan bertambah lagi bajet duit raya guwa. Sekarang ni jumlah terkini anak buah aku ialah 23 orang, 5 perempuan, yang lelaki tu korang kirelah sendiri hihi. Tapi takpe, berdasarkan strategi yang sukses digunapakai masa raya baru-baru ni, bolehlah aku aplikasikan untuk hari-hari raya yang mendatang, selagi dorang bergelar budak-budak laa. Sok dah besau cam Wildan takde maknenye aku boleh nak bodoh-bodohkan cam sekarang.

ini Alfi, anak abg nomo 5 guwa~ muaaahhh!!