Wednesday, December 24, 2008

348: Entry terakhir sebelum '09

Salam sume.. 1st of all, thanks untuk sume komen positif anda dalam entry negatif aku sebelum ni, appreciate dat so much!~

Sebelum aku merapu lebih jauh, aku nak cakap sesuatu. Al kisah ada sorang sahabat aku yang tersayang sudah terasa dengan apa yang aku tuliskan dalam entry 343. Sian dia sampai menangis-nangis baca entry aku yang punya ayat kasar sekasar buruh kasar tu. Tapi boleh aku cakap sikit?

Aku tak mau hipokrit dan menafikan yang entry tu takde kene mengena langsung dengan kau. Ya.. ada di antaranya (bermaksud bukan semua ya) memang aku cakap berdasarkan apa yang berlaku antara kita. Tapi aku tak kata aku benci kan..? Aku mengaku, memang ada perkara-perkara yang kau cakap dan buat tu menyentuh hati aku. Tapi aku rasa, aku pun apa kurangnya. Kita pun bukan sama-sama maksum.

Aku percaya, kita sama-sama cuba menjadi sahabat yang terbaik. Aku rasa aku pun cuba, tapi mungkin aku kurang berusaha. Kau faham jelah.. aku malas. Aku jarang cari kawan-kawan aku tak bermakna aku lupa dan buang, sama juga macam kau. Aku beranggapan saja walaupun kata-kata kau kekadang memang buat aku berjauh hati, tapi mungkin kau tak maksudkan macam tu.

Apa yang aku tulis dalam entry tu, sebenarnya benda-benda yang dah lama aku simpan. (mungkin aku patut tulis "membaca dan terluka adalah tanggungjawab sendiri" hahahahah).Dan aku rasa aku perlu luahkan sebab kadang-kadang people don’t take me seriously. Aku kecewa bila saat aku berkata benar tentang perasaan aku, orang-orang yang aku pandang sebagai teman pula mentertawakan aku. Macam perasaan aku ni takde nilai je. Kesian aku. Huhu.

Pernah tak terfikir kenapa aku tak mahu menangis depan kawan-kawan aku? Antara sebabnya, sebab aku rasa akan dipandang rendah je. Tapi ada juga manusia yang beruntung, yang aku percaya dia takkan gelakkan aku kalau aku menangis depan dia – dalam telefon atau di mana-mana. You know who you are ;) Ahhh.. aku dah mula merepek.

Back to the story. Kalau kau terasa hati sangat-sangat dengan apa yang aku tulis, aku mintak maaf ye, Odah. Aku harap kau janganlah simpan dalam hati, sebab apa yang aku simpan tu pun aku dah keluarkan. Kau masih lagi anggap aku kawan baik kau, aku sangat-sangat hargai – apatah lagi selepas apa yang aku dah buat – entry tu khususnya. Selagi aku anggap kau kawan aku, seteruk mana pun perkataan yang kau ucap untuk aku, aku halalkan je semuanya. Sebab kalau aku betul-betul benci, betul-betul marah, kau pun tahu aku takkan layan kau lagi. Tapi aku layan kau lagi kan... means kita ok laa, betul? Kau pun minta maaf semalam, dengan seikhlas hati – aku maafkan.

Dah-dah jangan nangis lagi. Kang bos kau nampak kang, mesti dia ingat aku apa-apakan kau pulak. Hehehehe.

Oklah, tamat. Skang cite pasal aku plak.

Aku kan dah apply cuti. Aku anggap dah lulus jelah, bole gitu? Matilah perasan ade share!~ Walau bagaimanapun, ini adalah entry terakhir aku sebelum masuk ke tahun 2009. Scary giler aku rasa!! Huhuhuhu!!

Kalau Mr. Sivaji luluskan cuti aku – dan kalau dia tak luluskan pun, aku akan luluskan jugek – maka aku akan start bercuti sampai 31st Dec laa kan. 1 Januari 2009 pulak, aku dan beberapa orang opismet akan ke Terengganu, ada kursus selama 2 hari kat sanun. Means minggu depannya iaitu 5 Januari 2009 baru aku masuk opis. Di mana, sehari sebelum itu iaitu 4 Januari 2009 adalah besday aku *ehem panjangnye intro* hahahahahahha!!!

So pada sape-sape yang nak bagi adiah, belanja makan, pegi zoo, round PSN, ajak berkelah ataupun pergi memancing di laut dalam, atau nak seprais aku dengan bunga + coklat + teddybear + perfume + voucher spa yang dihantar ke opis (macam ade sorang kakak tu penah buat dulu heheh), anda boleh melakukannya pada hari tersebut. Errr kalau nak hantar bunga kat opis tu, hantar le ari Isnin eh. Bunga lily tau! Eh, siap order pulak hahahahah!! Aku sukeeee aku sukee lalalalalalalala.

Kalau nak bercerita pasal tahun 2008 ni, ntahlah. Tak adil kalau aku kata tahun ni tahun sedih aku padahal yang paling teruk sedihnya pun baru-baru ni je. Manakala prestasi bulan-bulan lain agak ok bagi aku. Tapi memang tahun ni tahun terpokai aku lah, ni sume gara-gara masuk rumah baru. Takpelah. Sekurang-kurangnya Allah bagi aku kesempatan untuk punya rumah sendiri dalam umur 28 tahun. Syukur..

Tahun ni juga banyak drama. Dalam hal-hal jodoh terutamanya. Heh. Ade sape-sape nak buat skrip ke? Boleh jual ni, tapi mebi tak berapa laku laa sebab semua kisah aku bukannya happy ending pon ahahahaha.

Aku harap, tahun depan tak mengecewakan. Dan kalau masa itu tiba, aku tau aku terpaksa mengecewakan, dan terkecewa juga. Tapi aku percaya, kita sama-sama maklum, mungkin ketika itu, ia adalah yang terbaik untuk kita. Ditakdirkan kita hanya bertemu, bukan untuk bersatu – mungkin *sigh*.

Sebelum menutup tirai 2008, terimalah persembahan sedara Penyubiru di Aquaria aritu. Selamat tahun baru, semua!

Monday, December 22, 2008

347: meluah lagi~

Khamis.

Selesai mengucapkan terima kasih, gagang telefon aku letakkan semula ke tempatnya. Berita yang baru aku dengar tadi, sememangnya amat mengejutkan. Walaupun pernah perkara itu berlegar dalam fikiranku beberapa bulan kebelakangan ini, tetapi bila disahkan – aku jadi hilang arah. Sakit di badan dan kepala yang sedia ada terasa semakin menekan.

Kembali ke tempat. Menghadap komputer yang kaku. Pandang jam, hampir benar ke pukul 5. Aku boleh pulang sebentar lagi, tapi aku masih lagi terpaku. Keliru. Tak percaya. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan – cuba bertenang. Sesekali perbualan rakan sepejabat aku sampuk dalam tawa, tapi terasa muka ketat pula. Jeling jam lagi, hampir 5.20 petang.

Aku kirimkan SMS. Dan penerimanya membalas dengan dua huruf konsonan yang ringkas, seakan mengesahkan lagi berita tadi. Hati aku retak. Dada rasa sebak.

Nak balik!


Jeritku. Selesai berkemas dan mengucap salam pada semua, aku terus ke kereta. Rasa tak keruan. Ke kedai berdekatan mencari bahan bacaan, alhamdulillah yang dicari akhirnya bertemu. Dalam kereta aku termenung lagi.

Nak menangiskah? Hanya bisikan dalam hati. Dan aku berkeputusan, ya.. aku mesti menangis. Mesti. Pasang aircond, cari lagu di dalam mp3 modulator. Dan teruskan perjalanan. Sakit di leher pula terasa perit, sesekali aku cuba meredakan dengan urutan. Tak berjaya.

Perjalanan ke rumah hari itu amat berbeza. Selalunya aku akan buru-buru berkejar pulang walaupun tiada siapa yang menanti di rumah. Hari itu aku memandu perlahan, dan membiarkan saja airmata berlinang. Aku berniat untuk berhenti di Taman Herba berhampiran mahkamah, cadangnya biarlah aku habiskan saja airmata di situ. Tetapi keadaan yang terlalu sunyi, aku tak sudi mempertaruhkan keselamatan. Dan perjalanan aku teruskan.

Kereta sudah diparkirkan. Aku masih membatu di tempatku lagi. Tak habis lagi airmata ini rupanya. Apatah lagi kebetulan ternampak sebuah keluarga yang baru keluar dari kereta mereka. Menangis lagi. Dan lagi. Dan entahlah lama lagi.

Sudahlah. Kesat semuanya dan keluar. Bertembung dengan anak-anak muda yang sedang membaiki motor. Entah apalah nasibku, salah seorang dari mereka merenung – dah tentulah mata yang bengkak merah ini menceritakan hati aku. Aku tertangkap rasa hairan di mata dia. Ah!! Sibuklah! Sepak motor tu kang! Dalam hati saja.

Sampai di rumah. Terus ke katil. Aku mahu tidur. Tapi yang ada hanya airmata lagi. Letih. Pindah ke ruang tamu. Onkan tv, dan baring di atas sofa. Majalah yang aku beli, ku selak sekali lalu, tak mampu lagi aku membaca. Tutup mata dan cuba lelap. Akhirnya lelap.

Malam. Termenung dan menangis lagi. Sampaikan aku keliru. Menangis kerana sakit yang mana, sakit di badan dan kepalakah atau menangis sakit di dalam. Mungkin kedua-duanya. Aku tidur awal. Mesej dari dia itu pun tiada reaksi dari aku. Yang aku lakukan, menghantar SMS untuk rakan setugas, memaklumkan ketidakhadiran aku esoknya.

Jumaat.

Pagi. Selesai sarapan aku baring lagi. Sakit. Sakit semuanya. Menangis lagi. Menulis lagi. Tak pasti mahu ke klinik atau tidak. Apatah lagi sakit di bahu terasa surut, cuma di kepala dan belikat masih lagi tegang. Apapun, menjelang pukul 10.30 pagi, aku sudah menunggu di klinik bersama pesakit lain. Melihat perempuan muda menggendong bayi untuk rawatan dan datang bersama suami, hati aku luka lagi. Terasa bergenang airmata, tapi bukan aku untuk menangis di khalayak.

Bersama ubat, aku terus pulang. Keluar makan dengan Anne (aik ade jugek nama budak ni dalam entry ni). Kemudian keluar pula menonton dengan Minnie, sambung berbelanja sampai ke petang. Menjelang maghrib, dia yang berhampiran pula mengajak aku menonton. Aku setuju saja. Pukul 9 malam dia datang mengetuk pintu. Dan kami pun pergi.

Bersama dia itu aku cuba mencari bahagia. Entahlah. Layanannya sebagai sahabat agak bagus juga. Dia pun baru tahu aku tak sihat. Dan dalam setiap tindakan malam itu, dia cuba membuatkan aku selesa. Tetapi tetap juga fikiran aku melayang-layang. Dan menambah lagi luka, kebetulan panggung yang menayangkan filem malam itu, adalah panggung yang sama – tempat kami menonton baru-baru ini. Dengan dia, bukan dia yang ini.

Barisan yang sama. Mungkin kerusi yang sama. Mata aku terus ke satu sudut lapang di dalam panggung.

Luasnya tempat tu. Kalau datang lepak bawak toto, mesti best kan?

Kata dia baru-baru ini, yang ku sambut dengan ketawa. Mengingatnya aku tersenyum. Tapi yang luka tetap terasa. Sedih.

Hampir pukul 3 pagi baru kami pulang. Sampai di muka pintu, salam perpisahan mengakhiri aktiviti hari itu. Pada dia aku berikan senyuman, yang kemudiannya aku pun tak pasti. Benarkah aku maksudkan begitu, atau itu senyuman yang terukir kerana aku fikirkan yang lain. Mata tak mahu lelap hingga 5 pagi.

Hari ini hari Ahad. Majalah yang sama masih belum dapat dikhatamkan. Padahal majalah sekecil ini biasanya sehari sahaja untuk aku tamatkan, atau mungkin dua hari. Jiwa kosong. Fikiran pun kosong. Hati pun sama. Bila mengenangkan semula, aku pun tak pasti. Sedih lagikah aku? Dan nanti aku menangis lagi. Mungkin aku terlalu terkejut. Mungkin. Sakit di tubuh masih berbaki, tapi alhamdulillah makin pulih.

Aku dah apply cuti mulai Krismas hingga 30 Disember. Semoga dapat, amiin~

Mungkin apa yang aku tulis tak sama seperti yang bakal anda fahami. Mungkin jauh menyimpang. Lega. Maafkan saja aku kerana ceritaku yang sebegini. Aku cuma perlu meluahkan saja. Dan terima kasih kerana membaca.

Entah bagaimana agaknya aku berhadapan dengan harijadiku bulan depan. Mungkinkah sambutannya hampir sama seperti 5 tahun lalu.. Entahlah.

# aku tau, bosan baca entry sedih² ni. Tapi ini jelah tempat aku bercerita. Nak buat macamana..~ :(

Thursday, December 18, 2008

346: Sesi Meluah-luah

Penah rasa tak best? Tak seronok? Tak segala-segalanyalah? Mestilah pernah, ye tak. Sebenarnya aku pun tengah rasa macam tu. Selalu rasa, kadang-kadang layan - kadang-kadang malas nak pikir. Tapi sesekali tu pikir jugek.


Ada antara kekawan kita yang lama kita kenal, nampaknya lebih terbuka dengan kawan-kawan yang baru mereka kenal. Macam emo pulak stetmen ni eh. Taklah. Benda ni dah banyak kali berlaku pada aku, tapi aku anggapkan saja itu hak masing-masing. Mungkin pada dorang, aku sesuai untuk jadi kawan masa gelak-gelak je. Untuk hari -hari yang sedih, mungkin aku tak kelihatan meyakinkan untuk diajak berkongsi. Sementelah aku pon tak berani nak bagi pendapat lelebih, memandangkan pendapat aku kekadang tu ekstrem eheh.

Mungkin aku tak seistimewa itu di mata dorang - kot? Wutever.

Pun sebenarnya bukan masalah besar. Cuma bile pikiran kosong dan takde mende nak dipikirkan, aku akan memikirkan hal kecik ni. Apa agaknya yang silap pada aku eh. Aku biase dengar kawan-kawan aku berkata aku ni tak serius. Oh ada yang kata aku gila. Tak pastilah maksud dia aku gila ke atau gila-gila. Yang penting ada maksud dalam mana-mana pun kan.

Tapi takpelah, masing-masing ada pendapat. Dan mungkin itu satu pendapat untuk aku.

Aku masih bersama dengan mereka semua. Hampir semuanya. Walau sesakit mana sekalipun perlakuan yang dah dilakukan, jarang aku berlalu pergi. Jarang, bukan tak ada. Tapi... takpelah.

Nak menganggap sesiapa sebagai bestfriend rasa macam satu beban untuk aku. Aku harap aku ada. Well... dalam hati aku ada beberapa orang yang aku anggap istimewa sebagai sahabat. Biarlah dalam hati. Aku pernah terluka dengan sahabat yang mengaku bestfriend aku, dan aku harap aku takkan hadapi lagi keadaan macam tu.

Apa rasanya kalau ada orang menyampaikan, yang so-called bestfriend kau berkata kau menghalang dia dengan si polan kekasihnya itu semata kau mahukan si polan itu?

Aku terluka sampai sekarang. Walaupun akhirnya antara dorang pun dah takde jodoh, aku masih lagi terluka. Aku sangka jujur dan telus aku itu akan dihargai kerana untuk aku itulah yang terpenting, rupanya.. Dalam diam-diam aku kembali menjadi sekadar teman biasa sahaja tanpa dia sedari. Kalau dia perasan. Tapi pun aku tak berhenti memaafkan. Kerana aku pun mengharapkan kemaafan atas kejujuran aku yang mengundang prasangkanya.

Soalan yang tak terjawab.

Soalan mudah sangat. Tapi susah sangat dijawab. Mungkin kerana malas mahu menjawab. Mungkin rasanya soalan itu tidak perlu dijawab. Kerana ditidakjawapan itu juga adalah satu jawapan. Ntahlah. Suka hati kaulah.

Ok cukup.

Badan aku sakit-sakit. Sakit betul, bukan sakit lawak-lawak. Kalau nak diikutkan, malas aku nak bercakap benda ni. Sebab... ermm lecehlah nak cakap. Yang penting, orang macam aku ni kalau cakap benda serius pun mesti orang lain anggap lawak jugek. Takpelah. Badan sakit, urutlah sendiri. Hati sakit pun urutlah sendiri (boleh ke urut hati??? ape-ape jelah hehe). Apa aku nak cakap sebenarnye ni??? Bengong betoi ahahahaah!!

So!

Badan aku sakit (eh cakap lagi). Melarat-larat pulak. Ah. Cite lainlah. Orang lain pon sakit jugek, ye tak?
:ahaha:

Tuesday, December 16, 2008

345: i'm back :)

Salam sume..

Fuh! Dah lama tak bangun pagi-pagi cam arinie heheeh. Ni ape aku nak cite eh? Pun macam-macam dah jadi sepanjang aku cuti. Yang penting, sebenarnya tak larat nak berjalan sangat. Aku berjalan sakan yang betul-betul sakan pun dua hari je.

Nak ubuh gambarlah.


Ni santapan kitorang masa raya haji aritu. Orang makan daging korban, kitorang lak dok korbankan ayam. 5 ekor ayam tumpas dalam perjuangan kali ni.


Yang suar putih tu aku laa kan. Berjaya jugak mak aku buat aku pakai suar di pagi raya. Eheh. Tapi masa gi solat raya tu aku pakai baju kurung la.. (dok seblah makcik 'seswatuh' lak tuh huhu)

Yaaa!! Berjaya gak ke Aquaria. Me and Dyana, adik manes yang rajin meneman aku ke mana-mana. Ehehehe.

Haaa.. gambar kami yang berdua ni, abang Aquaria yang amekkan. Aku tak suruh pon. Tak mintak pon. Tetibe je dia datang dan amek kamera dari tangan aku masa aku tengah amek gambar ikan dan kata "jom, amek gambar kat sana" pastu terus dia lari. Ko gile takkan aku takmo ikot dia. Pastu tu lah. Itulah gambarnya sebagai bukti. Aku tak tipu, sumpah. Tataulah apa motif abang itu berkelakuan sedemikian. Kalau nak usha, nape tak mintak nomo tpon aku? Hahahahahah!!!

Apepon, thankslah kat abang Aquaria tu. Hensem pon ensem, baik budaknya. Tapi lenkali janganlah ragut kamera saye sambil berlari macam tu, biru jap muka sayer dibuatnye. Huhu.


Hepinye muke aku kan. Pastu kaki sakit. Huhu.


Damai je akuarium tu. Best ke agaknye jadi ikan? Aku dah penat jadi orang :(


Ya.. lepas gi Aquaria dan lunch (lunch laa sangat pukul 4 petang tu), kami ke Galeri Petronas tu pulak. Menjajau kitorang cari. Aku tak sangke plak mende ni kat tempat yang sama aku pegi masa tengok Pameran Kebaya apetah. Errmm.. Mekasih Chot yang bagitau exact location aritu. Hehe.

Lepas solat asar, kitorang ke sini plak..

Macam ni lah aku kalau aku rasa kaki aku dah penat. Aku takkan segan-segan tanggal kasut dalam kedai dan berjalan-jalan (dalam kedai jelah.. kalau dalam soping kompleks lom penah buat lagi. err tapi kedai dalam soping kompleks tu penahlah heh). Mintak maaflah kalau ade kekawan aku yang rasa malu dengan aku, tapi kekadang tu aku tak peduli - sebab yang sakit tu kaki aku. Huhu. Kali ni aku selamba je duduk dalam Kinokuniy@ tu. Alaa... ramai per yang duduk bersila macam tu. Kalau aku meniarap kang mesti lagi kecoh hahahahahahah!!~

Lepak kat sini for the 1st time. Macam kaye je. Alahai.. sekali seumur idop, takpe la kot. Huhu. Ciskek itu sedap. Tapi Sikret Resipi nyer lagi sedap. Eheh.

Oh ye. Kisah tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Abang aku, Ude pon tinggal di situ. Bersebelahan tempat kejadian. Kondo pertama yang selalu disebut-sebut dalam berita, yang diminta keluar dengan segera. Syukur masa hari kejadian, dia dah berada di kampung mertua. Bila ditanya, macamana, jawapan dia simple je:

malas nak pikir. apa-apa hal, raya dulu.

Heh. Abang aku. Aku doakan cepat selesai masalahnya. Kalau dia meminta rumah aku sekarang pon, aku sanggup bagi. Tapi bagilah notis sebulan eh, kasik orang cari umah sewa pulak. Eheheh.

Cerita lain, tunggu esok-esoklah eh :)

Friday, December 12, 2008

344: Tag from Cik Hana si Cempakabiru

Salam semua...~
Auto publish lagi. Aku nak jawab tag dak Hana ni, kang sok² aku lupe lak.
Do you think you're Hot?
gile ke tanye soklan ni. aku bukan takat HOT, SPICY lagi :p
upload ur favorite pic of u
why do you like that pic?
sebab gambar ni cantek. aku tak kata aku cantek, tapi aaa apa² jelah hahaha
untuk Lapan yang tak penah tengok gambar aku katup molot, aku tujukan gambar ni untuk ko haha~
when was the last time u ate pizza?
lupe dah
the last song u listened to?
Helloween - Forever and One
What are you doing right now besides this?
keje keje keje sambil sangap

What name would you prefer besides yours?
tak pikir pon. sedap per nama aku

sapa yg kena tag?
Lapan, Maksu, Kaktiny, Acai dengan Anoi

Who is number 1?
Number Eight. hahahaha

Number 3 is having a relationship with?
dengan asben beliaulah semestinye

Say something about number 5?
suke mengadu dengan aku. hahahahah

How about number 4?
kacak, jawa rajin, sopan santun dan masih berhutang Sikret Resipi dengan aku :D

Who is number 2?
kawan alam maya yg belum dijumpai secara realiti dan telah mempunyai family <-- jawapan sama dengan ko laa Hana


# eh? oo aku cuti lagi rupanya huahaahahahahahah!!~
:ahaha:

Tuesday, December 09, 2008

343: Mak kata biar orang buat kita, jangan kita buat orang

Salam sume..

Tapi aku bukan orang macam tu. Memang biasanya kalau orang wat jahat dengan aku, aku akan pastikan dia pon akan menerima nasib yang sama. Hahaha. Tengok mood macamanalah. Ada yang aku usahakan untuk balas, ada yang aku tunggu peluang baru aku balas, ada yang Allah Taala tolong balaskan. Sayangi Tuhan anda, kerana Dia sahaja yang bersama kita sepanjang masa. Pesanan ikhlas ni. Eheh.

Korang tau apa cabarannya kalau ko berumur 28 tahun dan belum kawen lagi? Yaaaaa kata-kata nista daripada manusia yang terpelajarlah kononnya tapi bila bercakap hal kawen ni, terus kepala otak gostan ke zaman Charlie Chaplin.

Aku tak berapa pahamlah apsal ada orang yang terlebih menyibuk hal kesinglean aku padahal mak aku yang kadang-kadang kecoh tu pon boleh sit back and relax sambil layan tv9 dekat di hati. Nama je duduk kat kota metropolitan (haa hamek ko) tapi.. ermm. Orang-orang Sungai Udang, Melaka lagi sporting tau.

Sukalah aku nak menyatakan kat sini. Bahawasanya dorang ni tak tau ataupun buat-buat tatau sebab kepala otak tersumbat pokok baobab ke hape lah kan. Tentang perjalanan hidup yang masih panjang, tentang takdir Tuhan yang kau tatau akhirnya nanti, tentang masa depan yang tak kompem cemerlang, gemilang dan terbilang selama-lamanya. Apa dorang pikir, dah kawen tu dah selamat la? Konon dah lepas laaa 'seksa'? Penah pikir ke kalau Allah nak jadikan kau hidup malang lepas kawen, kau akan malang jugek - sooner or later.

Anak-anak memasing pun perempuan jugek. Kalau aku doakan anak-anak ko tak kawen, agak-agak best tak? Yang bercakap tu pon macamlah kawen awal, kawen lambat gak umur 30 tahun. Ade aku mengata? Takdek. Dalam ni je aku cakap, tu pon stetmen je bukan menyindir ke hape.

Ada lagi. Mengata kitorang anak dara tua eh. At least aku muda daripada yang bercakap tu. Jauuuuuh lagi muda tau. Jangan le nak sombong sangat, ko ingat laki ko tu tak kemana. Kalau tetibe laki ko pasang lain, aku akan jadi orang pertama yang ucap tahniah kat ko sebab dapat madu. Hah ni dah mula laa aku nak doa yang bukan². Nama je dah Hjh, tapi bercakap macam orang takde agama (opsss beratnye tuduhan). Maksud aku, macam orang tak percaya Qada' Qadar Ilahi. Belajau sampai obersi tapi pemikiran menjunam dalam laut. Baik belajau kat ITM je stendet aku, tak perabih duit pinjaman (eh don't mention PTPTipoo, aku pon guna gak haha).

Serius aku tak paham ape penyakit dorang ni. Aku tak kawen lagi pon nak sibuk apsal. Aku mintak duit ko ke bayau duit umah duit kete aku bulan²? Mintak ko belanja pon tak penah tau. Pastu bila ada family day kaa function ka, mula laaa bercakap macam aku hadap sangat laki memasing. Hello! Sorry to say, laki ko not my taste okeh. Bagi free pon aku takmo (tapi kalau bagi free jadi driver ke mungkin aku pertimbangkan kot). Ko tu yang takot bayang-bayang sendiri. Kalau rasa tercabar dengan anak dara, pi laaa upgrade diri sendiri. Bukan takde duit, bukan takde masa. Pehtu nak cuak-cuak lak dengan orang ape kes??? Meh aku bagitau. Baju kalau dah berbunga², tudung tu kasik plain eh jangan pakai tudung bunga². Tengok, bagi nasihat free lagi.

Itu yang tua. Yang kawan-kawan sendiri pon nak mengata jugak apahal? Jangan ler buat-buat lupa masa ko susah ati dulu apa ko buat. Abes suami orang boipren orang - yang tua muda sume ko bedal bawak kulu kilir. Sebab desperate sangat nak kawen kan masa tu. Pehtu bila aku cakap aku desperate nak kurus, voley pulak tanye aku "desperate nak kurus ke desperate nak kawen?". Huh. Dan jawapan aku pon senang je, "aku bukan pompuan sundal yang dah gile **** sampai dok desperate nak kawen". Kamon la.. Aku sayangkan kawan-kawan aku, aku harap janganlah antara korang yang buat aku benci hanya sebab ni. Aku tak kisah kalau ko cakap setakat cakap. Tapi aku kenal isi perut korang mana yang aku kenal dah lama. Dah terlalu lama aku peratikan. Kalau bercakap dengan aku tu, ade je nak menyindir aku itu ini. Kalau aku ignore je ko, tau pulak ko kecik ati?

Umur kalau panjang, insyaallah panjang lagi masanya akan datang. Ko seronok mengata sekarang, ko tunggulah nanti pembalasan si pitung. Aku tak mendoakan - as for now. Bak kata ex boipren aku si Justin Timberlake - what goes around, comes around.

We'll see.
:astig:


# aku bukan baik sangat, dan aku pun tak jahat sangat. cuma aku harap, bile aku boleh respek orang - orang akan buat perkara yang sama. tak susah pun. give and take. dalam hidup mana bole giiiiiveeeee jeee atau takeeeeeeeeee je. adil tu penting, beb!

Thursday, December 04, 2008

342: Jenglot di Kakiku


Salam semua.

Lupa nak inform korang, bahawasanya kehilangan aku selama 5 hari (yang mengakibatkan Penyu mengalami sampar ayam kerana tak biasa tanpaku) adalah kerana untuk mengabiskan saki baki cuti yang takleh nak dicarry forward. Dah tolak 3 hari, ade lagi 7 hari lagi cuti yang boleh aku gunakan untuk berfoya-foya. Malah kalau aku tergolong dalam golongan yang sentiasa dalam naunganNya, inilah masanya untuk aku gunakan bagi menyebarkan nur Islam dan juga membangkitkan semangat juang intifadah. Wah bersemangat laaaaaaa pulak *sambil tengok keliling kot2 ade abang aku kat sini*

Cut the crap and scrap. Aku dah apply lagi cuti untuk minggu depan pulak. Nak amek cuti seminggu stret. Heh. Sape keje Selangor, khamis depan kita cuti weh. Takkan korang takmo amek cuti kot... Rugi besau nih. Tapi aku cuti panjang-panjang pun bukan aku nak dok kampung lelama. Paling lama pun sampai ari Selasa je, pastu aku balik Shah Alam balik. Hehe. Bukan apa, aku memang takleh nak lama-lama sangat kalau balik kampung. Wah kejinya aku. Sebab aku nanti bukan sahaja mati kutu walaupun tak berkutu, malah kelumumur, ketombe, akal fikiran dan jua ketuat mampu termati begitu sahaja secara sia-sia.

Senang cite, aku nak jalan-jalan KL. Sape sanggup cuti panjang? Jom laa kita gi Aquaria kaa.. mandi sungai kaaa sambil cari kerabat raja muahahahahahhaa ataupun apa-apa sajalah. Cycling kat Putrajaya (aku tak penah). Nak temankan aku shopping pon boleh gak. Aku nak beli langsirlah. Kesian pulak kat diri aku dan Anne jugek. Asek wat free show je kat orang luar. Bila lagi nak wat show ala-ala tertutup. Aik.. show ape? Showmanship ler (ok ok dah mula nak mengarot).

Cite pasal ketuat. Berpandukan komen korang yang bernas dan berkhasiat tu, aku menggagahi diri sekali lagi untuk pergi ke Guardian yang berdekatan tetapi terlupa nak tanya aritu. Kalau sebelum ni aku just tanya Guardian n Watson kat Plaza Masalam, kali ni aku try yang kat SACC pulak. Aku paling ingat ubat yang Kadok & Anie dok mention dalam komen aritu – Duofilm. Bunyik cam kodak filem nak ubuh dalam kamera je hehe. Alhamdulillah, ketemu jua akhirnyaaa *sujud menghadap kiblat*


Yeay! Tak sabau nak musnahkan haromjadah yang bertapak di kakiku yang manje ini. Bila aku baca kat kutak ubat tu, barulah aku tau yang ketuat ni asalnya dari virus. Tapi yang aku geli geleman tu bila dia sebut ‘tempoh pengeraman bla bla bla’. Pengeraman???? Cilakak punye virus. Ko pikir ibu jari kaki aku ni ape??? Kandang??? Reban ayam?? Sesuka je nak mengeram telur dalam kaki aku. Huh!!! Jijik lagi menjijikkan.

Maka berpandukan fakta keji tadi, aku dengan sepantas kilat impak maksima pun menggunakan ubat itu – dengan sedikit rasa jakun dan teruja (first time laa katakan). Kat kutak tu kata sekali je sehari, aku bantai je beberapa kali ikut suka aku aaa. Mana leh tahan membayangkan ade bende mengeram dalam kaki aku. Kang menetas pulak kang. Argghhhh!!! Geli geli.
Sambil-sambil tu, aktiviti snappy dilupa jangan. Pastu bila aku tengok balik gambar-gambar tu sume, aku cam ternampak samting laaa pulak. So.. gua pon fokuslah pada itu gambar..

:hilo:

Macam muka orang kan? Serius najislah ngeri. Macam ade jenglot nak keluar je dari kaki aku. Ja-han-ams betul. Lepas ni aku tunjuk gambar time dah eloklah ek. Sebab cam huduh lak nak aplod gambar ketuat, nampak nau takde idea nak wat entry hahahaha.

Ok. Itu saje untuk arinie. Satgi nak wat entry untuk auto-publish sepanjang minggu depan lak. Kalau tak, meroyan laaa peminat-peminat fanatik aku (baca: Penyu, Ad3ck dll hihi). Aku lakukan ni semua pun demi kesihatan mereka. Prihatin diriku ini, bukan? Hihi~

Tuesday, December 02, 2008

341: Tag Siriben pulak..~

Salam. Entry auto lagi hahaha..

Siribenmerah dah tag aku. Tag pasal boipren lagi. Aduih laa.. Tapi rasanya yang ni simple je, tak semelankolik tag yg Chika bagi - sebab tu pending tak buat-buat lagi kerana daku ingin mendapatkan feel dan mood yang seswai hueheheheh (sebenornye takde jawapan untuk semua tag beliau tu huhu).

Katanya untuk blogger yang single. Haa gitu katanya. Mari mari~

7 Ciri Wanita/Lelaki Idaman Anda
bijak
tak tinggal solat
respect me as a person - gadis melayu yg Islam ini
punctual
Caring, Loving
<-- tiru Siribenmerah hihi
Sporting <
-- tiru lagi lalalala

7 Wanita/Lelaki yang tak pernah anda minati sepanjang hidup
perasan ensem
lawak lucah
underestimate me
suke meroyan secara kerap dan tanpa sebab
joystick (klu pompuan org kata 'queen control')
penipu bosa
bodoh sombong

tambah satu lagi bole?
yg bucuk acem
~mental wooo klu jumpe lelaki camni~

7 Perasaan anda sekiranya keluar dengan orang yang diminati
nebes ler ai
hepi \(^_^)/
terkoma 3 hari
ICU dua minggu
cirit-birit
lapau perot
hahahahah taklah.. nebes je sebenarnya kahkahkah!


7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda
semua tempat yang aku penah citekan dalam entry² sebelum ni. plus sumwhere yang kalau nak pegi kene naik ketebang. katne tu.. nantilah pikir kendian. tapi bukan balik Melaka laa yang pastinya :p Korea ke.. *berangan*

7 barangan / sesuatu istimewa yang akan anda hadiahkan kepada si dia
banyaknya nak bagi. bagi jiwa raga dibelah 7 boleh? istimewa la tu

(tapi ni jantung hehehe, bolehlah - bertemakan pendermaan organ)

Tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda..
Negaraku. patriotik abes. Tema cinta : Ku Cinta Kamu Laksana Ku Cinta Negaraku.


# patutnya aku schedulekan publish ari senin, sekali kuar ari selasa lak.. ermmm pape jelah heh~

Wednesday, November 26, 2008

340: Jawab tag Zaida dekat di hati ahaks

Salam semua~
Aku wat entry yang berschedule memandangkan masa koang baca entry ni, aku dah ade kat Melaka dah ni. Ada seminar yang mengujakan (tipu.. aku seminar semalam). Aku suke. Dan esok lusa aku cuti pulak - kamis jumaat aku cuti sebab nak ngabihkan cuti yang banyak. Rasanya Isnin aku nak amek EL lah. Tengoklah macamana.

So.. ini entry menjawab tag Zaida. Berangan laaa ex ade depan mata tanya soklan-soklan gini. Ehehehe..


1.Hi..how are you?
Fine

2. Hey! You wanna go to the mall?!
Bole gak. Nak belanje ke?

3. I LOVE U
Ulang lagi skali? Tak dengarlah.

4. DO u want some cookies?
Mesti tak sedap ni

5.Can you take me a picture?
Motif?

6.Help me in my work?
Kalau bole tolong, bolehlah..


7. Here's my gift to you...
Tengkiu

8. Let's just be text mates
Ape-ape jelah, jangan housemate dah lah

9. Do you want me to buy you an ipod?
iPod je? Bagilah banglo sebijik

10.Let's sit together in the bus
Ha? Kete awak mana?

12. You're still pretty...
ehem.. baru tau kee... :p

13.I still LOVE you!
*sangap*

14.Can I visit your house?
Buat ape?

15.Do you love me?
Jap eh nak gi toilet, tetibe rasa nak berak pulak

Aku nak tag this to...

1. Jarah
2. Ad3ck
3. Kak Ungku
4. Kad0k
5. Rya

Buat tau. Balik cuti ni aku check blog korang, anggaplah ni kerja sekolah ok. Kalau tak buat...


:inlove:Don't miss me!~
(semalam aku jumpe dia. Ok je, takde tanye soklan mengarot cam kat atas tu hahah)

Monday, November 24, 2008

339: Ceramah Kesihatan Percuma


Salam sume.

Haaaa meh nak betulkan fakta dalam entry sebelum ni. Ekcely encik tu bukan nikah ler, dia bertunang je. Je? Hahahahahahah!! Haruk kat opis ni bile dapat tau senornya aku sedikit rukuk (bukan menonggeng eh) masa mendengar perkhabaran itu. Kali ni sah laa dia bertunang, berita disahkan oleh tuan punya badan. Hahaha aku harap jangan laaa orang yang bertanya kat dia tu pegi story pasal aku plak. Dah takde maknenye :D

Meh kita story lain nak? Taknak pon mesti kata nak jugek, kecuali pada rokok.

Bercerita pasal rokok. Aku percaya ramai antara uols yang membaca blog zuhud aku ni adalah perokok - yang lelaki aku pastilah - yang perempuan tatau la pulak. Dan dah pastilah korang akan menyalahkan rakan sebaya, hormon remaja yang penuh rasa ingin tahu itu yang mengakibatkan korang menjadi penagih sampai sekarang, kan kan kan. Takkan nak blame diri sendiri kot... ade ke yang mengaku? Ahahahaha.

Zaman skolah dulu, aku ade jugek sorang kawan yang tahap ingin tahunya kadang-kadang tak tercapai dek akal remajaku. Alaa taklah teruk sangat, just dia teringin nak merokok. Aiyoo deyyy.. ko tu perempuan. Tapi yelah syiapalah aku ini untuk memintal buih yang memutih...... menjadi permaidaniiii (dah lama tak nyanyi lagu Exists, jangan mare).

Satu hari, aku didatangi adik angkat aku yang satu dorm dengan dia. Kak, orang nampak atas katil Kak *** ade rokok. Dia smoking eh? Ah sudah.... bahaya ni. Kalau orang lain pegi bagitau warden, sesia je member aku kene kick. Aku soh budak ni senyap-senyap je sementara aku pegi slow talk n pillow talk dengan dia. Bila aku bertentang mata dan bercakap dengan kawanku ni (ahh aku sebut S jelah eh), dia cam gelabah puyuh sket. Dan aku tau member-member aku ramai yang dah tau pasal mende ni tapi cam biasalah. Bila hal yang melibatkan S, dorang akan suruh aku gi cakap dengan S sebab dorang kata (dorang cakap laaa bukan aku) S lebih dengar cakap aku - means kalau aku serius, dia boleh serius.

Tapi entah macamana terkantoi jugeklah kat warden. Ntah mulut balaci mana pegi ngadu kat warden, aku pon tataulah. Makanya demi sohabat ini, kami (aku dan kekawan yang jadi Biro kat asrama) pergi berkampung kat umah warden malam tu. Sampai aku tertidur-tidur masa berbincang tu hahahahaha. Punyalah nak selamatkan dia. Last-last dia sendiri yang mintak keluar dari asrama. Ceh.

Sebenarnya aku tak suka kalau S ni jadi outsider. Korang bayangkanlah dia dok asrama pon dah cam gitu, apatah lagi kalau dok luar kan? Tapi aku bising-bising pon kalau dah dia nak, tak dapek den nak nulong. Sambil tu aku mintak tolong classmate kitorang, C untuk tengok-tengokkan dia.
Dah sebulan dia dok luar, satu pagi aku tengok S datang ke sekolah dalam keadaan yang .. ermmmm bengkak mata. Kekawan yang lain dok tanya-tanya gak kat dia tapi dia memang tak bagitau. Dan macam biasalah, aku jugek yang kena jadi pengorek rehsia. Heh. Aku rasa ini mesti pasal kes rokok itu.

Mula-mula aku tanya, memang dia takmo cakap. Last-last..

apak ko jumpe ke?
huh?
rokok. apak ko jumpe?
.... (diam). Hurmm (angguk)
dia cakap ape?
..............
dia pukul ko?
.............
citelah S. takkan dengan aku pun ko takmo cite..
.......... dia belasah aku.

Lepas dengar cerita dia yang amatlah ringkas tu, aku korek cite kat C pulak. Alkisahnya bapak dia masuk ke bilik dia nak cari IC ke ape tah, tapi jumpe rokok pulak. Separuh nyawa jugeklah S kene balun dengan apaknya sang bekas askar itu. Malam tu dia lari ke rumah C. Tataulah aku dia tidur kat umah C ke ape.

Tak habis kat situ, beberapa minggu sebelum SPM, dia kantoi lagi. Kali ni kantoi kat sekolah. Dan aku dengar cite, kes dia disenyapkan sebab memikirkan dia pun nak amek SPM. Aku rasa kalau tak sebab ihsan cikgu-cikgu, S kompem takleh amek SPM. Berterima kasihlah dengan cikgu anda.

Itu dulu. Sekarang aku boleh kata, S antara kawan-kawan aku yang berjaya. Tapi dia bukan berjaya sebab rokok yee.. hahahahah!!! korang janganlah pikir camtu plak. Belasah kang. Kalau ade kekanak yang baca blog Kak Baby ni, haa jangan nade-nade nak try icap okok oteh? Okok tak cedap laa.. icap cucu laa cedap. Badan sehat, otak pon cerdas dan pintar. Sekian, ceramah kesihatan untuk hari ni.


# Kelas aku sebenarnya kelas agama di sekolah biasa. Semua perempuan (dalam kelas aku je). Makanya setiap kesalahan - walaupun kecil dan kekadang bukan salah pun (contohnya cikgu ternampak ko berborak dengan budak lelaki) pun boleh jadi isu yang besar sampaikan boleh dibawa ke perhimpunan. Apatah lagi isu merokok. Kalau S rasa tersinggung dengan cara aku masa sesi muhasabah diri tu, aku rasa dia faham - aku buat semua tu bukan untuk dia saja. Tapi untuk nama baik kelas kitorang jugek. Cayang kawan aku S! Memuah!!~
:okay:

Friday, November 21, 2008

338: Tamaulah sesedih, baby~

Salam sume.
Haaa.. rilek-rilek. Cam sedih bebenau je aku kan. Aku pernah cite pasal dis guy di sini dan terselit² celah entry lain. Dan semalam aku dapat perkhabaran daripada Kak Ina tentang pernikahan dia. Errmm..

Eheheheh aku taklah sesedih itu. Terkejut sket je memandangkan aritu Kak Ina dah bagitau dia baru ade gepren. Aiseyy laju betoi Mr. X ni nak menamatkan zaman bujang senang dia. Tak kasik can langsung kat aku nak mengayat barang sepatah dua kata. Bwahahahaahhah! Giler giler.
Kali ni dapat menangani perasaan dengan tangan emas. Maksud aku, dengan hati yang lapang - selapang tanah lapang dan lapangan terbang serta lapang sasar.
Memandangkan aku pon takde wat personal contact dengan dia, maka perasaanku biase jelah. Like i said, terkujat sket tu ada tapi takde laa sampai memberi impak sebagaimana peristiwa ini dan juga yang ini, atau yang sebegini pon tidak juge. Ya.. aku ok :)
Selamat Pengantin Baru ye Mr. X. (huhuu <---- eh apsal ade huhuh lg? ahahahahaha)


Ok dah cite lain lak.

Pasal cuti aku pulak. Aku ada belen lagi 8 hari yang tak boleh nak dicarryforward. Mula-mula cadangnya nak cuti 2 hari setiap minggu dalam bulan Disember. Tapi Disember ni banyak pulak cuti free. Tengoklah macamana. Aku amek cuti seminggu kaa apa kaa. Ada sape² nak ajak aku jalan²? Tapi jangan jejauh ler.. bajet ciput ni. Ajaklah aku ke destinasi bajet. Hehehehe.
Nak ajak member aku cutilah. Boleh berjalan ke sana ke sini, lari-lari kecil. Tapi mau ke mana yaaa..~
Gi sini ke...

..atau ke sini ke..

.. ataupun..

.. ke nak jalan-jalan kat sini...

hah! gi sini ke..

.. kalau nak gi sini, sape nak temankan? huhuh

... hurrmmmm.....~:astig:

Wednesday, November 19, 2008

337: jangan gugel nama skulah, plis!~

mari skodeng!~

Salam sume..

Aritu aku termiang skodeng kat extreme trekking tu, mana laa tau kot² ada lagi orang mencari Amin yang takut bersunat tu ke hahahaha. Pastu aku tengok ada orang gugel nama skulah menengah aku (abang aku termasuk kat sini aritu sebab dia gugel nama skulah rendah kitorang - aku agaklah). Godeh punye godeh, terjumpa website skulah menengahku itu. Wah! Tapi tak lawa sangatlah (eh eh selambe je kritik).


Klik untuk gambaran dan penjelasan yang lebih jelas. Harapnya boleh besar lagi la gambar ni. Sambil belek, sambil berborak dengan ex-classmate aku. Hehe.


Ahahahahah hampeh je. Ekcely aku bukannya paw dia dengan gaya samseng. Masa tu aku ke sekolah amek sijil SPM aku. Saje je mintak belanja - sebenarnya aku harapkan dia pun join skali tapi dia bagi duit je. Dapatlah RM10 hahaha. Cikgu ni nama je ajau sejarah, tapi most of time dia ajau kitorang macamana nak baca saham. Haaa gitu. Ko datang kelas jangan lupe bawak sokkabau, nanti dia bagitau le saham mana yang tengah untung skang hehe. Jangan tanya aku skang ler, aku dah tak ingat.

Pengetua sekarang. Dulu dia Guru HEM. Tak silap aku la. Bawak Merc zaman tok kadok tu and.. kat seat dia ade bantal. Ehehe. Selalu budak² ni sangkakan kete dia berhantu sebab tak nampak pemandunya ehehehe lagi. Pada dia le kitorang sekelas anto surat mintak dia batalkan pertukaran cikgu BM sebab cikgu BM yang baru tu kerek (ekcely sebab dia penah kata kitorang 'monyet'. tak seswai tauuu cikgu pompan cakap gitu). Lagipun dengan cikgu yang lama, kitorang leh main-main hehehe. Tengok, berani ke tak berani budak-budak zaman tu. Eh sape eh yang tulis surat tu, bukan aku ke? *apsal mende-mende jahat time tu mesti ade aku di dalamnya...ermmm*

Ustaz bahse arab tu sejibik macam Govinda - pelakon Hindustan tu wa cakap luu. Dengan stail lipat lengan kemeja, iras-iras dah ade tu. Tapi dia hangin je bile tau Govinda tu Hindu.

Korang jangan nak samakan aku dengan orang kapir ek
Tapi dia ensem, ustaz <-- ni Kapai yg cakap
Ah! Ensem pon kapir nak watpe. Cakap laa aku macam imam mana-mana ke.. haaa..
Yolah tu ustaz!
Emm.. Kirenye korang nak kata aku ensem la?

Cet!!! Hahahah!! Memang dia bole dikirakan ensem sket laa daripada orang lain - mata coklat gitu. Dan dia baik (puji macam nak mintak markah lebih je). Dan dia bole 'baca' kita ni orang yang macamana. Seram tuh. Walaupun begitu, mana boleh lupe time dia sikatkan tangan aku dengan sikat dia sebab aku cube nak lari takmo jawab soklan bahse arab. Argghhh keji keji!

(semua gambar cilok kat sini)

Sapa yang mengikuti blog aku dari awal, mebi leh recall entry pasal aku dan geng baling telur kat motor pakcik dining kat asrama. Hehehe. Kat tempat ni laa aku kene ceramah dengan warden (tapi beliau dah takde dalam gambar reramai tu - dah pindah Ganu). Sungguh hampeh sekali sebab kawasan tu tempat lalu lalang budak-budak skulah. Dari blok lama nak ke library, makmal dll yang ade kat blok baru and dari blok baru nak ke kantin, pejabat, bilik guru, makmal dll. Tapi takpe, aku kan gagah. Eheheh.

Alahai.. seronok kan zaman skulah? Bila dah besau ni, barulah aku terasa kebenaran kata-kata arwah cikgu lukisan aku dulu : Orang selalu kata, alam perkahwinan itulah yang paling indah. Sebenarnya alam persekolahanlah yang paling memorable. Kahwin indahnya hanya hari pertama - habis kenduri, semuanya back to normal (tapi aku rasa Penyubiru musti tak setuju hahaha). Tapi memori masa sekolah ni awak akan kenang sampai bila-bila. So, cherish your youth - jangan buat benda-benda yang awak akan menyesal nanti.

Tapi kan cikgu, saya tak pernah menyesal menjadi saya yang nakal dulu. Kalau boleh, rasa nak nakal lebih-lebih lagi hahahaah.

:woooh: