Thursday, January 03, 2008

238: sebelum 28..

pic: credit to hannah.aviva


So, esok birthday aku yang ke 28. Fuh.. macam tak cayo dah tuo camni hah (pehal cakap Nogori ni??). Syukur pada Allah, sepanjang aku hidup 28 tahun ni, aku dikurniakan kesihatan yang kira ok berbanding orang kat spital, dan kesederhanaan dari pelbagai aspek (ceh). Aku tak mintak kaya raya atau sihat tak sakit-sakit, cuma aku mohon andai aku TERkaya atau TERsakit, aku takkan susahkan sapa-sapa, terlupa diri bla bla. Apsal lain macam je intonasi ayat aku ni? Isk isk isk~

Tak sure nak azam ape tahun ni. Ah.. tang kawen tu mana boleh nak diazam-azamkan, ye tak? Soal jodoh ni lebih kurang sama macam soal hidup mati. Boleh ke kita nak berazam mati bulan 3 ka.. bulan 10 ka.. tak bleh kan? Kalau sampai masa kita nak mati, maka kita akan tertanamlah kat mana-mana lubang di dunia ni. Macam tu jugak jodoh. Kalau ikotkan klotak aku zaman skolah dulu, aku aim nak kawen umor 21. Pergh.. gila awal bila aku kenangkan balik hahaha. Aku bukan gatal laaa beb, cumanya mak aku kawen masa umor 21. Hehehe. Bestlah dia ade orang nak :p (macam tak puas ati je dengan mak aku? heheh).

Misi aku tahun lepas kurang berjaya, tapi at least aku usahakan jugak. Mende kecik je. Aku belum dapat lagi nak khatam Quran dalam hujung tahun ni, tapi awal tahun aritu adalah. Tahun ni banyak sangat aku out station, bila cuti balik kampung pulak memang tak ngaji langsung – aku segan nak ngaji depan mak aku sebab dia ngaji best sangat huhu. Mungkin untuk korang hal mengaji ni kecik je, tapi untuk aku yang pemalas ni, inilah step paling besar pernah aku buat. Aku ni malas mengaji uit. Tahun-tahun sebelum ni memang kesian kat Quran aku tuh, kekadang je aku sentuh. Aku macam takut nak mengaji, ntah apsal tah. Tapi bila nak masuk tahun 2006 dulu, aku paksa gak supaya start balik baca Quran. Alhamdulillah, sekarang ni seboleh-boleh aku baca tiap-tiap hari. Doakanlah aku rajin terus sampai bila-bila ok. Sian mak aku dulu nangis-nangis sebab aku takmo ngaji huhu. Tu sebab aku kata aku ni jahat..

Nak cite mende lain lak. Hehehehe.

Korang mesti biasa alami mende yang tak masuk akal kan? Contohnya.. tetibe je ade orang baling selipar masa ko tengah cedok nasik ka.. apa kaa..(contoh je ni). Lately ade satu mende yang ala-ala tak masuk akal jugaklah dah berlaku... atau senang aku cakap, mula meresap dalam atmosfera kehidupan (mula dah ayat meraban). Macam ni citenye ye *ketuk-ketuk mic*

Aku ada sorang kawan namanya Ah Meng.. dia juga berkawan namanya Muthu.. kami berkawan baik sama sedarjah..Heee.. taklah. Ekcely aku kenal dia sebab dia penah praktikal kat opis aku last year. Atas sebab aku ketiadaan rakan sebaya dalam opis ni sejak Kintan berhenti, maka dengan kuasa veto aku telah merachoni pemikiran Mr. Sivaji supaya menghired beliau agar aku ade teman sepermainan hehe. Nak dekat setahun jugaklah aku dok sebut-sebut, akhirnya berjayalah beliau menempatkan diri kat opis aku. Eh, tapi bukan sebab aku laa.. sebab dia sukses dalam interbiu le kan.

Perkara tak masuk akal ni bermula bila aku diperkenalkan dengan member serumah dia. Of course laa pompuan. Laa lupe nak cakap, budak ni pompuan ye. Member dia ni – aku ubuh nama beliau Melur ye (sempena nama bakal anak lembu Acai hahaha) aku rasa cam semacam je. Memula tu aku tak perasan lak yang dak Melur ni camni. Cuma yang aku perasan, si Melur ni memang rajin betoi call member aku ni.. jap nak ubuh nama.. hah..konon-konon nama dia Melati lah ek? (nama samaran ala-ala nusantara gitu). Call bukan macam call biasa tau, kiranya dalam setengah jam tu, aku rasa ada laa dua tiga kali dia call, tak pun sms – cam kapel lak. Ah lantaklah dorang kan. Lagipun si Melur tu dah nak kawen pun, dan si Melati ni baru putus tunang. So aku anggap dorang ni pompuan stret la kan? Memang stret pon.

Apa yang tak masuk akal tu? Ha... camni.. bila aku kuar mana-mana dengan si Melati ni, si Melur mesti akan call lebih kerap lagi. Korang nak tau apa motif dia? Sebab dia nak buat aku rasa lonely (sebab Melati dok layan dia je, tak layan aku). Hoh?? Ingat aku pedulik ka? Mende ni bukan aku wat assumption sendirik, tapi si Melati tu yang cakap. Itu satu hal laa. Satu lagi, kalau katakan aku ada dekat-dekat dengan Melati time si Melur tu call, minah Melur ni soh Melati cakap ‘I Love You’ kekuat supaya aku dengar. Motif???

Dia nak Mas jeles.

*ikon terjojol bijik mata* Weh! Hang ingat aku tak kawen lagi sebab aku lesbokah? Aku tak taulah nak rasa marah ke, nak gelak ke. Macam bengong je? Setakat hari ni (esok tak tau lagi), aku belum ade selera lagi kat pompuan. Isk~

Mende-mende ni kekadang wat aku terpikir. Memang minah Melur tu macam tu ka? Atau dia rasa aku menggugat persahabatan dia dengan si Melati tu ka? Tapi aku takde le kuar sangat pon dengan Melati tu sebab biasenya dorang memang asik kulu kilir berdua je, dah macam laki bini je aku tengok. Sikit kang merajuk la, gaduh la, pukul-pukul la, hempas pintu la. Kompius plak aku nengokkan sex orientation dorang ni. Conflict identity? Aku pun tidaklah mengatakan dorang tu lesbo ke hape, cuma stail pembawakan dorang dalam hubungan persahabatan ni – siyes buat aku terpinga tertanya di dalam dilema. Bukan sebab aku ni suka menyebok ye, sebab sekarang ni tak pasal-pasal je aku terkena tempias karut innew.

Pehtu aku teringat samting. Lepas aku jumpa si Melur untuk pertama kalinya dulu, dia memberi pendapat peribadi beliau tentang aku pada si Melati tu. Dia kata aku ni ada personaliti yang boleh membuatkan orang lain cepat suka kat aku. Takkan pasal tu dia rasa aku ‘mengancam’ hubungan dorang? (kira aku ni mengancam la? hahah). Isk ngarut betoi laa...~



Hai laaa manusia, ingin ku laungkan ke lubang telingamu, terus ke gegendangmu, bahawasanya saya – rakyat Malaysia yang satu ini – tidak sekali-kali terfikir untuk bersuamikan seorang perempuan, ataupun menjadi ‘suami’ kepada sorang perempuan. Saya masih lagi berselera melihat wajah Faizal Husin, Fahrin Ahmad, Roy Azman, Zaefrul apetah tu yang berlakon cite Spa Q, dan kadang-kadang wajah Mustapha Maarof masa muda pun saya layan jugak.


Lantak doranglah, jangan raba aku sudahlah ek. Kira advancelah aku skarang, bukan pompuan risau aku amek bf dorang, tapi pompuan risau aku amek.. errr... errr... bf jugek, tapi Best Friend laa kot?

Apa-apa ajelah~

29 comments:

Abang Putra said...

Hahaha, kelakor2...Tapi kena tambah satu nama lagi jejaka dalam kotak merah tu. Siapa lagi kalau bukan Abg Putra...hahaha ampun mak!

p/s Buanglah word verification tu, susah nak komen!

kak maya said...

ko cam akak la masih tak khatam2 lagi quran tu... adehaiii bila nak abis ni? skang ni akak dah tak ingat akak benti kat mana sbb aritu abg ipar akak pinjam quran akak masa di balik sini, dia dah ilangkan tanda kat mana akak benti baca... rasa2 1 muharram ni mula dari awal la nampaknya :D

bab pompuan tu... eiiii tak koser la... walau dah takde lelaki sejati pun kat donia ni... jgn la ko selera ngan pompuan gak... huish simpang malaikat...

"Kira advancelah aku skarang, bukan pompuan risau aku amek bf dorang, tapi pompuan risau aku amek.. errr... errr... bf jugek, tapi Best Friend laa kot?":- ayat ko ni mengingatkan akak kat sorang pompuan tu... yg cam masih tak pueh2 ati ngan akak... *wink *wink*

komen pjg utk mggu ini :D

chot said...

soal kahwin kita bole letak matlamat..contohnya ko target la tahun 2008 tahun ko berkahwin..boleh bukan? hehehe anyway happy besday masy..dtgla sini..bole la ko belanja aku..haha

Masy said...

abg putra,
hahah tak takot kene sebat dgn mak ke? ;D

word verification tu utk prevent spam comment. harap abg putra bertabahlah ye :)

kak maya,
org tinggal sket lg kak. eh sikit x sikit pun mkn bulan jugek tu nak abiskan. chaiyok2 utk diri sndiri.

ooooooo org itu kaaa hahahahah biarlah dia kak ;)

chot,
aku realistik. bole je nk letak target bila2, masalahnye mmg takde calon. so klu target thn ni pon nk kawen dgn sape? ko ke? hahahaha

woooo apsal aku lak kene blanje ko ni :p

Ungku Nor said...

orang gila tu awak toksah layan laaa!

layan akak lagik besh, kan? kaann??

Happy Be'early Sebedey my dear.
Muahs.

arianna adrizal said...

hu~~~ sy org pmpuan panggei sy gorgeous pun da rs semacam. tp kalo org lelaki takde la plak rs mcmtu2.. ehehehe.. ;p

uish! cepatnyer org wish sebedey kat akak.. nk wish gak ar.
SAMAT MENYAMBUT HARI TUA!!!!!!!!!! semoga tercapai impian & perkara2 yg baik2 belaka. amin.. ;D

Masy said...

kak ungku,
ha'ah, at least layan akak leh dpt DVD lalalalala

mekasih kak.. esok jgn lupe wish lg tau hahahaha

anne,
oo akak plk klu pompuan puji rasa semacam, bila lelaki puji rasa macam2 hehehehe

hep hep x aci! tp mekasihlah jugek heeee~

Orang Biasa said...

ajak la si Melati tu dok ngan ko. Jangan sampai depa buat sumthing yg terlarang plak...

Ko plak nak buh nama pe? Cempaka? Cengkudu? Kiambang? haha

Selamat Hari Lahir ke 28 Masy. Santan makin berisi, makin berharga...

flush said...

uishhh.. sy pun ada jgk kawan mcm.. tapi jantan dgn jantan la.. lawan pedang ckp lu.. grrr.. geli geleman den..

minta2 diorg cpt berubah..

* gmbr dah taruk dah..

Masy said...

orang biasa,
mmg dia akan jadik hosmet aku pon, cuma x tau gik bile nak pindah. masalahnye si melur tu tak kasik dia pindah ko tau hehehe

namaku biarlah sekadar.. Morning Glory ahaks~

thanks utk wish tu ek :)

flush,
arrrr lawan pedang.. takde sape yg cedera ke? wakakakakak geli geli..

nak tgk skang!~

13may said...

hehhe...

hepi besday!

wish siap2...takut besok tak sempat nak singgah :D

ps:
Buanglah word verification tu, susah nak komen!

Azhar Ahmad said...

Hepi bezday.... Lahhhhh muda sethun jerrr makcik nih....

Ehhh, saya pun pernah kena kacau. Lagi haru...

Haru pun tak cam tu lah....

Ayat harunya camnih...

"Saya akan mencintai kamu sepenuh hati"

Dari beberapa orang lelaki!

Awwww... tak kuasa mak!

Gilakkkkk...

Saya masih lagi berangan nak dapat anak. Plus, berangan dok bersanding dengan Maya Karin, Kaisara (alah dalam Kisah Kaisara tuhhh), Opie (dalam Dunia Baru), Ayaq Masak, Aishah, Masy dan rakan rakan sekufunya...

Ahahahah....

zino said...

selamat hari lahir.. semuga panjang umur murah rezeki dan di pertemukan jodoh..

inshaAllah..

lindosh said...

epi besday to youuuu epi besday to youuuu epi besday to masyytah! epi besay to yoooouu ;)

semoga panjang umor dan dimurahkan rezeki dan cepat kawen! ko dah kawen pastu aku plak k? ekekeke *peace*

debikdebuk said...

eppy bestday to me gak. 6 January. Sama dgn Chef wan, Sama dgn Mr.Bean si Rowan Atkinson tu...

Noushy Syah said...

Happy birthday Kak Masy...

Another year older, should be more wiser...wishing all the best in your undertakings.

Kak Masy awal2 dah sambut birthday, noushy pulak end of the year...hehhehe

cik embok said...

Selamat Hari lahir my dearest friend..

Semoga 2008 membawa tuah dan kebahagiaan berpanjangan buat dirimu dan handai keluarga..may 28 is the number u will find some one soooooo special....

Wish u luck khatam Quran too..!

lesbo tu buang tebiat nak mamposs ler tu,semoga hati dan jiwa kita dipelihara Allah dr menda2 karutan tuh...Amin.

achik said...

hepi sebeday kak masy.. panjang umur murah rezeki.. semoga makin mengancam.. ;)

azriey said...

luahan hati sempena 28 tahun ke??
anyway selamat menyambut hari lahir ke-28 :)
Semoga cepat bertemu jodoh (dah lebih target dah tu hehehe...)

myasefia said...

ada ciri2 kelawakan, kesetiaan, kejelesan dan jati diri yg tinggi dlm entry ni. syabas betty...

flush said...

happey birthdayyyyy..
moga pjg umur.. cpt kawin.. sbb kawin tu bestttt.. hehehhe

nina~syazna said...

masy, tuliskan kat posting tu tecit sgt aa
sakit mata woo nak baca...

Zaefrul itu...kak nina pun suka ...
arghh..berkarisma...!!!!
Aaron Aziz awak tak suka ker ?
huhuhuhuh

kasutVincci said...

hepi belated besday mas! Moga bahagia segala!

Purpleheart said...

tahniah kerana menanam azam yang mulia, belajar tu belum dianggap terlewat kerana kita disuruh untuk belajar dari buaian hinggalah keliang lahad.

apa sebut nama fahrin nie.. jeles tau.. (hehehehe)

Masy said...

13may,
thanks!~

azhar ahmad,
aiyoo menjadi jejaka idaman gay ke ahaahahaa..

tp tang nama sy ade dlm senarai artis idaman tu, ehem ehem mekasih laaa hihihi~

zino,
mekasih... insyaallah amiiiiiin :)

lindosh,
tengkiu tengkiu. alaa klu dah jodoh ko smpi dulu, silekan laaa ;)

debikdebuk,
thanks dude. utk ko - epy blated bday!

noushy,
thanks dear. aaa tu namanya acara sambutan bday berganti2 hehehe

cik embok,
tengkiu bebeh!

achik,
mekasih..
ahahaha bukan saja mengancam, malah terancam juge hiks~

azriey,
mekasih.. heheh tu lah, jauh drpd target kan kan? :D

kak mya,
wahwahwah begitu terperinci skali butir2 yg bjaya diselami oleh akak dlm entry sy yg x seberapa ni hahaha

flush,
mekasih... amboiii pengantin baru ni bkn main lg ek ;)

kak nina,
benarkah?
Aaron Aziz kurang, tp klu Aaron Kwok minatlah hehehe

kasutvincci,
mekasih kak!

kak PH,
mekasih mekasih..

ahahaha.. ok laa tambah lagi..

HASNUL RAHMAT
SOFI JIKAN

akan ditambah bila dah ingat yg lelain :)

Deanz said...

...juga menanti 28th.

Masy said...

deanz,
heheh pun akan ke ..8 kan? kene selebret 8 hari 8 malam ke? :D

RaFFLeSiA MeRaH said...

pun minat ngan muka mustapa maarof tu, masa muda lagi la encem, dah tua pun berlakon best...romantik gitu...hehehehe

Masy said...

kak RM,
mesti ramai pompuan tergila2kan dia dulu kan kan *awwwww kacaknyeee~