Monday, February 04, 2008

243: Dah ade tenet!

[aku upload entry yang dah lama aku taip. korang jangan muntah plak hahahha]


Perit mataku memandang pintu yang terkunci. Sedangkan angin yang bertiup dari tingkap ini langsung tidak aku peduli.


Aku rasa ramai antara kita yang kadangkala akan jadi macam ni. Terlalu fokus pada sesuatu yang kita tidak miliki, sedangkan apa yang kita miliki sebenarnya lebih dari itu. Asyik memikirkan tentang kurangnya pendapatan, tiada harta sendiri, kurang masa bersukaria, tidak pernah melakukan itu ini kerana kekangan dan tuntutan kerja, takde boipren (hehehe). Sampaikan aku sendiri pun selalu terlupa, walaupun pendapatan itu tidaklah bertimbun, sekurang-kurangnya aku ada pendapatan. Tiada harta, tapi jalan untuk mendapatkannya insyaallah ada. Masa bersukaria? Heh… kadang-kadang tu terlebih. Boipren? Alaa... boipren2 angkat kan ade hahahaha (amboih!! takde maknenye :p)

Kenapa kita selalu memuramkan diri atas sesuatu yang bukan hak kita, padahal ramai orang yang berangan hendak berada di tempat kita. Ermm.. tak bersyukur.. terlupa?


Salah siapa atau apa yang mengakibatkanmu semakin menjauh? Andai aku punca onarnya, sampaikanlah rasa terkilanmu…


Dalam suratkhabar Kosmo! aritu, ada disebutkan tentang sisi positif rasa bimbang. Kau ada rasa bimbang, dan kau gusar rasa itu menjadikan kamu manusia pasif? Rilekslah :) Orang yang sederhana gembira boleh mencapai kejayaan dan panjang umur berbanding mereka yang terlalu gembira. Bukan aku yang kata, tapi Dr. Ed Diener dari University of Illinois yang cakap macam tu. Pegi tanya dia. Pendapat aku pula – yaa correct correct correct, kalau terlalu pasif pun boleh pendek umur ;)

Yang penting, dalam hidup ini biarlah bersederhana. Islam pun menuntut umatnya agar bersederhana. Bak kata orang-orang tua, “suka-suka membawa duka”. Eh, relevan ke? :D


Di meja ini kita pernah bersenda. Aku berjenaka dan kau tertawa ria. Hari ini di meja yang sama, mengapa kau diam saja? Puaka manakah yang menyumpah kawasan ini hingga kau sebisu itu?


Orang selalu berkata, segala-galanya terpulang pada pilihan sendiri. Tapi bagaimana kalau kamu tak mampu membuat sebarang pilihan. Kerana memang tiada pilihan. Kerana yang hendak dipilih memang tidak boleh dipilih. Kalau saja kamu membuat sebarang pilihan – mana-mana pilihan, ia akan menyembamkan kamu ke lembah natijah yang pasti tak mampu kamu tanggung. Kamu sanggup?

Aku masih belum sanggup.


Benci sungguhkah kau padaku? Sehinggakan wajahku kau kerling sekadar sahaja. Nampakkah kau luka yang berdarah di tanganku?


Biasalah, masa bercinta, masa tengah suka, semua nampak penting dan perlu. Kuku yang dipotong sompek pun akan ditegur, apatah lagi kalau sakit pening. Saat perasaan semakin surut, perhatian juga semakin menyusut. Yang sompek dulu, sekarang nampak biasa saja. Peduli apa? Sakit pening? Pandai-pandailah. Memandang pun kalau boleh tidak mahu, apatah lagi hendak berlama-lama. Ah... balik rumah tidur lagi best!~

Sekecil-kecil benda yang remeh akan jadi semantik dengan nyawa – itu kalau ada cinta. Kalau bosan yang lebih menebal, arghhh... apa? Kau mau mati? Silakan, jalan terus, belok kiri, lot yang kanan sekali tu memang lubang kubur khas untukmu, sayang. Semoga tenang di sana, sila jangan ganggu aku lagi.

Hehehe.. aku pun pernah macam ni.. :) (pernah kena ke atau mengena?)


“Jumpa lagi” kataku dan disambut senyum tawarmu. ”Andai kamu sudi bertemu lagi” aku bersuara lagi, kali ini aku terus pergi – enggan menyaksikan reaksimu. Cukuplah..


Bila tiba masa untuk berpisah, perlukah kamu lakukan dengan cara paling kejam? Sedangkan hati yang bakal kamu lukai itu adalah hati milik insan yang pernah kamu sayangi – amat kamu sayangi. Atau memang sengaja kamu lakukan begitu, kerana mahu dia membenci, memudahkan dia melupakanmu? Tahukah bahawa hati yang mencintai, walau sejuta ilham dan tindakan kamu lakukan, ia hanya mampu menyedihkan tapi tidak mampu menghapus cinta itu.

Berpisah sudah cukup menyakitkan. Perlukah kata dan perlakuan yang membunuh perasaannya diteruskan? Tidaklah sampai hendak menunjukkan rasa kasihan, sekurang-kurangnya fikirlah..

Dalam satu ruang masa akan datang, kamu dan dia pasti akan bertemu lagi. Relakah kamu berhadapan dengan kebencian dan dendamnya?


Duduk depanku. Tangannya erat memegang sekuntum bunga. Hatiku rasa mekar, adakah itu untukku?
”Bunga ini untuk dia. Apa pendapat kau?”
Layu....


Aku tabik orang yang mampu berhadapan dengan cinta lamanya – selamba. Maksud aku, berhadapan, bereaksi biasa seolah rasa dulu tak pernah wujud. Padahal pada orang itu kan kamu pernah menabur janji, memohon dia memberi peluang dan akhirnya setelah bersawang, berkarat dan berkulat dia menunggu, kamu cuma berkata “tak jadiklah”. Heh. Cambestlah, rasa macam nak buat lagi je kan kan~

Senyum di depan, tak bererti yang lalu telah dilupakan. Takkanlah parut yang tertinggal hanya kekal sebagai bekas luka, pasti kesakitannya dulu juga masih lagi memeritkan. Agaknyalah.

Mungkin dulu aku pun pernah buat orang macam tu kot? Dulu laaa.. dulu.. paham tak? :p


Tanpamu juga aku mampu bahagia, walau mungkin tidak sebahagia waktu kamu ada bersamaku. Jika kamu bisa saja bergembira tanpaku,mengapa tidak aku?


Tanpa kita sedari, sebenarnya kegembiraan dan ‘mood’ kita sehari-hari sedikit sebanyak dipengaruhi oleh orang di sekeliling. Kalau tak kamu, rasanya aku macam tu kot. Adakah itu disebut sensitif, atau memang lumrah? Tidaklah 100% bergantung kepada mereka, cuma kadang-kadang.

Tidak adillah aku pada diri sendiri kalau aku terlalu memikirkan atau mempedulikan tindakan orang di sekeliling. Dan tak patut juga kalau aku langsung buat tak tahu. 50% mungkin (nampak tu siap bold lagi hehe) akan memberi impak, manakala 50% lagi terpulang pada aku untuk bereaksi terhadap impak tersebut. Sama ada hendak beremosi atau meng’kayu’kan diri.

Pagi yang gelap itu dah terang, aku adikmu dan engkau abang :D

21 comments:

kakLuna said...

kata ibu dengar sahaja...
cerita hanya kita berduaaaa...



sompek tu.....tobek? :P

meera said...

huh! panjangnyerrr

Masy said...

kak luna,
nyanyi lak ek hehehe

tobek tu ape? robek?

kak maya,
heheheheh~

arianna adrizal said...

tobek tu bukan mcm gunting rmbut tobek ke??? hu~ termenyampuk puleks ;p

kak.. ilek ar.. meh kita bergendang kecapi kat umah. sila jadi lead singer ohkey! muahahahhahaaa..

achik said...

yaa correct correct correct.. ;)

Noushy Syah said...

...it's already 2008...template baru dah 3 columns menawan... 'sleep in the rainbox?'...tak sejuk ke..hehehhe..

All the best Kak Masy.

Azhar Ahmad said...

Hahahahah, saya dah muntah satu baldi...
Perasaan risau tu perlu ada donggg

Masy said...

anne,
ha'ah kan. tobek tu ade tak cam tokek? heheh

eleeehh nk nyanyi konon.. kang baru pegang mic dah ngantuk hahahaha :D

achik,
yaaaa correeecctt.. ;)

noushy,
sejuk² laa best ;) tq dear~

azhar ahmad,
aiseyyy.. tp bole kasik Badang utk menambah kekuatan beliau :)
ya dooooooongggg mane bole suke² je kan kan

sierrauniform said...

huaarrrggg..sungguh puitis dan gratis sekali ayat2 kamu ini..sungguh aku setuju.

bravo!!!clap! clap! clap!(tepuk tangan dengan excited)hahahaa

Anul said...

wah..dh kembali berkarya la ni..huhu...

pnjg tu entri..ngan aku2 skali tgkp layan emosi

faisal said...

waaa, dah ada tenet upenya akku nih..selamat datang ke abad 21 ,hahahahaha...:) jgn terlalu fokus kak, nnti rabun,hihii...:) alaa,kita just buat apa yg kita rasekan baik dan selebihnya biarlah Allah yg uruskan..betul tak kak?

Masy said...

rembo,
yaaa hebat bukan.. akulah sasterawan negara hahahah

anul,
ya baby kembali!

ko jgn emo sgt, kang selsema hihi

acai,
baru je ade ni acai :) tu laa risau gak klu rabon. oleh yg demikian, akak menyerahkan segalanya pada Allah Taala kerana hanya Dia sj yg tau mana terbaik utk akak, x gtu? ;)

orang biasa said...

Kita adalah apa yang orang tanggap terhadap diri kita. bukan ape, kalau kita cuba buat orang tanggap kita seperti yang kita inginkan, kadang2 tanggapan itu menjadi terbalik ke arah yang sebenarnya tidak kita inginkan

kadang2 kita perlu keras kepala dan berprinsip. tapi sebenarnya kita tidak boleh senentiasa berkelakuan, berpikir dan berpegang pada apa yang kita prinsipkan, lebih2 lagi kalau ternyata orang di keliling kita menyampah, meluat, bosan atau menjauhi kita disebabkan prinsip yg tak kena pada empunyanya.

Ada orang sesuai dengan watak ego, tapi ada pulak yg dibenci kerana egonya. maknanya, terpulang pada pembawakkan masing2..

corat-coret...

Masy said...

orang biasa,
*angguk paler tanda setuju* yaaa correct correct~ :)

indera kencana said...

Saya paham, saya paham...
entri ini tentu saja ditujukan pada Mamak yang selalu mandram Masy dulu...
Yang kini telah Masy tinggalkan sejak pindah ke opis baru.. sob.. sob.. (sian Mamak tu.. :(

Cinta yang terlerai ibarat racun yang berbisa. Kenangan itu sangat asyik dikenangkan kembali namun bisanya menular ke seluruh jiwa (ohh.. akukah yang berkata seperti itu..??? Macam tak cayo..)

Kak Lady said...

Bila tiba masa untuk berpisah, perlukah kamu lakukan dengan cara paling kejam? Sedangkan hati yang bakal kamu lukai itu adalah hati milik insan yang pernah kamu sayangi – amat kamu sayangi. Atau memang sengaja kamu lakukan begitu, kerana mahu dia membenci, memudahkan dia melupakanmu? Tahukah bahawa hati yang mencintai, walau sejuta ilham dan tindakan kamu lakukan, ia hanya mampu menyedihkan tapi tidak mampu menghapus cinta itu...

Masy...suka kata-kata ni...alahai...sentimentol betul...

Tapi bila terjadi apa yang tak kita duga...selalunya kak lady cuba berfikiran positif...memujuk hati...'Pasti Allah mengkehendaki yang lebih baik untuk aku...'

Jadi Masy kene fikir yang positif aje tau...supaya hidup akan terus ceria...

zino said...

panjang madah? nya ni..

Ungku Nor said...

owh..owh..patot la Anak Teruna Sunti ngate awak tgh gersang sekarang nih.

tapi akak rasa awak bukannya tgh gersang..bukan..

awak tengah mengalami kegodakan jiwa yang melampau ajer, tehehehe ;p

All the best, bebeh!
lebiu, miss u, muahs.

happyirfa said...

salam masy..
emmmmmmm bila baca en3 kau ini membuatkan aku teringat akan sesuatu..tika dulu aku pernah menyakitkan dan mengecewakan hati org.dan aku x pernah pikir apa perasaan org itu.dan bila aku terserempak dgn 'dia'aku rasa macam nak lari masuk dlm lemari..
sbb dulu dia kata nyesal tak bunuh aku..eeeeeeee takutnya

kasutVincci said...

tudiah...lama tak berentry, skali update, fuh..penuh emosi dan puitis.
Sapa pun takkan lupakan cinta pertama!

Masy said...

indera kencana,
wahwahwah.....! :p

kaklady,
sbb pikir positiflah sy x gila lagi heheheheh ;)

zino,
madahkah? :)

kak ungku,
ahhhh dia tu memang!wpon sy peminat Gersang satu masa dulu, tp sy x gersang tau :p

mishu tuuuu hakak!~

salam kak irfa,
amboi!! apa akak da buat smpi dia nyesal x bunuh akak tu? *gigil*

kasutvincci,
biasalah remaja hahahahahah

sy dah lupa dah cinta pertama sy :)