Wednesday, March 19, 2008

253: Tacing laa plak~


Baru-baru ni, aku dan sorang member diajukan soklan tentang tacing oleh Encik Kes Kedua (yang akan disebut sebagai EKK - sekiranya ada - dalam perenggan seterusnya - wah dah macam klaus dalam agreement lak). Apakah perkara yang akan membuatkan pompuan tacing dengan tindakan lelaki. Ala.. ni kes nak beli jiwa laa ni

Untuk aku, mende-mende nak mentacingkan (ampun encik DBP) pompuan ni sepatutnya berlaku secara natural, bukan dirancang. Nak rancang pun boleh je senornya, tapi kalau tak kena gaya, silap-silap kene gelak pulak. Dan benda yang spontan biasanya lebih kuat sengatannya dalam hati, ada paham encik-encik sekelian? Jadi, hal ni merupakan satu bonus untuk lelaki yang muka-ganas-tapi-dalam-hati-ada-taman. Kenapa? Ok ni hanya pendapat aku je ye, tak semestinya mewakili semua makhluk bernama perempuan. Sebabnya, untuk akulah, aku tak berapa gemar sangat lelaki yang romantik 80 harakat ni, lemau aku. Better dalam perbuatan, ada niat untuk tunjukkan rasa caring dengan ikhlas. Camno tu? Pikir sendiri laa.. aku bukannya lelaki, aku hanyalah perempuan yang menerima kecaringan dan keikhlasan yang ditaburkan secara rawak itu huahahahaha

Bila EKK tanya gitu, aku pon menggali laaa kenangan lama-lama zaman hot aku dulu (sekarang suam-suam je hihi). Ada banyak jugak yang Encik Kenangan Lalu (lepas ni EKL ye) buat tu memang membuatkan aku tertacing seraya berkata what a man *kelip-kelip mata tanda terharu*. Saje laa aku nak cerita kat sini sebagai contoh kejadian dan panduan bagi lelaki-lelaki di luar sana yang mencari modal mentacingkan awek. AMARAN : Contoh yang aku bagi ni ialah samting yang korang takleh nak rancang, jadi sila pikir di luar kotak macamana nak aplikasikan inti kejadian ke dalam kes korang nanti ye.

1. Sebelum EKL dan aku beralih ke peringkat yang serius, kita kawanlah dulu, betoi dak adik-adik? Ok-ok stret ke ceritanyalah.

Satu malam, kami - kekawan seopis bercadang nak menghadiri tahlil arwah nenek salah sorang daripada kami. Dan perjalanan nak ke rumah dia tu berakhir dengan semua orang salah jalan - sesat laa senang cakap. Oleh kerana esok kerja, dan masa tu pun dah lewat, maka kitorang pun membuat keputusan untuk balik jelah. EKL balik Segambut, aku tumpang kereta member yang nak balik ke Klang. Yang syioknye, aku dan geng ni sesat larat ntah ke mana tah, tau-tau dah kat area Kelana Jaya. Masa tu aku memanglah tak reti jalan-jalan ni sume (even skarang pun masih blaja lagi - tapi skarang jauh lebih berani dari dulu), dalam kata nak rileks, jauh nun di sudut ati baby, baby amatlah risau okeh. Tapi takleh laa tunjuk takut, nanti member aku ni lagi takut hehe.

Makin lama makin sesat. Dan hati aku makin tak keruan dan ketahuan. Tetiba je henpon murah aku menggeletar - eh, bergetar, vibrate aaaa.. Tanda kemasukan SMS. Aku pun baca.

syg, dah smpi umah ke?

Ko agak ape aku rasa? Lega yaaaaang amat!! Dalam keadaan tu aku memang perlukan seseorang untuk meluahkan kerisauan, dan EKL macam tetau plak aku tengah ilang akal nih. Siyes rasa nak nanges masa tu (ehek, cembeng!!). Maka kesempatan pun diambil untuk mengadu domba, menceritakan kegundahgulanaan dan bla bla. Dia pun terus-terusan berSMS dengan aku sampailah aku tiba di rumah, solat Isyak dan tidor. Lapang ati rasanya, dan dapat tidor dengan nyenyak bagai dinyanyikan oleh Exists (eh, bole tido ke kalau Exists nyanyi hehe)

See? SMS je, bukan susah pun

2. EKL dan aku dah ke stage seterusnya.

Pagi. Masa bersiap nak ke opis, aku dah rasa tak sedap badan. Nak demamkah? Ntah. Tapi aku balun je jugak gi opis. Sampai je opis, aku terus baring kat sofa. Tutup mata, layan laa tido sat. Tak lama lepas tu, EKL pun tiba. Pastu aku dengar dia kata, aikk pagi-pagi dah tido kat depan ni? Aku senyap je malas nak layan, layan mata lagi best hihi. Then member aku ni tolong jawab, dia tak sihat. Demam ke wak? Aku mendongak pandang dia, haaa.. Aik gile serak sore aku. Pagi tadi ok je. Lantaklah.

Pastu senyap je. Tak dengar pulak bunyik kasut dia naik ke tingkat atas ke, gi toilet belakang ke. Aik, mamat ni gi mana pulak (sempat lagi berpikir tu hehe). Sambil layan mata, aku rasa macam ada orang dekaaaaaat je dengan aku ni? Bukak mata aa jap.

... dan aku nampak dia sebaik saje bukak mata. Tengah duduk kat kusi yang ditarik menghadap aku. Dan menunduk merenung. Dan aku nampak kerisauan, dan kesian, dan macam-macam lagi. Hehe, aku suka demam secara tiba-tiba heheheheheheh

Macam biasa, aku yang degil yang amat ni memang takmo gi klinik bila diajak. Takpelah, itu bukan moral of the story. Apa yang tacingnya? Memang dia tak buat apa pun, dia cuma pandang aku je. Tapi itu pun dah buat aku tacing. Itu namanya pandangan kaseh syayang dalam versi mute kalau adek-adek tak paham. Kecaringan dalam senyap, yang bukan plastik.

See? Pandang je, bukan susah pun

Sekali lagi. Ini contoh aje, jangan plak ade yang ngade-ngade nak soh awek yang demam kuar jumpe korang semata-nak nak tunjuk caring, atau upah member gi bawak awek ronda-ronda sampai sesat. Tu namanya cari nahas

Sekian, dah dah gi buat keje

24 comments:

indera kencana said...

Saya memang caring pon - Sham :b

Suka demam mengejut..?? Aiicehceh.. nak bermanja-manja la tu..

Tapi masihkah Ita :b ingat masa kita makan kepsi kat Bandar Melaka dulu..?? Ita makan habis dengan tulang-tulangnyer sekali. Sham rasa tacing sangat melihat Ita lapar tahap gaban punya.. Boleh? :b

arianna adrizal said...

muahahhahahahaa!!! gelak guling2 bc komen indera ni. aduhhhh laa.. ;p

kak, sy akan tacing dgn org yg sy suke je. yg tak suke ni.. watla camane pun.. ketacingan tu tak terserlah la.

Masy said...

indera kencana,
x habis2 nk menyamar jadik Sham ni hahahahaha!!~

bukan suka demam mengejut, masa tu sy rasa syiok plak demam. hehehhe

sy x penah dating pon dgn Sham tu laa.. toksah nk menyamar tau :p

anne,
haa yg tu adalah sbb utama kita nk tacinglah. klu org yg kita x suka tu, mende yg sepatutnya buat kita tacing, akan buat kita rasa meluat plk. betoi kan? heheheh~

axim said...

women.....a complex creatures i have ever known...

RaFFLeSiA MeRaH said...

hahahaha...memang very tacing la tuhhhh...kalau aku tu, sah2 ler cam ader rama2 kat tepi mata...hehehe....

Masy said...

axim,
not dat complex lah.. tp kami mmg suka shopping kompleks hihi~

kak RM,
hahahah siap ade rerama kat tepi mata plk! :D

Azhar Ahmad said...

Pompuan memang camtuh ek? Huhuhuhu, sayalah, kalau awek demam, sah sah, pi cari obat. Paksa makan. Tak kire...

Eh saya ada awek ke?

Sastri said...

wowwww... memang sungguh tacing...

Masy said...

azhar ahmad,
entahlah, agaknya kot. EKL tu kata sy manusia yg paling susah dia nk jaga sbb degil nau. so gaknye bukan sumelah tu yg gitu heheh~

eh, xde ke? ;)

sastri,
tacing eh? alalala bestnye kan kan~

achik said...

nampak cam xde benda, tapi sungguh la tacinggggggg.. ;p

apa yg terjadi pada EKL ittew??? ;)

Masy said...

achik,
;) kita2 paham laa kan kan

dia sihat alhamdulillah. da kawen, thn ni thn ke 4 dia kawen...~

13may said...

aku selalu SMS dan pandang awek...tapi depa tak tacing pun...

heran heran....

ChikaDior said...

touching la, sayang la, touching la, sayang la...

aha.

masy berchenta-chenta.
selamat berchenta-chenta.
:p

lindosh said...

aku nampak munge2 aa keliling ko.. n ada lap lap kat mata tu huuhuuh

ND said...

Mmg betul. Kejadian yg natural lebih berkesan drpd yg dirancang. Kena jadi mcm McGyver sket...gunakan apa yg ada disekeliling tanpa perlu merancang..hahahaha...

arsaili said...

isk2..ni dah jiwang 24-caratz...ahaks

Masy said...

13may,
hang sms ape? pandang mana? baik hang ingat baik² hahahah~

chikadior,
berchenta ya? yaaaa..
chenta kepada Allah
chenta Nabi
chenta ibu bapa
chenta kepada umat
chenta kepada kecemerlangan

ahaksss~

lindosh,
ah memandai je ko :p

ND,
kreatif dan inovatif hehehehe

arsaili,
ahahahaha jiwang le pulak ye

Ungku Nor said...

selalunya orang yang suka orang lain caring kat dia, bermakna dia jugak seorang yang caring.
*macam akak ni haa ;p*

meh citer tahap ke-caring-an awak lak..
teruja nak tau, hehehe

Masy said...

kak ungku,
ehehehehekkkk... sayer mmg caring orgnye (poyo le pulek)..tp pd org yg sy nak caring laa.. yg sy takmo, sy akan kelihatan spt manusia x berjiwa ahaks!~

nk cite ke? kene cite kat Big Apple ni hueheheh ;D

viruspadu said...

sgt lomantik la

masa baca pun leh terbayang2 tau

zino said...

panjang lebar nya huraian.. kalau yg berkenaan tu tak paham2 juga tak nak kata apa lagi.. hehe

Masy said...

viruspadu,
ahahaha org pompuan mmg senang tangkap bab ni ;)

zino,
bukan huraian yg panjang, cite je lebih :)

ND said...

Kalau kelip mata tanda caring camne plak?..hahahaha...

Masy said...

ND,
tandanya.. caring laa :p bwahahahah!~