Monday, March 31, 2008

256: Sebenarnya..


Ingat entry lepas, aku ada bagitau yang mak aku suruh balik? Sebenarnya sebab nenek aku dah nazak (mak kata 'macam orang nazak'), dan akak ipar aku yang kat rumah tu pun sakit jugak. Tujuan mak suruh aku balik adalah untuk tolong dia jaga kedua-dua orang sakit tu. Tapi macam yang aku bagitau jugak, aku pun tak sihat. Kesan ubat selsema dan batuk yang mengakibatkan kepala aku weng-weng atau dalam bahasa mudahnya 'kepala takde isik dan kurang daya fokus' memustahilkan aku untuk memandu pulang - sorang pulak tu. Walau bagaimanapun, rasa bersalah yang menyelubungi aku membuatkan aku rasa sangat tak best. Telefon mak - 3 kali tak berjawab. Sangat takot.

Esoknya aku cuba telefon lagi. 2 kali - pun tak berjawab. Aku dah mula sedih laa ni, ntah-ntah mak ingat aku saje² tak nak balik. Lalu seperti biasa dalam hal ni, pada sape lagi aku nak mengadu kalau bukan abang sendirik? (sibbaik ada YM, kalau tak takde maknenye aku nak telefon dia semata² nak mengadu).

Masy Abdullah: org tpon mak dr smlm x angkat
Masy Abdullah: adekah beliau merajok???
Masy Abdullah:
az*an abdullah: iye ke?
az*an abdullah: call la lagi nanti..
Masy Abdullah: baru jap ni call pun x angkat
Masy Abdullah: huhu~
Masy Abdullah: xpe nanti org call dak along
Lupa pulak Along ada telefon. Sibbaik dapat jugak cakap dengan mak aku. Aku dah macam nak nangis dah bercakap dengan dia. Well.. korang pun faham kot apa perasaannya kalau mak sendiri merajuk? Tapi sebenarnya mak aku tak merajuk pun. Dia tak jawab sebab tak perasan aku ada call (lagipun baru je nak berjinak² dengan henpon hehe).

Tengahari tu, Abang Chik call - bagitau yang nenek meninggal. Aku tahu tentulah aku kena balik jugak, terpaksalah aku mintak izin Mr. Sivaji untuk angkut si Melur buat escort - just in case tetibe aku rasa nak terpengsan ke masa drive. Tapi sibbaik juga Angah call, ajak balik sama.

Sampai kat rumah, dah selamat dimandikan pun. Lebih kurang pukul 6 petang jugak baru dikebumikan. Sedih? Ada sikit... rasa sedih, sebabnya aku rasa dalam 3 - 4 tahun ni, ada sesetengah benda yang aku buat @ cakap tu - menyakitkan hati nenek aku dan tentu-tentunya aku tak terucap kata maaf pada dia kecuali hari raya. Cumanya aku harap setiap kali aku suapkan dia makanan, basuhkan kain baju dia yang terkena kencing, tukarkan lampin, dalam setiap duit belanja bulanan yang tak culas aku hulurkan untuk dia - hati dia akan sentiasa memaafkan aku. Aku juga dapat tahu daripada mak, dia ada wasiatkan barang kemas dia - entahlah rantai, gelang ke cincin aku pun tak ambil tau - sebab ada satu benda yang aku buat untuk dia dulu - yang dia kenang sampai mati. Aku rasa teruknya diri aku, sebab rasanya belum pernah aku belikan dia apa-apa untuk budi dia menjaga aku masa kecil, masa mak abah pergi haji dan .... bila-bila jelah.


*sigh* Serius, aku rasa aku sangat jahat. Apapun, alfatihah untuk arwah - Hjh. Che' Mah bt Md. Deros~

25 comments:

achik said...

Al-fatihah.. semoga rohnya dicucuri rahmat..

rien said...

salam~
takziah untuk keluarga kak masy...
dan alfatihah untuk arwah nenek akak...

Hafifi said...

takziah bt famili...al-fatihah

Ungku Nor said...

Al Fatihah.
rindu kat nenek yang membela dari kecik, tak penah terpadam sampai bebila..

Masy said...

achik,
alfatihah~

salam rien,
time kasih, alfatihah jugek~

hafifi,
time kasih

kak ungku,
huhu sabar ek kak

Darkz05 said...

salam takziah untuk masy. moga arwah neneknya ditempatkan dengan orang-orang yang beriman, amin.

Al-Fatihah.

indera kencana said...

Takziah Masy... buat baik dibalas baik. Buat jahat pon dapat pembalasannya. Tak usah meratapi dan menyesali pemergian nenda itu. Sedekahkan Al-Fatihah banyak2 buatnya. Hanya itu sahaja yang menjadi tanda kasih Masy pada dia.

Masy said...

darkz05,
mekasih darkz, insyallah itulah harapan. alfatihah~

indera kencana,
dah ok pun :) alfatihah.

(tak menyamar jadi Sham arinie?)

arianna adrizal said...

al fatihah utk arwah. tingat arwah atok [nenek] sy dulu. sama la jugak. mak tiba2 suh blk. tp sy tak blk. 2,3 hari pastu dpt tau atok da takde.
rs jahat?? sy pun ada benda yg terkilan.. org da takde br dpt tau. takpelaa kak.. jgn salahkan diri sendiri. doa kan rohnya dicucuri rahmat.

Deanz said...

Salam..
kita tua nanti pun agaknya macam tu juga...al fatihah untuk arwah...

Masy said...

anne,
ooo lebih kurang ek cite kite. xpe, lupekan sajork. alfatihah~

salam deanz,
ye kot.. tp mintak2 xdelah smpi gitu. alfatihah~

Anul said...

ishy sedih plak pagi isnin ni....aku dh baca al fatihah tadi..hrpnya 'smpai' ke dia

chot said...

Al~Fatihah...

Masy said...

anul,
isk ko jgn laa sedih. entry lps ni akan gumbira okeh. tengkiu~

chot,
alfatihah~

faisal said...

Innalillah, smoga roh arwah nenek akk diletakkan dikalangan org2 yg beriman,amin..:) lenkali jgn degil tau*smile

Noushy Syah said...

Al-Fatihah.

Kak Masy dah sihat?

freakmie said...

takziah untuk masy....

masy nih pun jangan lupa makan ubat tuh...

RaFFLeSiA MeRaH said...

Al-fatihah...mudah-mudahan roh arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan solehah...amin...sabar yer masy, kurang2 masy dah byk tabur budi pada nenek...insyallah, ader balasan atas budi masy tu....

lindosh said...

Al-fatihah.

ko jgn sesedih sangat ok

Anonymous said...

semoga arwah ditempatkn bersama org2 beriman..amin..
-kuRzz-

meera said...

takziah...
semoga roh arwah dicucuri rahmat...
al-fatihah

flush said...

salam takziah dr kami sekeluarga..

axim said...

masy...

setiap yang hidup pasti akan pergi...

kita yang hidup ni kena la sentiasa beringat..

takziah untuk masy sekeluarga...tabahkan hati k..

peace..!

Masy said...

acai,
mana ade degil :p tengkiuu~

noushy,
aaaaa bole la... tp ade batok selsema yg masih degil lg ni huhu~

freakmie,
mekasih. aaa ubat dah abes dah ni, nk kene topap lg kot~

kak RM,
insyaallah.. mekasih kak :)

lindosh,
aaa tak, dah ok dah~

kurzz,
amiin... thanks~

kak maya,
mekasih, alfatihah~

flush,
terima kasih..

axim,
betoi².. mekasih ye~

金瓜米粉Jason said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社