Tuesday, May 20, 2008

271: cuti, kezutan dan dot dot dot

Sebelum aku mula bercerita ka apa ka.. kita layan ni kejap...




Heheh sesekali membuli kanak-kanak ni syok gak. Especialy encik Muslim kita ni.... hahahaha.

Pagi tadi sambil aku bersiap-siap, macam selalu aku dengar Sinar FM. Tetiba Krill sebut tentang ubat untuk menangani kemurungan. Sikit punya teruja kaa aku nak tau. Lepas abis satu lagu, dia pun reveal laa apekah 'ubat' tu. So.. ubat untuk menangani kemurungan berdasarkan kajian sapetah dia sebut tadi, adalah KAWEN. Ceh!~ Tak membantu langsung.

:tsk:

********

Jumaat lepas, sesuatu yang serius berlaku di opis aku. Sangat serius, dan aku sama sekali tak menjangka akan berhadapan dengan situasi ini. Rasanya semua geng kat opis aku pun macam tu jugak. Kami sampai ke petang dok termenung memikirkan kejadian ni.

Itulah akibatnya bila nafsu menguasai diri. Bila kehendak mendesak dan kata-kata syaitan lebih kedengaran berbanding iman yang wujud dalam diri. Sampai hilang pertimbangan, hingga hilang harga diri gara-gara terlalu menurut kata hati.

Dunia sekarang memang dah berubah. Ramai orang di sekeliling kita yang mampu untuk bergaya, dah tentulah kerana masing-masing mampu. Apa yang nak diikutkan sangat rentak orang, kalau dah tentu diri sendiri kurang berbanding mereka. Mengapa mesti meletakkan maruah diri dalam kelas yang terhina untuk mendapat kemuliaan sementara. Untuk aku, biarlah aku nampak tak 'kelas', takde taste ka, 'cheapskate' ka, asalkan setiap sesuatu yang aku telan, pakai dan tunjukkan pada orang itu hasilnya datang daripada sumber yang halal. Yang bukan diseludup dari akaun orang lain tanpa pengetahuan pemiliknya.

Perlukah malu dengan manusia, pentingkah? Pastikah akan disanjung kalau bertindak begitu? Tak ke mana pun perginya kita kalau keredhaan manusia yang kita cari. Tapi siapalah aku untuk mempersoalkan tindak tanduk orang, sedangkan aku sendiri pun belum tentu betulnya.

Cuma satu yang aku harap. Aku mohon pada Allah, dalam keadaan aku yang sesekali terdesak, janganlah sampai aku juga bertindak dengan cara yang sama.


peace no war lah dude!~

21 comments:

Kak Lady said...

Hahaha...tak baik tau membuli budak...

Masy...harap2 kita dipelihara oleh Allah dari sifat2 keji itu...

Orang kata biarlah kita susah...asalkan tak melakukan perkara yang dilarang & keji...

Masy said...

kak lady,
heheheh tp kiut kan heheh

tu lah kak.. risau sgt.. kadang2 tu sbb desakan boleh jadi kelabu mata, hitam hati. moga Allah pelihara kita semua drpd hal2 mcm tu..~

achik said...

uish.. apakah yg berlaku???

tu la kan.. moga takkan penah kelabu mata semata2 nak puaskan nafsu.. huhu..

faisal said...

slm kak,yaaa betullll!!!! itulah ubat kemurungan terbaik,hehehee...*nasihat kepada diri sendirik gak,hehehe..:) kak, nak makan kat tesco ni,jom jom..

r@tn@ said...

whahahahahahahahahahahahaah lagu pekebende tuh??? hahaha sungguh memecahkan tembolok orang gelak...

chot said...

ya..ko dah patut kahwin...hehe

Masy said...

achik,
penyelewengan huhu

moga Allah tetapkan iman kita, amiiiin~

salam acai,
wahahahah bukan main lg ek! jejusko? silekan... akak mkn ABC kat sek 2 je :)

cik bawang,
heheheh blom pk tajuk lg heheheheh~

Masy said...

chot,
ah ko, syok je soh aku kawen, bak laa laki sorang! wakakakakakaka!!!~

Anul said...

fuiyoo..mcm ada opis sendiri tu gambor diee...

Btul2..kalau dgr ckap org..nk diterima org mmg pyah la idup..tp pntg juge utk diterima..kena balance..mcm buku imbang duga

k.lin said...

Salams Masy...

Stress?? Murung?? Makan coklat banyak to distress urself.. pastu rajin2 kuarkan peluh.. it works lah.. Tapi akak lebih banyak buat yang 1st suggestion dari yang 2nd.. akibatnya... al-tembun hehehe..

Masy said...

anul,
itu bilik tinggalan pengarah kerajaan, aku dtg opis dorang tumpang wat keje je hehehe

klu nak diterima org pun, jgn smpi wat bende2 bodoh, btoi x? ukur baju kat badan sndiri, jgn kat badan org len. melainkan bdn org len tu sama cam badan kita wahahahahah!~

salam kak lin,
alaaa tembun ke? tembun tapi comel je org tgk. celah mana tah yg tembun tuuu :)

arsaili said...

salam..itu la..dan selalu ingatkan diri, hasil yg haram tak akan membuat kita senang atau kaya..tapi lebih sengsara krn tiada keberkatan.....wei saya dh lama grad...tu menjawab tag, masa yg saya ingin kembali..so sy ingin kembali masa zaman membuat ijazah pertama

Masy said...

salam arsaili,
betul tu.. tak faham mcmana org bole rasa senang lps buat salah. huhu

ooo sy salah fahamlah tu heheheh sori2 :D

zino said...

ni kira makcik yg nakal ni hehe

hidup kita perlu ada prinsip.. kemewahan dunia ni tak boleh di bawa kemana terutama kalau di perolehi dengan cara yg tak betul.. semuga kita di jauhi dengan sifat tamak haloba tersebut..

Masy said...

zino,
hehehe biasalah tu :D

betul tu.. yg penting kene sentiasa ingat balasan Tuhan.. huhuhhu~

kakLuna said...

hehehe...mmg betul,kawen tu ubat kemurungan paling mujarab :P


psl kes tergezut tuh, dh berapa juta dia telan?

Masy said...

kak luna,
benarkah?? akak kene tolong carikan laa nanti pasni ek hihihi~ *gelak gatal laa plk*

x smpi juta lg laa kak, tp puluh2 ribu jugek huhu~

en_me said...

ammoviii.. akak ittewww.. senyum2 lagik

Masy said...

en_me,
ehehehehhe snappy ala2 candid laa konon wahahahahha!!~

Noushy Syah said...

Yea betul...I agreed! Kawenlah sebelum kamu dikahwenkan ..hehehhe:)

Masy said...

noushy,
wahwahwahhhh psl kawen bukan main sokong lg yeeee ehehehehehh~