Monday, June 02, 2008

275: dah pindah!~

ini BUKAN rumah aku huhu~

Macam-macam cerita dalam tiga hari ni. Tatau nak cite mana satu ahahaha (macamlah orang heran pon). Yang pastinya, jumaat lepas aku amek EL terancang - untuk uruskan hal-hal rumah jugak. Punyalah huru-hara hidup aku siang tu sampai terbeli set Big Mac sampai dua set. aku tatau laa aku ke yang sengal ataupun budak amek order tu yang sengal. aku kot?. Akhirnya aku dan rerakan yang masih ada kat umah tu pun selamat berpindah randoh ke rumahku. Menjelang pukul 3 pagi baru le dapat tidor. Tak sempat nak baca yasin kaa apa kaaa.. huhuh~


sesak napas bila berangan nak wat macam ni kat umah aku :D


Sabtu. Heh. Pagi sabtu, aku dan Anne mengeluarkan diri untuk aktiviti sarapan. Kemudian aku dapat sms daripada bakal jiran. Eh eh ada kat sini? Balik ke rumah aku, aku saje menapak ke rumah bakal jiran. Merayap pulak. Hampir setengah jam, beliau call - dan ada depan rumah. Lepas memfolo beliau makan tengahari, balik umah sat - siap² dan shoot ke JJ Bukit Raja. Kita layan wayang pulaks~

Ada beberapa benda yang diucapkan dek bakal jiran membuatkan aku rasa nak tersengih-sengih lak. Bukanlah terawang-awang ke hape, it just... ape ek.. it makes me wonder. Takpelah, lain kali kita pikir:devilishgrin:

Tengah malam, menerima kunjungan tetamu. Dan sorang tetamu menginap di rumah aku. Tetamu yang tak join tidor umah aku tu (dia nak, aku tak bagi.. weeeekkkk!! *jelir lidah*) pun tetibe je berkata sesuatu yang membuatkan aku tersengih gak.

tu laa dulu aku suka kat kau, kau tak layan..

Ahahahah~ Tetamu ni memang lemau sket. Kalau dulu dia perhati dengan hati, dia akan nampak sebenarnya dalam masa 2 tahun tu aku dok usha dia. Ngok betoi! Nantilah, ada masa aku wat entry pasal ini budak heheh.

Ahad, selepas membawa aweks tetamu itu sarapan, dan dia diangkut keluar, aku meneruskan aktiviti pengemasan yang tertangguh. Sebelum tu sempat lagi shoot ke kedai perabot. Huh, dalam kata takde duit tu.. huhuhuhuuh.. Kendian kesengalan melanda lagi. Aku boleh plak nak menghala ke rumah lama. Lagi sket nak sampai baru laa aku tersedar dari lamunan. Najis betul la... perabih minyak je! Sepanjang petang mengemas bilik ajork. Kumbah, simpan dan buang. Sebelum maghrib, siap semuanya. Malamnya takde buat apa yang dahsyat sangat kecuali siapkan baju untuk kerja arinie dan sempat pulak basuh baju - nak dekat pukul 11 malam baru tergerak hati nak wat laundry, voleyyy??:sweaty: Akhirnya menjelang pukul 1 jugaklah aku tido huhu~

Dan pagi tadi aku try keluar rumah seperti biasa - maksudnya sama timing macam aku dok umah lama dulu. Ermm... dalam 10 minit jugak sampai opis. Lebih kurang. Mebi sebab cuti skolah kot? Kita tengok esok macamana heheh~


# sebenarnya sebelum berpindah, aku terjumpa diari aku tahun 2004. tahun terakhir aku menulis diari. hanya bulan pertama yang bertulis, itu pun penuh dengan ikon sedih. aku pun terlupa yang dia memungkiri janji untuk berjumpa aku pada malam harijadi aku tahun tu. tapi aku ingat, aku terlelap selepas menangis malam tu. dan diari itu aku buang. sorilah my friend - diari hadiah harijadi aku daripada kau tu terpaksa aku buang. harap kau tak kecik ati.. aku tak perlukan memori sedih macam ni untuk teruskan hidup aku sekarang.

21 comments:

achik said...

bakal jiran.. terawang2.. mmmmmmm moskel nih?? jeng jeng jeng.. ;p

wah2.. dah pindah abis ek.. bestnya.. tayang la skit gambar.. nak nengok.. heheh.. ;)

Masy said...

achik,
ape jeng jeng jeng? :P weeeekkkk~

alaa tgh tak senonoh lg lah.. nanti bila dah diluluskan oleh SIRIM, baru akak ubuh gambarnye ye!~

chot said...

skrg ni ko dok shah alam lg ke?

Masy said...

chot,
masih.. sempat lg ko nak singgah IKEA belikan barang utk aku ahahahaha~

arianna adrizal said...

kak, org pun selaku patung cendana nk tumpang sengih.
muahahahha~

pssstt!!! ketidak-konsisten-an tu agak ketara laa.. very d mysterious woooo~

Sierrauniform said...

boleh aku yang miskin nie tumpang tidur umah ko worrior the legend?

tentu jiran ko tu bangga dapat worrior the legend sebagai jiran sekawanannya..kekekeke

Masy said...

anne,
patung cendana ek... dah kira ajaib patung cendana ni bole mkn² dan tgk wayang ahahahaha!!~

errr apekah?

rembo,
ko miskin ke? ko jgn.. kang miskin bebetul kang ahahaha!!

aku rasa dia bukan saje bangge, malah terharu dan tacing sambil menitiskan airmata tanda caring :D

Anul said...

waaa..udah pindah. kt mn?s.alam gak?seksyen brp?

Masy said...

anul,
ya udah donk. kat shah alam ni jugek, seksyen 19. hehehe~

Semut Api said...

...alu-aluan yang nyaman. Dari rumah turun ke hati.

Wirawan Terulung said...

kalo buat house warming nanti, jgn lupe jemput wirawan k. Pastu, bitau awal 3 hari, ble pose selama 3 hari tanpa makanan, pastu makan kat umah masy je...:D

Noushy Syah said...

Hi Kak Masy, salamz..congratz for moving to the new house.House warming dah buat?hehehhe...may you and the new house always be blessed,ameen!

BTW,just for your info,mostly all garden and glass/conservatories in UK are situated at the back(extension of the house)where people can't see it from the front or side of the house bcoz it is a private place for all of us.You only could see it if you are invited into the house...thus you don't have to worry about wearing the 'tudung 24hrs'..lolz!

Unlike houses in Msia where most garden is infront, ours are at the back and it is for safety reason as well since we don't have to worry about the danger of kids playing at the road in front,can watch them while playing while we enjoying the sunny from the very own of our living room..

Masy said...

semut api,
nyamankah? hehehe.. dr rumah turun ke hati tu cam bahye je stetmen :p

wirawan,
puasa 3 hari je kan, bukan x berbuka langsong kan? hehehehe

salam noushy,
tengkiu tengkiu hehehe

ooooo betulkah? tu yg akak dok mikir camne nk dok dlm glass klu stail umah mcm kat mesia ni.. ok thanks 4 d info ;)

indera kencana said...

Umah baru ngan semangat baru..
Chaiyok, chaiyok!!!

Masy said...

indera kencana,
hahahaha ala² tema baru semuanya ya! berusahaaaaa!!!~

Miss Roja said...
This comment has been removed by the author.
meera said...

syita,
kim salam kat bakal jiran ek... *wink

Masy said...

kak maya,
aaaa.. insyaallah eheheheheheh!!~

axim said...

waaaa nak pindah ker...selamat berpindah k masy...semoga mendapat jiran yang ganteng...!!

zino said...

bila nak kenduri ni.. ? hehe

Masy said...

axim,
bukan nak pindah, dah pindah pon hehehehe. yaaa ku juga harap2 begitu laa wakakakakakakaka!!!~

zino,
hoh kenduri apekah? kenduri kesyukurankah? ujung minggu ni, kat umah zino bole? hihihihi~