Wednesday, June 04, 2008

276: entry untuk kawan

"Wohooooooooo pengantin dah sampai, siap berpayung bersama tu!!!" teriak kawan-kawan aku yang dah berkumpul dalam bas sebaik sahaja aku dan Ejal menjejakkan kaki ke dalam besi buruk milik UiTM itu. "Diamlah korang! Aku lempang kang tak pasal je!", sambil mengelap air hujan yang bersisa di baju aku berkicau, macam biasalah aku dengan perangai aku. "Ejal! Ko buat ape aaa kat Ctah? Kanmain lama lagi kitorang tunggu. Best tak? Camne performance dia?", aku tak ingat siapa yang bertanya, tapi hati aku menyumpah-nyumpah melihat perangai budak-budak ni, rasa nak kunyah je dahi diorang. "Ahahahaha ada laaaa... ko budak-budak mane boleh tau. Kitorang buat maksiat je sikit, kan Ctah kan kan kan?", Ejal menjawab dengan gelak tawanya. Hampeh betul, ahahah!!

Kemudian mereka pun mengusik kami dengan menyanyi beramai-ramai.

Kenangan malam minggu waktu jalan-jalan
Berdua jalan kaki saat turun hujan
Basah baju kita basah hati kita
Mesranya berpayung daun pisang

Kusungguh merasakan mesra malam itu
Walau basah bajuku rela aku rela
Betapa mulia hatimu oh dinda
Demi kekasihmu rela berkorban
Siapa tahu nanti tuhan meberkati
Daun pisang menjadi payung sutera
Kenangan malam minggu waktu jalan-jalan~

"Banyaklah korang punya daun pisang", aku menjawab sambil menahan tawa. Siamang betul.

Persahabatan aku dan Ejal ni memang mengundang tanda tanya. Tak dinafikan kami rapat, tapi mereka tak jelas kenapa kami boleh berkawan tanpa terbit rasa apa-apa. Ala... ingat kalau lelaki dan perempuan tu berkawan, semua nak jatuh cinta ka? Takde maknanya okeh.


tapi takde laa sampai polok² camni.. hilang akal ke hape :p

Asalnya kami berkawan rapat kenapa ye.. nanti jap aku fikir. Oh.. asalnya dia nak mengurat member kami tu. Hehe. Dan aku jelas dengan kedua-duanya, dan aku tak mahu sesiapa rugi dalam kes ni. Dahlah, abaikan je. Yang penting, lepas kejadian itulah persahabatan kami jadi rapat - rasanyalah. Taklah rapat sampai nak kemana je pun berdua, cuma bila dia ada masalah (yang biasanya akan berkaitan dengan kewangan dan cinta asmara), memang dia akan cari aku. Manakala bila aku tertonggeng-tonggeng kelam kabut menyiapkan projek di studio, dia akan membantu - kalau dia tak sibuklah. Hehe.

Oleh kerana aku dilantik menjadi 'Menteri Kewangan'nya, maka kadang-kadang dengan tak sengaja aku akan termasuk campur juga bila tiba hal-hal urusan PTPTN dia tuh. Tahukah dia itu boros? Maksud aku, mana-mana lelaki remaja berusia 19 tahun di dalam kelas aku pun akan jadi hilang arah dan akal bila mendapat duit pinjaman RM2,500 untuk satu semester.

Satu hari, aku diajak dia untuk berbincang di makmal komputer. "Aku nak beli handphone", kata dia. "Hah? Hei.. ko tau tak.." belum sempat aku membebel, dia memintas. "Chop... chop.. Aku tau kau mesti nak marah aku. Tapi kau tengok ni, aku dah listkan apa aku nak buat dengan duit ni supaya kau tak bebel", ujarnya sambil mengeluarkan satu kertas kecil. "Kau tengok, aku dah bajet baeekk punya, duit aku cukup sampaikan boleh bayar yuran ITM semester depan". Aku terdiam. Heh. "Sampai dah buat macam ni, aku takmo cakap papelah". "Ctah, aku dah fikir panjang dah.. aku jamin duit aku cukup. Aku takkan pinjam duit kau lagi, kau jangan risau." Aku senyum je. "Lagipun... ini kan duit aku, so patutnya suka ati akulah.. kau faham kan?" Oo.... "Oklah kalau kau dah cakap macam tu. Pape sok jangan kata aku tak bagitau pulak ye" "Tak.. janji!"

Dan fenomena telefon bimbit pun melanda studio kami tahun itu. Memiliki gadget itu adalah simbol kemampuan dan kemajuan, kerana zaman tu bukan semua orang ada handphone. Ejal pun antara mereka yang bergaya dengan telefon bimbit. Kemudian mereka semua pun mem'provoke' aku supaya membeli juga. Tapi macam aku cakap, bukan semua orang ada handphone zaman tu. Aku pun tak berapa teruja nak memiliki handphone. Setakat nak telefon mak abah, aku guna telefon UiTM je - reverse charge. Hahaha.

Beberapa bulan kemudian, Ejal menghampiri aku di studio - berbisik dan mengajak aku ke cafe fakulti. Setelah dua tiga kali menyedut air, dia pun membuka mulut. "Aku rasa kau mesti marah aku punya.." Aku mengangkat kening. "Apsal lak? Kau nak pinjam duit aku lagi ke? Kata cukup sampai semester depan.." aku bersuara, nada sindiran. Dia terdiam, menyedut air lagi dan bersuara perlahan. "Ala.. yelah aku silap, aku takmo dengar cakap kau." "So, boleh tak aku nak cakap benda yang kau takmo dengar aritu?" kata aku. "Cakaplah.. aku redha heheh". "Sebenarnya aku nak cakap aritu. Memang laa kau boleh tulis, listkan semua benda yang kau nak buat. Tapi satu kesilapan kau, kau tak terfikir langsung benda yang mampu terjadi di luar rancangan kau. Memandangkan kau dah sound aritu - kata itu duit kau - aku malas nak cakap lagi..." Dan sama-sama terdiam.

Habis pengajian di UiTM, masih lagi juga sesekali keluar minum bersama. Hingga pernah mengundang rasa cemburu pada jiwa seseorang. Dan kebetulan apabila musim putus cinta melanda, kami sama-sama bersantai menonton wayang dan nyaris berkelah di Hutan Lipur Kanching. Bercerita sambil makan-makan, tersentuh juga jiwa gothic aku bila terperasan genangan airmata jantan dia tu. Isk~ "Takpe.. biar menangis sekarang, daripada menangis kemudian", nasihat dari aku - untuk dia, dan merangkap untuk diri sendiri. Hehe..

Dan minggu lepas, dia sudahpun melangsungkan perkahwinan. EJAL! Sorilah aku tak pergi. Aku berada di persimpangan empat sabtu aritu. Aku macam nak pergi, tapi aku penat, tapi aku keluar gak tengok wayang, aku tunggu sahabat lagi sorang yang memula kata nak pegi dengan aku tapi last-last aku tak tau dia pergi dengan siapa, tetamu ajak aku pergi dengan dia tapi semangat aku dah layu. Aku banyak alasan eh? Ahahahahah!! Sebenarnya aku lebih suka kalau sabtu tu majlisnya di rumah kau laaa.. Apsal bebudak ni sume malas pegi kenduri rumah kau?

Apapun aku mendoakan dia bahagia sebahagia bahagianya. Dan janganlah isteri itu menyakiti dia seperti yang sebelum ni. Malas aku nak tengok dia menangis, nanti kang aku tacing tak pasal-pasal jugak hihi. Selamat Pengantin Baru sohabat. Dan terima kasih sebab kahwin, senang hati aku hahahahah!~

encik baju merah. belum kawen lagi dah gomok. habislah ko lepas ni~


Hah lepas ni jangan ade sape pulak tanya aku lagi bila nak kawen dengan Ejal, letih aku nak memahamkan diorang ni.

# epy bday Kak Maya!!~ :inlove:

21 comments:

anoi lalalallala said...

ahkak...
x tau plak yg akak nie berjiwa gothic..hehehe...ganazzzz....
btw, bila lagi nk mengikut jejak langkah Ejal??? **larikkkkkkkkkk

meera said...

mmg syahdu & sebak kan bila melihat sahabat kita yg caring, loving & romantik dilukai oleh org yg disayanginya.... alahaiiii...

akak setuju ngan ko sape kata pompuan & lelaki kawan baik mesti jatuh cinta... (tapi selalunya ramai yg jatuh cinta... cam ada pengalaman je akak ni kan... muahahaha)

TQ for thw wish... mmmmuuuuuahhhh *hugs*

arsaili said...

salam..si mamat baju merah tu look familiar

13may said...

oh! camtu rupanya cerita dia...hehhe

Azzam Supardi said...

Masy, bagi alamat dan emelkan ke - azzamsupardi@yahoo.com

Masy said...

anoi,
ganazzz ganazzz wahahahaha!

nantilah akan diberitahu kendian :p

kak maya,
kesian kat dia.. hehehe mamat tu dah laa jiwang kekadang :D

tu arrr.. bukan semua akan bcinta bila bkawan, tp mmg sebelum bcinta kene bkawan dulu hihii~

salam arsaili,
familiar? kawan awk kot? dialah ejal hehe

13may,
yaa gtu2 :D

azzam supardi,
aik aku dah bg dah. takpe aku bg lagi skali.

Sierrauniform said...

lelaki ngan pompuan memang tak boleh berkawan baik~disaster!

so, let say dia ada masalah dengan wife dia, dia mengadu kat kawan baik lain jantina..apekah akan berlaku?

hisk..aku tak sanggup tengok bakal suami ku, menyandarkan bahu berkeluh kesah kepada kawan baik(perempuan yang ku maksudkan/tp lelaki takut 'gay' pulak)

ko sanggup?

lindosh said...

cantik ah baju ijau pepel ko tuuu weh

Masy said...

rembo,
ahahahah so far tak disaster je aku kawan dgn lelaki. klu lelaki tu tau conduct keadaan - maksud aku, ada certain things yg dia pilih aku utk cerita, dan ada hal lain yg dia perlu cite dgn wife/tunang/awek dia, takde hal. jgn arr smpi hal dlm kain pon nk cite kat aku.

lgpon hal cinta asmara dia tu sume adalah sebelum dia kapel. once da kapel, awek dia laa kene dgr sume. aku dgr bab yg x penting je.

lindosh,
hehehe lawa kan? beli la weh!

Sierrauniform said...

ehehehe..saja provoke ko, aku kan kaki provoke@saje dengki(macam aku tak paham pulak)

gud morning, aku baru je masuk opis..

Masy said...

rembo,
takpe aku kalis provoke ahahahah~

morning2 :)

achik said...

uik, Ejal tu senang nangis ke? berjiwa halus sungguh.. hehehe..

Masy said...

achik,
taklah.. tp kes tu mmg berat. kesian kesian.. hehe (eh gelak lak)

Anul said...

waa..hebat kisah ini..aku ada kawan rapat yg silih berganti gak pompuan ni..sume ada sebab sendiri nape dh takleh rapat ngan aku..uuhuhu

Masy said...

anul,
mesti pakat2 da kawen ataupon boipren memasing jeles ek? hihihi

chot said...

ko kawan aku kan...bila nak belanja aku petrol 10 liter?

Masy said...

chot,
10 liter je? aku belikan ko pelantar minyak 3 ketol nak?

Ungku Nor said...

huhuhu, lepas ni nak bermemori daun pisang dengan sapo lak aaa??

demgam akak?
sowi.
akak tengah bizi giler skang..keh keh keh

zino said...

kadang tu pelik juga.. yg kawan rapat tak ada apa apa perasaan.. tapi yg tak berapa rapat terus menjadi.. rasanya itu lah jodoh..

semuga berkekalan kepada pengantin..

Noushy Syah said...

Wow..panjangnya kak masy....ada TM and copyright tak?hehehhe,nti mereka curi untuk script drama,lolz!

Masy said...

kak ungku,
alaaaa dgn akak kita memori petronas sg udang dah laa ahahahah~

zino,
itulah kan.. pelik tapi benar heheh :)

noushy,
ahahahahha bukan best pon klu buat drama. xde ending yg diharapkan hihi~