Friday, June 06, 2008

277: Minyak Naik, Naik Minyak??

ok gak kalau ade kenderaan yang pandai berdikari camni~

Hehehe semalam sana sini blog yang aku masuk bercerita tentang kenaikan harga minyak yang mengakibatkan aku nyaris kantoi semayang maghrib pada hari kejadian. Beratur di stesen minyak sejak pukul 6.45 petang hinggalah pukul 8.00++ baru dapat isi minyak. Sepanjang aku berkereta, rasanya inilah pertama kali aku bereaksi bila harga minyak naik. Sialan ah! Terlepas aku nak tengok Ezora.

Bila seorang penonton TV3 menyatakan pendapat bahawa elaun timbalan perdana menteri serta perdana menterinya perlu dipotong, aku setujulah sesangat. Eh tapi kenapa tak semua menteri pun kita buat macam tu? Dan jugak pemegang² title Datuk yang dapat elaun jugak tu - daripada huhahuha tambah bini sana sini, beli jet beli satelit beli segala macam benda dalam dunia ni, lebih baiklah membantu meringankan beban pundak masyarakat marhaen macam aku ni. Pahala pun dapat, selamat dunia akhirat (eh aku tak jamin).

Dan Malaysia - lepas ni toksah ngengada nak antar so-called 'angkasawan' lagi ye. Minyak mengantar seorang manusia ke angkasa (tak jejak bulan pun) tu aku rasa satu Malaysia pun boleh pakai dalam setahun ni. Banyak cara lain nak tunjukkan Malaysia Boleh. Skang dah rasa macam Malaysia Boleh BLah pulak. Nak suruh rakyat ubah gaya hidup, pemimpin kenelah tunjukkan dulu. Bukankah KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN? Semoga lepas ni peluang rakyat untuk terserempak dengan pemimpin² dalam LRT, monorel, bas henti-henti dan juga teksi akan lebih cerah. Bolehlah kita ambil autograf, posing bergambar dan canang satu kampung.

Lepas ni duit hantaran pun melambunglah ek? :woooh:


Aku takde pape nak bagi pada beliau selain daripada..


Memuah!!! Sayang Pak Lah sesangat!! Lepas ni saya akan menyertai kempen Kami Sayang Pak Lah bersama-sama Ani Mayuni. Memuaaahhhh!!!!

19 comments:

indera kencana said...

Muahhhhhh... juga!!!
Saya jugak yang terkantoi Maghrib senja tu. Memang hampas keLAHpa. Geramnya tatau nak cakap..!!

Rya said...

terujanya melihat bibir tu...
hak~hak~hak

nyway, sy stuju dgn phrase Malaysia Boleh blah..
semua nak buat Malaysia ni, rakyat gak yg terkelepet..
*dushdush*

Masy said...

indera kencana,
tak pasal2 rakyat dpt dosa kering mlm tu..

rya,
ahahahah!~

masalahnya klu berkemampuan mmg laa tak salah. ini tidak, harga beras tak setel lg ni dah harga minyak pulak. tang harga-harga ni takmo lak dia bersemangat Malaysia Boleh. huhuhu~

achik said...

menyampah sungguh ngan 'nasihat' suh ubah cara hidup.. nak suh ubah camne lagi la weh?? nak makan pasir?? pasir pun mahal.. huh!!!

yg diorg tu suka ria je bazir duit kat benda bukan2.. huh!!

*giler emo* hahaha ;p

achik said...

oh2.. bibir tu menggiurkan la.. hahaha..

xleh cium lelebih.. nanti bini Lah marah.. ;p

Masy said...

achik,
kita je yg kene ubah, yg dia tu takmo pulak ubah. brengsek!

hep hep!! itu khas utk paklah je hohoho *ala cium sket pon korang nak kecoh* ahahahaa!!

chot said...

aku pun ikut ko sertai kempen 'cintai pak lah'...

Masy said...

chot,
nanti org kata kita ni 'tak mengenang jasa' pulak.. cam haromjadah.

arianna adrizal said...

oo patutla kat umah pun muncung camtu. asik dok cium Plah la ni eh... muahhahahaha~

Masy said...

anne,
meh ciom en meh! rupa dah iras2 tu hahahahahahahahahahha!!~

Noushy Syah said...

Wooo..Kak Masy tentu syg Pak La sampai kishy2 tuh..hahhahaha..

When the fuel price raised up, I think there're many hidden benefits for public...:)just be optimistic (even in your heart menyumpah2)ngeh..

Noushy Syah said...

p/s Yg blacklisted tuh ade..pornsite and spam blogs,dulu banyak tinggalkan spam msgs dlm blog:)

lindosh said...

muahaha bagos punya ciom utk paklah tu.. ai lap yu jugek paklah. beshnyaaa diaaa ahhahahaha

zino said...

bibir sape tuy? hehe

bila harga dah naik.. liat kalau nak turun.. tapi dah macam hint je akan naik lagi tahun depan atau bila2 masa harga donia melambung2..

kena pikir lah macam mana nak tukar minyak ni.. dah ramai yg menyevey nak guna lng.. kos pemasangan tangki 6000 inggit!!!! so boleh le berkira2 skrg berbaloi ke?

Ad Rifza said...

Hahaha..nak gelak lak baca entry ni..gelak masa kiss tuh..ahaks..Ad rasalah kalo betul2 kiss mesti minyak turun..hehehe..Dan bini paklah mesti naik minyakkan?..haha..

Alaaa kita boleh jek nak turunkan harga minyak tu..tapi kena tunggu 5 tahun lagi la..Cubalah mana tau kan?..Tak cuba tatau..

KAMATO said...

salam, pelikkan...ada negara pengimpot minyak, tapi minyak tak naik harga, kita pengekspot tapi naik harga

Masy said...

noushy,
'sayang' laaa sangat ahahahah! yelah tu, nanti kita tgk macamana. sama ada hidden benefit for public or just hidden benefit for their cronies hohohoh

lindosh,
alaaa ciom sket pon korang nak kecoh *angkat tgn cam Paklah muahahahaha*

nk guna NGV tu mmg satu alternatif, tp masalahnya x byk stesen NGV kat negara kita ni...

ad rifza,
huhu klu betullah harga minyak bole turun, alangkah indahnya doniaaaaa~


zino,
belum pernah lg rasanya harga minyak turun. ke pernah tp bukan zaman sy?

salam kamato,
betoi tu.. pastu asik bandingkan harga minyak kita dgn negara bukan pengeluar minyak. klu berani, compare bebetul laa...

flush said...

uishhhh.. bibirrrr.. mungil & basah.. nsb baik bukan bulan puasa.. hahaha

Masy said...

flush,
tp skang dah pose hahahaha