Tuesday, June 10, 2008

279: ...


Pernah tak anda rasa. Apa yang anda mahu dan tahu, dan perlu untuk tahu dan anda teringin untuk dapatkan jawapannya. Tapi persoalan akan terhenti pada satu tahap. Di mana jawapannya anda dah boleh agak. Cuma ada sesuatu yang menahan desakan hati yang mahu tahu dengan jelas. Kerana hati tidak mahu terluka lagi. Sedangkan mungkin kalau persoalan itu terus diutarakan, maka segala jawapan yang diinginkan akan anda dapati.

Sungguh benar aku mahu tahu apa dalam hatinya insan itu. Tapi aku bagai dah terasa jawapan yang aku tidak mahu. Jadi aku terus saja menyepi. Bukan kerana aku berniat untuk berdiam sebegitu. Tetapi kerana mungkin apa dalam hatinya dia itu akan mengguris hati aku pula. Dalam keadaan aku tidak sepenuhnya tahu apa sebenarnya pun aku sudah terasa duka. Jadi aku pun bertanya pada hati, perlukah aku tahu kebenarannya?

Dulu. Situasi ini pernah juga aku rasakan, tapi mungkin dalam suasana berbeza. Aku tahu aku akan terima jawapan yang paling tidak aku mahukan. Namun aku desak juga. Dan akhirnya luka itu terasa sampai sekarang.

Jadi perlu apa aku desakkan lagi jawapan yang bakal memudaratkan kesihatan jiwa aku? Kalau insan itu merasakan dia amat bahagia sekarang, maka teruskanlah. Tidak sekali-kali aku berdiri menghadang dia pergi. Kerana aku amat sedar dan tahu di mana letaknya diri aku.

Tapi hati tetap luka. Hati tetap terguris.


kalau bukan sekarang, akan datang pun akan rasa juga akhirnya..

22 comments:

sierrauniform said...

perlu utk tahu..kalau tak mahu tahu, buat tak tahu..kalau dia tahu kamu mahu tahu mengapa dia tak mahu bagi tahu..itu macam lah dia tak tahu atau dia buat2 tak tahu..
sesenag kamu beli tauhu goreng pon sodappp!


aku baru bela lelabah sengat sapa dtg tak bagi salam~


hhehe:)

meera said...

kalo tak tahu... hati terus tertanya2 & sedikit resah...

kalo tahu... kompem hati terluka parah...

apakah pilihannya?

rasanya biarlah parah sekarang, dari terus tertanya-tanya dan resah...

;-)

faisal said...

errr..ingat salah masuk blog tadi,huhu..cam bertukar penulis blog je nih,hihi..:) smoga akk tabah..kekadang disebabkan hati terluka itulah jadikan kita insan yg cekal dan berhati waja nak teruskan hidup ni..:)

achik said...

wah, dah berubah wajah.. jeles ai tau.. kebetulan saya pun tgh mengggiler cari deco baru utk blog saya.. :D

Ungku Nor said...

whooaaaa..tension woo baca entri awak ari ni..hehehe

Purpleheart said...

Hati kalau dah terluka, baik macam mana pun tetap berparut.. huhuhuhuu...

abdullahjones said...

:)

zino said...

kalau nak tau kena lah ambik tau.. kalau tak di beritau macam mana nak tau..dia mungkin tak tau yg masih tak tau..

Kak Lady said...

Alamak masy..tak sempat nak baca...cik abang dah nak balik...huhuhu...nanti akak baca tau....

Lama tak menjengok...banyak entry baru...

Masy said...

rembo,
heheh

lelabah la pulak :p

kak maya,
org hanya mampu wink wink je kat akak hehehe

acai,
haaa tu baru sikit hihihhi~ insyaallah!~

achik,
semalam mood tetiba dtg nk tukau skin wahahahahah~

kak ungku,
mmg saje nk bagi akak tension lalalalalalala~ :p

kak PH,
betoi tu huhu~

abdullahjones,
;)

zino,
ermm....

kak lady,
alamak, lari lari ahahahah!! takpe kak, karang2 bole baca lg. tak lari entry dikejar ;D

indera kencana said...

Ita cakap pasal saper? Pasal Sham ke? :P

Hemmmm... kadang-kadang naluri boleh menjadi petunjuk yang baik di dalam membuat keputusan. Bila di separuh jalan kita terhenti untuk mengetahui, naluri seakan berkata, "Jangan melangkau lebih jauh. Kelak kamu akan terluka".

Di saat itu, haruslah awak berhenti. Ketidakpastian itu juga adalah jawapan memberi isyarat bahawa tiada gunanya menunggu. Sudah tiba masanya kita berpaling dan mencari lain.

Hati yang terluka bukan mudah untuk sembuh. Ada yang memakan masa berhari-hari. Ada yang berminggu-minggu, berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun. Sehingga di satu tahap, kita memerlukan seumur hidup kita untuk melupakannya.

Masy said...

indera kencana,
bukan pada Sham, Ita cakap kat dinding ni hehe

huhuhuhuuhuhuhuh betul tu....~

arianna adrizal said...

fulamak~ org br nk bg kata2 hikmat.. alih2 dak indera kencana aka sham palsu da bagi dulu. layan jelah~ huhu


*** kak ungku, sudah lbh dr sepurnama sy xleh masuk blog anda. apakah???

Masy said...

anne,
lambat sgt laa :p

*akak masuk bole je?

k.lin said...

emm.. belum try belum tau... sometimes, things just work differently that what u perceived them to be... and it is worth the effort.. :)

arsaili said...

salam..adat hidup la tuu

Masy said...

kak lin,
takleh try, bahaya..

salam arsaili,
betul betul.. hehehehe

chot said...

xbole elak..jadi org yg matang utk mengharungi segala cabaran...

lindosh said...

saya rasa saya sangat paham.. dugaaan beb.. tabah je la

Masy said...

chot,
tgh matang nih.. bukan mengelak tp apa ek.. *alamak macam mengelak je??

lindosh,
huhu mari bertabah~

nomey said...

hemm..tersentap baca entry ni..hehe..mgkin sbb sy pnah rasa camtu..sy pnah berada dlm dua2 situasi dan dah rasa dua2 tu, luah or diam..
hemm..pndpt sy klu dia punya 'rasa' wlupun kita diam dia pasti dtg sndiri..
tp klu kt luah skalipun dgn prtanyaan or dgn pengakuan dan dia diam membisu (sdgkan tentunya dia mengerti) hanya 2 kemungkinan kan sama ada dia langsung jauh dgn 'rasa' itu atau dia masih bingung dgn 'rasa' yg dia ada..hemm..klu kita desak pd dua2 kmungkinan pun still kesan yg sama kecuali kalau pd kemungkinan yg kedua blh jd bila 1 hari dia jelas dgn 'rasa' yg dia ada..tentu akuan akan diketahui sendiri jugak..hehe..
opssss terlebih sudah...ahakssss..;D

Masy said...

nomey,
tp biasanya klu org berdiam, hasilnya pasti mengecewakan. huhuhu~