Tuesday, June 17, 2008

282: Salah Faham


Aku rasa, salah satu perkara yang agak rumit untuk kita lakukan ialah menghuraikan kekusutan tentang salah faham orang terhadap kita. Sukar bila tujuan kita menerangkan dianggap sebagai 'self-defense' ataupun untuk 'cover' diri. Terutamanya sekali apabila salah faham itu berkait tentang hal jiwa-jiwa (bukan anak Mohd Jiwa tu ek).

Untuk aku - satu masa dulu - aku macam tak peduli pun. Lantaklah. Tapi bila dah lebih dari 3 orang yang memandang aku dengan pandangan yang salah, aku pun mula tertanya-tanya - adakah dorang yang mudah menjatuhkan hukuman atau aku yang menjadi puncanya?

Akan ada dalam satu ketika dan keadaan, aku akan rasa tertarik untuk menghampiri. Bukan untuk apa, aku rasa teringin untuk berkawan dengan orang itu. Mungkin kerana caranya, mungkin kerana aku lihat semua orang pun seronok berkawan dengan dia, atau mungkin aku rasa rugi kalau tidak bersahabat dengan orang itu. Aku cakap secara am la ye. Ataupun mungkin sebenarnya aku tak berniat apa-apa, tapi orang itu terasa seolah-olah aku cuba menghampiri (ini kes perasan la kot).

Tapi salahkah kalau aku macam tu? Aku nak kawan jelah, bukan nak ajak kau kawen. Cara aku mendekati pun rasanya tak keterlaluan. Bukan macam kucing yang datang meleser kaki sesiapa. Agaknya cara aku salah kot?


Aku terasa nak bercakap sebab ada beberapa kejadian yang berlaku. Antara aku dan orang sekitar, dan juga antara aku dan rakan-rakan cyber. Masa awal tahun aku di UiTM, ada juga sorang sahabat yang pada mulanya ok je dengan aku, tiba-tiba dingin. Dan aku pula bukannya peduli sangat sebenarnya, cuma tak syioklah sesama kawan sekelas pun nak sejuk-sejuk. Rupanya dia sangka aku ada hati kat dia. Ni yang malas berkawan dengan orang ada rupa sikit, asalkan orang baik je dia ingat kita syok. Dan kali terakhir kami berjumpa masa reunion beberapa tahun lepas, sikap dia masih lagi sejuk kuku beruang. Macam hensem sangat <-- ayat aku dalam hati yang tak faham kenapa dia rasa macam tu.

Dan sekarang berhadapan dengan rakan cyber pula. Sampai sekarang sebenarnya aku masih lagi terasa dengan 'amaran' salah seorang dari kamu yang membaca blog aku ni yang melarang aku 'meminati' dia secara bersungguh-sungguh. Dah lama, dah bertahun-tahun tapi aku masih lagi terasa tak best. Sebab rasanya aku tidaklah mengganggu dia. Keterlaluan kalau itu yang menyebabkan dia berkata begitu. Akibatnya sesekali aku rasa tak peduli dan tak mahu lagi menjengah ke 'rumah' dia. Aku tak berkira sangat hanya kerana dia pun tak berapa nak menjengah ke sini, tapi aku ada rasa sedikit terhina bila memikirkan kedatangan aku seolah-olah mengiyakan kata-kata dia.

Baru-baru ni pun begitu juga. Bezanya aku tidak terasa seperti dulu. Cuma semakin membuatkan aku mencari-cari di manakah salah laku yang aku pamerkan - yang membuatkan dia ini dan dia-dia yang lain memikirkan aku seperti itu. Salah aku kot. Bak kata sorang kawan aku dulu:

cara kau melayan tu memang menggoda orang


Menggoda? Aku??? Try sebut depan mak aku, dijamin beliau akan gelak terguling-guling di tengah laman.

Heh. Masalah. Baik salah, tak baik pun salah. Bila aku 'plain' je orang kata aku garang, sombong. Tapi bila baik, orang kata aku nak mencari chenta pulak. Inilah cabaran jadi orang single, tau tak.

kau ni garanglah
kang aku baik kang ko kata aku nak mengorat

....

Serba salah~:anongnangyari:

19 comments:

achik said...

mak aih, giler menggelabah orang² ittew.. kdg2 diorang ni tak paham la.. kdg2 kita saja je gurau kunun2 cam suka kat dia tapi suka cam kawan2 je la.. yg dia plak lebih2 perasan cam org nak ngorat dia.. alahai..

saya pun penah je jadi camtu.. tensen je.. cam kita plak terhegeh² padahal dia yg menggelupur perasan.. macamlah hensem sangat kan.. huh!!! *emo* ;p

Masy said...

achik,
heheh. klu kita bgurau tu iye jugek. klu kita tak cakap pape pon tu camne pulak? akak rasa akak buat cam biasa je, tp bole plk org tu ckp gitu. ntah² dia yg ada ati kat kite wahahahaha~

sukatilah nk menggelupur pun kan. tp jgnlah smpi memalukan kita, sedangkan sbnrnya kata² dia tu lebih kpd memalukan diri sndiri...

Chika Chika said...

jodoh pasti datang.
wah

Masy said...

chika,
jodoh laa pulak ahahahah!!~

faisal said...

slm kak,
kekadang ada baiknya jadi seorang yg pendiam cam sy ni kan,hehee..:) alaa akku, mmg benda2 camni mmg tak bleh elak kak..bukan nak cakap pe, tapi mmg biasanya org pompuan lagi byk camtu berbanding lelaki,huhu...

meera said...

syita,
ek elehhhhhhhhhhhhhhh perasan sungguh org itew!

pedulikkan! mari goda-goda semua orang... *wink... wink...

Nick Carter said...

Salam..

Menggoda... tergoda.... lain maksud nidua perkataan ni... kekadang tu kiter takda niat utk menggoda.... tapi pihak lawan boleh tergoda... mungkin dengan cara kita bercakap, berinteraksi atau cara kita bergaya... tapi, kenapa plak kita yang disalahkan? Dituduh menggoda. Lain org lain pandangan... yang penting niat dihati.... berniatkah kita menggoda? Kalu takder niat... biar la org nak cakap apa pun.. Cuma Allah dan kita yang tahu apa terpendam dihati.

Masy said...

salam acai,
err 'lg byk mcm tu' tu apa maksudnya adikku? menggodakah??? ;)

kak maya,
tu lah rasa nak goda semua org ni ahahahahahh!!!

Masy said...

salam nick carter,

sblm tu nk gelak goleng2 dulu wakakakakakakakakak!!!

ehem. sambung.

utk org2 yg sy sebot dlm entry ni mmg takde laa niat sy nk menggoda. dan klu sy berniat utk menggoda, bukan begini caranya. takkanlah sbb sy single, semua org sy nk goda. i'm not desperado.

i'm flirting with style maaa... ahahahahah!!!~

Anul said...

ntah pape la diorg tu sume masy?nak aku sepak mereka?demi kau aku boleh je masy..

rilek ah...aku tau masy ada hati kat aku..time die mengeser kat kaki aku..tp aku wat tak tau..wat besa je..mende la diorg.ahahaha

Masy said...

anul,
ko nak sepak dorang? nanti klu dorang kata ko ade ati kat aku camne lak?

eh kaki aku ke? bukan kaki sodep ke? :p ahahahahahaha!!!

axim said...

dats why ler....kadang kadang kita wat baik salah,wat tak baik lagi la salah..apa apa pun kena pandai balance kan kan..tapi bagi aku juz be urself dan dont think too much about what others think about you...then you gonna be happy k..

Live life to the fullest!!!

Masy said...

axim,
pandangan manusia pun berbeza². sbb cara aku layan manusia-manusia ni semua rasanya sama je. dan bukan semua yg terover sensitif mcm tu. hehehe takpelah, tak luak pun ;)

chot said...

ko dptkan no ic mereka dan bg kat aku...

Masy said...

chot,
aik ko nak buat loan guna ic dorang ke? huahahahahah!! :D

Noushy Syah said...

Kak Masy...

...everyone has different perspective,the most is to be yourself..be moderate in everything:)

Have a gr8 day kak Masy.

p/s Kesian your FRance..uhuks uhuks

Masy said...

noushy,
aha dats right. so let them be ;)

same goes to you dear~

p/s: huwaaaaaaaaaa :((

kakLuna said...

ahhhh....akak tak leh terima ...tak leh terima kalo dorg ckp masy camtu....ye..wpun akak jauh...jumpe pun skali, tapi akak yakin masy bukan 'type' mcm tu...

akak rasa dorang yg label masy tu taktau beza antara aura dan auta...hihihi

Masy said...

kak luna,
ohhh akakku yg memahami *hugs*

betui la kak.. kesian dorang kurang pengetahuan hehehe