Monday, June 30, 2008

287: urgghhh...~

   


 

Berbuku perasaan aku pagi ni. Tuhan.. Kau tenangkanlah hati aku yang rasa nak mengamuk ni. Dalam kata nak tenang pun, aku speed macam nak rak gak tadi, habis semua lubang aku langgar (maafkan baby, Fahrin). 



Aku bukanlah nak berkira. Tapi bila dah dua kali dan dengan selamba, serius aku rasa nak naik darah. Seiring dengan kenaikan harga minyak (ah cerita basi). Tak boleh ke kalau aku ikhlaskan aje?


..


..


..





Wak lu!~




Tak tau nak cerita ape lagi dah. Abes tenaga aku menyipak montot tanda marah. Marah ke? Ntah la. Sape-sape. Tolong suapkan aku makan supaya aku dapat bertenang. Hehe.



Apsal blogger ni lenmacam je pagi ni hah? Aku nak justify tulisan pon takleh. Bengong ke hape. Huh~



edited:



itu tadi. sekarang pukul 10.25 pagi waktu tempatan Shah Alam. klu tadi gear kemarahan adelah gear 5, tetapi setelah mendapat nasihat daripada pintu jamban dan juga diri sendiri, tahap kemurkaan telah menurun kepada gear 3. slow² arrr nak turunkan, rush sangat kang saket plak.



Meh la cite pasal wiken aritu ek. Alkisah biase je pon wiken aku. Gi slimming (opsss! tapi dah turun sket tau) pastu gi layan wayang. Apa lagi, layan Sepi laa... Memang best, tapi tahap kesedihan dan kesebakan masih dapat dikontrol (tatau la betul2 dapat kontrol ataupun terpaksa kontrol sebab ade org kiri kanan huhu). Lepas makan makanan yang berkhasiat di Johny's, layan mata la. Tengok baju kasut segalanya. Alahai cantiknye henbeg, sibbaik aku tengah mengamalkan gaya hidup sihat. Cuma tataulah berapa lama boleh tahan. Harap2 boleh tahan lama. Uhuksss~



Sebenarnya dari hari khamis aritu nak demam tapi tak demam2 gak. Tensen guwe. So ari Ahad aku gunakan untuk mencosume seberapa banyak air termasuklah air Campur 100 (100 Plus) untuk menurunkan kepanasan dalaman innih. Dok umah jelah memandangkan bila dah minum air banyak2, kadar kemasukan dan pengeluaran ke toilet turut meningkat. Alhamdullilah tak jadi demam. Tapi.. suhu badan aku masih belum mencapai suhu bilik lagi. Secara amnya, masih panas dalam lah ni. Dan rongga kat idung tu.. bukan lubang idonglah, ape namanya tah tu - masih saket lagi, tapi dah berkurangan.






Kalau dapat layan mata dalam ertikata melayan mimpi, kan best. Nak jadi PM lah. Boleh tido merata2.



17 comments:

Rya said...

ape ngamok2 nihh kak masy??

Masy said...

rya,
huhuu tade apelah.. anggap je dah setel ;)

Nick Carter said...

apa kes ni? piried ka? hahahha

Masy said...

nick carter,
asal marah je piriet ek? org umah awk klu marah ikot time piriet je ke? :p

achik said...

skang ni dah kul 3.28pm.. tahap kemarahan dah takat mana skang? gear satu ke free gear dah?? ;)

Masy said...

achik,
aaaa.. dah free gear kot, tp jgn start enjin laa nanti kang terbakau lak ahahaaha!!~

axim said...

amik air semayang kak kalau nak marah..pasti tenang kembali nanti..Insya Allah..

zino said...

dah lepas marah kat sini.. harap2 dah reda sekarang ni.. hehe

Masy said...

axim,
klu kat umah bole kot.. kat opis pon bole tp kang tanggal lak mekap ahahaha!! takpe dah ok dah :)

zino,
yaaaa skarang dah ok :) bila tgk gambar sepak montot tu cambest lak kan ahahahah!~

arsaili said...

salam..bawah bertenang dan tarik nafas yg terdalam

Masy said...

salam arsaili,
dah bertenang pun.. heheh chill chill ;D

ah tok said...

ambil wudhuk.

Masy said...

ah tok,
msa nk solat subuh pagi tadi dah amek dah heheh :)

Noushy Syah said...

Salamz Kak Masy,

Luckily kak Masy dah gear normal:)

But....so sorry to see the PM zzZZZzzz not in pyjama..lolz!

Masy said...

salam noushy,
heheheh nk masuk gear gostan dah ni :D

mebi tgh mimpikan pyjama baru kot... hehehehhe~

Sierrauniform said...

apalah nasib rakyat ku..rakyatku..rakyatku..zzz

ko ni punya marah ada bagus lagi,menjaga kesopanan dan kesusilaan, dr aku punya marah..;p*devil*

Masy said...

rembo,
ahahahha ini masa sopan. ko kalau korek entry2 lama, ade jugek marah tahap kurang ajar. tp takdelah mencarot hehehe